Thursday, December 17, 2009

Bersediakah anda untuk berhijrah ?


Bagaimana agaknya prestasi anda tahun ini? Tercapaikah segala misi dan visi yang disusun rancak di penghujung tahun yang lalu? Sila jawab sendiri :) Buku lama bakal ditutup, segala amalan sudah tercatat dan bermulalah buku baru. Apakah kita sedia untuk berhijrah sahabat semua? Semoga buku baru bakal diisi dengan amalan yang mendekatkan diri kita kepadaNya.

Alhamdulillah, I'll be start working di Exxonmobil this 4th Jan. Thanks for the prayer friends.

"Kau ni untung betul la pegi interview kat tempat gempak2 je."
"Wow, mula-mula bank negara lepas tu Exxon!"
"Dasyat ar ko ni. Mcm mane ko leh dpt aa?"

Those are beberapa potong ayat dari a few friends. I anggap semua ni rezeki and test dari Allah as well. Setiap perkara yang terjadi itu adalah hak Allah dan Allah berhak menguji hambaNya dalam pelbagai cara. Itu yang I pegang dalam meneruskan hidup ni. Terlalu banyak rezeki yang Allah berikan tapi apa yang I buat demi Allah? Macam boleh dikira untuk menggambarkan betapa sikitnya ibadah kepadaNya! Terlalu banyak benda that needs to be fixed, too much things to do tapi bila? Bila nafsu dah kuasai akal, beginilah manusia. Bertangguh dan mencari alasan saja kerjanya.

Dearest friends, yang penting jangan mudah berputus asa. Usaha itu harus berterusan dan jangan mengeluh. I tak terkecuali dari mengeluh bila kadang2 rasa givup, tapi beberapa hari lepas I terbaca tafsiran surah Al-Rum ayat 33-36 kalau xsilap.

33 When trouble touches men they cry to their Lord, turning back to him in repentance: but when he gives them a taste of mercy as from himself, behold, some of them pay part worship to other god's besides their Lord,

34 To show their ingratitude for the favours we have bestowed on them! Then enjoy your brief day; but soon will you know your folly.

35 Or have we sent down authority to them, which points out to them the things to which they pay part worship?

36 When we give men a taste of mercy, they exult thereat: and when some evil affects them because of what their hands have sent forth, behold, they are in despair!


Setiap manusia ada bahagian masing-masing. Rezeki masing-masing dan ujian masing-masing. No matter how hard the things that come to you, never ever blame Allah. Jelas semuanya datang dari kealpaan kita sendiri.

"Awak senangla, pegi mana-mana pun mesti ada orang suka punya, jadi tumpuan orang. I ni tak cantik, tak da siap yang nak!"

Subhanallah! Manusia ini adalah sebaik-baik ciptaanNya. Awak cukup sempurna wahai sahabat, punya mata untuk melihat, telinga untuk mendengar and the list goes on. Tiada yang cacat sedikit pun. Didiklah hati untuk lebih bersabar. Jangan tanya kenapa Allah tak tunaikan permintaan kita tapi, tanya apa yang kita buat untuk lebih dekat kepadaNya, apa kita buat untuk ucap syukur padaNya. Dearest readers, barangkali ada yang merasakan sempurna benar hidup I kan? Tiada cacat cela? Memang benar, I cukup sempurna kerana I tahu Allah maha mengetahui segala yang dilangit dan dibumi. Namun kerosakan itu dibuat oleh siapa? Kita sendiri! Dengan tangan inilah kerosakan yang kita lakukan.

22 tahun yang lalu I dilahirkan seperti dibungkus dengan plastik, bukan seperti bayi-bayi normal. Masuk ke alam persekolahan, I menjadi bahan ejekan sesetengah rakan. I dilahirkan dengan sejenis penyakit yang mana sepanjang hidup I bergantung dengan ubat-ubat dan since its genetic maka memang tiada cure. Namun sejak kecil I tidak pernah menangis kerana menyalahkan Allah yang mengurniakan penyakit ini, yang barangkali dianggap cacat oleh sesetengah pihak dan walaupun I menjadi bahan tawa orang. Sedikit pun tidak menyalahkan Allah. Bagi I, inilah uniknya I daripada yang lain. I ada apa yang orang lain tiada, alhamdulillah.

"Kau ni sakit ape ni? Peliknya! kene sumpahan ular ke? Mestilah takda orang nak kawen dengan kau.Turun saham.Hahaha"

I masih teringat akan statement yang dikeluarkan oleh seorang dewasa sewaktu I habis SPM. Ceteknya pemikiran, lantangnya suara. Hanya kerana penyakit yang I hadapi. I serahkan pada Allah. Biarlah apa pun yang orang nak cakap. Bukan kerana membangga diri, mendabik dada bercerita tentang " hebatnya I menerima takdir Allah". Tidak pernah terfikir! Hanya mahu teman-teman semua jadikan panduan. Setiap perkara yang terjadi adalah yang terbaik untuk kita. Bertaubatlah sementara masih ada masa kerana lintasan hati untuk berubah itu tidak datang selalu. Berhijrahlah dari tempat duduk yang sama. Berhijrah ke arah yang jauh lebih baik.

Ayat 37, Surah Al-Rum ;
(Mengapa mereka bersikap demikian?) dan mengapa mereka tidak melihat (dengan hati mereka) bahawa Allah memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya (sebagai cubaan adakah orang itu bersyukur atau sebaliknya), dan Ia juga yang menyempitkannya (sebagai ujian sama ada diterima dengan sabar atau tidak)? Sesungguhnya hal yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang membuktikan kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang beriman


Jadilah manusia yang tahu bersyukur dan berhati-hatilah dengan kesenangan yang dimiliki. Manusia itu sentiasa diuji. Jangan mudah lupa diri. Renung-renungkan.

Selamat menyambut awal muharam !




Tuesday, December 15, 2009

Ammar who ?

I had heard about this before but I didnt do anything about it. As in I read the news and that's it. But yesterday, hati tergerak to find out who is Ammar. As a result, its really impressive, touching and full of emotions. Whats more important adalah, dakwah Ammar tidak berakhir ketika kematiannya tetapi masih diteruskan sehingga hari ini. For details, click below links :

http://kalam-puncak.blogspot.com/ - Blog Ammar, tapi diteruskan oleh umminya

http://criestz.blogspot.com/ - Kisah sahabat yang menghargai friendshipnya



Membaca kisah Ammar, si pejuang muda mengingatkan diri kepada Fatimatussolehah, seorang teman yang maut di India. Arwah merupakan pelajar pergigian tahun akhir. Jangka masa perkenalan sejak 2006, pernah bertemu sekali. Perkenalan kami adelah tidak disengajakan. Teringat akan cerita yang dikongsi bersama arwah, cerita tentang arwah dan sebuah rahsia yang hanya tersimpan antara arwah dan saya. Semasa dok google tentang arwah Tim ada jugak a few friends of arwah ckp benda yg sama. Rahsia antara dia dan arwah. Xkesahla, yang penting perkara itu biarlah menjadi perkiraan arwah dan Allah swt. Pemergian arwah tidaklah seperti Ammar namun memberi kesan sedikit di hati ini. Tim, semoga Allah permudahkan jalan untuk kau di sana. Amin..Al-Fatihah

Sunday, December 13, 2009

The weekend project

mahluk bertuah di atas adelah projek weekend i untuk si adik bongsu, Izzati. The other day i belikan adik2 their school needed si Zati nak mintak belikan pencil case. Tengok harga mak aih, dahla buruk, ade hati nak jual smpai beringgit2? layaknya mcm rm2 aje (eh kedekutnye). Bukan ape, membayangkan susahnya kerja nak dapatkan duit, kalau boleh berjimat ape salahnye kan. So inilah hasilnye :). Fabric adelah cotton xtahu negara mana punya origin.Yang i tahu i mintak Huda belikan dekat e-Bay New Zealand. Then die hadiahkan :) So pencil case zati nih xkan same dgn sesape pun :) baiknye kakak die ni.(perasan amat !)

The 101 days story


Okay ini kali ke sjuta kot nak post 1 entri tapi asyik taip-taip then delete and trus close window. Banyaknye benda nak release tapi bile dah terkarang dalam otak nak tulis trus hilang, takda mood and that's it.Boleh pulak mcm tu kan.Adekah mood berbelog sudah hilang?Ohh takk :)

Update ! update ! update please !

"101 days of employment, great place, great people, inspiring HR director, true friends, backstabbers; no matter what it is, I thank them all for the memories". Status dekat facebook ni buat si telepon buruk sony berbunyi-bunyi, kawan-kawan sibuk bertanye.Setakat ini masih tiada jawapan yang pasti dari si tuan punye badan. Well guys, im officially resigned from you-know-where after a deep and long consideration. I think this is the best ! Tho some might think I am silly, but hey, i trainee aje dekat sane, not bonded, boleh dihantar ke tempat-tempat lain jugak mengikut budi bicara pengelola. Again na mention, it is just a TRAINING. So there's nothing to be proud of (dulu mungkin ade).

Tiada ape2 yang special kat sane. Kecuali, kewujudan insan2 yang mengkagumkan dek aura, talent, personaliti dan karismanya mereka. A truly inspiring HR Director, oh dia sangatlah berkarisma, punya aura, kalau sekali die bersuara every single words nya tersusun indah dan teratur. Haha. xpentinglah tu but kagum betul dengan leadership dia. Someone kene belajar dari dia supaya tahu how to be a good leader (you-know-who). Haha.Entri kali ni bertapis-tapis sikitla kan. Kita datang dengan cara baik, as well as pergi jugaklah kan.

Final week di sana, memang rezeki kot sebab dapat tengok presentation dari team-team HR yang ke overseas to attend some sort of "career fair, engagement with scholars, engagement with overseas uni, employers etc". Kiranya ade session of sharing the experiences, infos and mcam2 la. Banyak sangat benda Ive learned dari presentation tu as since Im a fresh grad yang masih bersemangat tinggi nak cnue studies, presentation video of overseas uni tu sangat-sangat inspiring. Semakin berkobar-kobar semangat ni :) .

Next week i promise akan update you all semua adekah i dapat offer baru or ape plan i sebenarnye? suspen? (perasan !). tapi i memang suspen pon. next week baru akan dapat jawapan and masa tu i akan update dengan u guys !

101 days experience di sana I might say has its own story and lesson that should be remember as a guide dlm hidup ni. What I have learned most bukanlah about kerja sangat tapi about the real world outside there. Kata orang dunia sebenarlah yang menguji diri kita. Agree sangat and true enough. Well I must be lucky to learn all this di peringkat awal lagi. I mean baru 1st time masuk kerja dan kena benda-benda macam ni. Syukur I masih boleh go tru all this walaupun ada few stupid things i buat tapi semua tu adalah a part of learning. Tanpa kawan kawan dlm dan luar dari workplace, i dont think that i can make it. Sejuta penghargaan buat kalian semua !!!!

Ini bukan nak aib kan sesiapa but sebagai i guess i need to share it with you and siapa tahu boleh jadi guideline untuk you jugak? Bila you dah kerja people will be expecting maturity from you dan no matter how young you are, kita semua adalah adult di tempat kerja. First thing, bear in mind that tou should never ever trust anyone and hanya diri you yang u have to trust. It might take berbulan-bulan lamanya. Dont get too close dengan siapa-siapa pun because mungkin itu akan buat orang lain tidak senang dengan you. The first month you harus belajar lenggok human behavior di workplace you. Bukan senang nak tahu siapa kawan siapa lawan. Dalam kemesraan you mungkin ada dendam atau perasaan kurang senang pada you. So beware ! It is important for you to make friends and to be in the team but always put boundary to it. I mean, you must be very secretive and if ade perkara yang you nak cadangkan atau you tak puas hati, make sure you tahu dengan siapa yang you harus bagitahu.

After things that happened to me, I become less friendly you see. Seorang rakan sekerja pernah bertanya kenapa i jadi so defensive. True !. Tiba-tiba i jadi amat defensive orangnya sebab i jadi sangat tidak secure setiap kali datang kerja. Be carefull bila you make friends especially dengan vice versa sex. Selalunya dalam komuniti melayu, ini subjek favourite untuk dihangatkan. Details? hati-hati. Itu jelah yang i patut ingatkan you semua. Bukan mudah merubah mentaliti manusia apa lagi kalau mereka berjenis sikap 'kalah-menang'. Sekali pun idea you mencurah-curah ke ladang gandum and you rasa penting untuk kebaikan bersama, kalau dah mereka ini jenis tidak boleh menerima that's it! Inilah yang i gagal lakukan, mencari solution untuk situasi ini. Learn how to tackle dengan issue ini okay? I am sure enough di mana-mana pun ada kategori manusia sebegini.

Jangan involve kan hal peribadi dalam kerja. Inilah perkara yang sukar dibuat oleh sesiapa pun. top management mahu pun below level. Thats why I ask you to be very secretive sebab bila hal-hal peribadi you boleh dijadikan isu bila ada yang tidak puas hati dengan you. Bagi I, I sangat okay kalau i di maki hamun mengenai mutu kerja i dan sebagainya namun i tidak boleh bertoleransi bila isu peribadi digemburkan. Bak kata uncle, selalunya orang tak puas hati kerana isu peribadi tapi di alaskan dengan hal kerja supaya ketidak profesionalan itu tersembunyi. The whole point nya adalah, rambut sama hitam hati lain-lain. Good luck guys !

Thanks for the memories !. I ambil positive side dari perkara yang terjadi. I was like negative jugak during the time it was happened. Ye lah I bukan perfect kan. Tapi lepas semua ni berlalu, I tahu Allah lebih tahu. Seperkara lagi yang I nampak, setiap kesabaran tu ada awardnya. I xperlu menjunjung cerita ke seluruh dunia mahupun menagih simpati, dengan mudahnya ada yang dapat menghidu perkara yang terjadi. Terima kasih atas sokongan mereka-mereka yang sedar akn perkara yang terjadi. Bukan itu saja malah, kata orang akhir zaman ini tuhan bayar cash ! Yes, semua ini terlihatkan di depan dua mata ini. Bukankan Allah sudah berjanji bahawa setiap kesabaran dan air mata hambaNya itu dihitung :) Alhamdulillah. Tak perlulah I cerita apa yang terjadi tapi cukuplah I ingatkan you all supaya bersabar bila dilanda badai. Berdoalah you diberi kekuatan dan dipermudahkan untuk menempuh ujjianNya bukan berdoa dipermudahkan ujian tersebut. Dan berdoa jugak supaya you tidak megulang perbuatan tersebut ke atas orang lain.

Sudah berjela panjangnya, I guess sehingga di sini dahulu. Sila nantikan kesuspenan jawapan kepada persoalan kalian semua minggu depan :)
All the best!

Saturday, December 12, 2009

Lagu Wawasan MRSM Taiping

Ini bumi yang ku pijak
Ini langit yang ku junjung
Taiping bertuah, bersejarah
Subur, indah dan menghijau

Di sinilah gedung ilmu
Generasi berwawasan
Harapan masyarakat, dan ummah
Bakal pemimpin nusa bangsa

c/o:

Wawasan MRSM Taiping
Suci, ideal dan realistik
Menuntut kemuafakatan sejati
Cita rasa inovatif dan kreatif

Lima jari digenggam dijulang
Lima cabaran seiring harapan
Bersama doa restu semua
kecemerlangan pasti abadi.

Lagu MRSM

Wahai putera-puteri bangsaku
Ayuh segera menuju
Mengikut gerak langkah maju
Bersatu mencari ilmu

Di zaman sains dan teknologi
Negara perlukan jasamu
Janganlah rasa malas lagi
Bersama memegang teraju

Di Maktab Rendah Sains MARA
Tuntut ilmu jangan jemu
Ikrar taat setia pada guru
Berdisplin selalu

Hari ini hari mulanya
Hari esok berjaya
Lengkapkan segala yang ada
Ke kuliah kita segera

every single words of this song remind me of the memories that I could never ever forget

Saturday, December 5, 2009

Erti Hidup

Angin kau membawa bahteraku kemana mahumu…

Dikamar daku sering bertanya
Mana tempatku di dunia
Tepuk dada tanyalah selera

Jika daku ingin berjasa
Memberikan hidupku makna
Tepuk dada tanyalah selera

(Korus)
Inginku(kiniku) mengenali
Erti hidup yang diberi
Dunia jadi saksi
Liku-likukan ku harungi oh…

Tidak lagi kan aku disitu
Menyaksikan kehidupan berlalu
Kan ku kerah darah keringatku

Tiba waktu aku tiada
Tidak akan daku sesali
Daku hidup caraku sendiri

Angin kan ku bawa bahteraku
Kemana majuku
Kini ku berani mengemudi
Kemana ku pergi

Bagai guruh bergegar bumi
Aku tetap teguh berdiri
Penuh pengorbanan yang sejati



Sunday, November 29, 2009

The Gift, Cecelia Ahern


One thing of great importance can affect a small number of people. Equally so, a thing of little importance can affect an entire string of people. Occurences can join us all together. You see, we're all made up of the same stuff. When something happens, it triggers something inside us that connects us to a situation, connects us to people, lighting us up and linking us like little lights on christmast tree, twisted and turned but still connected on a wire. Some go out, others flicker, others burn strong and bright, yet we're all on the same line.

A lesson finds the common denominator and link us all together like a chain. At the end of that chain dangles a clock, and on the face of the clock the passing of time is registered. We hear it, the hushed tick-tock sound that breaks any silence, and we see it, but oftenwe don't feel it. Each second mkes its mark on every single person's life; comes and then goes, quietly disappearing without fanfare, evaporating into air like steam from a piping hot pudding. Enough time leaves us warm; when our time is gone, it too leaves us cold.

Time is so precious. It is time that we do not have enough of;it was time that causes the war within our hearts, and so we must spend it wisely.

Time cant be given.But it can be shared.

Sunday, November 22, 2009

Interview tips



I may not be the right one to give a speech on how to get hired or to write an article on interview tips. But I might have experiences that others don’t have. I shall not say that I am a good example to follow but somehow you can take out the good points and try it out! :D


I had gone through many interview. If you are a fresh grad and have lack of experiences, most of the interviewer will asked basic question to test your communication skills, your ability to elaborate any topic and to see your confident level. Well, I can summarize it into 3 points:

  1. Introduce yourself - Explain about your education and your working experience (your internship is one of it). Elaborate the task that you have done. Don’t go babbling about your father's job or your mother's hometown or whatever it is because my uncle ( who is a senior manager in a private sector) said that the whole interview session is to market yourself and do not waste it.
  2. Strength and weakness - Fresh grads usually made mistake at this part. The objective is to see how you well you know about yourself and the ability to see and elaborate yourself. Give examples and don’t simply say, "I am a team player, I am a fast learner, I am willing to try". Give supporting details for every thing that you said. What is the prove that you are a team player? Relate it with your past experience, for example your experience in managing a programme.Anddd, to explain about your weakness is not to make a fool of yourself in front of the interviewer. Make sure you back up your weakness to a positive impact. Eg: "My weakness is that I am too focusing on my job and it creates tense to the team but the good thing is, I make sure that the job is done".
  3. Knowledge - What I mean here is, you may be tested on your knowledge about the position that you apply. You need to study, research and do revision about the job scope and the requirement that they need.

No matter how the question sounds like, the answer will be just the same. The tip is give examples on your previous experience. Relate the points with the facts. Smile and give a good eye contact. It works on me.

Its okay if you failed during the interview because you gonna learn the tricks and tackle the situation soon. I failed my Shell's interview by the way :) .

All the best ! :D

IM PRACTISING MY ENGLISH NI.KALAU SALAH TEGUR KAN :) THANK YOU (:



Saturday, November 21, 2009

Where Rainbows End


We never know how our future will be

Just follow your heart and desire

Its not a matter of how long you gonna get it but how much effort you had put in

Be calm with everything that falls on you

Because soon you'll understand that everything happened for a reason

And Allah knows it better ~

Wednesday, November 18, 2009

If you could see me now


When you drop a glass or plate to the ground, it makes a loud crashing sound.
When a window shatters, a table leg breaks,or when a picture falls off the wall it makes a noise.

BUT
as for your heart, when that breaks, it's completely silent.
You would think as it 's so important it would make the loudest noise in the whole world.
But it's silent and you almost wish there was no noise to distract you from the pain

Saturday, November 14, 2009

Therapy


It's therapy fellas :)

Dun mind sitting all alone in the dark room as long as i have this :)

beli di Penang, my 1st sight love :)

Thursday, November 12, 2009

If you could see me now?

What if love was right there in front of you-you just couldn't see it?

-Cecilia Aherns-

I heart her <3

Sunday, November 8, 2009

A place called here

Sometimes people can go missing right before our every eyes. Sometimes people discover you, even though they’ve been looking at you the entire time. Sometimes, we lose sight of ourselves when we’re not paying enough attention.

We all get lost once in a while, sometimes by choice, sometimes due to forces beyond our control. When we learn what it is our soul needs to learn, the path presents itself. Sometimes we see the way out but wander further and deeper despite ourselves; the fear, the anger, the sadness preventing us returning. Sometimes we prefer to be lost and wandering, sometimes it’s easier. Sometimes we find our own way out. But regardless, always, we are found.

Monday, November 2, 2009

Rise and smile!~You're gonna shine dear!!~~

i pena dengar that bila 1 door close, banyak lagi yang akan terbuka luas.
True! and I am happy sangat with so many choices and chances terbuka di depan mata.
Thank you Allah!~Alhamdulillah.
Terima kasih tak terhingga to those yang respon kepada belog i ini.A
da tu baca2 belog trus msg i. just to make sure that i am okay..thanks tau!~ ( u noe who u are! :) )

Sya hearts awak semua :)

hugs**hugs** u olls

Sunday, November 1, 2009

Play Pause and Stop

Saat-saat self esteem ini low, berjumpa Allah s.w.t memanglah perkara terpintar yang harus dibuat. Selain itu, melayan-layan lagu2 bersemangat macam listen from Beyonce or maybe The Climb from miley memang sangat seronok.Naik semangat 2, 3 level :)..Bercakap pasal level teringat pesanan seorang senior UPSM yang paling direspect,Abg Hadi.Klau bersabar, naik 1 level katanya.Thanks thanks thanks Abg Hadi :)..

Im not sure siapa read this blog.Others than 126 followers, I yakin ada sesetengah silent readers yang I rasa tugasnya mengintip setiap perjalanan kisah hidup I.Thanks dearest stalkers.Kalian buat hidup saya lebih sempurna.Tafsirlah sesuka hati yang kalian mahu.Sebarkanlah sebanyak mana berita yang kalian inginkan.Dan ingat juga Allah menilai akan setiap tindak tanduk kalian.Eh benar,I juga tidak sempurna dan hina di sisiNya, namun sebaik-baik penilai adalah Allah s.w.t..Apa yang terjadi, biarlah salah di mata-mata manusia (kerana manusia hanya tahu menilai dan mengkritik) yang penting benar dan tulus ikhlasnya hanya Allah yang tahu.

Readers yang I sayang,

Kadang-kadang kita leka dengan hidup yang surface nya Ya Allah indah tak terkata.Kadang-kadang anda jatuh ke lurah yang paling dalam sehingga bilamana anda menjerit sekuat hati sekalipun tiada siapa yang mendengar.Dua situasi ini, di kala susah mahupun senang sentiasa ingat bahawa kehidupan yang dipinjamkan ini milik siapa?Yes, milik Allah.Apalagi yang harus anda lakukan andai Allah sja tempat terbaik untuk kita rujuk.TAPI, readers sekalian apa yang paling saya gusar adalah bila Allah menguji kalian dengan pertolongan tanpa putus.Sehingga anda berasa selesa teramat sangat dan merasakan Allah meredhai setiap perbuatan kalian, I bimbang kalau-kalau itu hanya ujian dari Allah tapi u tidak sedar akan ujian itu.Maka sahabat, jangan mudah berasa selesa dengan apa jua keadaan yang anda hadapi.Beringatlah setiap masa.

***

Ketika ini I sangat bersyukur akan sokongan tanpa henti emak dan ayah.Yang salah ditegur, diperbetulkan dan nasihat tanpa henti diberikan.Setiap ibu bapa punya cara tersendiri dalam memberi didikan terbaik kepada anak-anak.Jangan pernah menyatakan bahawa didikan si polan si polan tidak bagus tidak baik kerana kita juga belum tentu tahu sejauh mana betulnya cara didikan kita kepada anak-anak satu hari nanti.

Naw, Nini, I rindu amat pada you both.Be strong dlm hidup kita yang punya cabaran tersendiri.
Shu, my sayangness, lekas-lekas baik demam campak k:)
To those yang the names i x mention jgn berkecil hati.Ingatan I pada kalian semua tidak pernah berbelah bagi.And to you too my sweet readers, Extra love dari I untuk anda semua.Take care :)


***


Semalam kan,

Tiba-tiba terasa macam eh! kat Malaysia ke ni? 2, 3 pasaraya besar2 I masuk satu pun takda kentang goreng bertanda halal Jakim.Eh ada.ada..tanda halal tulisan jawi dalam bulatan putih.Tengok nama kilang sekejap kat belakang.Kilang Malaysia.hmm..kempunan I semalam nak makan kentang goreng.Takda satu pun yang dijamin halal.haish~~

~~~



Saturday, October 31, 2009

Berhati-hatilah

Satu perkara yang tidak saya pasti, apakah teguran itu sebenar-benarnya dari hati atau ditokok tambah dorongan nafsu amarah?Adakala ia mengganggu benak fikiran saya walaupun sedaya upaya saya cuba lari dari memikirkan tentangnya.

Teguran/pertuduhan atau apa jua layak dipanggil, teramat tajam dan adakala tidak masuk dek logika akal.Kata org kenapa perlu gelabah kalau bukan kamu yg salah.Bukan saya gelabah.Tapi persoalan-persoalan ini mengganggu kitaran minda saya. Saya baru sahaja melangkah mengenal dunia sebenar alam dewasa, namun awal-awal lagi saya menemui kegagalan.Tak mengapa, saya tidak pernah takut akan kegagalan kerana saya percaya semakin banyak kegagalan yang saya tempuhi, semakin cerah kejayaan yang bakal saya terima.

Setiap tindak tanduk saya diputar belit dan ditafsir mengikut sedap rasa si pemerhati.Penilaian yang tidak adil barangkali.Saya akui akan kebenaran sesetengah perkara yang cuba ditegur si empunya badan namun saya sangkal sama skali akan pertuduhan tentang kisah peribadi saya. Teramat mudah mereka menilai tara keperibadian saya.

Be strong sya dearie,
Mulut orang kita xboleh tutup. Satu hari nanti semua pasti akan terbongkar. Ingatlah semua, sesungguhnya ujian daripada Allah itu kadangkala datangnya dalam bentuk kesusahan atau pertolongan.Jika bantuan itu datang dalam bentuk kesusahan, beruntunglah kamu kerana Allah menghitung akan setiap kesukaran, air mata dan penat lelah mu itu dan kamu akan sentiasa beringat dan menjauhi laranganNya.Namun andai ujian itu datang dalam bentuk pertolongan, berjaga-jagalah kamu.Kamu bisa hanyut dan lalai dengan setiap perkara yang kamu lakukan. kerana dalam kesenangan yang kamu hadapi itu kamu sangkakan setiap perlakuan kamu itu benar dan mendapat keredaanNya.Berpesan-pesanlah kamu kepada kebaikan.Semoga Allah bersama-sama aku dan kamu agar tetap berada di atas landasan yang benar.
Wallahualam.

Tuesday, October 13, 2009

Si ayah yang tidak pernah mengeluh

Melihatkan kepayahan si ayah mencari rezeki demi sesuap nasi, demi memenuhi keperluan si isteri dan anak-anak hati menjadi semakin berkobar-kobar berusaha memberikan kesenangan si ayah kelak.

Menyaksikan ketabahan si ayah meredah kesejukan 6.30 pagi dengan hanya diselimuti sweater menuju ke lubuk rezeki setiap hari menguatkan ingatan kepada cita-cita yang harus dicapai.

Merasakan sendiri tabahnya si ayah meredah hujan lebat walaupun kenderaannya tidak berbumbung dan kadangkala rosak di tengah-tengah perjalanan mencari rezeki mengingatkan diri akan tanggungjawab besar yang harus dipikul.

Mengenangkan kuat semangatnya si ayah mengharungi getir hidup sungguh pun dirinya sedang dimamah penyakit mengalirkan si air mata.Bukan kerana lemah dan tidak berdaya tetapi kerana semakin kuatnya si hati untuk bangkit setelah dia jatuh tersungkur.

Sungguh pun si anak meminta itu dan ini, mengeluh tidak cukup begitu begini, si ayah tetap teguh berdiri dengan senyuman menghiasi sang bibir.Itulah kasihnya ayah.Tiada galang gantinya.

Tak mengapalah jikalau harus bersesak berhimpit sampai ditolak-tolak lautan manusia ketika bergelut mendapatkan tren.

Tak mengapalah jikalau harus pulang sendiri di tengah malam dengan teksi yang meragukan dengan hanya berbekal doa supaya selamat sampai

Tak mengapalah jikalau datang ke pejabat baju basah kuyup dek hujan lebat

Tak mengapalah jikalau harus menunggu si bas berjam-jam lamanya mahupun menanti si tren komuter yang delay aja setiap hari

Apalah sangat nak dibandingkan dengan pengorbanan si ayah.

Dan oleh kerana itu, bila ditimpa susah, sang diri hanya harus mengenangkan kembali keperitan si ayah dan hanya senyuman penguat hati untuk meneruskan perjalanan hidup yang jauh ini.Kesenangan tak datang bergolek.Tak datang usaha tak datanglah bahagia..


Sunday, October 11, 2009

You're never fully dressed without a smile!~ (^_^)

Its true!You're never fully dressed without a smile.So smile dear readers (^_^)!~


Readers,
Rindu i ? terasa seakan-seakan feymes walaupun hakikatnye tidak.To those yang tersedar blog ini telah diprivatekan for a while, sorry ya takda inform u all.Now dah public kan ia semula.happy reading.Its not my intention to make it private.Im just taking some times to read through the blog and buang jauh2 the things that I wouldnt want to remember.Ive heard that to start something new, you have to let go the past and erase it from your memory.I noe, I wont be able to forget everything easily. Tapi, let the memory duduk diam-diam in your mind.

Talking about starting a new life well i've done lotsa things. My most favourite place to spend most of my time telah dicat purple pink oleh ayah. I had just change my wardrobe dan bayar guna duit sendiri (semacam proud to buy things on your own).Bukan ape, ini benda pertama termahal saya beli sendiri dan bukan ayah bayar.habis elaun saya di sini sahaja.Forget about the price, sebab the satisfaction itu only you can feel it.Hari-hari masuk bilik and looking at the almari cokelat berpintu kaca yang sangat tinggi I rasa puas!~Now I semakin-makin faham, how important for you to work hard ;)

Oh okay not only that, as being asked by mak and ayah, I had clear away the wardrobe dengan baju-baju lama dan hanya tinggal sebahagian baju-baju yang dirasakan masih pakai.I told you kan this is a whole new life, maka mesti buang yang lama dan cari yang baru.Anddd I ade cadar baru jugak ;) dan suka amat dgn design cadar ini.Now, tema bilik ini adelah purple.Andd nanti kena refill ambi pur I dengan scent lavender yang mententeramkan;)..You all should try bau lavender ini.Sangat best!;) And masa outstation at Penang last week I bought this cute lampu bola-bola rotan.Susa nak explain how cute it is!Later i upload the photo okay?!~The room become more cozy and comfy dan sukanya I duduk dalam bilik diam-diam.Bila nak tidur, tutup lampu and bukak lampu bola2 kecil tadi dan cantikkkkkkkkkknyaaaaaaaaaa...Tidur nyenyak sampai xmahu bangun lagi ;).I loike ;))))
thumbs up!

Okay okay.Enuf with bilik purple saya itu ;).I had read through entry belog saya.Sumpah sangat takkkk matang ape benda yang saya tulis.adui adeke i tulis nak kawen tahun 2011, 2012 ? Inilah budak-budak punya fikiran.takda best langsung.Come on Sya!Grow up sikit!Ye ye..Dah sedar sikit ni.Menyampah2 jugak bace.Meluat-luat pun ade.Tapi itulah proses pembesaran dan kematangan kan semua? ;)

Takda makna that im going to get married that fast.Prioritize!Ada sorang teman penah berpesan mcm tu.Yes dear, sila tahu how to arrange things ikut priority then baru hidup itu akan teratur ;). As we grow older, we began to understand everything that happened around us.We started to know the things that we should do or should not.And as for me I started to realize that the mistakes that have been done is a part of learning.And it will be a whole life reference for today, tomorrow and forever.Im glad that I can build up myself no matter how hard it is.I'll give you a sweet smile no matter how bitter the things that revolve around me.Shine dear!~

Meh..meh..tadah tangan cepat.I nak baca doa ni ;)








Dengan nama ALLAH yang maha pemurah lagi maha mengasihani,
terima kasih kerana menghantar kan kepada hambaMu ini
teman-teman yang baik hati dan comel ,
yang sentiasa berada di sisi aku ketika senang mahu pun susah.
Kurniakan kebahagiaan yang berpanjangan,
dan kejayaan buat mereka semua.
Amin ;)

Monday, August 31, 2009

Hadiahkan diri anda sesuatu

Kite beli hadiah dan hadiahkan pada orang.Kadang-kadang sampai kita bingung xtahu nak beli apa.Tapi prnah x kita belikan hadiah untuk diri sendiri?I jarang!Kadang-kadang termat berkira nak beli sesuatu benda.Dah simpan hajat dalam setahun dua barulah beli benda yang idamkan.I bukan kedekut.Tapi sejak kecik lagi ayah dah ajar jimat cermat.Mase kecik i bawak duit belanja 50 sen sahaja sampai darjah 6.Sekolah menengah pulak rm1 sehari.(Mcm dah penah cerita dlm blog nih.dejavuu).So sampai hari ini terbawak sikap berjimat-cermat ni.Walaupun mampukadang-kadang i rasa ada benda lebih penting utk dibayar.Sayang duit tu.I xsuka berhutang-hutang.Syukur hutang ptptn xsampai 10 ribu pun.Cepat-cepatlah habis kan!


Back to the topic, gila lama i xblikan diri sendri novel.I suka amat bace novel English.I xsuka baca citr action or romance.I suka bace novelpasal lif.so td singgah MPH Mid Valley n i bought 3 novel ni dgn harga rm65 saje.suppose 1 novel dah cecah rm36.Worth kan! ;)X sabar nak habiskan buku-buku ni semua!


U guys should try to read PS I love u by the same author, Cecilia Ahem.Sgt bst!

P/S:Esok interview Bank Negara.I feel like Im not prepared at all even tho i did ;(

Sunday, August 23, 2009

Rezeki

Happy i buat bisnes ni.xla rapidly org order kan.But kat sini i nampak kawan2 yg xhenti2 support.i nak tujukan kat Maisarah ni ;).Thx dear sebab tolong promote.N then i pun dpt kwn2 baru yg mengorder.Thanks guys.I happy sgt2!~

Friday, August 21, 2009

sahaja sahaja sahaja.mari berniat

Aku mulakan dengan;

sahaja aku berpuasa tahun ini kerana Allah taala.
sahaja aku solat terawikh tahun ini kerana Allah taala.
Sahaja aku jual kuih raya tahun ini kerana Allah taala.
Sahaja aku jual kuih tanpa mengabaikan ibadah kpadaNya kerana Allah taala.

Berniatlah sahabat.Niat itu permulaan pergerakan.Lintasan hati itu tak datang selalu.Bila dah datang niat betul-betul.InsyaAllah berjaya ;)

Monday, August 17, 2009

My graduation day

Cute nye papa i n mummy too
Dila (ex school mate) n kiero (upsm's gang)
Dya.my sis
The scandal.Me n kak emyl.They said we are too diva.haha
At atuk's houseCik Lin's house
UPSM family..B18, 20, 21, 22
My course mate and Shee

FLOWERS.suke..Thanks MAK,AYAH,ANGAH,ANIS,ZATI,KAK EMYL,KIERA,LAN

For the years i had been pushing myself out of the limits, the day finnaly arrived.
Happy graduation sya dearie!~
And fellow friends ;)

mwahhxx

Tuesday, August 4, 2009

The road not taken


Two roads diverged in a yellow wood,
And sorry I
could not travel both
And be one traveler, long I stood
And looked down one as far as I could

To where it bent in the undergrowth;
Then took the other, as just as fair,

And having perhaps the better claim

Because it was grassy and wanted wear,

Though as for that the passing there

Had worn them really about the same,

And both that morning equally lay
In leaves no step had trodden black.
Oh, I marked the first for another day!

Yet knowing how way leads on to way
I doubted if I should ever come back.
I shall be telling this with a sigh

Somewhere ages and ages hence:

Two roads diverged in a wood, and I,
I took the one less traveled by,
And that has made all the difference

By:Robert Fros



Based on what I've understood on this poem, I think that this poem may inspire many people to choose what's best for them. Many people are not sure of the road that they want to go but with God's help and strength, we can choose correctly. Based on my interpretation of the poem, the author, at first, didn't know what road to choose. In the second stanza, the author said that he had taken the other road because it seems that the road is less traveled by and has less traffic. But then he said that the two roads looks just the same.

Also as I interpreted the poem, I can see that the author wanted to turn back and try the other road. But he changes his decision and continue to his decision because he knows that time is short. So based on my over all interpretation of the poem, I think that what the author would like to say is that decisions in our life are easy to say but if we make it, it's difficult because we always have this 'doubt' that whatever we choose, we always have in mind that 'what if'. I also think that the author wanted us to know that making decisions has a lot of sacrifices to do because in every decision that we make, there would always be consequences.

http://www.poemhunter.com/poem/the-road-not-taken/


+++++++++++++++

This is what I feel right now, right here ;(


Saturday, August 1, 2009

Reunion MRSM Taiping

Balik dari Muadzam hari jumaat.The next day ade reunion.I gila-gila penat tapi si Olis akak presiden kelas neh dah semangat nak satukan all of us.rasa xsampai hati.dah baer tahun merancang.xjadik..ni semua kawan2 sekelas kat taiping dlu.mase f4 n f5.baru tulis pasal taiping rituh.akhirnye jumpe.rindu korang sumer.xsemua yg ader.tp as a beginning jadikla bape kerat yang ader ni... ;p

i cume xpuas hati sebab mai n shu dah sangat slim.aduyai..tercabar!~



Wednesday, July 8, 2009

Convo Countdown

Slame ni tgk orang convo.
Slame ni jadik pengacara pesta konvo.
Sekarang ini turn i pulak convo.
Alhamdulillah ;)



Gambar ni muke gemuk xboleh blah.huhu~

Tuesday, July 7, 2009

tukang jahit yang berjaya

Kawan2 yang dah habis semua komplen bosan dan boring.Tapi i belum sempat rasa bosan dan boring.Sampaikan si boyfie mengajak keluar esok untuk merayakan anniversary pon i refuse.Baaaaaaaaaaaaaanyak sgt kerja i sedang buat.Main project adelah belajar menjahit baju kurung dengan emak.lepas siap je ni nak blaja jahit kebaya dengan nenek pula.memang sibuk.xda masa nak lepak2.hehe..


Stakat ni jahitan i memang horror tapi prektis make perfect ape.kan?hehe.So kwn2 semua, i belum keja lagi sebab i sedang keja di rumah.dah siap baju ni i akan continue dgn baju2 raya lain.pastu akan paksa ayah upah.hehe..fikiran kene bisnes minded beb.Baru suksess.hehe


Mesin singer ini manual.bukan auto.sesuai untuk orang yang baru belajar.klau auto sekli terlajak there's no turning back..hehe..ni mak i punya..


Pastu bila dah penat buat, i sepah2 je cmni.nanti mak kata, " pandainye anak mak".I angguk2 tanda setuju.ye.anak mak memang pandai.hehe



tahun depan saya amik upah jahit.mehla tempah.hikhik

Monday, July 6, 2009

perfection

Susah sebenarnye nak jaga hati orang ni. Kadang2 kite terpaksa juga buka buku yang lama untuk bersihkan buku yang baru. Kadang-kadang untuk menjaga hati pihak yang sebelah sini kita tak sengaja lukakan yang sebelah sana. I bukan wonderwomen atau power puff girl yang boleh buat semua jadi baik je. Kadang-kadang orang menilai secara terus. Sedangkan kita harap mereka menilai apa yang tersirat. Bila kita berada dalam kesusahan, kita lihat sapa yang ada di sisi kita. Bukan minta penyokong tapi minta panduan. Memang sakit untuk bukak kisah lama. Memang sakit bila sedar kita ditipu. Syukur I dah biasa terkena sebegini. I tahu untuk build up diri sendiri. Sebab I tak mampu lagi nak buat semuanya neutral, I serahkan pada Allah. Sebagai hambaNya yang lemah, I sedar bahawa i xmampu untuk buat semua jadi perfect. Hanya doa yang mampu I usahakan.

Thursday, July 2, 2009

Semakan graduasi


:pompom::pompom::pompom::pompom::pompom:

Guys.boleh check 11 Julai ni.Dah dpt jgn lupe bagitau sidang brape.Hihi.

:pompom::pompom::pompom::pompom::pompom:

Wednesday, July 1, 2009

Dare to fail

:look::look::look::look::look:

Nobody wish for a failure future and no one ask for the hardness of life. They measure success by looking at the end output. Failure is a big NO. And there is no bright side when you meet the failure.You even think that its gonna be an end to everything. You fell down and did nothing. Poor you I must say!!

Let me bring you to a simple anology.

Anology 1
It is a bright sunny day.The sun spread its light to the entire earth after a week of rainy season. "What a good day", said you. Then after a while, the sky look so dark and suddenly its raining. "Oh no!Its rainning again..", sighed you.
You see, bright day often said to be as a "good weather" while rainfalls is a "bad weather".But did you realise that the combination of this two weather will give the entire world a colourful rainbows?

Now apply it in your daily life.How success and failure combination will produce a great end output? Its so simple isnt it?My main point here is, DARE TO FAIL.Thats the key of success.

:look::look::look::look::look: