Friday, March 22, 2013

Amalan Qasidah, Berzanji atau Marhaban

Update on 16/5/2013

Baru tadi ada kupasan topik Qasidah "Ibadah atau bidaah" di TV Al-Hijrah dalam rancangan majalah Islam.Good one. Alhamdulillah. Tiada salahnya Qasidah tu :)

Update on 22/3/2013

Alhamdulillah, usaha saya membuahkan hasil. Actually bukanlah usaha saya tapi usaha sahabat saya yang menjumpai rakaman video UAI mengenai tuduhan bahawa penulis buku berzanji adalah Syiah. Dengarkan rakaman video seperti di bawah :

Tajuk video  : Berzanji dikatakan syiah, Tahlil dikatakan Yahudi
Penceramah : Ustaz Azhar Idrus
Link Video : http://www.youtube.com/watch?v=6KZuHR605cM&feature=share







Malahan apabila mendapat tahu latar belakang pendidikan Ustaz Nasirudin (penceramah video yang membincangkan tajuk 'Menimbang Amalan Berzanji & Marhaban Menurut Neraca Al-Quran) sahabat saya seakan tersenyum. Bimbang berkefahaman wahabi. Saya mohon beliau lanjutkan kajian dan pencarian, Insya Allah saya akan update lagi. Lega rasanya bila jumpa satu info tambahan. Maka, takla rasa ragu-ragu nak attend majlis maulid lagi.

Pada mulanya saya fikir, tak perlu ambil pusing sangat tentang wahabi. Cukup sekadar tahu, tak boleh ikut mereka. Tapi bila dah terkena sebegini, maknanya perlu berhati-hati kelas apa kita hadiri. Ingat, saya di sini bukan judgemental, ini adalah ilmu tambahan kepada anda semua dan juga diri saya. Bagaimana anda nak pilih halatuju anda, silakan membuat pilihan. Wallahualam.



 *     *     *     *     *    *     *     *     *     *    * 



Post on 21/3/2013

Semalam saya hadir ke kelas di Yayasan Ta'lim yang terletak di TTDI. Kelas di sini percuma, tapi anda boleh sedekah di tabung yang disediakan. Kelas favourite saya pada hari rabu adalah kelas kelolaan Ustaz Adli, seorang lulusan Universiti Al-Iman, Sana'a, Yaman. Kelas jam 9.45 pagi adalah "Tatacara penerimaan ilmu dan penghujahan ilmu". Kelas ini paling menarik hati saya sebab terlalu banyak perkara 'biasa-biasa' kita lakukan sebenarnya adalah bukan sekadar biasa. Terlalu banyak ilmu yang saya tak tahu disebaliknya.

Topik yang saya pelajari semalam ada menyentuh berkenaan majlis selawat yang semakin giat dijalankan di Malaysia.Apa yang saya bakal tuliskan bukanlah intipati penuh kelas semalam tapi hanya 1 part kecil yang buat saya tertarik untuk kajian.

Saya pernah beberapa kali hadir ke majlis selawat yang mana terdapat bacaan qasidah di mana, di salah satu ayat qasidah tersebut, semua yang hadir akan berdiri. Saya jangka itu sebagai tanda hormat kepada Nabi saw. tapi jauh di dalam hati saya masih tertanya jika sebagai tanda hormat, kenapa tidak berdiri sampai habis selawat.

Ustaz Adli memberitahu, ketika tuan guru beliau hadir ke Yaman, mereka melakukan perkara yang sama. Ketika semua jemaah berdiri, guru beliau rasa pelik lalu bertanya, kenapa berdiri. Lalu dijelaskan yang Nabi saw hadir. Perbuatan ini dianggap khurafat.

Lalu saya mulakan kajian. Untuk hari ini saya terjumpa sebuah penulisan di sebuah blog seperti berikut :


Sebutkan contoh amalan masyarakat yang terhasil daripada khufarat dan sifat melampau kepada Rasulullah sallallahu ‘alaihi wassalam.

Antara amalan khurafat itu ialah amalan berdiri ketika memuji Rasulullah sallallahu ‘alaihi wassalam dalam qasidah@berzanji. Kebiasaannya mereka akan berdiri pada bahagian lirik yang berbunyi seperti Marhaban Ya Nural Ain, Marhaban Jaddal Husain (Selamat datang cahaya mata, selamat datang datuk al-Husain). Kenapa? Kerana asal usul amalan ini adalah daripada kepercayaan khurafat bahawa Rasulullah sallallahu ‘alaihi wassalam hadir dalam majlis tersebut.

ولهذا كان أولئك الغلاة ليلة المولد إذا تلى التالي "المخرّف" كلمة المصطفى قاموا جميعاً قيام رجل واحد، يقولون: لأن الرسول  حضر مجلسنا بنفسه، فقمنا إجلالاً له، والصحابة رضي الله عنهم أشدّ إجلالاً منهم ومنا، ومع ذلك إذا دخل عليهم الرسول وهو حيٌ يكلمهم لا يقومون له، وهؤلاء يقومون إذا تخيلوا أو جاءهم شبح إن كانوا يشاهدون شيئاً، فانظر كيف بلغت بهم عقولهم إلى هذا الحد! فهؤلاء ما شهدوا أن محمداً عبدالله ورسوله، وهؤلاء المخرفون مساكين، إن نظرنا غليهم بعين القدر؛ فنرق لهم، ونسأل الله لهم السلامة والعافية، وإن نظرنا إليهم بعين الشرع؛ فإننا يجب أن ننابذهم بالحجة حتى يعودوا إلى الصراط المستقيم،

Oleh kerana itu, puak-puak yang melampaui batas ini apabila tibanya malam maulidurrasul, apabila mereka membaca qasidah tersebut dan sampai kepada nama Rasulullah sallallahu ‘alaihi wassalam, mereka akan berdiri beramai-ramai. Mereka berkata: Ini kerana Rasulullah sallallahu ‘alaihi wassalam hadir dalam majlis kami. Kami berdiri untuk memuliakan baginda sallallahu ‘alaihi wassalam. Sesungguhnya generasi sahabat adalah lebih hebat penghormatan mereka kepada Rasulullah sallallahu alaihi wassalam berbanding mereka dan kita. Itu pun ketika mereka menemui Rasulullah sallallahu ‘alaihi wassalam ketika baginda masih hidup, mereka hanya bercakap-cakap dengan baginda sallallahu ‘alaihi wassalam dan tidak bangun untuk baginda. Sedangkan mereka (orang-orang yang melampau) akan bangun apabila mereka sedang berkhayal seolah-olah mereka melihat sesuatu (seperti yang kita boleh lihat dalam majlis-majlis ‘zikir’ sufi). Lihatlah bagaimana aqal mereka boleh sampai kepada had ini!  Mereka ini yang bersaksi bahawa Muhammad adalah hamba dan Rasul Allah, dan mereka yang telah terpesong, seandainya kita melihat mereka dengan pandangan mata semata-mata, kita akan berlembut dengan mereka lalu kita pun memohon Allah memberikan mereka keselamatan dna kesihatan. Akan tetapi jika kita melihat mereka pada sudut mata syara’, wajib ke atas kita untuk melawan mereka dengan hujah sehingga mereka kembali ke jalan yang lurus…. (Al-Qaul Al-Mufid)


Sumber : http://lobaitampin.blogspot.com/2013/02/bab-2-kitab-at-tauhid.html

Sebelum ini juga terdapat kelas yang membincangkan tajuk 'Menimbang Amalan Berzanji & Marhaban Menurut Neraca Al-Quran'

Sumber : http://www.youtube.com/watch?feature=player_detailpage&v=D0HOFceNISs


Sesungguhnya ilmu itu teramat luas, kenapa ada kepelbagaian ini adalah untuk kita kaji, kaji, kaji. Kajian datang dari usaha, menuntut ilmu dan membaca. Bahkan Nabi saw juga diajarkan untuk baca. Masyarakat kita pula sering kali ambil sikap cukup tahu yang 'biasa-biasa' sahaja dan tak perlu terlalu 'deep' sangat. Sikap ini yang menghalang pencarian ilmu, dan pemahaman agama. Berusahalah sahabat untuk mencari dan terus mencari ilmu kerana ilmu itu semakin kita belajar semakin kita tak faham :) menarik kan?

Wallahualam

ps # saya dah cube msg/email beberapa orang ustaz berkenaan isu ini dan sekiranya mendapat respon meraka, saya akan kongsi. Jom kaji! :)