Saturday, April 22, 2017

Jelajah Aceh - Banda Aceh Day 4

6 Feb 2017

Jelajah Banda Aceh 

Kapal di atas rumah

Pagi itu selepas sarapan di Hotel Siwah, kami mulakan jelajah 3 tempat sebelum ke airport. Kami masih gunakan supir pada hari pertama sebab harganya murah dan layanan yang bagus. Destinasi pertama kami adalah kapal di atas rumah yang terletak di Desa Lampulo. Ketika kami sampai di sana (kawasan perumahan tanah lot) ada sekumpulan ibu-ibu sedang duduk berbual sesama mereka. Dan salah seorang daripada mereka adalah penjaga kapal dia atas rumah. Beliau yang memegang kunci rumah ini. Selama ni dengar kat TV, Youtube kali ini dapat tengok real keadaan kapal, sambil dengar cerita dari ibu penjaga. Seluruh keluarganya terkorban dalam tsunami tersebut.



Masjid Rahmatullah

Seterusnya kami ke Masjid Rahmatullah yang tak terjejas langsung ketika tsunami berlaku. Satu-satunya yang utuh di Pantai Lampuuk. Cuma susulan tsunami, berlaku gempa bumi dan menyebabkan beberapa struktur masjid yang rosak. Dapatlah kami lihat tinggalan kemusnahan yang sengaja dibiarkan sebagai peringatan. Kelihatan dah tak ada rumah berpenghuni sekitar masjid. Di kawasan sekitar sebenarnya kerajaan Turki pernah memberikan sejumlah bantuan untuk bangunkan semula tempat ini. Ada rumah, pejabat dan beberapa bangunan lain telah dibina. Tapi kini ia kosong, tak berpenghuni. Mungkin penduduk masih trauma dan decide untuk tak tinggal di situ? Wallahualam





Kapal Apung PLTD 

Dalam banyak-banyak muzium, saya paling suka muzium ini. Bahkan Muzium Tsunami yang nampak gah pada architecure nya pun tak berjaya menambat hati saya. Kerana apa, maklumat dalam Kapal Apung PLTD yang dijadikan muzium ini lebih detail. Lengkap animasi 3D bagaimana kapal ini terseret jauh.

Turut dikongsi bahawa sejak zaman dulu, orang dahulu dah pun kaji tanda-tanda tsunami dan siap dibuat sebuah lagu/puisi yang menerangkan tanda-tandanya. Menarik kajian orang dulu yang diinterpretasikan menjadi sebuah puisi lagenda sebagai peringatan kepada anak cucu.


Muzium Tsunami

Architecture dan konsep muzium ini memang hebat. Di permulaan pengunjung akan melalui satu lorong "Space of fear" yang mana ada air mengalir di dinding kiri dan kanan sambil kedengaran bunyi ayat al quran dan angin yang membuat bulu roma berdiri tegak. Takut, sedih semua ada. Sampaikan 2 kali Dot melalui lorong tu untuk dapatkan "feel" dan cuba merasai tanda kekuasaan Allah itu.




Kemudian kami lalui "Space of Memory" yang mana ada banyak lcd yang menayangkan gambar dan video kejadian tsunami itu. Seterusnya, kami masuk ke sebuah gua kecil di mana di dindingnya penuh nama mangsa kejadian dan di bahagian atas gua ada nama Allah ditulis. Gua tersebut gelap, dan satu-satunya yang memancar adalah cahaya di balik nama Allah itu. Memang sangat hebat senibinanya.


Mee Razali

Usai jelajah, kami ke destinasi terakhir, Mee Razali. Sebenarnya mee goreng aje. Tapi sangatlah sedap. Banjir dengan seafood. Udang dan sotong besar.  Di seluruh Banda Aceh ni anda boleh dapatkan Mee Aceh. Yang membezakan adalah nama restoren. So kalau Kedai Razali, jadilah Mee Razali. Gitu. Selain dikenali sebagai serambi Mekah, Aceh juga dikenali sebagi Negeri Seribu Kopi. Penduduk Aceh memang penggemar kopi. Di mana-mana ada kedai kopi dan ada juga kedai kopi 24 jam.



Berakhirlah trip Dot yang hold bertahun-tahun ni. Syukur sangat akhirnya dapat jejak Aceh. Sambil lagu Wani, Alhamdulillah mengiringi trip, memang feel lah suasana tu. Semoga kita berada di dalam jagaan Dia, dan sentiasa disayangi Allah swt.


Until next trip!



Nota kaki:

Shafira Rental Car - +620 8526 2383 881
Kos tour Banda Aceh dan Airport Transfer - IDR 400,000 Avanza



Jelajah Aceh - Pulau Weh dan Banda Aceh Day 3

6 Feb 2017

Pulau Rubiah - Diving di Arus Balee

Boleh pulak sampai ke Pulau Weh kat Dive hilang. dua bulan kemudian jumpa dekat beg yang tak bawak pun pegi Aceh. Rezeki. Nak reprint je dekat RM100++. Pagi tu dalam pukul 9 kami bergerak ke Arus Balee bersama Ijul. Dia yang bawa kami dive dengan Scuba Weh. Seronoklah finally dapat dive. Tapi entah kenapa pegi pakai mask kat dahi smpai air asyik masuk. Lepas tu kalut dok clearkan mask aje. Gambar entah ke mana dengan go pro tak pakai filter. Ceh sangat. Bak kata kawan, sisik dah kering le tu.




Arusnya boleh tahan. Banyak table coral. Cantik. Dive site ni sesuai untuk yg open water. Sebenarnya nak lagi cantik tempat dia kena pakai Advance license. Tapi buddy ada open water je. So jadiklah kan. Memang enjoy. Lepas 2 tahun tak dive. Alhamdulillah.


Nampak tak, ade aquarium dalam mask? Good job Dot. Good job. Haha. Adui


Good bye Pulau Weh, Hello Banda Aceh

Ramai orang kejar kapal cepat pertama setiap kali tinggalkan Pulau Weh. Tapi kami pilih kapal cepat jam 2.30 petang. Rugilah nak tinggalkan pulau cantik ni cepat-cepat. Lagipun masih sempat nak explore Banda Aceh. esok sebab flight lusa pun pukul 2 petang. Cuma ada 2 flight sehari. Pagi dan petang.







Supir berebut customer

Turun je kapal cepat kami jadi terkejut sebab ada sekumpulan orang berlari kepada kami sambil bertanya, "Mobil mbak?" "Beca kan mbak?" "Mobil kan mbak?" eh eh. Ni pop kuiz ke ape. Dot lari keluar sebab takut. Pastu lepas diorang bargain harga, kami ambil seorang ni untuk bawa kami ke hotel di Banda Aceh. Kelakar pulak kalau dikenang.


Hotel Siwah

Kami ambil hotel budget. Hotelnya dah lama. tapi service bagus. Beg bawa ke bilik, sarapan disediakan. Wifi percuma di lobi. Cuma malam tu bilik Dot kebanjiran air air-cond. Tapi okay je. Tak expect lebih sebab harga dia pun cuma RM70++/malam. Hotel sangat dekat dengan Mee Razali, special Aceh dan juga masjid Baitur Rahman.


Masjid Baitur Rahman

Harga beca yang duduk di depan Hotel Siwah ke masjid ni mahalnya tak masuk akal. Macam harga sewa mobil dah. Lepas drama swasta depan hotel, mereka mengalah untuk bagi harga logik kepada kami. Satu beca, sehala sekitar IDR 20,000 tak silap. lupa. tapi sekitar ini lah.



Masjid ni memang cantik. Masa kami ke sana, sedang renovasi payung besar macam dekat Masjid Nabawi. Di dalam juga seperti Masjid Nabawi. Ada banyak tiang. Masjid jenis open concept. Ramai keluarga duduk berkumpul bersama anak kecil. Lepas isyak ada pula zikir dan selawat berkumandang. Seronok berada di masjid ni. Lepas solat, kami cari restoran sebelum pulang semula ke Hotel.





bersambung ke hari terakhir..


Nota Kaki

Dive 1 trip all in - IDR 100,000/pax
Hotel Siwah - RM70

Jelajah Aceh - Pulau Weh Day 2

5 Feb 2017

Pulau Rubiah - Snorkeling

Awal pagi itu kami set snorkeling dengan Ijul @ Zulkifli. Asalnya Dot tanya harga untuk jadi driver tapi sebab harganya tak menepati budget, kami cuma ambil pakej snorkeling dan diving dengan dia. Spot pertama kami di rumah Nemo. Kalau perhati betul-betul area ni banyak micro animals and corals unik. Antaranya nudibranch. Menurut Ijul memang ini lah spot terbaik nudibranch. Ijul memang guide snorkeling terbaik. Dia akan ambil gambar kita paling baik, siap tolong setup Go Pro lagi. Thank Ijul! Very recommended.




Kami bawa Ammar sekali snorkeling. Tapi part kelakarnya dia menangis bila semua orang mula snorkeling. Mana taknya, semua kepala benam dalam air dah tu dia saja yang timbul dengan pelampung. Lepas puas bergambar dan bervideo, Dot surrender untuk naik sebab si Ammar buat konsert. Papa pegi snorkeling next spot. Guess what, elok je naik ke darat, bagi minum air, makan roti eh ketawa aje dia. Geram pulak ibu ni. Nak turun balik dah jauh pulak nak pusing ke kawasan pantai. Nak terjun dari jeti dengan Ammar macam seram pulak. Tunggulah kami anak beranak sambil ambil gambar. Sempatlah si Ammar membuang air besar.






Dahulunya Pulau Rubiah ni menjadi tempat persinggahan jemaah haji Indonesia sebelum meneruskan perjalanan ke Mekah. Masih ada tinggalan asrama jemaah haji.


Lunch Ikan Bakar Fresh

Usai snorkeling, langsung kami pilih ikan segar. Dapatlah kerapu bara dibakar kosong bersama sambal terasi, sayur air. Ringkas tapi cukup nikmat dengan rasa segar ikan. Tambah pula air kelapa. Rasa tak cukup lauk yang banyak tu.


Gua Sarang

Sekitar jam 3 baru kami bertemu supir kami Udin untuk sambung jalan-jalan Pulau Weh atau penduduk tempatan lebih gemar memanggil Sabang. Disebabkan waktu yang terhad kami tak turun pun ke guanya, sekadar photo di atas. Sebenarnya nak gambar cantik siap reflect bukit bukit tu dekat air kena datang pagi. Menurut guide snorkeling kami Ijul waktu terbaik ke Gua Sarang adalah pagi sebab kita boleh dapat reflection bukit batu di atas air. Plan ke Air Terjun Pria Laot dibatalkan sebab hari pun dah lewat, nak trekking setengah jam lagi. Banyak benda cancel tapi tak apalah, asalkan puas snorkeling pagi itu.




Tugu I Love Sabang

Di sini ada tanda tulisan I love Sabang. dan dari viewpoint ini boleh nampak Danau Anak Laut. Memang cantik. Cuma kalau pergi petang, cahaya terik sekali. Mungkin pagi view lebih cantik. Kami beli souvenir pun sekitar bandar.



Wisata Kuliner Sabang Fair

Menurut sumber google ini tempat wajib datang untuk merasa kuliner khas Aceh. Pada Dot biasa aja. Tak ada yang terlalu special. Hehe. Wajib cuba sate gurita. (Sotong kurita) special Sabang dan kopi Ulee Karang.

Selepas makan, nak pulang ke Iboih Inn dah tak ada transfer bot yang beroperasi. Makanya harus menapak lebih 30 minit turun naik bukit, lalu depan belakang banglo lain. Kadang-kadang ade kubur. Sampai bilik memang terus melepak.



Review Supir

Supir kami, Udin ini owner Iboih Inn yang cari. Rupanya owner supir (Arpen) pun punya banglo. Reason kami ambil dari Iboih Inn ni sebab dapat agak murah, tapi sayang supirnya sedikit pemalu. Kadang-kadang rancak berbual, kadang-kadang sepi. Makanya Dot sangat recommend Ijul, snorkeling guide kami pagi itu. Mahal sedikit aja, tapi tentu lebih puas hati. Dia akan susun segala rencana kita.

bersambung hari ke 3


Nota kaki:
Snorkeling guide - IDR 150,000
Snorkeling boat - IDR 200,000/bot
Snorkeling set - IDR 40,000/pax
Bayaran masuk Gua Sarang - IDR 5,000/pax
Contact no Ijul  - +62 852 6040 8660
Lunch di Rubiah Island - IDR 323,000/5 pax

Jelajah Aceh - Pulau Weh Day 1

First time dengar Aceh masa di awal ambil lesen diving. Masa tu Pulau Weh ini memang famous lah among Malaysian Divers and masih famous sehingga kini. Plan asal nak pergi rasanya 5 tahun yang lepas. Siap buat research, nota sana sini sampaikan nota tu masih tersimpan sehinggalah trip ini jadi kenyataan tahun ini. Asalnya trip family kecil. Tapi sorang sorang nak ikut, jadilah trip berlima.

Waktu di Banda Aceh lewat 1 jam dari Malaysia. Orang Aceh tak cakap Bahasa Jawa macam dialek orang Jakarta Bandung. Bahkan dialek Banda Aceh sedikit berbeza dengan Pulau Weh atau nama lainnya Sabang. Kadang-kadang dialek Banda Aceh kedengaran seperti dialek Sarawak.


4 Feb 2017
Kuala Lumpur - Banda Aceh - Pulau Weh

Flight KUL-BTJ-KUL melalui Air Asia cuma ada dua. Pagi dan petang. So kami ambil flight pagi ke Banda Aceh sebab nak kejar kapal cepat ke Pulau Weh. Setibanya di Airport, kami terus dapatkan simcard Telkomsel (itu saja telco yang bagus di Pulau Weh) untuk call Supir untuk ke Labohan Ulee Lheue, jeti ke Pulau Weh. Take note, perjalanan ambil masa sekitar 20 minit dan anda akan ada masa yang sangat ngam ngam kalau nak kejar first kapal cepat ke Pulau Weh. Sampai di jeti, kapal memang almost ready nak berangkat. Kapal Cepat ni sekitar 40 minit dan kapal betul-betul selesa macam seat bas Transnasional yang baru.





Pulau Weh - Benteng Jepang

Kami tiba di jeti Pulau Weh dan terus berjumpa dengan supir yang kami aturkan awal. Pulau Weh ini boleh tahan besar. Malah dari Jeti ke tempat penginapan kami ambil masa sekitar 30 minit, ditambah pula dengan keadaan fizikal pulau yang berbukit dan jalan yang sempit. GPS tak berfungsi 100% sebab ada sesetengah kawasan yang tak ada line. 

Tempat lawatan pertama kami adalah Bentang Japan yang terletak di Pantai Anoi Itam. Tarikan utamanya adalah kubu pertahanan Jepun tapi rasanya pelawat lebih teruja melihat cliff berwarna hitam yakni batu karang. Even di kawasan benteng pun ada batu karang. Mungkin satu masa dulu, ia merupakan dasar laut?





Pulau Weh - Pantai Sumur Tiga, Pantai Anoi Hitam

Selalunya kalau nak ke Pulau Weh, samada Pantai Iboih atau Pantai Sumur Tiga yang jadi pilihan. Pantai Sumur Tiga ni memang sangat cantik sebab pasirnya putih. Sesuai kalau ada anak kecil sebab kawasan pantainya luas berbanding Iboih yang berbatu karang dan banyak chalet/villa di bukit-bukit.

Pantai Anoi Hitam pula meruapkan kawasan pantai yang pasirnya berwarna hitam. Sambil dalam perjalanan ke Iboih Inn, tempat penginapan kami ada juga supir singgah beberapa pantai lain. Tapi kami tengok dari dalam kereta saja sebab kepanasan amat dan masing-masing keletihan. Maklumlah, pukul 3 pagi dah bangun.







Pulau Weh - Iboih Inn

Nak ke penginapan kami ini perlu naik bot. Kalau jalan kaki secara santai dalam 30 minit ikut jalan dalam. Kalau ikut bot, seminit aje rasanya. Sampai saja kami di kawasan pantai Iboih, kami terus tunggu bot dari Iboih Inn untuk menjemput. Pantai Iboih itu biasa-biasa aja, cuma airnya teramatlah jernih. Tapi kelebihannya, lokasi dia berdepan dengan Pulau Rubiah, yang merupakan lokasi diving/snorkeling yang terbaik di Pulau Weh. Malah Villa kami pun betul-betul depan Pulau Rubiah.




Tiba di Iboih Inn, kami disambut oleh petugas di sana, dan beg kami dibawa ke bilik oleh petugas. Okaylah not bad. Kami pilih Bungalow semi beach front. Harganya IDR 550,000/malam. Agak pricey tapi memang saja kami pilih Iboih Inn sebab lokasi dan reviewnya. Biliknya luas dan ringkas. Ada sebuah katil, tong air panas/sejuk, hammock di beranda dan sebuah toilet kecil. Yang mahal tu pada saya mungkin kerana viewnya. Bayangkan bangun pagi disapa ombak, dengan view laut biru hijau yang jernih.









Selain itu, yang menariknya Iboih Inn ini pada communal areanya memerangkap cafe/ruang makan. Memang cantik dan santai. Selain jeti privatenya, tetamu boleh terjun bila-bila masa saja. Ini baru betul-betul infiniti pool. Boleh berenang sampai ke Pulau Rubiah !

bersambung ke hari ke-2


Nota kaki:
Shafira Rental Car - +620 8526 2383 881
Kos Airport ke Jeti - IDR 70,000 Avanza
Simcard (Data Saja) - IDR 55,000
Driver - IDR400,000/day - kami ambil dari Hotel
Jemput dari jeti - IDR50,000/pax


Friday, August 5, 2016

Sungai Pelepah Kiri, Kota Tinggi, Johor

Lebih setahun since last post. Yang paling best, 

Last Dive Trip - 24 Feb 2014
Last Hike Trip - 17 Oct 2014
Last Travel Trip - 1 Feb 2015

Nampak tak. Berapa tahun memerap sekali dengan blog terkubur. Balik dari Indonesia tahun lepas Dot dapat tahu Dot pregnant and since that goodbye dive trip. Hike apatah lagi. Al maklumlah baby first, kena dengar cakap orang untuk 'jaga' baik-baik. So end up travel dalam Malaysia je. It just that nak juggle dgn penat pregnancy, long distance relationship and kerja terus tak sempat update blog. And alhamdulillah selamat deliver a healthy baby boy namely Muhammad Ammar Mikael bin Mohd Zulbaidi.






And we waited for months untuk cari waktu sesuai untuk bawak baby kenal hutan. Actually masa Ammar 4 months 3 weeks kami dah bawak Ammar mandi sungai, and dia suka mandi sungai except for the fact that sungai tu sejuk. Tapi lama-lama dia enjoy. 



A month later kami bawa Ammar camping tapi for day trip je. Petang kami balik and datang esoknya. Tapi the whole day dekat tepi sungai. And Alhamdulillah, Ammar okay. Lena dalam hammock. So memandangkan Ammar dah lulus test test kecil ni barulah kami finally bawa Ammar trekking ke dalam sikit.


Sungai Pelepah Kiri, Kota Tinggi, Johor.
17 July 2016

It was unplanned event pun. Tiba-tiba kawan-kawan ajak pegi Pelepah Kiri. In my mind macam, best ke tempat ni. Nama dia macam tak best. Macam 'rusuk kiri' je bunyi dia. Setelah di goda oleh husband okay jomlah pegi. Dengan tak prepare stamina, redah ajelah.

Starting point



Sungai Pelepah kiri ni terletak di Kota Tinggi, dan berdekatan dengan Gunung Muntahak. Permulaan trek adalah sebelum pintu gerbang air terjun kota tinggi, masuk melalui ladang kelapa sawit di sebelah kiri. Sememangnya kami masuk tanpa kebenaran, tapi sesekali terserempak dengan pekerja ladang, mereka tak pula melarang. Barangkali pendaki belum pernah buat masalah dekat sini, jadi mereka pun ok. Basically, kena ikut je anak sungai sampai lah melepasi ladang kelapa sawit dan masuk ke hutan. 

Perlu meniti kat tepi air terjun. Nampak tak kat tepi kiri tu.
Nak turun kena extremely careful. Tambah pulak ade si kecik kat belakang


Sungai pelepah ni terdiri daripada banyak air terjun. Mula-mula rendah, makin lama makin tinggi. Menurut laman web waterfallsofmalaysia.com terdapat 12 level air terjun dan yang paling utama adalah level 11. Anda perlu berhati-hati kerana di setiap checkpoint/level air terjun atau pun kolam, pasti ada kayu balak yang jatuh/melintang. 


Ok orang mandi dia tido. Rugi
Semakin menghampiri level atas, trek semakin tinggi dan licin. Kalau bawak baby dalam frame carrier, mungkin lebih selamat berbanding baby carrier biasa. Beza kalau kita hike sendiri dengan membawa baby di belakang. Sebaiknya kita harus mengurangkan hentakan ketika mendaki mahu pun ketika turun untuk keselesaan baby. Ada masanya kami perlu menggunakan tali untuk memanjat bukit yang hampir 90 darjah. 

Main tali sekali
Macam dunia fantasi. Teringat rafting dekat Jogja

Akhirnya kami tiba di level 11 & 12. Bentuk muka bumi air terjun di level ini memang cantik. Trek yang harus kami lalui juga cantik. Ia seperti berada di alam fantasi. Alhamdulillah Ammar tidak meragam bahkan dia cukup seronok bila terdengar bunyi air.



Selepas air terjun terakhir, ada sebuah tapak perkhemahan yang dikenali sebagai Kem German. Kami berehat sebentar di sini sebelum turun semula dan mandi manda di kolam level bawah yang lebih dalam. Sebenarnya, keseluruhan Sungai Pelepah kiri ni cantik. Cuma kalau nak mandi puas atau tiruk, kena pilih kolam lah. Kebanyakannya cetek, tapi punya landskap semulajadi yang cantik. Kami pasti akan repeat lagi.


Kem German

Source info : http://waterfallsofmalaysia.com/24pelapah.php


Ammar ni full breastfeed baby. So sangat mudah bagi Dot nak bawa dia. Tak pening nak fikir nak bancuh susu. So bila berhenti rehat je Dot akan offer susu dekat dia which dia tak akan refuse punya. So Dot nak share sikit pengalaman kecik Dot ni.

Tips bawa baby ke hutan

(1) Sediakan air dalam botol yg mudah di bawa contohnya straw cup
(2) Bawa makanan yang bersesuaian
(3) Prepare sebarang ubatan/first aid
(4) Sebaiknya sediakan mosquito repellent/ubat sapu jika digigit serangga
(5) Small toy untuk teman dia while enjoying the hike

Lets explore the world :)