Thursday, May 16, 2013

Umrah - Day 2 : Jeddah - Madinah - Ziarah Dalam Madinah


Day 2 - 5 April 2013, Jumaat

RNR Highway Jeddah - Madinah

Aku dikejutkan dengan suara para jemaah. Kami berhenti di kawasan rehat ala-ala RNR versi Madinah untuk tunaikan solat Subuh. Turun daripada bas Ya Allah, sejuk sangat. Rupanya kawasan padang pasir yang ada banyak bukit-bukit batu. Suraunya agak besar cuma tempat ambil wuduk dan tandas kurang selesa. Ada masalah air agaknya.

Ruang solat muslimah
Keluar dari masjid kami diberikan pack makanan untuk breakfast. Yeah makan lagi. Sebu dah perut banyak sangat makanan. Tapi kalau tak habiskan siapa yang makan? Nanti syaitan suka, Allah marah. Pilih satu. So habiskanlah kami. Cuma ada lauk-lauk yang kongsi dengan cik kucing.

Majis di RNR dalam perjalanan ke Madinah

 Selain Masjid, ada juga hotel dan kedai makan. Di luar hotel disediakan gazebo lengkap dengan karpet tapi dah tentu berpasir kan. Kata padang pasir. Gazebo bersila style. Jangan pulak bayang ade meja bagai.

Indo style. Banyak kan!

Gazebo yang aku maksudkan. Taktau mereka panggil ape.

Perut dah diberi nafkah, kami pun teruskan perjalanan ke Mekah. Mulalah Ustaz Firdaus memegang mic memulakan tugas beliau. "Para tetamu Allah dan para penziarah nabi yang dikasihi." Allah berderau darah digelar sedemikian tingginya panggilan. "Lebih kurang sejam lagi kita akan tiba di Madinah, jangan kosongkan hati para jemaah, basahkan lidah dengan zikrullah".

Suasan gunung/bukit yang melatari highway Jeddah - Madinah

 Tiba di Kota Madinah

Akhirnya hampir tiba

Kota Madinah yang di nantikan

Semakin kuat debaran hati nak tiba ke kota suci yang mulia. Tempat tinggal Nabi kita Nabi Muhammad saw. Ya Allah, terasa sepeti mimpi. Sambil melihat permandangan di luar, bibir tak henti mengucap zikrullah dan selawat. Tak sabar untuk tiba di tanah haram itu tapi sebenarnya seakan tak percaya. Announcement dari Ustaz bgtahu kami sudah tiba di Madinah sambil menunjukkan masjid pertama yang dibina baginda Nabi saw.

Dari kejauhan, Masjid Quba
Masjid Quba masjid pertama yang dibina oleh Nabi saw setelah tiba di Madinah dalam perjalanan hijrah baginda dari Mekah. Masjid yang dibina atas dasar taqwa dan iman ini adalah masjid pertama yang dibina. Rasulullah saw bersabda yang maksudnya, "Sesiapa yang berwuduk di rumahnya kemudian pergi ke Masjid Quba' untuk bersolat akan diberi ganjaran pahala sama seperti menunaikan umrah". Allahurobbi!


Hotel Mubarak Silver

Alhamdulillah akhirnya kami tiba di hotel penginapan kami iaitu Mubarak Silver Hotel. Perjalanan ke masjid Nabawi hanya mengambil masa 5 minit kalau direct ke masjid, tak singgah shopping. Setibanya di hotel kami diberi kunci oleh Mutawwif dan tiada aktiviti atau program untuk hari tersebut/. Memandangkan kami tiba di sana pada hari jumaat (Alhamdulillah diberi peluang solat jumaat di Masjid Nabawi). Cuaca di Madinah ketika ini memang sejuk. Sedapnya angin gemersik meniup.

Hotel Mubarak Silver

Jemaah kami dah mula bergaul mesra masa transit di Oman yang berjam-jam tempoh hari. Kiranya ada daripada 33 orang, ada 1 group besar dari Sabah (satu geng), 1 group kecil dari Tanjung Karang dan family kami dan sepasang anak beranak dan seorang ustaz KAFA. Boleh bayang when Jawarians meet Sabahan? Tak faham accent terus except Jawa la. Kan saya cucu Jawa.

So Pakcik Yusuff offer untuk sama-sama pergi masjid untuk tunaikan solat jumaat since kami semua first time. So seperti yang dijanjikan kami bergerak ke masjid jam 11 pagi. Sempatlah merehatkan badan dan mandi sebelum ke Masjid Nabawi.


Masjid Nabawi 

Macam tak percaya! Tu apa yang aku rasa. Dari jauh nampak dah payung-payung Masjid Nabawi dah melambai-lambai. Sayu rasa hati. Melangkah masuk ke masjid. Sejuk tenang. Ya Allah aku betul-betul hampir dengan makam Nabi mu Nabi Muhammad saw. Ya Rasulullah, tunggu aku datang. Aku datang bertemu mu.

Masuk masjid ada pengawas  opss pegawai/pemeriksa yang akan check if kami ade bawa barang terlarang yakni camera. Tak boleh ambil gambar ye. Sebab aku witness ada yang terkantoi pakai camera siap kne rampas dan delete smua gambar. Tapi henfon canggih lepas. Takpelah takde henfon canggih, dengan henfon Nokia cokia tu la aku ade ambil sikit-sikit gambar. Tapi xdapat nak share kat sini. Aku rasa hari pertama aku kat Masjida Nabawi aku masih rasa tak percaya. Macam mimpi je semua ni.

Payung boleh laras Masjid Nabawi

Usai solat jumaat, menuju ke pintu keluar aku sempat minum air zam-zam yang stoknya sentiasa ada dalam dan luar masjid. Puas hatinya lah dapat minum macam perigi zam-zam tu depan mata. Nikmat sekali.

Dalam perjalanan pulang, belum keluar lagi pintu Masjid Nabawi kami dihidangkan dengan lautan manusia macam ni ha :

Lautan orang orang

Balik ke hotel lepas lunch, rehat sminit dua kami decided untuk berjalan-jalan explore apa yang ada keliling Masjid Nabawi ni sementara menanti asar. Yang banyak adelah orang berniaga di sana-sini. Tengok betapa betul-betul depan masjid diorang ni berniaga. Dah macam pasar lambak pun ada. Jubah yang budak lelaki ni pegang harga 50 Riyal. Cantik jugak cuma low quality sikit




Siap ade jual shawl lagi. Tapi takdela aku rembat. Semua design kain sari. Mana diorang ambik stok pon tak tahu lah

Tokey pon gayakan shawl
Jual jual jual!



Mangsa shopping

Satu building dengan hotel tapi area belakang

Lagi satu klau tak tukar duit takpe. Sini banyak money changers :)

Starbuck dan H&M pon ada

Malam itu selepas makan malam, kami jemaah perempuan kumpul bersama. Akan ada ustazah yang akan tunjukkan kan kami cara untuk ziarah makam nabi saw.


Makam Nabi saw & Raudhah

Masa kat Malaysia dua benda je aku selalu dengar pasal Makam Nabi saw dan Raudhah. 1st susah 2nd Mak Arab ganas. Macam tu sekali ye descriptionnya. Ustazah pesan, jangan kita aim sangat Raudhah. Priority utama kita nak ziarah makam Nabi saw. So betulkan niat.

Ikutkan lepas Isyak lagi mereka dah tunggu untuk Ziarah makam Nabi. Tapi pintu tutup jam 10 mlm atau 10:30 malam. So sempatla balik and dinner dulu. Sebab at first pegawai/petugas yang lengkap purdah tu akan susun kita ikut negara. Malaysia and Indonesia and tu kira segeng la sebab bahasa lebih kurang.

Lepas tu pula ade banyak stage perhentian. Asalkan dah lepas pintu yang pertama ustazah suruh kami solat tahiyatul masjid dan sujud syukur sebab lepas je pintu 1st tu means kami memang akan ada peluang ke Raudhah. Lepas tu Ustazah suruh kami solat taubat jugak. Yela harusla bertaubat sebelum meminta-minta pada Allah kan. Ustazah saja lengah-lengahkan kami supaya kami berada di line terakhir. Katanya supaya bila semua dah beredar, kami boleh solat dengan selesa tanpa gangguan.

Kami tunggu dan tunggu lagi di checkpoint kedua. Di sini Ustazah tanya jika ada yang nak sedekah sebab otw kami masuk ke Raudhah ustazah beri 10 Riyal pada para cleanar Masjidil Nabawi. Rupanya itu duit sedekah jemaah before ni. So if kami turut bersedekah, ia akan diberikan semasa trip ke Raudhah yang seterusnya. Kata Ustazah, sedekah tu doa moga Allah permudahkan urusan kita.

Akhirnya kami masuk ke pintu untuk check point terakhir. Tempatnya makin sejuk dan tenang. Rupanya inilah checkpoint terakhir kami. Dari sini dah jelas kelihatan kubah lama Masjid Nabawi. Kubah Hijau. Dah boleh nampak Makam Nabi. Tinggal lagi menunggu giliran untuk masuk ke Raudhah, taman syurga itu yg berada betul2 di antara rumah Nabi saw dan mimbar. Semua terasa bagai mimpi.Tempoh menunggu hampir 4 jam tu tak terasa bil dah semakin hampir dengan baginda Nabi saw.

Baginda Rasulullah saw pernah bersabda, "Barang siapa yang menziarahiku sesudah matiku (menziarahi kuburku) maka seolah-olah dia menziarahiku semasa aku hidup"

Setibanya di dalam ruang Raudhah, kami beri salam kepada Nabi saw serta sampaikan salam daripada mereka yang mengirim. Sayunya hati bila beri salam tu. Kemudian perlahan-lahan menunggu giliran supaya dapat pijak karpet hijau (petanda itu adalah kawasan Raudhah).

Mungkin bukan rezeki, walaupun sudah jadi orang yang terakhir, kumpulan sebelum itu masih ramai. Tak dapat nak solat dan berdoa secara khusyuk. Tapi aku cuba buat yang terbaik. Aku pasti aku cuba lagi untuk mendapatkan ketenangan di taman syurgaMu ya Allah.

Bersambung ke Hari ke 3



Video penerangan tentang lokasi-lokasi dalam Kawasan Raudah/Makam Nabi saw.




Umrah Day 1 : KLIA - Muscat - Jeddah

Day 1 - 4 April 2013, Khamis

Hari pertama permulaan perjalanan ibadah kami sekeluarga. Flight kami ke Muscat, Oman adalah pada 2:30pm. Sampai je KLIA, kami menuju ke kaunter M tingkat 5 yang mana kita serahkan beg pada staf Andalusia. Mereka akan uruskan check-in bag. Sekitar jam 12:30pm kami diberi taklimat tentang itinerary flight.

Ringkasnya, perjalanan kami untuk hari pertama adalah :

KL - Muscat (transit Muscat) = 7-8 jam
Muscat - Jeddah = 3-4 jam

Terima kasih buat yang menghantar. Allah sahaja yang dapat balas jasa kalian
Masa register tu, staff beri beg untuk letak kasut masa masuk masjid nanti. Tapi dalamnya ada goodies, bekalan untuk kami para jemaah

Selepas taklimat terus bergerak ke departure hall. First time kat KLIA untuk penerbangan antarabangsa. So sedikit teruja di situ. Baju putih itu mutawwif kami, Ustaz Firdaus. Anak muda yang baru memulakan kerjayanya di Andalusia. 

Soal beg tak perlu risau. Petugas Andalusia uruskan

Excited di situ

Dalam tengah hari taklimat dimulakan mengikut jenis penerbangan masing-masing. Kebetulan pada waktu yang lebih kurang sama ade 2 kumpulan jemaah. Satu kumpulan kami which transit di Oman, the other one direct ke Jeddah tetapi masing-masing akan ke Madinah dahulu.

Tunggu pun tak berapa lama dalam bilik menunggu kami pun mulalah masuk ke dalam kapal terbang Oman Air buat kali pertamanya. OK semuanya selesa, takde complaint. TV (tah ape nak panggil dia ) banyak channels. Nak yang ingat Allah atau niat asal ke Mekah dan Madinah atau nak yang lagha which is movie. Pilih je :)


Ade GPS, kejap-kejap view nak tau bila nak sampai

Perjalanan berjam-jam tu mulanya gagah la berzikir, dengan ayat suci al-quran, baca buku tapi di pertengahannya tu tertidur la. Kan jauh. Pastu bangun tidur makan, then tido balik. Paling best boleh view camera flight samada view depan or view bawah. Bila dah dekat sampai mainland cepat-cepat tengok camera. Tengok bumi Oman. Cantik, subhanallah :)

Nak bagitahu seat Oman Air macam ni
  
Consider this as my lunch meal
Akhirnya pesawat tiba di Lapangan Terbang Muscat, Oman. Memandangkan Oman lewat 4 jam dari Malaysia kami menempuh siang sekali lagi. OK pandai-pandai tolak jam ye. Lega dapat turun kapal terbang. Sebab dah letih duduk dalam flight. Turun flight je limo eh bus menanti menyambut kami untuk dibawa masuk ke Muscat International Airport. Dari kejauhan nampak airport ni macam lama. Tapi dalam dia ok, cantik kemas dan selesa :)

Tu dia limo kami dah sampai. Panjang kan. Verangan

Alhamdulillah. Regangkan urat kaki para jemaah semua

Tiba di Muscat lebih kurang waktu asar kot, kami tunggu Mutawwif agihkan boarding pass untuk next flight ke Jeddah pulak. Tengok-tengok boarding pass takde details pintu mana pulak. Kami yang muda-muda dengan mutawwif, mula la bertanya-tanya petugas di sana. 

Dapat je info terus cari port. Yang pentingnya serbu surau untuk tunaikan solat jamak zuhur dan asar. Airport luas dan selesa. Suraunya kecil tapi ruang wuduk besar, selesa nak cuci muka yang dah macam apa tu.

Airport Muscat. Ya banyak warga India. Memang dekat dengan India

Matawang Oman ni memanglah sangat besar. RM 8 kita adalah Riyal Omani 8 mereka. Mau pengsan. Memang tak membeli apa pun kat sini. Lagipun kenyang sangat dah makan dalam flight tadi. Confirm flight ke Jeddah nanti makan lagi. So kat sini kami berehat dekat 6 jam kot.

4 Riyal kot. Tapi convert pengsan. kbye!

Next flight adalah 10 malam tu (waktu Oman). Kalau ikut setting badan dari Malaysia ni dah pukul 1:30 pagi tu. So tidurlah jemaah. Ade tidur duduk, ada baring je kat lantai karpet tu. Macam-macam kaedah seperti berikut :


Kaedah bantai aja.Tido asal lena. Badan penat ni

Kaedah ni boleh sakit pinggang

Dan aku pilih kaedah ini. Buku setia peneman aku sepanjang perjalanan menuju ke Mekah & Madinah. Tapi bila tak larat tidur jugak. Nampak transit macam letih dan ambil masa. Tapi sudut positifnya menguji kesabaran kita. Yang pasti semua jadi sabar sebab? lagi sikit je nak jadi betul-betul tetamu Allah dan penziarah Nabi saw. Penat jadi manis. Letih jadi madu. Semuanya kerana perjalanan hebat ni. Setiap detik dan saat tu pasti taknak dilupakan. Pasti nak dikenang


Buku tulisan Ustaz Daud Che Ngah sendiri

Akhirnya kami pun menaiki pesawat seterusnya untuk ke Jeddah. Kali ni pesawat lebih kecil tapi makanan tetap di serve. Syukur sang perut. Kenyang betul .

Ruang luar airport Jeddah yang masih sibuk

Kami tiba di Lapangan Terbang Jeddah pada sekita jam 3-4 pagi, waktu Jeddah. Beza waktu Oman dan Madinah adalah sejam. Tak pasti Jeddah bagaimana. Tentu tak banyak beza. Tiba di sana kita perlu lalui imigresen sana. Ada pegawai yang buat kerja sambil lewa, tapi ada yang mesra. Boleh nampaklah yang line kami ni pegawai die borak banyak, gelak banyak, main phone banyak sebab line yang ada pegawai mesra tu laju je susut. Pesan dalam hati. Sabar, ni mungkin ujian pertama. :)

Line sebelah kami semuanya dah bersiap sedia dengan pakaian umrah. Terus ke Mekah lah tu. Kami ke Madinah dulu untuk 3-4 malam baru bergerak ke Mekah.

Mutawwif dah pesan, keluar je ke pintu Arrival tu akan ada pihak Muassasah kutip passport. Jangan ragu-ragu, bagi je passport kat diorang. Diorang akan sebut, "passport, passport!" Tujuannya adalah untuk rekodkan kemasukan kita ke Arab Saudi.

Ruang dalam airport Jeddah

Dari airport seluruh jemaah menuju ke parking bas. Ada bas menunggu kami di sana. Kami masuk ke dalam bas, dan bermulalah perjalanan ke Madinah, Yang paling tak sabar untuk diziarahi, rumah baginda, makam Nabi saw. Kami berehat di dalam bas dengan perasaan tidak sabar. Melihat kegelapan pagi membawa fikiran jauh. Meninggalkan Malaysia, tempat mastautin untuk perjalanan ibadah yang suci. Kami berehat di dalam perjalanan yang mengambil masa hampir 6 jam sebelum bas berhenti untuk solat subuh.

Bersambung ke Hari Ke - 2


Friday, May 10, 2013

Mencari Ilmu

I found this unique buah ke apa tak pasti di Kawasan Rehlah Bukit Magnet, Madinah


Kisah mencari ilmu, perkongsian khas untuk adik-adik yang masih berjuang di medan ilmu dan teman istimewa. Moga kalian terus kuat dengan jihad mu itu. Juga untuk pedoman diri sendiri.

Baru semalam aku mengomel sendirian sebab tak faham-faham baca material training untuk kerja aku. Padahal baru baca dua kali dah rasa, "maybe takde talent dalam bidang ni kot". Boleh? haha.

Malam semalam Allah hantarkan kepada aku warkah cinta dan sayangnya melalui sebuah buku, oleh Ustaz Amaluddin Mohd Napiah, "Syurga Merinduimu". 


Bab 9 : Belajarlah selagi ada kesempatan, page 98

Mengambil contoh ulama dan cendikiawan Islam dalam menuntut ilmu;

  • Syeikh Abu Ishaq asy-Syirazi mengulangkaji pelajaran untuk setiap subjek sebanyak 100 kali. Kadang-kadang sehingaa 1000 kali
  • Sayyid Ahmad Zaini Dahlan mengulangkaji pelajaran untuk setiap subjek sebanyak 16 kali dan menghafalnya sebanyak 4 kali
  • Syeikh Abdullah bin Andur Rahman Bal Haj mengulangkaji pelajaran untuk setiap subjek sebanyak 20 kali dan menghafalnya sebanyak 5 kali
  • Syeikh Ahmad bin Musa bin 'Ujail al-yamani membaca kitab karangan Imam asy-Syafi'i sebanyak 500 kali
  • Syeikh Fadhal bin Abdulllah Ba Fadhal membaca Sahih al-Bukhari sebanyak 1000 kali


  • Sayyid al-Mujtahid al-Imam Muhammad bin 'Alawi bin Ahmad bin al-Fakih al-Muqaddam membaca kitab-kitab pengajian beliau sepanjang malam dan apabila beliau mengantuk, beliau akan keluar ke tepi pantai untuk mengulang-ulang hafalannya
(Dipetik daripada kitab al-Manhaj as-Sawiyy Syarh Usul Tariqah as-Sadah Ali Ba 'Alawi)



Bagaimana kita? baca sehelai dua muka quran, baca tafsir sikit-sikit, tapi kaji tak ?

Baca sehelai dua muka tangan dah ke mulut menutup mulut yang menguap ?


Semoga Allah meniupkan semangat dan kekuatan pada kita dalam jihad ini. Insya Allah ~







XPDC Umrah - Part 1 Sebelum

Agak speechless setiap kali nak mulakan entri berkenaan umrah. Tak berkata-kata si jari jemari. Hanya minda mampu melayang mengenang tiap inci perjalanan menuju ke tanah haram, Madinah al-Munawwarah dan Mekah al-Mukarramah.

Aku kuatkan jugak minda menterjemah ingatan pada sang jari supaya tak tertinggal sikit pun kenangan di sana. Allah, sungguh aku rindu. Gambar-gambar koleksi peribadi, video rakaman sendiri, youtube, facebook menjadi pengubat rindu. Bisa menitiskan air mata betapa hebatnya kuasa cinta kepada Masjid Nabawi dan Masjidil haram.

Dengan macam-macam masalah yang melanda, dapat jemputan dari Allah di waktu yang tak disangka-sangka. Allah sangat baik pada aku. Aku bersyukur punya ayah yang pemurah. Walaupun gaji beliau sekadar cukup untuk kami sekeluarga, beliau tak lokek dengan rezeki yang ada. Betul lah kata orang, yang sikit itu kalau berkat jauh lebih dari cukup.Alhamdulillah. 

Pun begitu, aku tak setuju kalau ade orang ckp "..dia pergi sana bapak sponsor.bolehla". Pada aku, jemputan di dari Allah. Sekali pun seseorang tu ada duit berkepuk di bank, kalau Allah tak jemput, tak jejak juga kaki dia di tanah haram. Aku lebih suka kita kata ni lah rezeki, daripada Allah. Nah kan nampak bersyukur kat situ.

Memandangkan dah ada penaja di situ (ya Allah syukur tak terkata), aku pun mulakan tugas mencari travel agent terbaik.


Sebelum

End of last year aku dah mula survey, research and google travel agent mana yang terbaik and value for money. Hasilnya, Andalusia & Tiram Travel menjadi top list. Aku akan buat perbandingan jujur berdasarkan PENGALAMAN aku ketika tu. So yang buruk boleh diambil pengajaran especially utk travel agent tu (tu pun kalau diorang baca blog ni la.haha)


Andalusia vs Tiram Travel

Kenapa Andalusia? Well mereka ada pakej murah below RM5000 dan mereka well known. Menambah keyakinan nak pilih diorang. Pakej yang paling murah tu adalah pakej via Oman Air. Means, you have to transit di Muscat dulu. Price started as low as RM4890 and tu sangatlah menepati budget untuk penaja trip ni. Tapi, ada sesuatu pada Tiram Travel yang buat aku nak pilih dia.

Tiram Travel, selain faktor harga below RM5000 which is in bajet penaja dan flight terus ke Jeddah, hotel-hotel Tiram Travel masih belum dirobohkan (di Mekah kebanyakan hotel sudah dirobohkan untuk projek pembesaran Masjidil Haram). Advantage di situ, jarak dekat akan jimatkan masa yg diambil untuk ulang alik masjid ke hotel. Yes, ada yang kata "apalah sangat berjalan jauh sikit.kan dapat pahala". Nanti aku akan terangkan advantage kalau hotel dekat dalam entri lain

So aku try call both dan cuba dapatkan feedback mereka. Mungkin faktor pengalaman, pengurusan Andalusia lebih cekap daripada Tiram Travel. Masakan tak, bila aku cuba approuch Tiram, seolah-olah pengurusan adalah based on agent kawasan. Bila call nombor yang tertera di web, tak dapat pula. Bila try call salah sorang agen, agen tersebut boleh cakap, "oh lebih baik Encik pergi dengan saya, dia problem sikit". Haha terus luntur keyakinan aku walaupun offer Tiram Travel lebih menggoda.

So aku discuss dengan ayah, kita nak pergi buat ibadah pertama kali ni biarlah pergi dengan agen yang dah berpengalaman dan akhirnya yes, kami pilih Andalusia. 

Tapi, ada sahabat aku yang pergi dengan Tiram Travel takda masalah. Plus Tiram tawarkan flight terus dari Senai, tak perlu ke KLIA which is memudahkan warga selatan. Apa pun pilihan di tangan anda.



VISA

Peraturan baru permohonan visa umrah yang ditetapkan oleh kedutaan arab saudi :

Semua jemaah wanita yang berumur kurang dari 45 tahun atau jemaah lelaki yang berumur kurang dari 18 tahun pada tarikh permohonan visa umrah JIKA TIDAK DITEMANI MAHRAM tidak akan diluluskan visa umrah oleh Kedutaan Arab Saudi lagi.

Contoh mahram yang dibenarkan dan dokumen diperlukan :-

1.Suami – salinan sijil nikah;(pengesahan dari Jabatan Agama & Wisma Putra)
2.Bapa kandung – salinan sijil lahir;(pengesahan di JPN & Wisma Putra)
3.Adik beradik lelaki kandung (18 tahun ke atas)– salinan sijil lahir ke dua-duanya(pengesahan di JPN & Wisma   Putra)
4.Bapa saudara kandung (sebelah bapa)–sijil lahir jemaah,sijil lahir bapa dan sijil lahir bapa saudara,surat akuan sumpah izin daripada bapa jemaah
5.Datuk kandung - surat beranak jemaah dan surat beranak ibu/bapa dan surat keizinan bapa jemaah,Andalusia tidak boleh dipertanggungjawabkan terhadap sebarang penolakan visa umrah sekiranya jemaah wanita gagal mematuhi  peraturan –peraturan tersebut di atas.

**Kesemua dokumen ini perlu disahkan di Wisma Putra.

Source


Ha amek kau. Makin ketat sekarang. Mungkin faktor terlalu ramai org di Mekah dan juga faktor keselamatan maybe ? :)


Kursus Umrah

Berbekalkan deposit RM300, anda akan diberikan 3 beg pelbagai saiz utk dibawa ke sana. Dinasihatkan jemaah pakai jugak beg yang diorang bagi utk mudahkan urusan bagasi di airport nanti. Senang nak cam beg jemaah nanti. Takde la kes tertinggal beg kan.

So lepas bayar deposit, dah boleh attend kursus di pejabat Andalusia setiap sabtu dan ahad. Paling best kalau dapat kursus dengan Ustaz Daud Che Ngah sendiri (owner Andalusia) sebab confirm tak mengantuk. Try la :)


Hand carriage, beg besar n sling bag (takde dlm gambar)

Sebulan sebelum

Masa ni kita dah kena submit Pasport untuk urusan Visa yang agen akan uruskan beserta bukti (selalunya ada buku kecil dari doctor) yang kita dah buat suntikan meningitis. Paling murah dekat klinik Dr. Rahim dan Rakan-rakan, below RM100 kalau tak silap.

Lain-lain persediaan tu dari segi mental dan rohani lah. Dan banyak-banyak solat qada', ganti solat yang lepas-lepas dulu-dulu ter miss tu :) Kemudian banyak kan sedekah, tinggalkan wasiat (sebab nk bermusafir jauh ni). Kalau ada hutang, lunaskan unless hutang berjadual. Tu faham-faham lah kan.

Pastu pastikan diri dah prepare dengan stamina. Ibadah umrah dan haji ni bukan setakat rohani tapi ibadah yang uji fizikal jugak. Bayangkan nak ulang-alik safa ke marwah tu. Mostly ramai kata tu paling mencabar. 7x ye. So make sure korang jogging dan jangan pandang remeh. Nanti baru umrah pertama dah krem kaki. 

InsyaAllah akan sambung ke Part 2 - Day 1

Friday, March 22, 2013

Amalan Qasidah, Berzanji atau Marhaban

Update on 16/5/2013

Baru tadi ada kupasan topik Qasidah "Ibadah atau bidaah" di TV Al-Hijrah dalam rancangan majalah Islam.Good one. Alhamdulillah. Tiada salahnya Qasidah tu :)

Update on 22/3/2013

Alhamdulillah, usaha saya membuahkan hasil. Actually bukanlah usaha saya tapi usaha sahabat saya yang menjumpai rakaman video UAI mengenai tuduhan bahawa penulis buku berzanji adalah Syiah. Dengarkan rakaman video seperti di bawah :

Tajuk video  : Berzanji dikatakan syiah, Tahlil dikatakan Yahudi
Penceramah : Ustaz Azhar Idrus
Link Video : http://www.youtube.com/watch?v=6KZuHR605cM&feature=share







Malahan apabila mendapat tahu latar belakang pendidikan Ustaz Nasirudin (penceramah video yang membincangkan tajuk 'Menimbang Amalan Berzanji & Marhaban Menurut Neraca Al-Quran) sahabat saya seakan tersenyum. Bimbang berkefahaman wahabi. Saya mohon beliau lanjutkan kajian dan pencarian, Insya Allah saya akan update lagi. Lega rasanya bila jumpa satu info tambahan. Maka, takla rasa ragu-ragu nak attend majlis maulid lagi.

Pada mulanya saya fikir, tak perlu ambil pusing sangat tentang wahabi. Cukup sekadar tahu, tak boleh ikut mereka. Tapi bila dah terkena sebegini, maknanya perlu berhati-hati kelas apa kita hadiri. Ingat, saya di sini bukan judgemental, ini adalah ilmu tambahan kepada anda semua dan juga diri saya. Bagaimana anda nak pilih halatuju anda, silakan membuat pilihan. Wallahualam.



 *     *     *     *     *    *     *     *     *     *    * 



Post on 21/3/2013

Semalam saya hadir ke kelas di Yayasan Ta'lim yang terletak di TTDI. Kelas di sini percuma, tapi anda boleh sedekah di tabung yang disediakan. Kelas favourite saya pada hari rabu adalah kelas kelolaan Ustaz Adli, seorang lulusan Universiti Al-Iman, Sana'a, Yaman. Kelas jam 9.45 pagi adalah "Tatacara penerimaan ilmu dan penghujahan ilmu". Kelas ini paling menarik hati saya sebab terlalu banyak perkara 'biasa-biasa' kita lakukan sebenarnya adalah bukan sekadar biasa. Terlalu banyak ilmu yang saya tak tahu disebaliknya.

Topik yang saya pelajari semalam ada menyentuh berkenaan majlis selawat yang semakin giat dijalankan di Malaysia.Apa yang saya bakal tuliskan bukanlah intipati penuh kelas semalam tapi hanya 1 part kecil yang buat saya tertarik untuk kajian.

Saya pernah beberapa kali hadir ke majlis selawat yang mana terdapat bacaan qasidah di mana, di salah satu ayat qasidah tersebut, semua yang hadir akan berdiri. Saya jangka itu sebagai tanda hormat kepada Nabi saw. tapi jauh di dalam hati saya masih tertanya jika sebagai tanda hormat, kenapa tidak berdiri sampai habis selawat.

Ustaz Adli memberitahu, ketika tuan guru beliau hadir ke Yaman, mereka melakukan perkara yang sama. Ketika semua jemaah berdiri, guru beliau rasa pelik lalu bertanya, kenapa berdiri. Lalu dijelaskan yang Nabi saw hadir. Perbuatan ini dianggap khurafat.

Lalu saya mulakan kajian. Untuk hari ini saya terjumpa sebuah penulisan di sebuah blog seperti berikut :


Sebutkan contoh amalan masyarakat yang terhasil daripada khufarat dan sifat melampau kepada Rasulullah sallallahu ‘alaihi wassalam.

Antara amalan khurafat itu ialah amalan berdiri ketika memuji Rasulullah sallallahu ‘alaihi wassalam dalam qasidah@berzanji. Kebiasaannya mereka akan berdiri pada bahagian lirik yang berbunyi seperti Marhaban Ya Nural Ain, Marhaban Jaddal Husain (Selamat datang cahaya mata, selamat datang datuk al-Husain). Kenapa? Kerana asal usul amalan ini adalah daripada kepercayaan khurafat bahawa Rasulullah sallallahu ‘alaihi wassalam hadir dalam majlis tersebut.

ولهذا كان أولئك الغلاة ليلة المولد إذا تلى التالي "المخرّف" كلمة المصطفى قاموا جميعاً قيام رجل واحد، يقولون: لأن الرسول  حضر مجلسنا بنفسه، فقمنا إجلالاً له، والصحابة رضي الله عنهم أشدّ إجلالاً منهم ومنا، ومع ذلك إذا دخل عليهم الرسول وهو حيٌ يكلمهم لا يقومون له، وهؤلاء يقومون إذا تخيلوا أو جاءهم شبح إن كانوا يشاهدون شيئاً، فانظر كيف بلغت بهم عقولهم إلى هذا الحد! فهؤلاء ما شهدوا أن محمداً عبدالله ورسوله، وهؤلاء المخرفون مساكين، إن نظرنا غليهم بعين القدر؛ فنرق لهم، ونسأل الله لهم السلامة والعافية، وإن نظرنا إليهم بعين الشرع؛ فإننا يجب أن ننابذهم بالحجة حتى يعودوا إلى الصراط المستقيم،

Oleh kerana itu, puak-puak yang melampaui batas ini apabila tibanya malam maulidurrasul, apabila mereka membaca qasidah tersebut dan sampai kepada nama Rasulullah sallallahu ‘alaihi wassalam, mereka akan berdiri beramai-ramai. Mereka berkata: Ini kerana Rasulullah sallallahu ‘alaihi wassalam hadir dalam majlis kami. Kami berdiri untuk memuliakan baginda sallallahu ‘alaihi wassalam. Sesungguhnya generasi sahabat adalah lebih hebat penghormatan mereka kepada Rasulullah sallallahu alaihi wassalam berbanding mereka dan kita. Itu pun ketika mereka menemui Rasulullah sallallahu ‘alaihi wassalam ketika baginda masih hidup, mereka hanya bercakap-cakap dengan baginda sallallahu ‘alaihi wassalam dan tidak bangun untuk baginda. Sedangkan mereka (orang-orang yang melampau) akan bangun apabila mereka sedang berkhayal seolah-olah mereka melihat sesuatu (seperti yang kita boleh lihat dalam majlis-majlis ‘zikir’ sufi). Lihatlah bagaimana aqal mereka boleh sampai kepada had ini!  Mereka ini yang bersaksi bahawa Muhammad adalah hamba dan Rasul Allah, dan mereka yang telah terpesong, seandainya kita melihat mereka dengan pandangan mata semata-mata, kita akan berlembut dengan mereka lalu kita pun memohon Allah memberikan mereka keselamatan dna kesihatan. Akan tetapi jika kita melihat mereka pada sudut mata syara’, wajib ke atas kita untuk melawan mereka dengan hujah sehingga mereka kembali ke jalan yang lurus…. (Al-Qaul Al-Mufid)


Sumber : http://lobaitampin.blogspot.com/2013/02/bab-2-kitab-at-tauhid.html

Sebelum ini juga terdapat kelas yang membincangkan tajuk 'Menimbang Amalan Berzanji & Marhaban Menurut Neraca Al-Quran'

Sumber : http://www.youtube.com/watch?feature=player_detailpage&v=D0HOFceNISs


Sesungguhnya ilmu itu teramat luas, kenapa ada kepelbagaian ini adalah untuk kita kaji, kaji, kaji. Kajian datang dari usaha, menuntut ilmu dan membaca. Bahkan Nabi saw juga diajarkan untuk baca. Masyarakat kita pula sering kali ambil sikap cukup tahu yang 'biasa-biasa' sahaja dan tak perlu terlalu 'deep' sangat. Sikap ini yang menghalang pencarian ilmu, dan pemahaman agama. Berusahalah sahabat untuk mencari dan terus mencari ilmu kerana ilmu itu semakin kita belajar semakin kita tak faham :) menarik kan?

Wallahualam

ps # saya dah cube msg/email beberapa orang ustaz berkenaan isu ini dan sekiranya mendapat respon meraka, saya akan kongsi. Jom kaji! :)