Balik dari Penang minggu depannya kami ke Singapore pulak. Motifnya sama, attend wedding sambil berjalan-jalan. Ikut kan ayah, dia nak naik public transport aja. Dia tak konfiden sangat drive luar negara ni walaupun dah drive dekat Singapore. Tapi memikirkan ada baby kecik finally we decided untuk drive je sendiri. Malah kalau ramai, lebih murah dan mudah naik kereta berbanding ambil tourist pass $10 per day. Lepas tu puaslah google tanya member-member keje sana and ada relative sana, tanya relative semua sebab takut law sana ketat ke ape kan.
Dari Rawang, kami bergerak ke Pasir Gudang, tidur semalam di rumah Dot dan kemudiannya keesokan hari masuk ke Singapore melalui Woodlands. Kalau nak ke Tuas tu amat jauh. Kami decide sarapan dulu di rumah supaya boleh terus ke SEA Aquarium.Mula-mula pastikan lesen memandu, roadtax, insurans masih hidup. Lepas tu steps adalah seperti berikut
Steps drive ke Singapore dan tips lain-lain
1. Dari Johor, ikut je papan tanda masuk ke Singapore. Lepas tu checkpoint pertama adalah kastam Malaysia. Dekat sini dia cuma check je passport kita. Kemudian teruskan perjalanan sampai cross jambatan tu. Masa ni line telefon akan start tak ada.
2. Masa nak cross jambatan ambik lah lane paling kanan atau tengah. Hari tu kami ambil lane paling kiri, dekat lane motor tu lepas tu krik krik lambat betul gerak. Laju pulak lane tengah.
3. Kastam Singapore - Dekat sini kita serahkan passport dan kad putih. Masa tu kami dah ada siap-siap kad putih mintak tolong kawan ambil. Kalau tak ada bagitahu je pegawai. Lepas tu turun kereta untuk check bonet. Kalau kereta spesies mpv tak payah turun. Dia tengok aja. Lepas tu dia pun akan panggil nama sorang-sorang.
4. Autopass - Lepas checkpoint 1st, anda akan nampak signboard Autopass dan kawasan parking sebelah kanan. Park di situ lepas tu selesaikan urusan Autopass. Harga $10. Tapi nilai dalamnya cuma ada $10. Most parking guna autopass. Make sure sampai tempat destinasi, topup card dekat 7E. Biasanya mall, tempat lawatan dan rumah flat guna kad ini untuk parking
5. Parking kupon - Kalau area Masjid Sultan, Jalan Aliwal mereka guna kupon. Sekitar $0.60 setengah jam. Pun ada jual di 7E.
6. ERP (Toll) dan Vehicle Entry Permit (VEP) ni semua tak perlu risau. ERP weekend free. So sebelum nak balik, pastikan ada baki $20 anda dah selamat untuk keluar tanpa penalti.
7. Sign board banyak tapi mostly tulis nombor contoh 3A, 3B etc. So download lah offline maps untuk kemudahan. Lagi-lagi kalau konvoi banyak kereta, potensi tertinggal tu tinggi. Setiap kereta download jelah sendiri.
8. Tak wajibkan car seat tapi pastikan tak kongsi tempat duduk. Means semua orang termasuk toddler ada tempat duduk sendiri. Kami asalnya nak naik 1 kereta innova. Takut tak lepas. Sekali tengok kereta sebelah lagi pack, elok je masuk.
Day 1
SEA Aquarium
Ada cara nak berjimat masuk ke Sentosa Island tanpa perlu bayar kos masuk ke Sentosa Island ( Jimat $7). Caranya, bila anda lalu jambatan yang nak masuk ke Sentosa tu, anda akan nampak susur kiri ke Resort World. Kalau terus akan ke Sentosa Island. So ambil susur kiri dan park dalam tu. Dari carpark, naik escalator terus sampai depan globe Universal Studio. Masa keluar make sure cari laluan keluar bukan ke Sentosa Island. Kami silap, masuk dapat escape tapi masa balik termasuk pulak Sentosa Island. Anyway, more details nak ke Resort World boleh tengok je link ini > http://www.rwsentosa.com/Homepage/HowToGetHere
Tiket SEA pulak kami dah purchased melalui icosmos (boleh cari FB dia). Walaupun rate website tawarkan percuma $5 food voucher dan $5 souvenir voucher tapi perhatikan syarat-syarat voucher. Mesti spend $25 min untuk souvenir. Kami fikir, tak perlu kot sampai $25 untuk souvenir so kami beli dengan icosmos. Cuma RM88 untuk adult. Kanak-kanak bawah 4 tahun percuma.
Memang kagum dengan aquarium yang sangat besar, lepas tu ada aquarium on top of us macam Pusat Sains Negara lepas tu ada Ocean Dome yang sangat besar. Sharks sangat banyak. Coral, Eel yang gigantic macam besar peha orang, corals yang sangat cantik, obor-obor, manta ray pun ada. Mula-mula memang teruja, lam-lama mula boring sebab ada kawasan yang tiba-tiba kosong, and then ada aquarium kecik. Bila 3-4 orang kerumun, tak nampaklah apa ada. Tapi aquarium besar yang lain memang dipuji lah. Semua benda yang ko nampak masa dive, ada dalam ni. Terubat la rindu diving sikit-sikit.
Almost 3 jam dalam tu, kami terus ke food court namely "Malaysian Street". Sebab dah lapar sangat, kami decide makan je dekat situ. Hanya ada 2 kedai halal di sana. Cutlery pun pakai plastik pakai buang aje. Pastikan ada logo halal MUIS ya. Kedai nasi biryani dan kedai nasi lemak. Sekitar $7-$10 per meal.
Aliwal Park Hotel
Inilah hotel paling sendu aku nak review. Kalau nak hotel yang private toilet, not sharing memang range RM300 ajalah. Klau RM200 macam tu ade dekat Geylang nun. Kata member kerja sana, kawasan Geylang tu area macam lorong haji taib. Dan Aliwal Park Hotel ni ajelah yang murah with private bathroom dan lokasi betul-betul sebelah Malay Heritage Centre. Dekat sangat dengan masjid sultan dan Arab Street. Tapi, kami dah bersedia mental dan dengan tahap keselesaan. Kami dapat RM175 selepas diskaun dengan Agoda. Seperti diduga, biliknya kecil, tilam rosak, toilet nya berbau kepam dan kotor. Lantai pun tak selesa. Pasrah je lah nak. Nasib lah memang sekadar nak tidur je. Pun begitu, lobinya cantik dan bersih. Cuma bilik sangat sendu sebab bangunan lama. You get what you pay huhu.
Tu tengok Ammar asal ada family Ali, ade la dia menyelit dekat situ.
Tu tengok Ammar asal ada family Ali, ade la dia menyelit dekat situ.
Sebelum menunggu malam, boleh jalan-jalan sebelah hotel aje kawasan Malay Heritage, Masjid Sultan dan Arab Street
Masjid Sultan - Dinner at Delimoroccan Muscat Street - Souvenir Murah
Masa kami tiba di depan masjid, waktu dah isyak. Sempatlah dengar azan berkumandang. Cantik sangat senibina Masjid Sultan ni. Malam tu kami decide nak makan mediterranean cuisine sebab siang tu dah makan nasi biryani. Syarat dia jangan convert. Kalau tak convert harga dia nampak macam harga dekat KL aje.
Kami pilih kedai betul betul depan Masjid Sultan, di Muscat Street. Di depan kedai makan ada kedai souvenir serendah $1. Owner adalah Moroccan married to Singaporean local. Alhamdulillah semuanya sedap. Oh ya air jus dekat Singapore ni tak bergula tau. Bagus jugak macam tu kan.
Pide chicken (macam pizza) $17
Kebab set (1 chic, 4 beef, pita bread, tahini, salad) $25
Set for 2 pax (1 mutton, 2 chic, 3 types of rice- mandi,bukhara,biryani) $35
*mkn 3 org pn full dah
Juices $6-$7
Malam tu sempat family buat birthday surprise dekat kita dan anak, komplot dengan owner kedai. Kek beli dekat area situ jugak. Julie Bakes. Sedap sangat kek dia. Nutella Milo. Ada sebuah kedai betul betul depan kedai makan tadi (lupa nama jugak) harga serendah $1. Keychain $1, Fridge magnet cantik-cantik rasa nak beli semua $2 je satu. T-shirt kain biasa pun baru $2.50 sehelai. Tamatlah aktiviti hari itu.
Day 2
Breakfast at Mihrimah
Kami breakfast di kedai berhampiran hotel. Milik Al-Ikhwan Singapore. Mee bandung nya sedap kata emak. Bihun nye kosong tak ada apa. Tapi menu lain sedap jugak. Owner satu keluarga peramah. Breakfast 7 orang pagi tu cuma $30.
Gardens by the bay
Kenduri di Tampines 22
Hajat nak ke Mustafa Centre tapi round 2x pun tak dapat parking. Al maklumlah deepavali ni memang sibuk. Mustafa Centre ni ala-ala Mydin, buka 24 jam dan ada barang branded yang tak ada di Malaysia dan harga juga murah. Maybe next time.
Kami teruskan perjalana ke Kenduri Kahwin saudara kami. Menariknya, sepanjang majlis ada persembahan lagu lama dan juga persembahan kompang depan pengantin. Menarik juga attend wedding di sini. Makanan macam Malaysia jugak. Pilihan air je macam Johor Style. Ade 4-5 jenis air untuk dipilih. Kenduri sepupu di Johor pun macam tu. Jarang-jarang ada di KL macam tu :)
Hajat nak ke Mustafa Centre tapi round 2x pun tak dapat parking. Al maklumlah deepavali ni memang sibuk. Mustafa Centre ni ala-ala Mydin, buka 24 jam dan ada barang branded yang tak ada di Malaysia dan harga juga murah. Maybe next time.
Kami teruskan perjalana ke Kenduri Kahwin saudara kami. Menariknya, sepanjang majlis ada persembahan lagu lama dan juga persembahan kompang depan pengantin. Menarik juga attend wedding di sini. Makanan macam Malaysia jugak. Pilihan air je macam Johor Style. Ade 4-5 jenis air untuk dipilih. Kenduri sepupu di Johor pun macam tu. Jarang-jarang ada di KL macam tu :)
No comments:
Post a Comment