Showing posts with label umrah. Show all posts
Showing posts with label umrah. Show all posts

Sunday, May 26, 2013

Umrah Day 5 : Madinah - Mekah

Day 5 - 8 April 2013, Isnin


Hari ke 5 kami akan bergerak ke Mekah untuk ibadah umrah kami. Lepas zuhur kami akan gerak ke sana. Sebenarnya di Madinah rasanya lebih relaks. Mungkin faktor suasana Mekah tu sendiri dan keramahan warga Madinah. Sejuknya cuaca Madinah juga menjadi faktor rindu.

Selain letaknya Masjid Nabawi, pegawai masjid yang cekap dalam memastikan saf depan penuh. Pernah aku duduk betul-betul tepi petugas masjid @ kakak pengawas ni and perhatikan diorang bekerja. Dari niqab yang hanya nampak mata tu je aku rasa diorang mesti sangat cantik. Lembut pulak tu intonasi suara (ok sbenarnya garang habis tapi ada kelembutan pada suara tu). "Ibu maju ibu" atau "Ibu kanan ibu, kanan" terngiang-ngiang kata-kata mereka. Mereka cekap. Dalam ketegasan tu ramai jugak jemaah degil dan keras kepala, main rempuh, siap nak gaduh. They have done their best tapi kenapalh begini sikap umat Islam ni. Sedih memikirkan balik.


tu yang depan pintu masjid tu petugas yang akan cek beg. jubah hitam berniqab. nampak ke? hehe

Actually they will make sure that tiada sesiapa duduk di kawasan org lalu-lalang. Mereka akan pastikan saf depan penuh sebelum bukak sedikit demi sedikit ruang solat yang diblock dgn tape (ala-ala tape polis kat tempat kejadian). Sikit-sikit mereka buka sampaila iqamat laluan lalu lalang yang luas tu jadi selorong dan masa tu barulah di buka semua lorong untuk jadi saf solat. Bayangkan kalau mereka ni tak ada untuk kawal lalu lintas dalam masjid tu. Silap-silap lompong saf

And saf juga dibahagikan untuk mereka yang ada anak kecil dan tiada. Yang takda boleh penuhkan saf depan-depan. Belakang je pintu kayu adalah untuk mereka yang ada anak kecil


Kelas Pengajian - Masjid Nabawi

Di Madinah memang ada kelas pengajian. Untuk kanak-kanak dan dewasa. Guru-guru akan duduk di tiang-tiang dan di hadapannya anak murid.

Kelas pengajian kanak-kanak. para hafiz junior :)

Kelas pengajian dewasa. Bahasa Arab


Hari terakhir - Menikmati Indahnya Kota Madinah

Pagi tu kami ambil peluang nk ronda-ronda sekitar Masjid Nabawi. Ada menara jam di sebelah pintu lain. Tak pasti pintu apa. Banyak burung merpati di sini.


Burung merpati di sini diberi makan, dijaga :)





Berniat umrah di Masjid Miqat / Bir Ali

Setelah meninggalkan Hotel Mubarak Silver untuk ke Kota Mekah, kami menuju ke Masjid Bir Ali dahulu untuk berniat. Teramat ramai sangat orang di sini yang mana masing-masing ada niat yang sama iaitu niat untuk umrah. Sempat saya google sedikit info sejarah masjid ini dari website ini.

Masjid ini dipanggil masjid miqat kerana di sinilah permulaannya untuk jemaah berniat bagi menunaikan umrah. Masjid ini terletak kira-kira 12 km dari Kota Madinah. 






Perjalanan ke Mekah

Selesai berniat kami teruskan perjalanan ke Mekah. Bermulalah 13 pantang-larang. Sepanjang perjalanan terasa sayu dan sebak kerana Ustaz ajak kami bersama-sama  membaca lafaz talbiah. Mutawwif ajak kami ikut alunan kumpulan Raihan, ingat tak lagu Raihan?

"Labaikallah, humma labbaik..."

Maksudnya;

Hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu, ya Allah
Hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu, ya Allah
Hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu, ya Allah
Tuhan yang tidak ada sekutu bagi-Mu
Hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu
Sesungguhnya segala pujian
Nikmat dan pemerintahan adalah kepunyaan-Mu
Tidak ada sekutu bagi-Mu

Allah, menitis air mata...


Wadi Qudait

Kami singgah di RNR untuk dinner di Wadi Qudait. Makanannya memang alhamdulillah sedap walaupun kering tak berkuah. Sedulang besar kongsi 5 orang pun xhabis makan. Kami singgah solat jamak maghrib dan isyak sebelum meneruskan perjalanan.

aku fikir lada tu tak pedas, macam cili api jugak. panas bibir i

Naik bas kami teruskan bertalbiah. Tak lama lepas tu makin sayup-sayup talbiahnya sebab masing-masing lena kepenatan :) Bas terus menyusur dengan tak berapa laju sebab mereka di sini patuh sikit kelajuan. Aku rasa untuk lebuh raya lengang tu agak lambat la. Sesekali terjaga sebab nak tengok batu sempadan tanah haram. Excited tak ? :)



Tanah Haram

Sekitar jam 11:00 malam jugak kami tiba di boarder line tanah haram. Mutawif pesan untuk teruskan talbiah dan zikir kepada Allah. Jangan biar hati kosong termenung ke luar tingkap. Jam 11:30 malam kami tiba di Hotel Hera Palace. Mutawwif beri masa sejam untuk kami rehat sebentar dan bersedia untuk umrah. Jangan lupa, kami masih berada di dalam ihram :)


Kisah umrah kita sambung di Hari ke 6 memandangkan kami bermula pada jam 12:30 malam :)

Friday, May 17, 2013

Umrah - Day 3 : Ziarah Luar Madinah


Day 3 - 6 April 2013, Sabtu

Usai solat subuh, kami terus ke dewan makan. Menu pagi itu nasik lemak. Sepanjang di sana konon nak jaga makan tapi sudahnya bantai segala food. Menariknye berat turun bukan naik. Tapi of course lah hari aku menaip ni badan aku dah bulatan balik. Hari ini kami akan lakukan ziarah luar Madinah seperti yang diaturkan Andalusia. Kalau nak tahu macam mana rupa dewan makan di Mubarak Silver Hotel, Madinah boleh tengok di bawah


Dewan makan Hotel Mubarak Silver

Kalau ikut tentatif kasar yang diberi, ada 3 masjid untuk dilawati. Tapi masa yang ada cuma sehingga sebelum zuhur supaya para jemaah tak tinggal solat di Masjid Nabawi. After all, itu yang kita dambakan kan? Untuk solat di Masjid yang dalamnya ada makam Nabi saw.


Masjid Quba

So lawatan pertama kami adalah ke Masjid Quba. Sebut je Masjid Quba semua orang tahu ia adalah masjid pertama yang dibina oleh Nabi saw ketika tiba di Madinah setelah hijrah baginda dari Kota Mekah. Masjid ni juga sinonim dengan masjid yang dibina atas dasar taqwa.


Masjid Quba

Laluan ke tempat wuduk, tandas, ruang solat

Sabda Nabi saw, sesiapa yang bersuci (mengambil wuduk) di rumahnya kemudia pergi ke Masjid Quba lalu mendirikan solat di dalamnya, ganjarannya samalah dengan pahala ibadah umrah. Alhamdulillah diberi peluang solat di dalamnya dan membaca al-quran. If korang mula-mula masuk pintu solat muslimah korang akan dapati ruang bawah penuh dan pack. Tangga ke tingkat atas pun macam sesak. Tapi bila kami naik atas sebenarnye luas and banyak ruang kosong. Dapatlah solat dengan selesa :)



Kosong kan? selesa nak buat amal ibadah

Sebaiknya sebelum ke Mekah dan Madinah lagi banyak kan baca sirah supaya apabila kita menziarah tempat tersebut kita boleh relate dengan ilmu yang kita ada supaya lebih penghayatan. Aku cuba bayangkan daripada perjalanan yang sangat jauh menaiki unta Nabi saw berhijrah ke Madinah. Kemudian dengan kudrat dirinya baginda membina masjid ini.


Menariknya masjid-masjid kat sini adalah design ceilling dia berbeza-beza



Orang memang sangat ramai. Perlu sabar dan sabar dan sabar. Bahkan ada hadis yang memberitahu tentang kelebihan bersabar khusus di Madinah. Sabda Rasulullah saw, 

"Mana-mana individu umatku yang bersabar menanggung kesusahan dan kepayahn di Madinah, aku akan memberi syafaat kepadanya pada hari kiamat atau aku menjadi saksi kepadanya." 

(Riwayat Muslim)



Kenangan yang tak bisa dilupakan

Kebun Kurma

Inilah kebun kurma yang diceritakan orang, yang katanya boleh makan semua kurma free. Asalkan makan dalam kedai bukan tapau. Tapi harganya adalah harga standard. Fix. So kami ambil nasihat teman-teman di Malaysia, "Kalau nak beli kurma beli di pasar kurma. Harga murah." Well memang betul. Contoh coklat kilo di Kebun Kurma 1kg = RM40 sedangkan di Pasar Kurma hanya RM20. Big different huh?

Lepas tu kat Madinah ni tak perlu naka cakap Arab sangat. Kalau pandai, lagi bagus boleh dapat diskaun. Kalau tak ramai pekerja Bangladesh atau Indonesia di sini yang boleh berbahasa Melayu/Indonesia. 


Macam pokok kelapa sawit



Yang lawaknya kami masuk ke kedai terus ke belakang kedai tapi kawasan berpagar. Dok wonder macam mana la nk ambil gambar dengan pokok kurma ni. Bila dah nak balik baru perasan ada pintu untuk ke kebun kurma tu. Masalahnya kami fikir tengah renovate sebab ade pekerja tengah simenkan pintu gerbang tu. Tak pelah. Adala seketul dua memori di Kebun Kurma.




Suasana dalam kedai kebun kurma tu

Kecilnya dunia, terjumpa pulak course mate masa belajar kat UKM dulu. Seingatnya lepas grad memang tak jumpa dah beliau, akhirnya di Ladang Kurma Allah temukan kami. Semoga VIVA thesis Kak Us cemerlang.




Bukit Uhud

Destinasi seterusnya kami ke Bukit Uhud. Pernah dengar akan hadis Nabi saw tentang Bukit Uhud?

Dari Anas bin Malik r.a, Rasulullah bersabda :

"Sesungguhnya Uhud adalah satu gunung yang mencintai kami dan kami juga mencintainya."

(Disetujui oleh Al-Bukhari dan Muslim)


Bukit Uhud ini berkait rapat dengan Peperangan Uhud. Kenapa namanya Bukit Uhud? Ok menurut mutawwif, Ustaz Firdaus Bukit di Madinah ini semuanya asing-asing atau seketul-seketul. Tapi Bukit Uhud ini bersambung macam membentuk banjaran. Sebab itu dipanggil Uhud, yakni satu. Sepanjang perjalanan yang memungkinkan aku melihat Bukit Uhud dari bas, aku tenung dah amati Bukit Uhud ini. Dan aku katakan pada uhud yang aku sayang Bukit Uhud. Aku berharap dapat jumpa Bukit Uhud di syurga nanti. Kan Nabi saw dah cakap, kalau kita sayang Bukit Uhud, Bukit Uhud akan sayang kita. 


Bukit Uhud

Gambar diambil dari Bukit Pemanah / Jabal Ar-Ruhmah

Perang uhud

Sambung semula kisah peperangan Uhud ini. Perang uhud ini adalah antara Quraisy Mekah dengan orang Muslimin yang diketuai oleh baginda Nabi saw. Namun, 300 daripada 3000 panglima tentera Muslimin telah termakan hasutan lalu berpatah balik. Quraisy Mekah nak membalas dendam atas kekalahan mereka dalam Perang Badar. 

Rasulullah saw telah membentuk satu pasukan yang handal memanah untuk berada di Jabal Ar-Ruhmah atau kini dikenali juga sebagi Bukit Pemanah. Setelah itu Nabi saw telah berpesan kepada pasukan pemanah ini seperti dalam hadis berikut,

"Humbankan kuda-kuda musuh yang menyerang dengan panah-panah kamu. Jangan kamu beri kesempatan kepada mereka menyerang dari belakang kami. Sekiranya kami menang atau kalah jangna bergerak dari tempat kamu itu supaya kami jangan diserang dari arah kamu. Peliharalah belakang kami, sekiranya kami dapati kami sedang diganyang jangan kamu turun membantu kami dan sekiranya kami dapati kami menang dan sedang mengumpulkan harta rampasan jangan pula kamu turun untuk mengumpul harta rampasan"


Bukit Pemanah dari kejauhan


Baginda saw juga pernah mengingatkan pasukan ini ;

"Sekiranya kamu dapati kami diganyang jangan sekali-kali kamu tinggal tempat kamu itu hinnggalah aku memberitahu kamu. Dan sekiranya kamu dapati kami berjaya kalahkan musuh dan dapat melanyak mereka, juga jangan kamu kosongkan tempat kamu itu hinggalah aku menyuruh kami.

Tugas pasukan pemanah adalah untuk menggagalkan cubaan musuh untuk merempuh benteng pertahanan. Ada sesetangah cerita meriwayatkan mereka turun untuk mengutip harta rampasan. Namun ada juga berpendapat mereka hendak mengesahkan kemenangan pihak Muslimin. Apa pun Nabi saw sudah mengamanahkan untuk kekal di asat Bukit Ar ruhmah sehingga diberitahu. Wallahualam.


deretan peniaga di kawasan lawatan Bukit Uhud

Di dalam hadis sahih meriwayatkan bahawa gigi depan Rasulullah saw patah, kepalanya luka hingga darah mengalir. Di dalam hadis riwayat al-tabrani bermaksud;

Bersangatlah kemurkaan Allah ke atas satu kaum yang mencederakan muka Nabi saw setelah beberapa ketika rasulullah berdoa; "Ya Allah ya tuhanku, ampunilah kaumku lantaran mereka tidak mengetahu", Sahih Muslim.


Makam Para Syuhada Perang Uhud

Jenazah Perang Uhud dikebumikan berdekatan Jabal Uhud. Terdapat pagar bercermin kabur dikelilingnya. Tapi ada kawasan lubang yang dipecahkan/terpecah membolehkan kami melihat suasana di dalam perkuburan tersebut. Kenapa dikaburkan? Ramai umat Islam yang menziarah ke sini membawa fahaman masing-masing. Ada juga yang melakukan perbuatan syirik seperti berhajat pada kubur dan sebagainya.




Parent bersama Mutawwif di hadapan Perkuburan di Bukit Uhud

Mungkin ramai jemaah dari rumpun Indonesia/Malaysia siap ada caption BM

Inilah Jabal Ar-ruhmah atau bukit pemanah. Aku rasa bukit ni dulu mesti tinggi sikit. Ni berjuta-juta umat Islam datang ziarah, terhakis jugak bukit ni kan.


Tak panas. Angin kuat sangat. Sejuk

Usai lawatan ke Bukit Uhud, sebelum balik ke Hotel, kami singgah di Pasar Kurma. Tapi family aku je turun. Mungkin jemaah lain kaya raya so tak hairan nak beli dengan harga murah macam kami atau mereka tak tahu? Perbezaan harga agak banyak. Contohnya kurma Ajwa/Nabi kami dapat SAR 65 manakala Kurma Mariami hanya SAR 30. Ikutkan hati nak beli banyak tapi takut terlebih berat. So end up dekat puluh kilo jugak memborong kurma. Selepas 40 minit di Pasar Kurma, kami pulang ke hotel dan siap sedia untuk solat zuhur.


Masjid Nabawi

Madinah ini sangat tenang. Setiap yang ada di Madinah adalah ubat. Malah debunya juga adalah ubat. Sehingga ada yang mengatakan haram untuk menutup muka apabila ada debu berterbangan ditiup angin. Suasana di dalam masjid adalah super calm. sangat tenang mengusik jiwa. Sikit pun tak ingat apa di Malaysia. Handphone pon sekadar nak ambil gambar. Tak fikir nak sms atau call. Inilah penangan Madinah, Tanah Haram yang dipelihara Allah, tempat semadinya Nabi Muhammad saw.

Kawasan luarnya luas. Dalam selalunya penuh.
Disudut mana pun Masjid Nabawi ini tetap indah

Disebabkan jemaah ramai ada petugas yang jaga/atur jemaah. Once kita masuk ke masjid akan terdengar para petugas beri arahan pelbagai bahasa. Untuk geng telekung putih meraka anggap je Malayzi tapi ngomongnya bahasa Indonesia.

"Maju ibu maju. Hajjah, hajjah", ujar mereka. Ha tak payah pergi haji dah dapat hajjah

"Cepat ibu, kanan ibu, kanan ibu", katanya lagi.

Begitulah saban waktu solat. Mereka nampak tegas tapi lembut. Comel sangat pada aku. Tapi boleh tahan jugak karenah jemaah. Makin dihalang makin dibuat. Petugas akan pastikan ruang hadapan penuh. So die block sesetengah ruang. Slowly bila ruang depan dah penuh, mereka buka halangan yang dibuat dengan tape keselamatan ala2 polis tapi ditulis ,"Tidak bisa duduk" ke apetah. Lupa den. Tapi itulah maksud yang nak disampaikan.

Di hadapan pintu Masjidil Nabawi
Ini pintu Ali bin Abi Talib
Close up pintu. Cantik! Subhanallah
Dari pintu gate utama, kami selalunya terus masuk ikut pintu hadapan ni.

Mula-mula tiba di Masjid Nabawi tak terfikir akan ada air zam zam. Fikirkan hanya ada di Mekah. Alhamdulillah dapat minum dengan puas. Tiada air sesedap air zam zam. Sekarang kalau nak minum sebotol kecil RM10. Memang sangat menghargai air zam zam semasa di sana. Sebenarnya ada jugak drinking water. Jangan tersalah ambil. Especially di Mekah. Dia akan label air zamzam atau drinking water.

Ni drinking water. Kat Madinah air zamzam dalam masjid.Kalau Mekah die akan labelkan zamzam or drinking water.

bersambung ke Day 4

Sumber Tentang Perang Uhud disini

Thursday, May 16, 2013

Umrah - Day 2 : Jeddah - Madinah - Ziarah Dalam Madinah


Day 2 - 5 April 2013, Jumaat

RNR Highway Jeddah - Madinah

Aku dikejutkan dengan suara para jemaah. Kami berhenti di kawasan rehat ala-ala RNR versi Madinah untuk tunaikan solat Subuh. Turun daripada bas Ya Allah, sejuk sangat. Rupanya kawasan padang pasir yang ada banyak bukit-bukit batu. Suraunya agak besar cuma tempat ambil wuduk dan tandas kurang selesa. Ada masalah air agaknya.

Ruang solat muslimah
Keluar dari masjid kami diberikan pack makanan untuk breakfast. Yeah makan lagi. Sebu dah perut banyak sangat makanan. Tapi kalau tak habiskan siapa yang makan? Nanti syaitan suka, Allah marah. Pilih satu. So habiskanlah kami. Cuma ada lauk-lauk yang kongsi dengan cik kucing.

Majis di RNR dalam perjalanan ke Madinah

 Selain Masjid, ada juga hotel dan kedai makan. Di luar hotel disediakan gazebo lengkap dengan karpet tapi dah tentu berpasir kan. Kata padang pasir. Gazebo bersila style. Jangan pulak bayang ade meja bagai.

Indo style. Banyak kan!

Gazebo yang aku maksudkan. Taktau mereka panggil ape.

Perut dah diberi nafkah, kami pun teruskan perjalanan ke Mekah. Mulalah Ustaz Firdaus memegang mic memulakan tugas beliau. "Para tetamu Allah dan para penziarah nabi yang dikasihi." Allah berderau darah digelar sedemikian tingginya panggilan. "Lebih kurang sejam lagi kita akan tiba di Madinah, jangan kosongkan hati para jemaah, basahkan lidah dengan zikrullah".

Suasan gunung/bukit yang melatari highway Jeddah - Madinah

 Tiba di Kota Madinah

Akhirnya hampir tiba

Kota Madinah yang di nantikan

Semakin kuat debaran hati nak tiba ke kota suci yang mulia. Tempat tinggal Nabi kita Nabi Muhammad saw. Ya Allah, terasa sepeti mimpi. Sambil melihat permandangan di luar, bibir tak henti mengucap zikrullah dan selawat. Tak sabar untuk tiba di tanah haram itu tapi sebenarnya seakan tak percaya. Announcement dari Ustaz bgtahu kami sudah tiba di Madinah sambil menunjukkan masjid pertama yang dibina baginda Nabi saw.

Dari kejauhan, Masjid Quba
Masjid Quba masjid pertama yang dibina oleh Nabi saw setelah tiba di Madinah dalam perjalanan hijrah baginda dari Mekah. Masjid yang dibina atas dasar taqwa dan iman ini adalah masjid pertama yang dibina. Rasulullah saw bersabda yang maksudnya, "Sesiapa yang berwuduk di rumahnya kemudian pergi ke Masjid Quba' untuk bersolat akan diberi ganjaran pahala sama seperti menunaikan umrah". Allahurobbi!


Hotel Mubarak Silver

Alhamdulillah akhirnya kami tiba di hotel penginapan kami iaitu Mubarak Silver Hotel. Perjalanan ke masjid Nabawi hanya mengambil masa 5 minit kalau direct ke masjid, tak singgah shopping. Setibanya di hotel kami diberi kunci oleh Mutawwif dan tiada aktiviti atau program untuk hari tersebut/. Memandangkan kami tiba di sana pada hari jumaat (Alhamdulillah diberi peluang solat jumaat di Masjid Nabawi). Cuaca di Madinah ketika ini memang sejuk. Sedapnya angin gemersik meniup.

Hotel Mubarak Silver

Jemaah kami dah mula bergaul mesra masa transit di Oman yang berjam-jam tempoh hari. Kiranya ada daripada 33 orang, ada 1 group besar dari Sabah (satu geng), 1 group kecil dari Tanjung Karang dan family kami dan sepasang anak beranak dan seorang ustaz KAFA. Boleh bayang when Jawarians meet Sabahan? Tak faham accent terus except Jawa la. Kan saya cucu Jawa.

So Pakcik Yusuff offer untuk sama-sama pergi masjid untuk tunaikan solat jumaat since kami semua first time. So seperti yang dijanjikan kami bergerak ke masjid jam 11 pagi. Sempatlah merehatkan badan dan mandi sebelum ke Masjid Nabawi.


Masjid Nabawi 

Macam tak percaya! Tu apa yang aku rasa. Dari jauh nampak dah payung-payung Masjid Nabawi dah melambai-lambai. Sayu rasa hati. Melangkah masuk ke masjid. Sejuk tenang. Ya Allah aku betul-betul hampir dengan makam Nabi mu Nabi Muhammad saw. Ya Rasulullah, tunggu aku datang. Aku datang bertemu mu.

Masuk masjid ada pengawas  opss pegawai/pemeriksa yang akan check if kami ade bawa barang terlarang yakni camera. Tak boleh ambil gambar ye. Sebab aku witness ada yang terkantoi pakai camera siap kne rampas dan delete smua gambar. Tapi henfon canggih lepas. Takpelah takde henfon canggih, dengan henfon Nokia cokia tu la aku ade ambil sikit-sikit gambar. Tapi xdapat nak share kat sini. Aku rasa hari pertama aku kat Masjida Nabawi aku masih rasa tak percaya. Macam mimpi je semua ni.

Payung boleh laras Masjid Nabawi

Usai solat jumaat, menuju ke pintu keluar aku sempat minum air zam-zam yang stoknya sentiasa ada dalam dan luar masjid. Puas hatinya lah dapat minum macam perigi zam-zam tu depan mata. Nikmat sekali.

Dalam perjalanan pulang, belum keluar lagi pintu Masjid Nabawi kami dihidangkan dengan lautan manusia macam ni ha :

Lautan orang orang

Balik ke hotel lepas lunch, rehat sminit dua kami decided untuk berjalan-jalan explore apa yang ada keliling Masjid Nabawi ni sementara menanti asar. Yang banyak adelah orang berniaga di sana-sini. Tengok betapa betul-betul depan masjid diorang ni berniaga. Dah macam pasar lambak pun ada. Jubah yang budak lelaki ni pegang harga 50 Riyal. Cantik jugak cuma low quality sikit




Siap ade jual shawl lagi. Tapi takdela aku rembat. Semua design kain sari. Mana diorang ambik stok pon tak tahu lah

Tokey pon gayakan shawl
Jual jual jual!



Mangsa shopping

Satu building dengan hotel tapi area belakang

Lagi satu klau tak tukar duit takpe. Sini banyak money changers :)

Starbuck dan H&M pon ada

Malam itu selepas makan malam, kami jemaah perempuan kumpul bersama. Akan ada ustazah yang akan tunjukkan kan kami cara untuk ziarah makam nabi saw.


Makam Nabi saw & Raudhah

Masa kat Malaysia dua benda je aku selalu dengar pasal Makam Nabi saw dan Raudhah. 1st susah 2nd Mak Arab ganas. Macam tu sekali ye descriptionnya. Ustazah pesan, jangan kita aim sangat Raudhah. Priority utama kita nak ziarah makam Nabi saw. So betulkan niat.

Ikutkan lepas Isyak lagi mereka dah tunggu untuk Ziarah makam Nabi. Tapi pintu tutup jam 10 mlm atau 10:30 malam. So sempatla balik and dinner dulu. Sebab at first pegawai/petugas yang lengkap purdah tu akan susun kita ikut negara. Malaysia and Indonesia and tu kira segeng la sebab bahasa lebih kurang.

Lepas tu pula ade banyak stage perhentian. Asalkan dah lepas pintu yang pertama ustazah suruh kami solat tahiyatul masjid dan sujud syukur sebab lepas je pintu 1st tu means kami memang akan ada peluang ke Raudhah. Lepas tu Ustazah suruh kami solat taubat jugak. Yela harusla bertaubat sebelum meminta-minta pada Allah kan. Ustazah saja lengah-lengahkan kami supaya kami berada di line terakhir. Katanya supaya bila semua dah beredar, kami boleh solat dengan selesa tanpa gangguan.

Kami tunggu dan tunggu lagi di checkpoint kedua. Di sini Ustazah tanya jika ada yang nak sedekah sebab otw kami masuk ke Raudhah ustazah beri 10 Riyal pada para cleanar Masjidil Nabawi. Rupanya itu duit sedekah jemaah before ni. So if kami turut bersedekah, ia akan diberikan semasa trip ke Raudhah yang seterusnya. Kata Ustazah, sedekah tu doa moga Allah permudahkan urusan kita.

Akhirnya kami masuk ke pintu untuk check point terakhir. Tempatnya makin sejuk dan tenang. Rupanya inilah checkpoint terakhir kami. Dari sini dah jelas kelihatan kubah lama Masjid Nabawi. Kubah Hijau. Dah boleh nampak Makam Nabi. Tinggal lagi menunggu giliran untuk masuk ke Raudhah, taman syurga itu yg berada betul2 di antara rumah Nabi saw dan mimbar. Semua terasa bagai mimpi.Tempoh menunggu hampir 4 jam tu tak terasa bil dah semakin hampir dengan baginda Nabi saw.

Baginda Rasulullah saw pernah bersabda, "Barang siapa yang menziarahiku sesudah matiku (menziarahi kuburku) maka seolah-olah dia menziarahiku semasa aku hidup"

Setibanya di dalam ruang Raudhah, kami beri salam kepada Nabi saw serta sampaikan salam daripada mereka yang mengirim. Sayunya hati bila beri salam tu. Kemudian perlahan-lahan menunggu giliran supaya dapat pijak karpet hijau (petanda itu adalah kawasan Raudhah).

Mungkin bukan rezeki, walaupun sudah jadi orang yang terakhir, kumpulan sebelum itu masih ramai. Tak dapat nak solat dan berdoa secara khusyuk. Tapi aku cuba buat yang terbaik. Aku pasti aku cuba lagi untuk mendapatkan ketenangan di taman syurgaMu ya Allah.

Bersambung ke Hari ke 3



Video penerangan tentang lokasi-lokasi dalam Kawasan Raudah/Makam Nabi saw.