Tuesday, May 12, 2015

Bali - Surabaya - Jogja 2015 Part 2

Ini adalah entri tertunggak bulan Februari. Episod pertama berada di Entri ini. Harap maklum


3 Februari 2015 - Flight Bali to Surabaya

Selepas 2-3 kali flight berubah waktu perjalanan akhirnya kami terbang ke Surabaya 7.45 malam itu. Last minit juga booking bilik near airport sementara menunggu kawan-kawan dari Malaysia penerbangan esoknya. Perbezaan waktu Bali dan Surabaya adalah kurang sejam, So kami tiba Surabaya jam 7.35 malam juga. 

Malam itu kami menginap di Pondok Rizqi. Tempahan melalui SMS dan facebook diterima. Hanya Rp 50,000 termasuk sarapan pagi dan aiport pickup. Bagi saya ia berpatutan malahan kamarnya juga besar. Berdekatan hotel ada indomaret jika anda perlukan sesuatu sebaik saja tiba di sana.


4 Februari 2015 - Surabaya Airport - White Water Rafting, Songa Adventure

Pagi itu kami menunggu supir yang telah diuruskan sepenuhnya oleh teman kami. Sekitar jam 10:00 pagi kami bergerak ke Juanda Airport untuk menjemput rakan-rakan kami. Setelah berkumpul, sekitar jam 11:00 pagi kami memulakan perjalanan ke Sungai Pekalen yang terletak kira-kira 3 jam dari Airport Surabaya. Kami berhenti makan tengah hari di salah sebuah RnR dan akhirnya tiba di Songa Adventure, tempat WWR kami pada jam 3:30 petang.





White Water Rafting, Songa Adventure - Pakej Songa Atas

Pada jam 4:00 petang barulah kami mulakan aktiviti water rafting kami. Kami memilih Sungai Songa Atas kerana menurut sumber internet, ia mensajikan pemandangan yang menarik. Jarak sungai adalah sekitar 24 km. Dari Songa Adventure, kami menaiki lori untuk ke starting point rafting. Kami menelusuri kampung-kampung yang sangat menyegarkan. Perjalanan ambil masa hampir 30 minit. 







Dari tempat diturunkan dari lori, kami perlu berjalan sejauh 10 minit lagi untuk ke starting point. Selepas briefing kami meneruskan perjalanan. Dalam hanya sekitar 20 minit kami sudah tiba di Gua Kelawar. Di sana kami diberi makan sukun goreng. Sememangnya sangat banyak kelawar dan di penghujungnya sungai sedikit berbau dengan tahi kelawar terdampar di dasar sungai.

Kami berehat dan bergambar sekitar 25 minit sebelum meneruskan perjalanan dan diterbalikkan rafting dalam 10 minit seterusnya. Kemudian kami meneruskan lagi perjalanan selepas bermandi air yang tak jernih itu. 15 minit kemudian kami tiba di ending point.







Review : Pengalaman rafting sebelum ini di Malaysia, bagi saya rafting di Songa ni kelebihannya hanya pada Gua Kelawar, kelawar dan tahinya dan banyak jeram. Tambahan pula kami agak rushing untuk rafting pada hari itu kerana jarak perjalanan. Namun ia boleh menambah pengalaman yang sedia ada. Pendapat mungkin berbeza. Tak salah meraikan :)

Pakej yang kami ambil berharga Rp 240,000 juga diuruskan oleh supir. Ia sedikit murah dari publish rate di website. Selesai menukar baju, kami meneruskan perjalanan ke Bromo untuk aktiviti keesokan hari.






*Maafkan kualiti GoPro tu. Lupa nak prevent air dekat lense. First time bawak GoPro melasak :)

Bersambung...

Saturday, April 4, 2015

Bali - Surabaya - Jogja 2015

Intro

Asalnya Dot menemankan husband join trip yang kawannya organize. Trip asal Surabaya - Jogjakarta. Tapi memandangkan tiket ke Bali lebih murah daripada direct ke Surabaya, kami awalkan perjalanan kami ke Bali dulu, kemudian baru join kawan-kawan lain di Surabaya


1 Februari 2015 - Hello Bali ! Kuta Sari House

Flight ke Bali tunda ke malam. So nothing much yang kami boleh buat. Sampai-sampai terus dibawa ke Budget Hotel. Sebab hanya untuk tidur dan check out awal pagi esok, maka kami stay di Budget Hotel sekitar Kuta. Airport Bali dah baru. Airport lama digunakan untuk domestik. Makanya lebih selesa dan sangat cantik. Tiba di airport supir bawa kami makan di Ayam Tulang Lunak Malioboro.


  
Kami tinggal di Kuta Sari House. Rate di Air Asia Go, kami dapat RM41.92. Lengkap dengan TV dan fridge. Favehotel pun tak de fridge :D. Bersebelahan dengan Kuta Sari House adalah Indomaret. Kedai 24 jam yang lengkap dengan segala jenis food bila lapar. Hotel ini juga dekat sekali dengan Pantai Kuta.




Februari 2015 - Full day Bali tour | Favehotel Kuta Square

Pagi-pagi lagi kami di jemput oleh Mas Siswanto, pekerja Pak Isme. Orangnya muda dan pemalu. Tapi best. Tak push kita ikut itenerary dia. Nanti kami review lagi pasal supir. Destinasi hari pertama kami adalah Tanah Lot - Jatiluwih Rice Terrace - Bedugul (Beratan Lake & Pura Ulun Danu) - Shopping souvenir.

Tanah Lot 

Untuk hari pertama di Bali, destinasi tujuan kami adalah Tanah Lot. Dari Kuta ambil masa sekitar 1 jam 30 minit. Kami breakfast Indomaret saja. Last time pergi untuk view sunset so agak risau masa supir cadangkan nak pegi pagi. When we reached there, Tanah Lot tengah undergo some renovation. So kami masuk dari side yang Dot tak pernah lalu. Kiranya kalau temple tu depan mata korang, Dot datang dari arah kanan. 

The view Subhanallah. Sangat cantik. The clouds and sky blend well dengan laut biru. Lama terpacak snap gambar sebab sangatlah cantik. And air pasang so tak boleh turun area temple and tempat orang selalu buru sunset. Around 50 minutes jugak kami di sini, kami bergerak pula ke Jatiluwih.



Tiket : Rp 10,000 (harga lokal)







Jatiluwih

Kebanyakan rakyat Malaysia pergi ke Tegalalang instead of Jatiluwih. Kemungkinan sebab saranan supir sebab dia dah satu jalan dengan kintamani. Kali ni Dot skip dua ni sebab dari beberapa blog yang Dot baca Jatiluwih a lot better. Perjalanan ambil masa sekitar 1 jam lebih. Alhamdulillah, tak menyesal pilih Jatiluwih sebab kawasan padinya lagi luas. Nak ambil gambar pun tak berebut kawasan.

Tiket : Rp 10,000 (harga lokal)





Buffet Jatiluwih

Sebenarnya memang nak elak makan buffet kat kawasan padi ni. Sebab tau rate dia 100k. Dan limited choice. Tapi terkena jugak. Macam malas nak suh supir cari tempat lain. Tapi lauk pun xde choice. Husband boleh makan mee goreng dia je. So kalau korang nak pegi tengok padi, pesan sesiap kat supir taknak makan buffet.



Bedugul - Beratan Lake dan Pura Ulun Danu

Lepas lunch, 1 jam selepas tu kami tiba di Bedugul. Kawasan tanah tinggi. Sejuk dan berangin. Dari gambar nampak macam luas je temple dekat tasik tu. Rupanya ciput je. Ada juga permainan air macam paddle boat. Masa tu agak letih. So more of amik gambar.  Ada rusa dan kancil dalam cage. 

Sebelum balik ke Kuta, kami sempat berhenti makan sate arnab. Rasanya lebih kurang ayam. Tapi Dot suka ayam lagi. Kami makan malam dan tiba di hotel agak malam. Sepatutnya esok takda aktiviti sebab malam tu flight ke Surabaya. Ni semua gara-gara Air Asia cancel flight. Then decide dengan husband untuk keluarkan budget untuk pergi ke Pandawa Beach sebab tengok instagram Elfira Loy macam cantik and singgah sekali Uluwatu memandangkan kawasan dah dekat.

Tiket : Rp 10,000 (Harga Lokal)






Februari 2015 - Half day Bali tour 

Bubur nasi murah

Malam semalam kami bagitahu supir, bawak kami ke kedai murah-murah. Kami ni nak berjimat dan kami mengadu makanan mahal di Jatiluwih semalam. Terus dia cakap, kenapa tak beritahu saya. Agaknya dia fikir kami ni orang standard Malaysia. Dengan semangat pagi tu dia bawa kami breakfast bubur nasi. 7000 Rupiah je semangkuk. Tapi portion sangat banyak. Kedainya hanya troli tolak macam sinetron tu. Ownernya happy sangat layan kami. "Orang Malaysia?", tanya dia. "Iya", jawab kami tersenyum. Siswanto pun happy. Tak pening dah dia nak bawak kami makan.




Padang Beach

Kami tiba jam 9 pagi. Kawasan ni lebih terkenal buat surfer. Masa kami tiba ada sekumpulan orang Malaysia. Gayanya seperti orang ada-ada. Bila senyum, malang sekali tak berbalas. Macam ni lah orang kita, kalau bertembung kat luar negara punya susah nak mesra. Indonesia aja pun. Sesekali terdengar perbualan. Mek Klate rupanya. Ambil gambar sikit terus move to the next destination.




Uluwatu Cliff

Kurang 40 minit kami tiba di Uluwatu. Di Bali ni attraction mesti temple. Main reason kami ke sini nak tengok cliff cantik tu. Dan memang tu la mai attraction dia. Oh ya dengan monyet liar. Janganlah bawak barang tergantung macam cap ke, shades ke. Confirm kene ambil. And nak pulangkan kene barter trade food dengan monyet-monyet ni. Tu pun bukan buat sendiri tapi kene mintak tolong penjaga dia. Dot tengok penjaga dia pun takut-takut jugak. Sah-sahla liar kan. Puas ambil gambar kami langsung ke Pandawa Beach.

Tiket : Rp 30,000 (Harga Lokal)




Pandawa Beach

Sebelum tiba ke pantai, ada batuan yang ditarah untuk bina jalan. So sedikit sebanyak nampak macam fefeeling Grand Canyon versi batu hitam. Cantik. Pasirnya sangat putih, airnya jernih sekali. Kepanasan dia je tak boleh tahan. Kalau kami lama di sini pasti dah terjun ke dalam air. Seronok betul tengok laut.

Tiket : Rp 4000 (Harga Lokal)


    





Lunch

Lunch kali ni Siswanto bawa kami ke kedai biasa. Bukan resto mahal. Menu ayam penyet. Puas hati kuasa 5 sebab kedai ni penuh orang local. Elok kami makan nampak ramai kanak-kanak sekolah balik dari sekolah berbaju kebaya. Hari tu hari sembahyang bagi mereka. So untuk yang hindu mereka harus berkebaya. Kami terus balik ke hotel sebab jam 5 petang dah nak ke airport untuk flight malam ke Surabaya.





Goodbye Bali, Hello Surabaya !

Airport lama pun nampak ada some renovation. Ruang tunggu lebih selesa dan banyak cermin. So boleh tengok kapal terbang landing. Berjaya jugak habiskan Bali dalam satu post. 

Airport Tax menuju ke Surabaya : Rp 75,000


Supir

Kami ambil dengan Pak Isme sebab banyak sangat review baik pasal Pak Isme. Beliau ada banyak pekerja so yang ditugaskan bersama kami adalah Siswanto. Rate Pak Isme standard macam supir lain di Bali. Jadi kalau nk lebih murah boleh juga deal terus dengan Siswanto. Ini nombor Siswanto +6285237825904

Siswanto : 

Apa yang kami suka dengan sis, adalah kepekaan dia dengan solat dan makanan halal. Bahkan anaknya ke sekolah pun dibawa bekal sebab kantin sekolah sediakan babi sebagai menu. Kalau bajet kecil, beritahu aja Sis untuk bawa anda ke kedai makan murah. Dia juga tak push dan terima saja rancangan kita jika sesuai. Dia juga ingatkan tak semua kedai yang dikatakan halal tu, halal. Kedai ayam lunak Malioboro pun dia yakin sebab dia pernah masuk ke dapur dan ada rakan bekerja di sana.


Rate supir Pak Isme

One day tour : Rp 350,000
Half day tour : Rp 200,00
Airport Transfer : Rp 50,000



Selamat bercuti!


Wednesday, January 28, 2015

A Day Trip to Sungai Inki, Kalumpang

Last week, lepas Engagement Angah kami decide nak mandi sungai. Nak pergi Lata Medang malas treking, nak pegi Chilling dah boring. Lepas tu teringat Sungai Inki. Google sekejap macam best. Baca review, boleh masuk dekat dalam Kalumpang Resort and Training Centre tapi entrance fee RM10. Mak ai. Apsal mahai nau. Disebabkan curiosity yang tinggi, maka kami pun ke sana.


Lokasi

Lokasi Sungai Inki ni terletak di antara Kuala Kubu Baru dan Tanjung Malim. Kalau dari Rawang sekitar 30 minit sahaja. Bila almost nak tiba kawasan sungai ni, kita akan lalu kawasan perkampungan. Sebelum Kalumpang Resort and Training Centre, ada sebuah lagi resort which is The Nahara. Entrance fee slightly murah around RM8. Belum pernah masuk tapi dari kejauhan, kelihatannya belum banyak pokok, so agak panas. But since tak masuk lagi, tak adil nk review la kan. But, I found a blogger wrote about its Villa, RM1600, 5 rooms, ada pool. Interior tip top. Boleh google for further info :D




Kalumpang Resort and Training Centre

First tiba, ada kawasan parking which is bukan park tepi jalan. Even tak berapa cantik, but okayla ada parking. Then masuk je pintu gerbang, ada 'outdoor counter' untuk bayaran masuk. Once bayar, mereka akan pakaikan gelang kertas ala-ala theme park. Selain tu, ada brochure untuk sewaan chalet, team building etc. Boleh tanya terus masa sampai.


Entrance Fee
Adult                   RM10
Kids (below 12)  RM5
Veteran               FOC






Sorry, ni je gambar yang selamat. Nak tunjuk area sungai ni aje. Kalau rasa annoying cepat-cepat tutup browser ek :D 




As we walk through the resort menuju ke sungai, ada mini zoo di kiri kemudian ada playground dalam pool for kids dan adult pool. Just a lil bit ahead nampaklah kawasan sungai. Kawasan sungai dia quite kecil la. Tapi tempat ni very clean. Bukan macam sungai awam yang selalunya penuh sampai dekat kawasan picnic. Banyak gazebo tepi sungai yang wajib buka sliper. So memang bersih. 

Sungai pulak ada kawasan dalam sampai tak boleh jejak (ketinggian saya lebih kurang 160cm) ada juga kawasan cetek. So pandai-pandai pilih port.Toilet juga bersih, terdapat juga kedai makan tapi servis sedikit lambat. Maybe sebab banyak order kot?:D

Lama juga kami mandi. Tapi maaf tak banyak gambar sebab SD Go Pro kne virus. yang tinggal adelah yg sempat download while we were there. Dalam selepas zuhur kami bergerak pulang.


Harga Chalet

Kalau dah entrance fee pun RM10, harga chalet dia pun mengancam mahal. Nak murah yang jauh dari sungai. Ini standard. Last time stay resort tepi sungai dekat Sedim dlm RM150. Itu pun sebab resort baru re-open. Tapi disebabkan resort ni bersih, sungai cantik then harga chalet tu okay la KOT? Hehe. Boleh check it out harga chalet beserta map dekat sini


Asam Pedas Dataran Kuala Kubu Baru

Okay tempat makan ni baru explore. Selalu lalu tak bernafsu nak stop. Tapi kebetulan nak solat dan lapar, kami stop by kedai ni. Dari Kalumpang menghala ke KL, akan ada food court di sebelah kiri dekat traffic light nak masuk ke pekan KKB. Specialty dia adalah asam pedas claypot.



Main menu dia asam pedas, kari kepala ikan dan ada juga ala carte chef Chinese Muslim. Tapi, adik order keow teow kung fu, rasanya tidak kung fu kick sangat. Kami yang lain order Asam Pedas Ikan Pari while husband pilih Asam Pedas Udang Galah (RM18 per claypot). Ikan pari tak sure. Tapi total lunch of 4 RM57. Okaylah kot sebab ikan dapat 3 ketul dipotong kecil. Asam Pedas dihidang bersama telur masin dan sayur sawi goreng. Taste wise? Sedap jugak macam kat Melaka. 

Overall, this day trip memang worth. Entrance mahal, thus, kurang orang, so a bit privacy kalau datang awal.