Tuesday, May 12, 2015

Bali - Surabaya - Jogja 2015 Part 2

Ini adalah entri tertunggak bulan Februari. Episod pertama berada di Entri ini. Harap maklum


3 Februari 2015 - Flight Bali to Surabaya

Selepas 2-3 kali flight berubah waktu perjalanan akhirnya kami terbang ke Surabaya 7.45 malam itu. Last minit juga booking bilik near airport sementara menunggu kawan-kawan dari Malaysia penerbangan esoknya. Perbezaan waktu Bali dan Surabaya adalah kurang sejam, So kami tiba Surabaya jam 7.35 malam juga. 

Malam itu kami menginap di Pondok Rizqi. Tempahan melalui SMS dan facebook diterima. Hanya Rp 50,000 termasuk sarapan pagi dan aiport pickup. Bagi saya ia berpatutan malahan kamarnya juga besar. Berdekatan hotel ada indomaret jika anda perlukan sesuatu sebaik saja tiba di sana.


4 Februari 2015 - Surabaya Airport - White Water Rafting, Songa Adventure

Pagi itu kami menunggu supir yang telah diuruskan sepenuhnya oleh teman kami. Sekitar jam 10:00 pagi kami bergerak ke Juanda Airport untuk menjemput rakan-rakan kami. Setelah berkumpul, sekitar jam 11:00 pagi kami memulakan perjalanan ke Sungai Pekalen yang terletak kira-kira 3 jam dari Airport Surabaya. Kami berhenti makan tengah hari di salah sebuah RnR dan akhirnya tiba di Songa Adventure, tempat WWR kami pada jam 3:30 petang.





White Water Rafting, Songa Adventure - Pakej Songa Atas

Pada jam 4:00 petang barulah kami mulakan aktiviti water rafting kami. Kami memilih Sungai Songa Atas kerana menurut sumber internet, ia mensajikan pemandangan yang menarik. Jarak sungai adalah sekitar 24 km. Dari Songa Adventure, kami menaiki lori untuk ke starting point rafting. Kami menelusuri kampung-kampung yang sangat menyegarkan. Perjalanan ambil masa hampir 30 minit. 







Dari tempat diturunkan dari lori, kami perlu berjalan sejauh 10 minit lagi untuk ke starting point. Selepas briefing kami meneruskan perjalanan. Dalam hanya sekitar 20 minit kami sudah tiba di Gua Kelawar. Di sana kami diberi makan sukun goreng. Sememangnya sangat banyak kelawar dan di penghujungnya sungai sedikit berbau dengan tahi kelawar terdampar di dasar sungai.

Kami berehat dan bergambar sekitar 25 minit sebelum meneruskan perjalanan dan diterbalikkan rafting dalam 10 minit seterusnya. Kemudian kami meneruskan lagi perjalanan selepas bermandi air yang tak jernih itu. 15 minit kemudian kami tiba di ending point.







Review : Pengalaman rafting sebelum ini di Malaysia, bagi saya rafting di Songa ni kelebihannya hanya pada Gua Kelawar, kelawar dan tahinya dan banyak jeram. Tambahan pula kami agak rushing untuk rafting pada hari itu kerana jarak perjalanan. Namun ia boleh menambah pengalaman yang sedia ada. Pendapat mungkin berbeza. Tak salah meraikan :)

Pakej yang kami ambil berharga Rp 240,000 juga diuruskan oleh supir. Ia sedikit murah dari publish rate di website. Selesai menukar baju, kami meneruskan perjalanan ke Bromo untuk aktiviti keesokan hari.






*Maafkan kualiti GoPro tu. Lupa nak prevent air dekat lense. First time bawak GoPro melasak :)

Bersambung...

No comments:

Post a Comment