Showing posts with label bali. Show all posts
Showing posts with label bali. Show all posts

Saturday, April 4, 2015

Bali - Surabaya - Jogja 2015

Intro

Asalnya Dot menemankan husband join trip yang kawannya organize. Trip asal Surabaya - Jogjakarta. Tapi memandangkan tiket ke Bali lebih murah daripada direct ke Surabaya, kami awalkan perjalanan kami ke Bali dulu, kemudian baru join kawan-kawan lain di Surabaya


1 Februari 2015 - Hello Bali ! Kuta Sari House

Flight ke Bali tunda ke malam. So nothing much yang kami boleh buat. Sampai-sampai terus dibawa ke Budget Hotel. Sebab hanya untuk tidur dan check out awal pagi esok, maka kami stay di Budget Hotel sekitar Kuta. Airport Bali dah baru. Airport lama digunakan untuk domestik. Makanya lebih selesa dan sangat cantik. Tiba di airport supir bawa kami makan di Ayam Tulang Lunak Malioboro.


  
Kami tinggal di Kuta Sari House. Rate di Air Asia Go, kami dapat RM41.92. Lengkap dengan TV dan fridge. Favehotel pun tak de fridge :D. Bersebelahan dengan Kuta Sari House adalah Indomaret. Kedai 24 jam yang lengkap dengan segala jenis food bila lapar. Hotel ini juga dekat sekali dengan Pantai Kuta.




Februari 2015 - Full day Bali tour | Favehotel Kuta Square

Pagi-pagi lagi kami di jemput oleh Mas Siswanto, pekerja Pak Isme. Orangnya muda dan pemalu. Tapi best. Tak push kita ikut itenerary dia. Nanti kami review lagi pasal supir. Destinasi hari pertama kami adalah Tanah Lot - Jatiluwih Rice Terrace - Bedugul (Beratan Lake & Pura Ulun Danu) - Shopping souvenir.

Tanah Lot 

Untuk hari pertama di Bali, destinasi tujuan kami adalah Tanah Lot. Dari Kuta ambil masa sekitar 1 jam 30 minit. Kami breakfast Indomaret saja. Last time pergi untuk view sunset so agak risau masa supir cadangkan nak pegi pagi. When we reached there, Tanah Lot tengah undergo some renovation. So kami masuk dari side yang Dot tak pernah lalu. Kiranya kalau temple tu depan mata korang, Dot datang dari arah kanan. 

The view Subhanallah. Sangat cantik. The clouds and sky blend well dengan laut biru. Lama terpacak snap gambar sebab sangatlah cantik. And air pasang so tak boleh turun area temple and tempat orang selalu buru sunset. Around 50 minutes jugak kami di sini, kami bergerak pula ke Jatiluwih.



Tiket : Rp 10,000 (harga lokal)







Jatiluwih

Kebanyakan rakyat Malaysia pergi ke Tegalalang instead of Jatiluwih. Kemungkinan sebab saranan supir sebab dia dah satu jalan dengan kintamani. Kali ni Dot skip dua ni sebab dari beberapa blog yang Dot baca Jatiluwih a lot better. Perjalanan ambil masa sekitar 1 jam lebih. Alhamdulillah, tak menyesal pilih Jatiluwih sebab kawasan padinya lagi luas. Nak ambil gambar pun tak berebut kawasan.

Tiket : Rp 10,000 (harga lokal)





Buffet Jatiluwih

Sebenarnya memang nak elak makan buffet kat kawasan padi ni. Sebab tau rate dia 100k. Dan limited choice. Tapi terkena jugak. Macam malas nak suh supir cari tempat lain. Tapi lauk pun xde choice. Husband boleh makan mee goreng dia je. So kalau korang nak pegi tengok padi, pesan sesiap kat supir taknak makan buffet.



Bedugul - Beratan Lake dan Pura Ulun Danu

Lepas lunch, 1 jam selepas tu kami tiba di Bedugul. Kawasan tanah tinggi. Sejuk dan berangin. Dari gambar nampak macam luas je temple dekat tasik tu. Rupanya ciput je. Ada juga permainan air macam paddle boat. Masa tu agak letih. So more of amik gambar.  Ada rusa dan kancil dalam cage. 

Sebelum balik ke Kuta, kami sempat berhenti makan sate arnab. Rasanya lebih kurang ayam. Tapi Dot suka ayam lagi. Kami makan malam dan tiba di hotel agak malam. Sepatutnya esok takda aktiviti sebab malam tu flight ke Surabaya. Ni semua gara-gara Air Asia cancel flight. Then decide dengan husband untuk keluarkan budget untuk pergi ke Pandawa Beach sebab tengok instagram Elfira Loy macam cantik and singgah sekali Uluwatu memandangkan kawasan dah dekat.

Tiket : Rp 10,000 (Harga Lokal)






Februari 2015 - Half day Bali tour 

Bubur nasi murah

Malam semalam kami bagitahu supir, bawak kami ke kedai murah-murah. Kami ni nak berjimat dan kami mengadu makanan mahal di Jatiluwih semalam. Terus dia cakap, kenapa tak beritahu saya. Agaknya dia fikir kami ni orang standard Malaysia. Dengan semangat pagi tu dia bawa kami breakfast bubur nasi. 7000 Rupiah je semangkuk. Tapi portion sangat banyak. Kedainya hanya troli tolak macam sinetron tu. Ownernya happy sangat layan kami. "Orang Malaysia?", tanya dia. "Iya", jawab kami tersenyum. Siswanto pun happy. Tak pening dah dia nak bawak kami makan.




Padang Beach

Kami tiba jam 9 pagi. Kawasan ni lebih terkenal buat surfer. Masa kami tiba ada sekumpulan orang Malaysia. Gayanya seperti orang ada-ada. Bila senyum, malang sekali tak berbalas. Macam ni lah orang kita, kalau bertembung kat luar negara punya susah nak mesra. Indonesia aja pun. Sesekali terdengar perbualan. Mek Klate rupanya. Ambil gambar sikit terus move to the next destination.




Uluwatu Cliff

Kurang 40 minit kami tiba di Uluwatu. Di Bali ni attraction mesti temple. Main reason kami ke sini nak tengok cliff cantik tu. Dan memang tu la mai attraction dia. Oh ya dengan monyet liar. Janganlah bawak barang tergantung macam cap ke, shades ke. Confirm kene ambil. And nak pulangkan kene barter trade food dengan monyet-monyet ni. Tu pun bukan buat sendiri tapi kene mintak tolong penjaga dia. Dot tengok penjaga dia pun takut-takut jugak. Sah-sahla liar kan. Puas ambil gambar kami langsung ke Pandawa Beach.

Tiket : Rp 30,000 (Harga Lokal)




Pandawa Beach

Sebelum tiba ke pantai, ada batuan yang ditarah untuk bina jalan. So sedikit sebanyak nampak macam fefeeling Grand Canyon versi batu hitam. Cantik. Pasirnya sangat putih, airnya jernih sekali. Kepanasan dia je tak boleh tahan. Kalau kami lama di sini pasti dah terjun ke dalam air. Seronok betul tengok laut.

Tiket : Rp 4000 (Harga Lokal)


    





Lunch

Lunch kali ni Siswanto bawa kami ke kedai biasa. Bukan resto mahal. Menu ayam penyet. Puas hati kuasa 5 sebab kedai ni penuh orang local. Elok kami makan nampak ramai kanak-kanak sekolah balik dari sekolah berbaju kebaya. Hari tu hari sembahyang bagi mereka. So untuk yang hindu mereka harus berkebaya. Kami terus balik ke hotel sebab jam 5 petang dah nak ke airport untuk flight malam ke Surabaya.





Goodbye Bali, Hello Surabaya !

Airport lama pun nampak ada some renovation. Ruang tunggu lebih selesa dan banyak cermin. So boleh tengok kapal terbang landing. Berjaya jugak habiskan Bali dalam satu post. 

Airport Tax menuju ke Surabaya : Rp 75,000


Supir

Kami ambil dengan Pak Isme sebab banyak sangat review baik pasal Pak Isme. Beliau ada banyak pekerja so yang ditugaskan bersama kami adalah Siswanto. Rate Pak Isme standard macam supir lain di Bali. Jadi kalau nk lebih murah boleh juga deal terus dengan Siswanto. Ini nombor Siswanto +6285237825904

Siswanto : 

Apa yang kami suka dengan sis, adalah kepekaan dia dengan solat dan makanan halal. Bahkan anaknya ke sekolah pun dibawa bekal sebab kantin sekolah sediakan babi sebagai menu. Kalau bajet kecil, beritahu aja Sis untuk bawa anda ke kedai makan murah. Dia juga tak push dan terima saja rancangan kita jika sesuai. Dia juga ingatkan tak semua kedai yang dikatakan halal tu, halal. Kedai ayam lunak Malioboro pun dia yakin sebab dia pernah masuk ke dapur dan ada rakan bekerja di sana.


Rate supir Pak Isme

One day tour : Rp 350,000
Half day tour : Rp 200,00
Airport Transfer : Rp 50,000



Selamat bercuti!


Wednesday, October 23, 2013

Jelajah Komodo Day 4

Labuan Bajo - Bali - Tanah Lot - Tunes Hotel, Kuta Beach

21 September 2013

Pagi terakhir di Labuan Bajo

Pagi itu kami bangun dengan penuh semangat untuk kembara lainnya. Kami turun dari bilik dan bersedia untuk cari kedai makan. Tapi tak sangka, hotel bajet kami tu sediakan breakfast. Donut ala-ala dunkin and a cup of tea/coffea. Memang recommend la even tho toiletnye agak berlumut tapi bersih sebenarnya.





Usai breakfast kami meneruskan perjalanan untuk mencari souvenir dan postcard. Kemudian terus pos kat pejabat pos. 2 weeks macam tu dah sampai Malaysia. Bagus kan. Kami kembali ke hotel, berkemas dan menunggu kereta untuk ke airport. Sekitar IDR 50 000 per pax. Padahal dekat je pun. Standard la kan airport transfer mana murah. And perkara biasa tentang Indonesia. Tax. Ye. masuk Labuan Bajo aritu pon kene tax. Nak balik pun tax lagi. Kali ini IDR 10 000.





Tiba di Bali

Kami tiba di Bali sekitar jam 2 petang rasanya. Dari airport kami singgah makan tengah hari. Katanya halal. OK aku trust supir kami yang beragama Islam ni. Sebaik sahaja aku duduk dan memesan makanan, meja hadapan menghidang arak. Itu lah antara punca utama aku kurang berkenan dengan Bali. Halal tak cukup dengan hanya "no pork & no bir". Bukan itu sahabat. Sungguh aku doa sangat pada Allah agar kitchen tak bercampur botol arak. Tak payah Bali, kedai-kedai kat Malaysia pun ada mcm tu contohnya Delicious, Chillis, etc. Tak tergamak aku nak terang-terang kat kedai makan macam ni. Biarlah aku kolot kat mata manusia. For all I know, my own sister pernah kerja kat salah satu kedai macam ni and kitchen die tak asing pun. In the end all of the plates, glasses kongsi sink yang sama dengan botol arak. Ampunkan aku ya Allah.


Tanah Lot

Selesai makan kami ke Tunes Hotel di Kuta Beach untuk pickup kawan Zainur yang tiba malam tadi di Bali. Kemudian kami teruskan perjalanan ke Tanah Lot. Kami agak rush masa tu sebab bimbang terlepas sunset. Alhamdulillah jam 5.20 petang kami dah tiba di Tanah Lot. Ramai betul orang maybe sebab hari sabtu. Sebelum tiba ke kawasan tepi pantai di mana terdapatnya temple, di kiri dan kanan jalan dipenuhi kedai cenderamata dan kedai makan. I would say harganya quite cheap JIKA anda bijak bargain. Well aku tak cukup bijak pulak sebab ade barang yang Kak Jijah dapat sangat murah. Rezeki masing-masing :)








Tiket masuk ke Tanah Lot adalah IDR 30 000. Tarikan Bali tentulah untuk penggemar fotografi. Tanah Lot juga menjadi buruan para shooter sunset or sunrise.





sahabat pemburu sunset

Krisna -Kuta Town

Kami dibawa ke Krisna. Gedung cenderamata daripada makanan - tshirt - lukisan dan sebagainya. Harga quite cheap. Kemudian kami minta supir stop kan kami di Town Kuta untuk dinner. Nampaknya KFC je lah yang diyakini halal. Kami pulang ke Hotel malam itu untuk merehatkan badan sebelum bergerak ke Lovina jam 3 pagi esoknya. Adalah berbaki 2 jam. Penat, tapi masa itu emas :)




Bersambung ke hari ke - 5



Sunday, October 6, 2013

Labuan Bajo

Assalamualaikum.

Dah jadi habit mesti tangguh nak tulis blog. Normal kot? Kene contohi Kak Zilla macam ni. Balik terus update. 

Hampir 2 minggu lepas, Dot ke Labuan Bajo yang terletak di Flores, Nusa Tenggara Indonesia. Bukan dalam perancangan langsung. Jun yang lepas tiba-tiba tengok kalendar rasa kosong. Lalu terus tanya Pijah, travel buddy Dot kalau-kalau ada trip. Tak sangka memang ada. Katanya trip Kak Jijah & Kak Zilla. Rencana penuhnya Rinjani - Lombok - Flores. Tapi tak kena dengan kelapangan sebab clash dengan trip diving. Akhirnya Dot ambil keputusan untuk ke Flores. 


Flores

Sebenarnya first time dengar perkataan Flores ni. Google punya google baru jumpa info. 2 tempat terkenal tentang Flores adalah Kelimutu Lakes dan Taman Negara Komodo. Bagi Dot tempat ni rare sebab bukan tumpuan orang Malaysia. Masa tu Kak Jijah bagitahu bajet kasar mungkin RM500++ tapi tak sangka nak ke Flores harus ke Bali dan dari Bali ambil flight domestik ke Labuan Bajo.

Rencana Flores lebih kurang begini :

Labuan Bajo - Pulau Rinca - Pulau Kalong - Pulau Komodo - Pantai Pink - Pulau Kanawa


Bali

Bali tak pernah berada dalam perancangan. Ternyata bila jejak ke bandara di Bali ia memang kurang kena dengan selera saya. No offense ya mungkin Dot lebih sukakan suasana tenang. Bagi saya Bali terlalu havoc, busy dan penuh arak. Dot tak selesa dengan itu. Tapi tak dinafikan, Kintamani, Tegalallang sungguh mendamaikan. Dot akan ulas lagi akan datang.

Rencana di Bali pula :

Kuta - Lovina - Kintamani - Tegallalang - Sukawati - Sanur


Kawan baru

Trip selain dive pertama dengan Kak Jijah. Pertama kali kenal Kak Zilla. Selama ni dok baca blog beliau yang ohsem. Ternyata orangnya lebih ohsem :). Kemudian jumpe Anne, dan Zainur. Anne, traveler tegar jugak tu. ada blog juga. Oh ya. sempat jumpa Anhar di airport bali. Dari Lombok, Anhar terus pulang ke Malaysia.


Kesimpulannya ia sebuah ekspedisi tentang iman. Tentang syukur dan hak menunaikan hak kita pada Allah. Bermusafirlah dan lihatlah alam sekelilingmu. Jangan lupa untuk menzahirkan rasa syukur dan jangan pernah tinggalkan hak kita kepada Allah. 

Sepanjang perjalanan musafir saya di sana, hati memohon pada Allah agar bersangka baik, dan mendoakan orang sekeliling dikurniakan iman yang teguh. Islam itu bukan pada nama. Solat itu tiangnya. Tak bisa bayangkan jika solat itu diremehkan. Allah akan turunkan bala bukan pada hamba yang Dia murka, tapi pada seluruh manusia. 

Entah mengapa dada berdetak. Kalau tiba-tiba tsunami melanda, entah siapa yang bisa selamatkan diri. Dari Labuan Bajo ke Bali, persoalan iman berlegar-legar di kotak fikiran saya. Atau saya sendiri yang terlalu memberatkan fikiran? Wallahualam

Dapat solat di bumbung bot masyaAllah indahnya perasaan. Sunyi. Hanya berbumbungkan langit, berlantaikan bumbung bot. Di depan, belakang, kiri kanan ada lautan luas. Seumpama hanya ada saya dan Allah, Tuhan Pencipta Alam. Semoga Allah memberikan saya ilham untuk entri seterusnya.


Perahu kertas biru peneman trip kali ni :)

[26:183] Hadis Riwayat Muaz bin Jabal r.a, beliau berkata; Rasulullah saw bersabda; " Tahukah engkau apa hak Allah atas para hamba? Aku menjawab, "Allah dan RasulNya lebih tahu." Beliau bersabda, "Hak Allah atas para hamba, iaitu mereka beribadah kepadaNya dan tidak meneykutukanNya dengan sesuatu. 

Setelah berjalan sesaat, beliau memanggil lagi, "Hai Muaz bin Jabal." Aku menjawab, "Ya, wahai utusan Allah, aku sedia menerima perintah." Rasulullah saw bersabda; "Tahukah engkau apa hak hamba atas Allah, bila mereka memenuhi hak Allah itu?" Aku menjawab, "Allah dan RasulNya lebih tahu."Rasulullah saw bersabda; "Allah tidak akan menyiksa mereka."

(HR Muslim, 43)