Friday, July 27, 2012
Butter prawn
Butter prawn. Tak pernah pun Dot order benda ni kat kedai dan tak pernah pun dot makan. Memandangkan kalau order kat kedai harga pun nak mahal, Dot terus google recipe and tadaa jadiklah butter prawn ni. Recipe ni memang bergelumang minyak so leaps goreng udang, dot letak tisu banyak2 utk serap kolestrol tu (lol) and lepas buat juraian kasih butter tu pun dot lapik tissue. After dah puas hati dengan hasil serapan barulah Dot gabungkan udang n juraian butter ni. Then dot rasa not bad lah butter prawn ni cuma takleh makan selalu.muak kot butter ni. Ok belows are the recipe taken dari encik google :)
Ingredients :
12-15 ekor udang (dibelah belakang kalau nk jaga diet uolls)
2 sudu besar butter
1 sudu besar serbuk kari
1 sudu besar kunyit
3 biji telur kuning (Dot masukkan sedikit telur putih supaya tak pekat)
Sedikit garam
Sedikit cili api
Sedikit daun kari
Methods:
1. Lumurkan udang dengan kunyit, garam, kari.
2. Goreng udang jangan garing sangat. Mak kata nanti keras tak sedap :) kemudian masukkan daun kari, dan cili api. Angkat dan toskan minyak.
3. Now nak sediakan juraian kasih mesra tu kan.Minyak balance goreng udang (setengah cawan tu) guna semula. Masukkan butter dan pastikan kuala panas.
4. Masukkan telur yang dah kacau rata dalam acuan roti jala dan tuangkan dalam kuali panas sambil tu kacau guna garfu membuat bentuk pusingan.Siap!
5. Gabungkan juraian butter dgn udang and hidangkan :)
Selamat mencuba!
Some more!
Butter prawn,
recipe
Tuesday, July 10, 2012
Wednesday, June 27, 2012
Karnival Cinta Masjid TV ALHIJRAH
Sometimes you're just too happy, that you wish to keep it to yourself and may be that's the reason why you rarely blogging nowadays?
**alasan.padahal pemalas** :)
On 17th Jun 2012, Mak, Ayah and I went to Karnival Cinta Masjid organized by TVALHIJRAH. This time around carnival was held dekat Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah. Alhamdulillah niat nak tengok rakaman 30 minit Ustaz Don berjaya and ayah was so excited that he say we should do this again.
| At TV ALHIJRAH booth |
![]() |
| Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah |
As for me, I personally happy and grateful that I finally met Ustaz Don live walaupun dari jauh and solat jemaah dengan Ustaz. Beliau memang seorang daie penuh aura dan sangat humble.
Memetik kata-kata beliau, "Ayahanda, ibunda, tuan-tuan dan puan-puan, seandaianya satu hari nanti saya sombong, dan meninggi diri, tegur dan marahlah saya."(lebih kurang begini ayat beliau Beliau tertunduk lalu mengesatkan air matanya.Allahurobbi! semoga Allah sentisasa melindungimu dari perasaan itu wahai Ustaz. :)
![]() |
| Rakaman 30 minit Ust Don |
![]() |
| At the carnival area |
| The delicious sup daging |
| Ayah and the van (beliau yg nak sangat bergambar sini) |
Part lain yang best adelah...shopping jubah-jubah murah! Well if you were looking for a perfect affrodable jubah, datanglah masjid.Memang ada booth tetap yang jual macam-macam jenis jubah.From formal to casual :)
Some more!
Karnival Cinta Masjid
Tuesday, May 22, 2012
Majlis Makan Malam Ibu Mithali Ibu Sejati
On last Saturday, angah and mak attended Makan Malam Amal organized by Radio Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIMfm) dengan kerjasama Islamic Aid Malaysia (IAM) and Hotel Grand Bluewave, Shah Alam. Pian, the DJ was the host and Prof Dr Muhaya gave some talk that night. Nora & Voices of Ummi also performed that night.
| Table 52 |
It was last minute booking so mak seated at the back. Sorry mak :( I was suppose to teman mak that night but I couldnt make it on the last minute so I asked angah to accompany mak. Thank You ayah for sending mak and angah to the hotel :)
| my mak |
| angah |
| Angah, Mak and Nora |
| Mak tunggu prof sign her book :) |
| Mak and Prof Muhaya |
| Angah the kids from Voices Of Ummi |
Pengarah Radio IKIMfm, Encik Nik Roskiman Abdul Samad menjelaskan ada suara-suara yang mengatakan Sambutan Hari Ibu itu Haram hukumnya berdasarkan pandangan beberapa orang alim ulama’. Beliau menyedari ada sesetengah ulama’ berpandangan kononnya sambutan itu berasal dari ajaran Kristian iaitu Mothering Sunday. Kedua, ada yang melihat bahawa ianya menyerupai amalan kaum lain lalu berpegang kepada hadith, mafhumnya “Sesiapa sahaja yang menyerupai sesuatu kaum itu , maka dia itu termasuk di dalam golongan mereka” [Hadits Sahih - diriwayatkan oleh Imam Abu Daud R.H dalam sunannya, Imam Ahmad Bin Hanbal di dalam musnadnya dan Imam as-Suyuti di dalam al-Jamie’ as-Shaghir]
Walaubagaimanapun, jelas Nik Roskiman lagi ramai juga ulama’ lain melihat menyambut Hari Ibu itu dibenarkan dan tiada kena mengena dengan ajaran Kristian seperti Mothering Sunday atau Cybele oleh masyarakat Yunani Kuno atau sambutan Hilaria kaum Romawi kuno, bahkan di Barat sendiri Mother's Day zaman moden ini tiada unsur agama lagi. Di Barat sambutan Hari Ibu zaman moden ini dimulakan oleh Anna Jarvis untuk merayakan ibunya pada tahun 1908. Anna seterusnya berjuang agar ianya menjadi hari tahunan bukan sahaja untuk negara Amerika bahkan seluruh dunia.
Justeru kerana itu ulama terkenal, Sheikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi misalnya tidak melihat ianya sesuatu yang Haram. Beliau berpandangan bahawa selagi tiada nas atau dalil yang mengharamkannya, maka ianya adalah mubah (harus) [Klik Di Sini].
Begitu juga mantan Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz yang pernah dipetik berkata:
Islam tidak menolak apa sahaja yang baik yang datang dari Barat apatah lagi jika ia berkaitan dengan berkasih sayang. Kita menerima dan meraikan Hari Ibu dan Hari Bapa yang mengingatkan kasih sayang kepada ibu dan bapa kita," katanya ketika merasmikan majlis pelancaran Kempen Awasi Jerat Valentine's Day.
Pandangan-pandangan yang membenarkan juga boleh dilihat pada laman web Imam Suhaib Web [Klik Di Sini] dan [Sini] Bahkan Imam Suhaib Webb menjelaskan bahawa dalam hal seumpama ini para ulama seringkali berbeza pandangan termasuk dalam isu sambutan hari al-Rajabiyah yang dirayakan sebelum kedatangan Islam. Beliau seterusnya mengungkapkan dalam Sahih Bukhari dan Muslim menyebut bahawa Rasulullah SAW juga pernah membenarkan sambutan kemenangan kabilah Arab dalam Peperangan Bu'ath sepertimana Hadith yang diriwayatkan oleh Aishah r.a. Peperangan tersebut adalah antara kaum 'Aus menentang kaum Khazraj yang berlaku pada tahun 617M. Walaupun umat Islam tidak terlibat dalam peperangan tersebut, namun Rasulullah SAW menyetujui sambutan kegembiraan tersebut. Di sini jelas menjadi dalil bahawa tidak semua yang asing itu haram, bergantung kepada konteks dan suasana.
Begitu juga Dr. Zaharuddin Abdul Rahman turut melihat ianya sesuatu yang baik sebagai tanda menghargai para ibu-bapa dan tidak boleh dianggap meniru Barat. [klik di sini].
Nik Roskiman seterusnya menambah bahawa sebenarnya banyak benda dalam hidup kita dan budaya kita yang kita tiru dan ambil dari bangsa lain, namun kerana ianya tiada unsur-unsur agama dan baik dari segi semangatnya selari dengan ajaran dan tuntutan Islam, ianya boleh diamalkan. Samalah seperti sambutan Hari Kemerdekaan, Hari Pekerja, Hari Jururawat, Hari Belia, Hari Jadi (Birthday), Hari Ulangtahun Perkahwinan dan 1001 macam hari lagi yang disambut di seluruh dunia yang jika ianya baik dan tiada unsur-unsur agama asing / syirik/ khurafat maka ianya tiada halangan untuk diamalkan.
Untuk kita dihukum meniru dalam hal begini bukanlah termasuk dalam hadith “tasyabbuh” atau meniru yang diharamkan oleh Islam walaupun mungkin asalnya dari bangsa asing. Beliau teringat ketika belajar dulu pernah rakannya menanya sheiknya apakah hukum memakai pakaian berjenama “Nike” kerana Nike itu sebenarnya dari segi etimologi berasal dari Yunani kuno yang membawa maksud “Tuhan / Dewi Kejayaan” (Goddess of Victory and Triumph). Sheikh tersebut menjawab, masih adakah hari ini orang yang menggunakan produk berjenama berkenaan beritiqad untuk memuja atau mengangungkan “Tuhan / Dewi Kejayaan” tersebut? Rasanya tidak, bahkan mungkin tiada orang pun yang peduli tentang asal usul berkenaan, jadi di mana salahnya?
Kalaulah diambil kaedah asal usul ini tanpa mengambikira perkembangan semasa yang berubah dan sudah pun tiada kena mengena dengan asal tersebut, maka memakai apa jua jenama produk Nike itu juga haram kerana ianya berasal dari kepercayaan agama Yunani kuno dan begitu jugalah perkara-perkara lain yang asing yang banyak akan jatuh haram.
Apa pun, perbezaan pendapat ini bukanlah masalah besar.bergantung pada keyakinan anda semua :)
Friday, May 18, 2012
Bukit Saga aka Bukit Apek
Konon2 nak buat fitness sebelum pegi Gunung Stong aritu Dot, Kak Fida and Lan pegil bersantai di Bukit Saga. Adala around kul 10.30-11.00 am start hiking.Tapi takyah risau panas.pokok tinggi2 tak macam tabur.Kalau naik time cmni memang rentung habislah.
Bukit Saga terletak di Taman Saga. Kalau Taman Saga ni you all tak familiar, ia berdekatan amat dengan Ampang Lookout point.Gerai2, restoren di sebelah kanan, sila belok kiri.Ada laluan rumah perumahan terus sehingga nampak tangga di papan tanda Jalan Saga 28.
![]() |
| Jalan Saga 28 |
Naik tangga dan jalan terus.Ada sebuah papan tanda di sebelah kiri.Some words written in Bahasa Cina which i dont understand.There's a some sort of kotak kayu yang penuh dgn kayu panjang dan buluh.Korang boleh gunekan kayu-kayu ni untuk membantu korang hiking.Kira as your walking stick lah ni.Ada kedai menjual air dan buah di sebelah kiri.
Teruskan berjalan sehingga anda menjumpai susunan tempurung kelapa yang cantik menemani anda sepanjang jalan.Kira betul dah trek korang ni.Ade air terjun kecil di sebelah kanan anda.Terdapat sebekas berus disediakan di tepi air terjun ini untuk anda membersihkan kasut-kasut anda yang kotor selepas selesai trekking nanti.Menarik bukan? Memang ni hiking package yang selesa la.xmain selut-selut :D
![]() |
| Keadaan Trek |
Teruskan berjalan sehingga anda menjumpai check point pertama.ada khemah dari groundsheet di situ.Ada 3 route untuk dilalui.A di mark sebagai paling pacak, 35 min leh sampai peak.B sederhana dan C paling santai tapi ambil masa panjang sebab berpusing.Melalui trek C, anda akan menjumpai beirut.tapi ini bukan puncak bukit saga.
![]() |
| Permainan kat peak Bukit Saga |
Puncak Bukit saga melalui jalan C sekiranya berjalan dengan santai mengambil masa 1 jam la lebih kurang. Di puncak Saga yang amat luas tu ada banyak hammock untuk anda melepaskan lelah masing2.Ada banyak peralatan senaman yang dibuat sendiri (DIY).ternyata apek-apek yang jaga Bukit Saga ni memang la sanagt rajin memikul segalanya ke atas ni.Kalau hujan pun banyak khemah kat atas.toksah nak risau.Dah macam tempat rekreasi dah kat atas ni.
Ada air terjun sebenarnya tapi Dot tak pegi haritu.So kalau ade pegi lagi, Dot update.Enjoy!
![]() |
| 1. Haa cuci kaki.Cuci. 2.Beirut |
Some more!
Bukit Apek,
Bukit Saga
Subscribe to:
Posts (Atom)










