Friday, July 27, 2012

Butter prawn


Butter prawn. Tak pernah pun Dot order benda ni kat kedai dan tak pernah pun dot makan. Memandangkan kalau order kat kedai harga pun nak mahal, Dot terus google recipe and tadaa jadiklah  butter prawn ni. Recipe ni memang bergelumang minyak so leaps goreng udang, dot letak tisu banyak2 utk serap kolestrol tu (lol) and lepas buat juraian kasih butter tu pun dot lapik tissue. After dah puas hati dengan hasil serapan barulah Dot gabungkan udang n juraian butter ni. Then dot rasa not bad lah butter prawn ni cuma takleh makan selalu.muak kot butter ni. Ok belows are the recipe taken dari encik google :)

Ingredients :

12-15 ekor udang (dibelah belakang kalau nk jaga diet uolls)
2 sudu besar butter
1 sudu besar serbuk kari
1 sudu besar kunyit
3 biji telur kuning (Dot masukkan sedikit telur putih supaya tak pekat)
Sedikit garam
Sedikit cili api
Sedikit daun kari

Methods:

1. Lumurkan udang dengan kunyit, garam, kari.
2. Goreng udang jangan garing sangat. Mak kata nanti keras tak sedap :) kemudian masukkan daun kari, dan cili api. Angkat dan toskan minyak.
3. Now nak sediakan juraian kasih mesra tu kan.Minyak balance goreng udang (setengah cawan tu) guna semula. Masukkan butter dan pastikan kuala panas.
4. Masukkan telur yang dah kacau rata dalam acuan roti jala dan tuangkan dalam kuali panas sambil tu kacau guna garfu membuat bentuk pusingan.Siap!
5. Gabungkan juraian butter dgn udang and hidangkan :)

Selamat mencuba!



No comments: