On last Saturday, angah and mak attended Makan Malam Amal organized by Radio Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIMfm) dengan kerjasama Islamic Aid Malaysia (IAM) and Hotel Grand Bluewave, Shah Alam. Pian, the DJ was the host and Prof Dr Muhaya gave some talk that night. Nora & Voices of Ummi also performed that night.
Table 52 |
It was last minute booking so mak seated at the back. Sorry mak :( I was suppose to teman mak that night but I couldnt make it on the last minute so I asked angah to accompany mak. Thank You ayah for sending mak and angah to the hotel :)
my mak |
angah |
Angah, Mak and Nora |
Mak tunggu prof sign her book :) |
Mak and Prof Muhaya |
Angah the kids from Voices Of Ummi |
Pengarah Radio IKIMfm, Encik Nik Roskiman Abdul Samad menjelaskan ada suara-suara yang mengatakan Sambutan Hari Ibu itu Haram hukumnya berdasarkan pandangan beberapa orang alim ulama’. Beliau menyedari ada sesetengah ulama’ berpandangan kononnya sambutan itu berasal dari ajaran Kristian iaitu Mothering Sunday. Kedua, ada yang melihat bahawa ianya menyerupai amalan kaum lain lalu berpegang kepada hadith, mafhumnya “Sesiapa sahaja yang menyerupai sesuatu kaum itu , maka dia itu termasuk di dalam golongan mereka” [Hadits Sahih - diriwayatkan oleh Imam Abu Daud R.H dalam sunannya, Imam Ahmad Bin Hanbal di dalam musnadnya dan Imam as-Suyuti di dalam al-Jamie’ as-Shaghir]
Walaubagaimanapun, jelas Nik Roskiman lagi ramai juga ulama’ lain melihat menyambut Hari Ibu itu dibenarkan dan tiada kena mengena dengan ajaran Kristian seperti Mothering Sunday atau Cybele oleh masyarakat Yunani Kuno atau sambutan Hilaria kaum Romawi kuno, bahkan di Barat sendiri Mother's Day zaman moden ini tiada unsur agama lagi. Di Barat sambutan Hari Ibu zaman moden ini dimulakan oleh Anna Jarvis untuk merayakan ibunya pada tahun 1908. Anna seterusnya berjuang agar ianya menjadi hari tahunan bukan sahaja untuk negara Amerika bahkan seluruh dunia.
Justeru kerana itu ulama terkenal, Sheikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi misalnya tidak melihat ianya sesuatu yang Haram. Beliau berpandangan bahawa selagi tiada nas atau dalil yang mengharamkannya, maka ianya adalah mubah (harus) [Klik Di Sini].
Begitu juga mantan Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz yang pernah dipetik berkata:
Islam tidak menolak apa sahaja yang baik yang datang dari Barat apatah lagi jika ia berkaitan dengan berkasih sayang. Kita menerima dan meraikan Hari Ibu dan Hari Bapa yang mengingatkan kasih sayang kepada ibu dan bapa kita," katanya ketika merasmikan majlis pelancaran Kempen Awasi Jerat Valentine's Day.
Pandangan-pandangan yang membenarkan juga boleh dilihat pada laman web Imam Suhaib Web [Klik Di Sini] dan [Sini] Bahkan Imam Suhaib Webb menjelaskan bahawa dalam hal seumpama ini para ulama seringkali berbeza pandangan termasuk dalam isu sambutan hari al-Rajabiyah yang dirayakan sebelum kedatangan Islam. Beliau seterusnya mengungkapkan dalam Sahih Bukhari dan Muslim menyebut bahawa Rasulullah SAW juga pernah membenarkan sambutan kemenangan kabilah Arab dalam Peperangan Bu'ath sepertimana Hadith yang diriwayatkan oleh Aishah r.a. Peperangan tersebut adalah antara kaum 'Aus menentang kaum Khazraj yang berlaku pada tahun 617M. Walaupun umat Islam tidak terlibat dalam peperangan tersebut, namun Rasulullah SAW menyetujui sambutan kegembiraan tersebut. Di sini jelas menjadi dalil bahawa tidak semua yang asing itu haram, bergantung kepada konteks dan suasana.
Begitu juga Dr. Zaharuddin Abdul Rahman turut melihat ianya sesuatu yang baik sebagai tanda menghargai para ibu-bapa dan tidak boleh dianggap meniru Barat. [klik di sini].
Nik Roskiman seterusnya menambah bahawa sebenarnya banyak benda dalam hidup kita dan budaya kita yang kita tiru dan ambil dari bangsa lain, namun kerana ianya tiada unsur-unsur agama dan baik dari segi semangatnya selari dengan ajaran dan tuntutan Islam, ianya boleh diamalkan. Samalah seperti sambutan Hari Kemerdekaan, Hari Pekerja, Hari Jururawat, Hari Belia, Hari Jadi (Birthday), Hari Ulangtahun Perkahwinan dan 1001 macam hari lagi yang disambut di seluruh dunia yang jika ianya baik dan tiada unsur-unsur agama asing / syirik/ khurafat maka ianya tiada halangan untuk diamalkan.
Untuk kita dihukum meniru dalam hal begini bukanlah termasuk dalam hadith “tasyabbuh” atau meniru yang diharamkan oleh Islam walaupun mungkin asalnya dari bangsa asing. Beliau teringat ketika belajar dulu pernah rakannya menanya sheiknya apakah hukum memakai pakaian berjenama “Nike” kerana Nike itu sebenarnya dari segi etimologi berasal dari Yunani kuno yang membawa maksud “Tuhan / Dewi Kejayaan” (Goddess of Victory and Triumph). Sheikh tersebut menjawab, masih adakah hari ini orang yang menggunakan produk berjenama berkenaan beritiqad untuk memuja atau mengangungkan “Tuhan / Dewi Kejayaan” tersebut? Rasanya tidak, bahkan mungkin tiada orang pun yang peduli tentang asal usul berkenaan, jadi di mana salahnya?
Kalaulah diambil kaedah asal usul ini tanpa mengambikira perkembangan semasa yang berubah dan sudah pun tiada kena mengena dengan asal tersebut, maka memakai apa jua jenama produk Nike itu juga haram kerana ianya berasal dari kepercayaan agama Yunani kuno dan begitu jugalah perkara-perkara lain yang asing yang banyak akan jatuh haram.
Apa pun, perbezaan pendapat ini bukanlah masalah besar.bergantung pada keyakinan anda semua :)
Waaah... baeknyer.. Huhu
ReplyDeletesesekali sesekalaa.huu
ReplyDelete