Friday, May 18, 2012

Bukit Saga aka Bukit Apek

Konon2 nak buat fitness sebelum pegi Gunung Stong aritu Dot, Kak Fida and Lan pegil bersantai di Bukit Saga. Adala around kul 10.30-11.00 am start hiking.Tapi takyah risau panas.pokok tinggi2 tak macam tabur.Kalau naik time cmni memang rentung habislah.

Bukit Saga terletak di Taman Saga. Kalau Taman Saga ni you all tak familiar, ia berdekatan amat dengan Ampang Lookout point.Gerai2, restoren di sebelah kanan, sila belok kiri.Ada laluan rumah perumahan terus sehingga nampak tangga di papan tanda Jalan Saga 28.


Jalan Saga 28

Naik tangga dan jalan terus.Ada sebuah papan tanda di sebelah kiri.Some words written in Bahasa Cina which i dont understand.There's a some sort of kotak kayu yang penuh dgn kayu panjang dan buluh.Korang boleh gunekan kayu-kayu ni untuk membantu korang hiking.Kira as your walking stick lah ni.Ada kedai menjual air dan buah di sebelah kiri.

Teruskan berjalan sehingga anda menjumpai susunan tempurung kelapa yang cantik menemani anda sepanjang jalan.Kira betul dah trek korang ni.Ade air terjun kecil di sebelah kanan anda.Terdapat sebekas berus disediakan di tepi air terjun ini untuk anda membersihkan kasut-kasut anda yang kotor selepas selesai trekking nanti.Menarik bukan? Memang ni hiking package yang selesa la.xmain selut-selut :D



Keadaan Trek

Teruskan berjalan sehingga anda menjumpai check point pertama.ada khemah dari groundsheet di situ.Ada 3 route untuk dilalui.A di mark sebagai paling pacak, 35 min leh sampai peak.B sederhana dan C paling santai tapi ambil masa panjang sebab berpusing.Melalui trek C, anda akan menjumpai beirut.tapi ini bukan puncak bukit saga.

Permainan kat peak Bukit Saga

Puncak Bukit saga melalui jalan C sekiranya berjalan dengan santai mengambil masa 1 jam la lebih kurang. Di puncak Saga yang amat luas tu ada banyak hammock untuk anda melepaskan lelah masing2.Ada banyak peralatan senaman yang dibuat sendiri (DIY).ternyata apek-apek yang jaga Bukit Saga ni memang la sanagt rajin memikul segalanya ke atas ni.Kalau hujan pun banyak khemah kat atas.toksah nak risau.Dah macam tempat rekreasi dah kat atas ni.

Ada air terjun sebenarnya tapi Dot tak pegi haritu.So kalau ade pegi lagi, Dot update.Enjoy!

1. Haa cuci kaki.Cuci.
2.Beirut

Tuesday, May 15, 2012

A day at the National Museum


The National Museum is the driver of museum activities in Malaysia and has been instrumental in the restoration and preservations of the nation’s heritage. Its construction, which represents the national identity, was the climax in the history of the establishment of the earlier museums such as the Taiping Museum, Perak (1883), Sarawak Museum (1888), and Selangor Museum (1889).

Erected on the site of the Selangor Museum, which was destroyed during the Second World War in March 1945, the idea for its construction was triggered in 1957 after the country’s Independence and it was officially announced in 1959. Inspired by the background of national identity, its architectural design was endorsed by the first Prime Minister of Malaysia, enabling it to become a reality in 1961.

Standing proud, it was then officially opened by Malaysia’s Third Yang di-Pertuan Agong on August 1963, six years after the country’s independence.


Gallery A : Early History
Gallery B : The Malay Kingdoms

Lawatan ke Museum after years tak jejak kaki kat sini. Bawak tourist dari Spain yang teringin sangat ke National Museum.So layankan jela. I think item/material tak banyak sangat. Looking forward to go to Kompleks Sejarah Pasir Salak which i think is lot interactive than National Museum.

Facilities are complete here. They have a spacious surau for us to pray, the foods at the cafe is not expensive, unlike any other place. There are birds and snakes photo booths if you're interested with affordable price. For more info please scroll down this page.You'll find link to the museum's website.


Gallery C : The Colonial Era

Gallery D : Malaysia Today




Admission Fees and Opening Hours

Opening Hours 9 a.m. to 6 p.m.
Opens every day except during the first day of Aidil Fitri and Aidil Adha.


How to get to Muzium Negara

By Bus

Board the RapidKL bus No.115 (KL City Shuttle RM2 per day) at Central KL. KL Hop-in Hop-Off bus service is also available. For KL Hop-in Hop-Off bus, Muzium Negara is located at bus stop no 12.

By KTM Commuter and Rapid Kelana Jaya Line (Previously known as Putra LRT)

Get off at KL Sentral station, then walk a distance of 0.5 km to Muzium Negara. Pedestrian path is available from KL Sentral to Muzium Negara. Follow the signboards.  

Parking

There is ample parking space available at the Muzium Negara. The parking rate is RM2.00 for cars and RM1.00 for motorcycles.  

Food

Enjoy a snack or a meal at the cafeteria available. Food and beverages are not allowed in the museum.  

Accessibility

An elevator for wheelchair users are available at the Muzium Negara. Wheelchairs are also available upon request. Please contact Visitor Services Counter at (03) 2267 1000 for further information.  

Taking Pictures

Photography and video recording is permitted in the galleries for private purposes only, using hand-held equipment .  For commercial and reproduction purposes, please obtain a written permission from the Director General, Department of Museums Malaysia.

Museum Shop

Located at the ground floor near the exit of Muzium Negara.You can find a collection of unusual and unexpected gifts that educate, entertain, aesthetically stimulating, and encourages awareness of the rich artistic heritage contained within the Museum.You can also find gadgets and clever devices, as well as books, compact discs and special publications. Each object has artistic and historical significance.  


Source : National Museum Website

Tuesday, May 8, 2012

Trans Baha-Ayam-Stong


Phew! Berjanggut nak tunggu masa yang selesa nak menulis pasal Trans Baha-Ayam-Stong. Trip ni yang terbesar Dot organize. Around 22 peserta, setiap orang guide charge RM78 tak termasuk permit masuk ke Hutan Stong. All in, tolak duit tren (sebab lain seat lain harga)  hanyalah MYR 120++ siap free baju. Guider kami adelah orang sana sendiri, Odie and Pakcu.Trip ni lah paling banyak rintangannya melayan karenah member-member ni tapi syukur sukses!

Kat Gemas Tren berhenti lama untuk tukar laluan rasanya

Kami bertolak dari KL Sentral ke Dabong pada hari 27 April 2012, Jumaat jam 8.00 malam. Memang pack dgn geng gunung lain ke destinasi yang sama.Meriah sebab pusing-pusing orang yang sama jugak, maybe terjumpa di trip lain-lain. Tiba di Dabong around 9am, kami breakfast dulu sebelum Pakcu datang pikup dengan van.

Day 1# 28 April 2012

Kem Baha.Macam resort pon ade :D


Kami batalkan plan asal nak buat caving and ganti dengan melawat last waterfall, perigi bawah waterfall. Mula pendakian around 11.30am dan tiba Kem Baha around 1.30pm. Sampai Baha terus setup bunglo fly and ground and teruskan memasak ayam masak kicap Kak Fida. Settle makan, solat terus melawat air terjun sampai ke last waterfall :D

Perjalanan ke last waterfall
 
Lunch:Ayam Kicap Fida
Perigi-perigi bawah waterfall
  
Settle melawat semua waterfall, benda wajib buat kat Stong! Slide! Gayat time turun tu tapi addicted.Sempat buat 2 kali je :)

Sliding lah ape laggggiiiiii

Day 2# 29 April 2012
Kami mula agak lambat.Breakfast,mandi-mandi dulu then misi menjejak 3 gunung bermula.Around 1.30 pm tiba di Gunung Baha.Memang lambat sebab hujan mencurah-curah macam air terjun.Dengan sejuknya.Masa ni masing-masing memang dah lapar.Perjalanan ke Gunung Ayam agak jauh, kadang-kadang mencanak tapi banyaknya kurang mencanak.Takla sesiksa Trip CBL yang mencanak tak habis-habis. Lepas semua peserta sampai kami bergerak pulak ke Gunung Ayam.

Gunung Baha

Agaknya pukul 3 tiba di Gunung Ayam. Terus masak daging lomak cili api, telur masin, telur goreng, sayur goreng.Alhamdulillah. Kat sini jugak kami solat jamak takdim. Gunung ayam ni dikelilingi pohon bonsai.Memang cantik! Around 5:30pm kami meneruskan perjalanan ke Gunung Stong pula.

Gunung Ayam

Around 7:00pm kami tiba di puncak Gunung Stong.Tupai jinak pon dah tido agaknye.Gunung Stong ni puncak dia atas batu.kene climb sikit 90 darjah dan peak nya kecil aje.So dapat sakan photoshoot ajelah.Kami gerak dalam 7:30pm dan tiba di kem site around 10:00pm. Buat OT tak berbayar sikit :) Malam tu lokman masak sardin.Sedappnyee :D 

Gunung Stong

Day 3# 30 April 2012

Alhamdulillah Dot rasa trip ni sukses.Peserta pon perfomance ok.Not bad, takda yang teruk-teruk.Wlaupun fiza injured jatuh, tapi gagah jugak tgk dia.Day 3 memang santai habis sebab pukul 3:00pm baru gerak keluar dari hutan Stong ni.Masing-masing melepak kat Air terjun Baha.Memang terbaik view. Jumpa lagi next trip!

Tiba KL around 8:00 am :D

Atas cam Zam, bawah iphone Bobob.Awesome :D
Sarapan Day 3 - Sphagetti :)

Monday, April 23, 2012

Gunung Gap - Ulu Semangkuk

Trip Gunung GAP-Ulu Semangkuk ni Geng from SOS yang organize, lead by Jejai.Plan asal semua berkumpul kat LRT Gombak jam 7.30am tapi memandangkan Dot, lan & awin dari rawang so we decided to meet them dekat Kaki Fraser Hill aje. Muhammad, my cousin and Eja dtg tido rumah Dot.

As early as 7:45am kami dah bergerak ke Bukit Sentosa to pick up Lan and Awin.Around 8:30am we started our journey to Kaki Fraser Hill.We need to gather at GAP House, rumah rehat tinggalan British yang sepatutnya dinaik taraf and projek patutnya siap by 2009.Tapi terbengkalai.Menariknya Fraser Hill ni terletak antara 2 negeri.GAP house terletak di negeri Selangor dan sebaik melangkah ke pintu gerbang, yang hanya 20 langkah jaraknya anda akan tiba di negeri Pahang Darul Makmur.




At around 9:30am we have arrived at GAP House.Jejai sms bgtahu yang diorang baru tiba KKB untuk breakfast.Memang confirm akan sgt lambat.So, we take the chance utk berphotoshoot sakan kat GAP  House and jambatan gantung, depan GAP House.Senibina GAP house ni cantik, kami naik sehingga ke tingkat atas dan photoshoot lagi!

Puas phoshoot segala ceruk kaki Fraser Hill, kami lepak di gerai GAP.Lan blanje beger separuh.haha.Around 11:00am diorang tak sampai lagi.Cuaca dah la sejuk, angin meniup terbaikkk.Dot terus masuk kereta tidur.Tapi pukul 11:45am macam tu, Jejai pun sampai dan kami terus bawak kereta ke area GAP house and get ready untuk hiking.



After briefing dari Jejai, tepat jam 12:15 kami memulakan perjalanan.Macam biasala sape lambat kene la trekking depan-depan sebab confirm2 lepas tu pewai dan bagi orang belakang jalan dulu.Mengiku Jejai paling lewat tiba di puncak GAP adalah 1jam 30minit.Alhamdulillah Dot and Eja ambil masa 1jam.Puncak GAP ditanda dengan batu dan pokoknya tinggi-tinggi, view tak berapa nak ada.



Rehat dalam 30 minit, kami teruskan perjalanan ke puncak Ulu Semangkuk pula.Mengikut anggaran Jejai, ia akan ambil masa 2 jam.Alhamdulillah Dot and Eja ambil masa 1jam 30min.Puncak Ulu Semangkuk ditanda dengan beirut.Catatan masa Lan, Muhammad & Awin pun xmengecewakan.Syabas korang! Setibanya di puncak Ulu Semangkuk, terus nampak beberapa org peserta lelaki solat berjemaah.Jarang2 nak jumpa orang solat berjemaah dalam trip.So Dot & Eja trus tumpang tpt solat selepas diorang selesai.

Tengah hari tu masing-masing makan bekalan sendiri & yg best sekali organizer pikul 3 biji tembikai.Kembung perut makan.Sedappp.Selepas photoshoot, kami terus bergerak pulang.Dot&Eja paling suka time turun sebab nak uji ketahanan kaki untuk trekking cepat.Alhamdulillah dalam 1 jam berjaya tiba di puncak GAP.

Tiba di puncak GAP hujan mula turun dengan lebatnye.Perjalanan ke starting poibnt bertambah mencabar dek kerana org depan dah sondol habis trek.Rasa dan macam menuruni air terjun pun ada.Dot & Eja tak dapat trekking laju masa ni.Sasaran 30 minit tersasar extra 10 minit. Jam 5:45 petang kami tiba di starting point.Lan, Awin dan Muhammad tiba pada jam 7:00 petang.

Overall trip ni memang santai dan sesuai untuk beginner.Cuaca hujan lebat tu sebenarnya menguji kekuatan beginner untuk merasai sedikit cabaran untuk trekking yang ambil masa lama.Tahniah kepada semua line up.Sempat kenal Jejai, Botak, Is, Haida.yang lain2 perasan muka, borak2 tengah trek.A huge thanks to SOS sebab organize trip free ni.Murah rezeki korang!



Akhiru kalam, memetik kata-kata abang amad, "Jangan Bilang Ini Yang Terakhir". Well done geng! 


Sunday, April 8, 2012

Open Water Dive - Scuba Diving International


Alhamdulillah.I made it.Im a certified diver together with Kak Emyl and Pijah.Two days of a very hard work, telan air masin sekali pakej lemas diselamatkan dive master. Perasaan sgt awesome to be deep under water. Macam citer nemo pon ade, sea food pon ade, subhanallah cantik!



Day 1 # 30/3/2012

Petang tu dah stand by rumah Kak Emyl @ Seksyen 3 bangi tggu pijah habis keje. Keje keras budak ni dah pukul 5.30 ptg tak sampai-sampai lagi.Jawabnye melayan cite Azura dgn mak Kak Emyl. Dekat pukul 6 Pijah sampai and terus gerak ke Warta. Si kakak Emyl memborong makanan mcm xpenah jumpe junk food tu. Sudahnya pukul 7.30 malam baru gerak. Sekitar pukul 9.30 mlm tiba Restoren Jejantas, makan, buang-buang masa then gerak semula. Exit tol Ayer Hitam terus cari signboard Mersing. Since tak tau jalan terus blasah jalan Hutan Jemaluang rasanya, jauh pusingnye. Sampai pulau baru tahu kawasan tu kawasan gajah melintas.

Around 2am tiba Jeti Mersing, tunggu uncle and divemaster lain and divers lain. Pukul 3am naik feri, terbaik punya tido dalam feri yang nak dekat 2 jam berjalan finally we reached Salang, Pulau Tioman dalam pukul 5.30-6.00am kot. Lepas subuh, dapat check in bilik, rehat sampai 10.30am


Rasanya chalet Salang Pusaka :)


Azmi Dive Centre.Ada platform cantik lagi utk divers senang setup gear


Day 2 # 31/3/2012

10.30 am tu we gathered dekat depan Azmi Dive Centre, ada a very nice platform kat situ and everyone set up their gadgets. Haruslah dah lupa mcm mana nak setup sebab last kelas was 2 months ago. Divemasters abang wan and abang mail was very nice to tunjukkan apa yang salah. Day 1 at Tioman, ade 2 sessions of diving.

So after 1st session diving tu, we had lunch dekat Salang Pusaka kot, sedaplah food dia, not bad.Sambil-sambil makan, clearkan hutang pengajian dekat uncle and uncle brief sikit-sikit pasal exam utk malam tu.

That night we did some sort of exam lah.Tapi uncle tanya, uncle jawab.Haha.Nice.Tulis jawapan je you all. 1st day dive badan xleh blah punya sakit. Masuk angin.Masing-masing melayan teh halia.

Part takleh blah, lepas second session dive, uncle trus cakap "you are now a diver!" Semua blur diam aje. Second time uncle repeat barulah semua paham. Simple je.

Day 3 # 1/4/2012

Final day dive ni pun ade 2 sessions and this time pegi into deep sea.Subhanallah i told you, sangat-sangat lah cantik.Im glad that I am able to dive and see the creatures underwater dengan my own eyes ni.Alhamdulillah.

Around 3pm, tak sempat lunch terus rush mandi and we took ferry at 4.30pm and reached mainland dalam maghrib mcm tu. Makan malam sesama sambil ambik photo kenangan. Diving us hard but it is seriously fun. Berbaloi-baloi lah 1k yang dilaburkan.


Underwater photos using NIKON AW100

Sunset at Kampung Salang

Study for exam

Foods

Hadiah graduation untuk new divers :) from Uncle


Total cost spent :

Diving Course (Meet Uncle Hussain Dive School) = RM890 (License+theory class+pool session+ferry+makan)
Penginapan (Salang Pusaka) = RM450(sharing with 8divers)
Tol +Minyak ke Mersing = RM117 (pesona)

All together below 1k. So untungla kalau ambil lesen dengan uncle.Murah dan rileks dan santai :)

** Banyak lupa port diving tu punya nama.Nanti rajin i update :p


Its really great to get to know Kak Iris, the divemasters Abg Wan and Abg Mail, the roomates and divers gang, Kak Yat, Kak Jijah, Jill comel, Yana Gojes, Kak Fieda and of course seronok dpt spend time with my buddy Kak Emil and Pijah Pelangi!

The End