Tuesday, May 8, 2012

Trans Baha-Ayam-Stong


Phew! Berjanggut nak tunggu masa yang selesa nak menulis pasal Trans Baha-Ayam-Stong. Trip ni yang terbesar Dot organize. Around 22 peserta, setiap orang guide charge RM78 tak termasuk permit masuk ke Hutan Stong. All in, tolak duit tren (sebab lain seat lain harga)  hanyalah MYR 120++ siap free baju. Guider kami adelah orang sana sendiri, Odie and Pakcu.Trip ni lah paling banyak rintangannya melayan karenah member-member ni tapi syukur sukses!

Kat Gemas Tren berhenti lama untuk tukar laluan rasanya

Kami bertolak dari KL Sentral ke Dabong pada hari 27 April 2012, Jumaat jam 8.00 malam. Memang pack dgn geng gunung lain ke destinasi yang sama.Meriah sebab pusing-pusing orang yang sama jugak, maybe terjumpa di trip lain-lain. Tiba di Dabong around 9am, kami breakfast dulu sebelum Pakcu datang pikup dengan van.

Day 1# 28 April 2012

Kem Baha.Macam resort pon ade :D


Kami batalkan plan asal nak buat caving and ganti dengan melawat last waterfall, perigi bawah waterfall. Mula pendakian around 11.30am dan tiba Kem Baha around 1.30pm. Sampai Baha terus setup bunglo fly and ground and teruskan memasak ayam masak kicap Kak Fida. Settle makan, solat terus melawat air terjun sampai ke last waterfall :D

Perjalanan ke last waterfall
 
Lunch:Ayam Kicap Fida
Perigi-perigi bawah waterfall
  
Settle melawat semua waterfall, benda wajib buat kat Stong! Slide! Gayat time turun tu tapi addicted.Sempat buat 2 kali je :)

Sliding lah ape laggggiiiiii

Day 2# 29 April 2012
Kami mula agak lambat.Breakfast,mandi-mandi dulu then misi menjejak 3 gunung bermula.Around 1.30 pm tiba di Gunung Baha.Memang lambat sebab hujan mencurah-curah macam air terjun.Dengan sejuknya.Masa ni masing-masing memang dah lapar.Perjalanan ke Gunung Ayam agak jauh, kadang-kadang mencanak tapi banyaknya kurang mencanak.Takla sesiksa Trip CBL yang mencanak tak habis-habis. Lepas semua peserta sampai kami bergerak pulak ke Gunung Ayam.

Gunung Baha

Agaknya pukul 3 tiba di Gunung Ayam. Terus masak daging lomak cili api, telur masin, telur goreng, sayur goreng.Alhamdulillah. Kat sini jugak kami solat jamak takdim. Gunung ayam ni dikelilingi pohon bonsai.Memang cantik! Around 5:30pm kami meneruskan perjalanan ke Gunung Stong pula.

Gunung Ayam

Around 7:00pm kami tiba di puncak Gunung Stong.Tupai jinak pon dah tido agaknye.Gunung Stong ni puncak dia atas batu.kene climb sikit 90 darjah dan peak nya kecil aje.So dapat sakan photoshoot ajelah.Kami gerak dalam 7:30pm dan tiba di kem site around 10:00pm. Buat OT tak berbayar sikit :) Malam tu lokman masak sardin.Sedappnyee :D 

Gunung Stong

Day 3# 30 April 2012

Alhamdulillah Dot rasa trip ni sukses.Peserta pon perfomance ok.Not bad, takda yang teruk-teruk.Wlaupun fiza injured jatuh, tapi gagah jugak tgk dia.Day 3 memang santai habis sebab pukul 3:00pm baru gerak keluar dari hutan Stong ni.Masing-masing melepak kat Air terjun Baha.Memang terbaik view. Jumpa lagi next trip!

Tiba KL around 8:00 am :D

Atas cam Zam, bawah iphone Bobob.Awesome :D
Sarapan Day 3 - Sphagetti :)

7 comments:

  1. tahniah,.....super duper ossem lah view...:D

    ReplyDelete
  2. seronoknya . view sangat cantik. and slide kat waterfall tu tak kan tergelincir ke ? 0,o macam teringin nak try tapi macam takut je =/

    ReplyDelete
  3. wahhhhhhh!!!!
    geramnye tgk slide tuuuu~
    huhu
    dlu penah wat sekali je kat Lepoh tapi tak setinggi yg kat Stong nih~

    ReplyDelete
  4. Layar lara:Thankssss!!!!!
    Cici: guider akan bitau cara nak slide.InsyaAllah selamat :)
    Ain:Serius ko kne try ain!

    ReplyDelete
  5. Akak, nak number guide boleh ? Ws saya 0148916500 hehe

    ReplyDelete
  6. Hi Farah,

    blh cari FB https://www.facebook.com/hengstong. Beliau guide stong :)

    TQ

    ReplyDelete