Friday, May 17, 2013

Umrah - Day 3 : Ziarah Luar Madinah


Day 3 - 6 April 2013, Sabtu

Usai solat subuh, kami terus ke dewan makan. Menu pagi itu nasik lemak. Sepanjang di sana konon nak jaga makan tapi sudahnya bantai segala food. Menariknye berat turun bukan naik. Tapi of course lah hari aku menaip ni badan aku dah bulatan balik. Hari ini kami akan lakukan ziarah luar Madinah seperti yang diaturkan Andalusia. Kalau nak tahu macam mana rupa dewan makan di Mubarak Silver Hotel, Madinah boleh tengok di bawah


Dewan makan Hotel Mubarak Silver

Kalau ikut tentatif kasar yang diberi, ada 3 masjid untuk dilawati. Tapi masa yang ada cuma sehingga sebelum zuhur supaya para jemaah tak tinggal solat di Masjid Nabawi. After all, itu yang kita dambakan kan? Untuk solat di Masjid yang dalamnya ada makam Nabi saw.


Masjid Quba

So lawatan pertama kami adalah ke Masjid Quba. Sebut je Masjid Quba semua orang tahu ia adalah masjid pertama yang dibina oleh Nabi saw ketika tiba di Madinah setelah hijrah baginda dari Kota Mekah. Masjid ni juga sinonim dengan masjid yang dibina atas dasar taqwa.


Masjid Quba

Laluan ke tempat wuduk, tandas, ruang solat

Sabda Nabi saw, sesiapa yang bersuci (mengambil wuduk) di rumahnya kemudia pergi ke Masjid Quba lalu mendirikan solat di dalamnya, ganjarannya samalah dengan pahala ibadah umrah. Alhamdulillah diberi peluang solat di dalamnya dan membaca al-quran. If korang mula-mula masuk pintu solat muslimah korang akan dapati ruang bawah penuh dan pack. Tangga ke tingkat atas pun macam sesak. Tapi bila kami naik atas sebenarnye luas and banyak ruang kosong. Dapatlah solat dengan selesa :)



Kosong kan? selesa nak buat amal ibadah

Sebaiknya sebelum ke Mekah dan Madinah lagi banyak kan baca sirah supaya apabila kita menziarah tempat tersebut kita boleh relate dengan ilmu yang kita ada supaya lebih penghayatan. Aku cuba bayangkan daripada perjalanan yang sangat jauh menaiki unta Nabi saw berhijrah ke Madinah. Kemudian dengan kudrat dirinya baginda membina masjid ini.


Menariknya masjid-masjid kat sini adalah design ceilling dia berbeza-beza



Orang memang sangat ramai. Perlu sabar dan sabar dan sabar. Bahkan ada hadis yang memberitahu tentang kelebihan bersabar khusus di Madinah. Sabda Rasulullah saw, 

"Mana-mana individu umatku yang bersabar menanggung kesusahan dan kepayahn di Madinah, aku akan memberi syafaat kepadanya pada hari kiamat atau aku menjadi saksi kepadanya." 

(Riwayat Muslim)



Kenangan yang tak bisa dilupakan

Kebun Kurma

Inilah kebun kurma yang diceritakan orang, yang katanya boleh makan semua kurma free. Asalkan makan dalam kedai bukan tapau. Tapi harganya adalah harga standard. Fix. So kami ambil nasihat teman-teman di Malaysia, "Kalau nak beli kurma beli di pasar kurma. Harga murah." Well memang betul. Contoh coklat kilo di Kebun Kurma 1kg = RM40 sedangkan di Pasar Kurma hanya RM20. Big different huh?

Lepas tu kat Madinah ni tak perlu naka cakap Arab sangat. Kalau pandai, lagi bagus boleh dapat diskaun. Kalau tak ramai pekerja Bangladesh atau Indonesia di sini yang boleh berbahasa Melayu/Indonesia. 


Macam pokok kelapa sawit



Yang lawaknya kami masuk ke kedai terus ke belakang kedai tapi kawasan berpagar. Dok wonder macam mana la nk ambil gambar dengan pokok kurma ni. Bila dah nak balik baru perasan ada pintu untuk ke kebun kurma tu. Masalahnya kami fikir tengah renovate sebab ade pekerja tengah simenkan pintu gerbang tu. Tak pelah. Adala seketul dua memori di Kebun Kurma.




Suasana dalam kedai kebun kurma tu

Kecilnya dunia, terjumpa pulak course mate masa belajar kat UKM dulu. Seingatnya lepas grad memang tak jumpa dah beliau, akhirnya di Ladang Kurma Allah temukan kami. Semoga VIVA thesis Kak Us cemerlang.




Bukit Uhud

Destinasi seterusnya kami ke Bukit Uhud. Pernah dengar akan hadis Nabi saw tentang Bukit Uhud?

Dari Anas bin Malik r.a, Rasulullah bersabda :

"Sesungguhnya Uhud adalah satu gunung yang mencintai kami dan kami juga mencintainya."

(Disetujui oleh Al-Bukhari dan Muslim)


Bukit Uhud ini berkait rapat dengan Peperangan Uhud. Kenapa namanya Bukit Uhud? Ok menurut mutawwif, Ustaz Firdaus Bukit di Madinah ini semuanya asing-asing atau seketul-seketul. Tapi Bukit Uhud ini bersambung macam membentuk banjaran. Sebab itu dipanggil Uhud, yakni satu. Sepanjang perjalanan yang memungkinkan aku melihat Bukit Uhud dari bas, aku tenung dah amati Bukit Uhud ini. Dan aku katakan pada uhud yang aku sayang Bukit Uhud. Aku berharap dapat jumpa Bukit Uhud di syurga nanti. Kan Nabi saw dah cakap, kalau kita sayang Bukit Uhud, Bukit Uhud akan sayang kita. 


Bukit Uhud

Gambar diambil dari Bukit Pemanah / Jabal Ar-Ruhmah

Perang uhud

Sambung semula kisah peperangan Uhud ini. Perang uhud ini adalah antara Quraisy Mekah dengan orang Muslimin yang diketuai oleh baginda Nabi saw. Namun, 300 daripada 3000 panglima tentera Muslimin telah termakan hasutan lalu berpatah balik. Quraisy Mekah nak membalas dendam atas kekalahan mereka dalam Perang Badar. 

Rasulullah saw telah membentuk satu pasukan yang handal memanah untuk berada di Jabal Ar-Ruhmah atau kini dikenali juga sebagi Bukit Pemanah. Setelah itu Nabi saw telah berpesan kepada pasukan pemanah ini seperti dalam hadis berikut,

"Humbankan kuda-kuda musuh yang menyerang dengan panah-panah kamu. Jangan kamu beri kesempatan kepada mereka menyerang dari belakang kami. Sekiranya kami menang atau kalah jangna bergerak dari tempat kamu itu supaya kami jangan diserang dari arah kamu. Peliharalah belakang kami, sekiranya kami dapati kami sedang diganyang jangan kamu turun membantu kami dan sekiranya kami dapati kami menang dan sedang mengumpulkan harta rampasan jangan pula kamu turun untuk mengumpul harta rampasan"


Bukit Pemanah dari kejauhan


Baginda saw juga pernah mengingatkan pasukan ini ;

"Sekiranya kamu dapati kami diganyang jangan sekali-kali kamu tinggal tempat kamu itu hinnggalah aku memberitahu kamu. Dan sekiranya kamu dapati kami berjaya kalahkan musuh dan dapat melanyak mereka, juga jangan kamu kosongkan tempat kamu itu hinggalah aku menyuruh kami.

Tugas pasukan pemanah adalah untuk menggagalkan cubaan musuh untuk merempuh benteng pertahanan. Ada sesetangah cerita meriwayatkan mereka turun untuk mengutip harta rampasan. Namun ada juga berpendapat mereka hendak mengesahkan kemenangan pihak Muslimin. Apa pun Nabi saw sudah mengamanahkan untuk kekal di asat Bukit Ar ruhmah sehingga diberitahu. Wallahualam.


deretan peniaga di kawasan lawatan Bukit Uhud

Di dalam hadis sahih meriwayatkan bahawa gigi depan Rasulullah saw patah, kepalanya luka hingga darah mengalir. Di dalam hadis riwayat al-tabrani bermaksud;

Bersangatlah kemurkaan Allah ke atas satu kaum yang mencederakan muka Nabi saw setelah beberapa ketika rasulullah berdoa; "Ya Allah ya tuhanku, ampunilah kaumku lantaran mereka tidak mengetahu", Sahih Muslim.


Makam Para Syuhada Perang Uhud

Jenazah Perang Uhud dikebumikan berdekatan Jabal Uhud. Terdapat pagar bercermin kabur dikelilingnya. Tapi ada kawasan lubang yang dipecahkan/terpecah membolehkan kami melihat suasana di dalam perkuburan tersebut. Kenapa dikaburkan? Ramai umat Islam yang menziarah ke sini membawa fahaman masing-masing. Ada juga yang melakukan perbuatan syirik seperti berhajat pada kubur dan sebagainya.




Parent bersama Mutawwif di hadapan Perkuburan di Bukit Uhud

Mungkin ramai jemaah dari rumpun Indonesia/Malaysia siap ada caption BM

Inilah Jabal Ar-ruhmah atau bukit pemanah. Aku rasa bukit ni dulu mesti tinggi sikit. Ni berjuta-juta umat Islam datang ziarah, terhakis jugak bukit ni kan.


Tak panas. Angin kuat sangat. Sejuk

Usai lawatan ke Bukit Uhud, sebelum balik ke Hotel, kami singgah di Pasar Kurma. Tapi family aku je turun. Mungkin jemaah lain kaya raya so tak hairan nak beli dengan harga murah macam kami atau mereka tak tahu? Perbezaan harga agak banyak. Contohnya kurma Ajwa/Nabi kami dapat SAR 65 manakala Kurma Mariami hanya SAR 30. Ikutkan hati nak beli banyak tapi takut terlebih berat. So end up dekat puluh kilo jugak memborong kurma. Selepas 40 minit di Pasar Kurma, kami pulang ke hotel dan siap sedia untuk solat zuhur.


Masjid Nabawi

Madinah ini sangat tenang. Setiap yang ada di Madinah adalah ubat. Malah debunya juga adalah ubat. Sehingga ada yang mengatakan haram untuk menutup muka apabila ada debu berterbangan ditiup angin. Suasana di dalam masjid adalah super calm. sangat tenang mengusik jiwa. Sikit pun tak ingat apa di Malaysia. Handphone pon sekadar nak ambil gambar. Tak fikir nak sms atau call. Inilah penangan Madinah, Tanah Haram yang dipelihara Allah, tempat semadinya Nabi Muhammad saw.

Kawasan luarnya luas. Dalam selalunya penuh.
Disudut mana pun Masjid Nabawi ini tetap indah

Disebabkan jemaah ramai ada petugas yang jaga/atur jemaah. Once kita masuk ke masjid akan terdengar para petugas beri arahan pelbagai bahasa. Untuk geng telekung putih meraka anggap je Malayzi tapi ngomongnya bahasa Indonesia.

"Maju ibu maju. Hajjah, hajjah", ujar mereka. Ha tak payah pergi haji dah dapat hajjah

"Cepat ibu, kanan ibu, kanan ibu", katanya lagi.

Begitulah saban waktu solat. Mereka nampak tegas tapi lembut. Comel sangat pada aku. Tapi boleh tahan jugak karenah jemaah. Makin dihalang makin dibuat. Petugas akan pastikan ruang hadapan penuh. So die block sesetengah ruang. Slowly bila ruang depan dah penuh, mereka buka halangan yang dibuat dengan tape keselamatan ala2 polis tapi ditulis ,"Tidak bisa duduk" ke apetah. Lupa den. Tapi itulah maksud yang nak disampaikan.

Di hadapan pintu Masjidil Nabawi
Ini pintu Ali bin Abi Talib
Close up pintu. Cantik! Subhanallah
Dari pintu gate utama, kami selalunya terus masuk ikut pintu hadapan ni.

Mula-mula tiba di Masjid Nabawi tak terfikir akan ada air zam zam. Fikirkan hanya ada di Mekah. Alhamdulillah dapat minum dengan puas. Tiada air sesedap air zam zam. Sekarang kalau nak minum sebotol kecil RM10. Memang sangat menghargai air zam zam semasa di sana. Sebenarnya ada jugak drinking water. Jangan tersalah ambil. Especially di Mekah. Dia akan label air zamzam atau drinking water.

Ni drinking water. Kat Madinah air zamzam dalam masjid.Kalau Mekah die akan labelkan zamzam or drinking water.

bersambung ke Day 4

Sumber Tentang Perang Uhud disini

4 comments:

  1. sya,
    serius rasa touching baca travelog umrah kamu..
    hopefully adalah kesempatan saya kesana nanti.InsyaAllah..

    ReplyDelete
  2. dzuchan, alhamdulillah dpt smpai ape yg cuba disampaikan.thanks sebab baca :)

    ReplyDelete
  3. Bestttt! Rasa nk pg....

    ReplyDelete