Showing posts with label edu hostel. Show all posts
Showing posts with label edu hostel. Show all posts

Friday, November 9, 2012

Trans Java - Day 2

Day 2# 17/10/2012

Pagi-pagi tu bangun room mate minah salleh dah takde kat katil. Agaknye pegi tengok sunrise Borobodur. Tapi ade 2 new room mate. Dot and pijah bangun pukul 6 something tapi kat luar dah terang macam pukul 7 Malaysia. Subuh gajah pagi tu. Lepas mandi, packing beg terus ground floor, hajat hati nak online while waiting buffet breakfast start. Namun alangkah kecewanya bila internet connection sangat lah low. Lepas tu windows zaman tok kadok. Tergelak dua orang budak IT dari Msia ni.

Lepas gigih melayan internert slow, kami ke level 6 EDU Hostel untuk our breakfast. Sekali dengan a group of pengunjung EDU hostel from Indonesia. Dot berborak dengan Pijah, lepas tu salah sorang dari mereka tanya, "Bukan orang Arab?". Haha terkentut gelak. Lepas tu depa dok tanya itu ini yang paling lawak sekali punyala kita berusaha jawab soalan dia, yang sorang ni cakap, "Bahasanya itu aneh kan. Laju sekali sebutannya". Ceh nak dengar Bahasa Malaysia je ke.Cis betul




Kali ini menu Teh o dan Nasi Liwet. Akhirnya tak manis macam Nasi Gudeg. But still sambal dia langsung tak pedas :D tapi puas hati la dengan penginapan EDU Hostel + Breakfast ni. 

Roof top Edu Hostel. Cantik sangat.  

Nampak tak terusan macam anak sungai tu? Boleh mandi okay! Adelah paras lutut.haha


Bisa mendinginkan badan. Kolam Celup :D

Tapi sayang kejap je pagi di Jogja. Dalam pukul 8.30 pagi, minibus untuk ke Probolinggo - Bromo tiba. Minibus ni sebenarnya van. Dalam van ada a group from Spain dan a couple from Belgium yang sangat friendly.Perjalanan ambil masa 6 jam nasib baik Dot bawak buku Melukis Pelangi by Oki Setiana Dewi. Baca buku Bahasa Indonesia di Indonesia memang feeling la kan. Tengah hari tu lunch di Restoren apa ntah namanya. Macam dah remind kat day 1, travel agent akan drop kedai yang ada tax. Ala-ala harga Malaysia la ni. Tapi nasi dengan ayam goreng ni sedap :)




Kami tiba di Travel Agen di Probolinggo sekitar jam 7.30 malam dan tunggu lebih kurang sejam untuk next bus ke Bromo. Kat bawah ni dot ade letak pakej by Bromo Tour & Travel. Boleh compare quotation dengan hotel-hotel kat Bromo.

Sebenarnya yang part tak best, owner Cafe Lava (hotel kami di Bromo) marah-marah kami bila kami cancel driver yang patutnya jemput di Probolinggo.Masalahnya kami tak jadi naik keretapi, so kami ambil pakej naik bas sampai ke Bromo dengan travel agent. Masa tu sakit hati tuhan je tahu. Kita dah kepenatan 11jam dalam minibus, die boleh buat macam ni. Taktaulah nak balas dendam ke ape, die kata deposit driver dia dah bayar so deposit tu burn. Kos kerugian kami masa tu IDR 75,000.

Around 8.30pm kami tiba di Hotel. Pak Eko yang sambut kaunter dan dari situ bermulalah babak-babak muka pura-puranya. Kami bgtahu esok bas jam 10am untuk ke Probolinggo semula dan seterusnya ke Jogja. Amboi terus melenting dia. Katanya mana sempat nak lawat Savannah dan Pasir Berbisik. (Pakej yang kami ambil dengan dia).Geramnye Dot masa tu. Sukahati lah kami nk buat apa pun, soalnya kami tak kesah pon dgn deposit hangus tu. Padahal driver dari hotel sendiri. Pandai menipu. Harga pakej di Bromo Tour n Travel kalau menginap di tempat mereka jauh lebih murah daripada direct booking dengan mereka. Tak ada logika!

Disebabkan dah bayar mahal dan tak kuasa nak layan Pak Eko kami decide ambil bas jam 3petang. Supaya dapat gunakan bilik mahal dia tu sepenuh-penuhnya. Masa tu beriya pulak die kata baliklah jam 10pagi. Tadi bukan main lagi kata tak sempat.Puiii!Kami terus ke bilik sebab dah tak larat nak dengar kisah dongeng Pak Eko.Sorry Pak Eko, lidah kau bercabang tiga!

Bromo sangat sejuk. Gagah jugak malam tu mandi dengan toilet kat luarnya. Malam tu tido tak nyenyak berebut selimut dengan Pijah.Hahah.

Bersambung hari ke 3...

Minibus dari Jogja - Probolinggo - Bromo - Probolinggo - Jogja

Tolong promote free-free je. Bukan sebab nk bagi diorang untung tapi nak korang dapat info murah daripada kene tipu macam kami. Tapi, ade sesuatu yang korang kene berani tanggung kalau pakai agen macam ni. Baca Trans Java Day 3 :)

Klik untuk zoom

Klik untuk zoom

Klik untuk zoom

Thursday, November 8, 2012

Trans Java - Day 1

Bismillah.
Ehem. tangguh punya tangguh dah almost sebulan dah trip "mini trans-java" ni. Nak tiket murah punya pasal, tiket beli last year. Punya lama memendam rasa excited nak jejak Bromo. Niat utama sebenarnya Bromo tapi tak research pun airport mana yang dekat nak ke Bromo, tu terbeli Jogja return. Umpama Johor ke Kedah jaraknya. Lesson learned. Buddy dot this time is cik Pijah Pelangi. 1st trip luar Msia pastu pegi dua orang aje. Terbaik !

A week before pergi barulah bincang dengan Pijah itinerary. 1 day before baru tukar 2 juta IDR. Mcm tak plan sgt n blasah je. Tapi dalam-dalam tak plan tu dah tempah accomodation kat Bromo. Tapi rugi rupa-rupanya. Nanti Dot explain ape yang rugi. 


Day 1# 16/10/2012



Bandara Ajisucipto

Supir + petrol + mobil : IDR 300,000
Simcard (SIMPATI)   : IDR 30,000
Pulsa (Kredit)             : IDR 65,000

Dengan slumber AA reschedule flight pegi balik. Sampai Bandara Ajisucipto agak lewat. Beza waktu Jogja-KL cepat sejam. Pukul 11am dah tiba airport. Ni kira lambat jugak sebab waktu kat sini cepat gelap. Sampai-sampai cari kiosk telco, beli simcard SIMPATI. lawak betul bunyinye. time nak beli tu supir-supir airport kejar customer. Kteorang dahla blur taktau ape nak buat, terpaksalah pakai khidmat supir untuk aktiviti hari pertama ni. dari IDR 700,000 dpt bargain sampai IDR 300,000 include supir dan petrol. Kira ok ok jelah harga ni sbb dah petang kan. Brape tempat la sgt dapat lawat. Dengan kebulur tak breakfast, kami beli roti sikit sebelum gerak ke destinasi pertama.

Candi Borobodur

Entrance ticket  : IDR 188,000
Tour guide        : IDR 37,500

Destinasi pertama ni ambil masa kira-kira 1jam. Sampai sana, matahari dan tinggi, panas sangat. Bayaran masuk sangat lah mahal. Alasan? UNESCO dah ambil alih tempat ni. Iya kan jelah. Kami ambil khidmat tour guide, Pak Agus. Kalau 1st time bagus jugak pakai tour guide and sediakanlah duit tips.At least IDR 10,000 (menurut rakan yg belajar di sana, ni standard rate lah). Indonesia ni mmg kuat tips.Kami yang tak biasa ni bagi IDR 2000 (tak paham matawang haha) terkejut Pak Agus.Terus mintak duit Msia.Kami bagai RM5.Taktaulah cukup ke tak.pada kami dah bayar duit tour guide dahla.haha.Oh ya lawatan ke candi kne pakai kain batik yang dia pinjamkan.




Lantai Candi Borobodur

Stupa (bentuk loceng) inside that ade patung Buddha.And thats kain batik yang wajib pakai tu




Candi Prambanan

Entrance ticket  : IDR 169,000

Sebabkan masa sangatlah suntuk, di Candi Prambanan tak ambil tour guide pun.Plus candi ni kecil.Time ni hampir nak maghrib dah.




Kain sarung jugak





Nasi Gudeg

Lepas lawatan candi, kami dibawa supir ke sebuah restoran makanan tradisional/makanan wajib di daerah ni. (if pakai agent/supir diorang akan bawak ke restoren yang charge tax and kita kne bayar supir makan sekali). Supir dah warning makanan di sini manis-manis. Dot order teh botol dan Nasi Gudeg. Tak tertelan rasanya. Kat sini wajib ada telur pindang. Total makan malam tu termasuk bayar makan supir adalah IDR 78,000.

Teh botol, teh kotak, semua teh :)

Nasi Gudeg.Sultan suka nasik ni.Dot xgemar :)


Travel Agent di Jalan Malioboro

Pakej minibus Jogja - Probolinggo - Bromo : IDR 160,000

Sebelum kami check in ke Edu Hostel yang kami dah tempah awal kami minta supir bawa ke stesen keretapi sebab nak beli tiket ke Surabaya untuk ke Bromo esok hari. Tapi supir sarankan kami bertanya dengan agen dulu. Di jalan Malioboro memang banyak agen perlancongan. Cakap je nak pegi mana semua pakej ada. Setelah kami amati senarai harga, memang pakai agen jauh lebih murah. Sangat-sangat murah. Beratus ribu rupiah boleh jimat. Ade pakej untuk hantar sampai ke pintu hotel maka kami ambil pakej itu dan terpaksa cancel dengan driver Cafe Lava yang sepatutnya jemput kami di Probolinggo.

Edu Hostel

Female dorm (6pax per dorm) : IDR 70,000

Selepas seharian penat, badan pun melekit kami check in ke Edu Hostel. Penginapan yang sangat selesa dan murah. Harga ini include breakfast.

Roof top EDU Hostel.View cantik di sini
Jalan Malioboro

Jalan Malioboro ditutup sekitar jam 10 mlm. Masa tu dah pukul 9.30mlm kami decide nak ke Jln Maliboro untuk beli souvenir kerana kami sedar kami tak cukup masa sebab akan banyak habis masa di atas jalan. Kata penduduk tempatan, Jogja adalah daerah paling aman untuk tourist. Tepat sekali! Walaupun hari dah lewat malam, jalan berdua anak dara ni, orang melepak di kiri dan kanan jalan takda pun anak teruna nak kacau-kacau. Kalau kat KL tu budak form 1 pon dah pandai nak suwitt2 mak orang. Kami perasan waktu malam memang sangat ramai orang Jogja melepak dengan kawan-kawan laki dan perempuan. Tu part kurang enakla. Tapi Jogja adalah tempat paling best n aman untuk 1st timer macam kiteorang :)

 Selamat malam Jogja untuk hari pertama :)