Friday, November 9, 2012

Trans Java - Day 2

Day 2# 17/10/2012

Pagi-pagi tu bangun room mate minah salleh dah takde kat katil. Agaknye pegi tengok sunrise Borobodur. Tapi ade 2 new room mate. Dot and pijah bangun pukul 6 something tapi kat luar dah terang macam pukul 7 Malaysia. Subuh gajah pagi tu. Lepas mandi, packing beg terus ground floor, hajat hati nak online while waiting buffet breakfast start. Namun alangkah kecewanya bila internet connection sangat lah low. Lepas tu windows zaman tok kadok. Tergelak dua orang budak IT dari Msia ni.

Lepas gigih melayan internert slow, kami ke level 6 EDU Hostel untuk our breakfast. Sekali dengan a group of pengunjung EDU hostel from Indonesia. Dot berborak dengan Pijah, lepas tu salah sorang dari mereka tanya, "Bukan orang Arab?". Haha terkentut gelak. Lepas tu depa dok tanya itu ini yang paling lawak sekali punyala kita berusaha jawab soalan dia, yang sorang ni cakap, "Bahasanya itu aneh kan. Laju sekali sebutannya". Ceh nak dengar Bahasa Malaysia je ke.Cis betul




Kali ini menu Teh o dan Nasi Liwet. Akhirnya tak manis macam Nasi Gudeg. But still sambal dia langsung tak pedas :D tapi puas hati la dengan penginapan EDU Hostel + Breakfast ni. 

Roof top Edu Hostel. Cantik sangat.  

Nampak tak terusan macam anak sungai tu? Boleh mandi okay! Adelah paras lutut.haha


Bisa mendinginkan badan. Kolam Celup :D

Tapi sayang kejap je pagi di Jogja. Dalam pukul 8.30 pagi, minibus untuk ke Probolinggo - Bromo tiba. Minibus ni sebenarnya van. Dalam van ada a group from Spain dan a couple from Belgium yang sangat friendly.Perjalanan ambil masa 6 jam nasib baik Dot bawak buku Melukis Pelangi by Oki Setiana Dewi. Baca buku Bahasa Indonesia di Indonesia memang feeling la kan. Tengah hari tu lunch di Restoren apa ntah namanya. Macam dah remind kat day 1, travel agent akan drop kedai yang ada tax. Ala-ala harga Malaysia la ni. Tapi nasi dengan ayam goreng ni sedap :)




Kami tiba di Travel Agen di Probolinggo sekitar jam 7.30 malam dan tunggu lebih kurang sejam untuk next bus ke Bromo. Kat bawah ni dot ade letak pakej by Bromo Tour & Travel. Boleh compare quotation dengan hotel-hotel kat Bromo.

Sebenarnya yang part tak best, owner Cafe Lava (hotel kami di Bromo) marah-marah kami bila kami cancel driver yang patutnya jemput di Probolinggo.Masalahnya kami tak jadi naik keretapi, so kami ambil pakej naik bas sampai ke Bromo dengan travel agent. Masa tu sakit hati tuhan je tahu. Kita dah kepenatan 11jam dalam minibus, die boleh buat macam ni. Taktaulah nak balas dendam ke ape, die kata deposit driver dia dah bayar so deposit tu burn. Kos kerugian kami masa tu IDR 75,000.

Around 8.30pm kami tiba di Hotel. Pak Eko yang sambut kaunter dan dari situ bermulalah babak-babak muka pura-puranya. Kami bgtahu esok bas jam 10am untuk ke Probolinggo semula dan seterusnya ke Jogja. Amboi terus melenting dia. Katanya mana sempat nak lawat Savannah dan Pasir Berbisik. (Pakej yang kami ambil dengan dia).Geramnye Dot masa tu. Sukahati lah kami nk buat apa pun, soalnya kami tak kesah pon dgn deposit hangus tu. Padahal driver dari hotel sendiri. Pandai menipu. Harga pakej di Bromo Tour n Travel kalau menginap di tempat mereka jauh lebih murah daripada direct booking dengan mereka. Tak ada logika!

Disebabkan dah bayar mahal dan tak kuasa nak layan Pak Eko kami decide ambil bas jam 3petang. Supaya dapat gunakan bilik mahal dia tu sepenuh-penuhnya. Masa tu beriya pulak die kata baliklah jam 10pagi. Tadi bukan main lagi kata tak sempat.Puiii!Kami terus ke bilik sebab dah tak larat nak dengar kisah dongeng Pak Eko.Sorry Pak Eko, lidah kau bercabang tiga!

Bromo sangat sejuk. Gagah jugak malam tu mandi dengan toilet kat luarnya. Malam tu tido tak nyenyak berebut selimut dengan Pijah.Hahah.

Bersambung hari ke 3...

Minibus dari Jogja - Probolinggo - Bromo - Probolinggo - Jogja

Tolong promote free-free je. Bukan sebab nk bagi diorang untung tapi nak korang dapat info murah daripada kene tipu macam kami. Tapi, ade sesuatu yang korang kene berani tanggung kalau pakai agen macam ni. Baca Trans Java Day 3 :)

Klik untuk zoom

Klik untuk zoom

Klik untuk zoom

3 comments:

Ain bintu Amir said...

cpt update Trans Java Day 3! haha

Siti Nursyahidah Mohamad Khalil said...
This comment has been removed by the author.
Siti Nursyahidah Mohamad Khalil said...

giler mls ni weh.haha. in shaa Allah!