Wednesday, October 9, 2013

Jelajah Komodo Day 2

Labuan Bajo - Loh Buaya -Pulau Kalong

19 September 2013 | Bali - Labuan Bajo
Bertolak ke Labuan Bajo

Selesai solat subuh, kami berjalan ke bandara baru yang terletak sebelah sahaja dengan bandara lama. Bandara baru ni buat masa ni hanya untuk pelepasan domestik. Cantik tapi masih belum sempurna. Nak check in kene pulak bayar tax. Domestik pun ade tax. IDR 40 000 selamat dibayar, kami terus cari tempat untuk breakfast sambil tunggu Merpati Airlines.

Siap lalu Rinjani. Sapa tak bersyukur dapat tengok semua ni :)

Akhirnya kami menaiki pesawat Merpati Airlines yang terkenal tu. Ok seatnya selesa lebih kurang AA. Each were given a bun and a cup of mineral water. Yang peliknya, everyone was so excited. Mat salleh semua excited macam kami. Havoc plane tu especially bila almost nak sampai. View dia dari atas subhanallah, memang hebat. Laut yang biru dan hijau, pulau-pulau dengan pasir putih yang cantik. Merpati Airlines landed smoothly dan mat salleh ni boleh bertepuk tangan, happy dah tiba di Bandara Labuan Bajo.

Di bandara, takde conveyer utk pickup beg. So straight from plane pekerja bawa beg passengers and cek jika ada defect sebelum letak di sebuah meja and kami ambil dari sana. Kehangatan suhu Labuan Bajo mula terasa. Angin kuat tapi, memang terasa panasnya.

Yes sampai!
Ambil beg dekat tempat orang kerumun tu la

Di airport kami bertemu dengan Mama Dede, owner rumah bot yang bakal menjadi penginapan kami malam ini. Beliau terus membawa kami ke jetty/pelabuhan  Labuan Bajo. Kawasannya berbukit dan apabila tiba di satu kaki bukit, subhanallah kami dapat melihat permandangan terindah Labuan Bajo. Cantik!

Labuan Bajo dari kaki bukit
Pintu masuk Labuhan / Jetty


Penduduk di Labuan Bajo majoritinya Islam. Azan mudah kedengaran dan makanan halal mudah didapati. Tapi jangan lah masuk ke kawasan penginapan Mat Saleh. tentulah di serve arak dan food pulak kita tak tahu halal or tak.

Live On Boat - LOB

Inilah trip LOB yang paling best untuk saya selepas trip candat sotong dulu. Setibanya di Labuan Bajo, kami dikenalkan oleh Kapten bot, Pak Amin yang mana suami kepada Mama Dede beserta chef @ co kapten, Ben dan seorang lagi. Lupa namanya. Sebab pendiam sangat. Bot kami bewarna biru, selesa untuk kami berlima. Ada tandas, dapur, bilik kecil dan di atas bilik kecil ada tilam yang tersusun. Kami terus duduk di kawasan atas dan dek kerana malam yang kurang selesa di bandara Bali, ada yang terus tertidur tatkala kapal melaju untuk menuju ke destinasi pertama kami, Loh Buaya.

Ben the chef and co copten ( the men in black )
the boat. Paling kiri atas, port favourite aku
Deretan kapal sedia berlayar



Pak Amin the capten with his map
Capten kapal ni orangnya bisu tapo boleh mendengar sikit-sikit. Tapi percaya tak dia lah orang paling talkative aku pernah jumpe. Kteorang selalu jadi mangsa. Nak tidur je tergendala nak layan cerita dia. Tapi bestla die cerita pasal Flores ni. Macam mana kami communicate? Allah itu hebat. Ilmunya hebat. Macam-macam cara kita boleh berkomunikasi. Tak semestinya suara kan?

Jam 12 tengah hari kami memulakan perjalanan. Dalam perjalanan menuju Loh Buaya aku tak mahu lepaskan walau sedikit saat pun menikmati indahnya Laut Flores. Bukan saja perjalanannya harus menaiki 2x pesawat tetapi ongkosnya pesawat itu memang besar sangat. Berada di Lautan Flores seperti berada di luar Asia. Kadang-kadang terasa macam Eropah. Tak sangka ada kawasan secantik begini di Indonesia. Terlau banyak untuk diexplore di Indonesia.

Loh Buaya

Hampir 2 jam 30 min baru kami tiba di hentian pertama. Loh buaya untuk bertemu komodo pertama. Jika dilihat di peta terletak di Pulau Rinca. Dari kejauhan tertulis "Loh Buaya" di jetinya. Terdapat banyak kapal yang turut berlayar. bukan sekadar bot nelayan yang diubah menjadi hotel macam kami ni tetapi Kapal persiaran mewah. Konfemlah Mat Salleh dok sana kan. Tapi tak thrill la dok kapal besar. sebab tak rasa water splash dari bot tu.

Loh Buaya
Macam ada budak-budak praktikal je. Sebab muda-muda sangat



Dari jetty ada pondok yang mana ada ramai renjer menunggu di situ. So salah seorang dari mereka membawa kami ke HQ. The funny thing is, orang-orang Bali & Flores memang suka ajuk bahasa melayu. Bunyi memang kelakar macam movie Indonesia yang aku tengok kat internet tu. So kami pun buat bayaran untuk renjer, tiket masuk ke Komodo National Park yang valid selama 3 hari dan boleh guna untuk menziarah komodo-komodo yang lain juga. Ada bayaran untuk kamera juga.



Renjer memberi sedikit pengenalan mengenai biawak komodo dan langkah-langkah keselamatan. Kemudian membawa kami ke kawasan quarters renjer dan sebuah rumah yang merupakan dapur mereka. Di situlah Komodo pertama yang kami jumpa. Komodo ni jika dilihat kelihatan seperti si pemalas sedang tidur. Tetapi itulah taktik penyamaran mereka. Kami difahamkan biawak komodo di sini lebih agresif berbanding di Pulau Komodo kerana pulau ini lebih kecil dan kurang makanan.

Serangan Komodo

Aku pun tak tahu ape pekdahnya sorang tourist ni pegi tolak seekor anak Komodo dengan kayu renjer. So si anak Komodo ni bertindak sedikit agresif, mahu melepaskan diri. Tak semena si Komodo dewasa terus mengangkatkan badannya dan bergerak ke arah bunyi bising. Kami berlari di belakang renjer dan tak sangka si renjer pon cuak jugak. Bajet berani je muka kan. Sangkaan kami si Komodo dewasa ni nak selamatkan si anak komodo. Rupa-rupanya si komodo ni pantang dengar bunyi kuat. Dia akan bertindak untuk menjadikan si anak komodo sebagai santapan mereka. Survival.

Dari jeti ke HQ jauh jugak
Not sure if the price is updated or not
 

Selesai aksi mendebarkan tu, kami di bawa ke sarang Komodo. Terdapat 3 lubang yang mana di dalamnya merupakan rumah untuk telur-telur Komodo. Biasanya terdapat seekor Komodo betina menjaga telur-telur ini. Bukan untuk melindungi anak-anaknya tetapi menanti anak komodo menetas untuk dimakan. Kejam betul mak pak komodo ni.

Untuk survive, setelah menetas, anak Komodo harus berlari ke atas pokok dan makan makanan seperti serangga dan cicak sehinggalah mereka boleh survive di tanah. Komodo ini boleh berlari selaju 18km sejam. Setakat ni ada 2 kematian yang direkodkan akibat serangan Komodo. Yang pertama berlaku kepada pelancong yang tersasar dari kumpulan. Yang kedua berlaku kepada anak penduduk tempatan yang keluar ke hutan untuk mencari hasil hutan. Kemudian beliau mahu buang hajat dan tak perasan di semak tu ada biawak komodo yang sedang tidur. Habislah dingap segala isi perut. Yang terbaru seorang renjer telah digigit tapi masih selamat.

Renjer bagi briefing
Rumah ni adalah dapur. Tempat makanan renjer-renjer

Sarang Komodo


Ada seekor komodo tua yang mungkin patah tulang tangannya yang menyebabkan ia lumpuh dan tidak mampu bergerak. Sudah hampir 4 tahun hanya tersadai begini. Kesian tengok komodo ni.



Pulau Kalong dan Ombak Besar

Jam 4 petang kami berangkat ke Pulau Kalong tempat di mana kami bakal bermalam. Rencana asalnya nak snorkeling di Pulau Rinca tapi jam sudah pun menunjukkan pukul 4 petang. So tak dapatlah kami ke sana. Perjalanan ke Pulau Kalong adalah sekitar 2 jam. Dalam perjalanan kami dijamu dengan makan tengah hari air tangan Ben. Lauk yang ringkas, yang penting ada mee, jawa style then nasiknya beras perang.



Di pertengahan jalam sekitar jam 5 petang, suasana di tengah lautan Flores bertukar menjadi ganas, ombak pada mulanya lembut berubah menjadi kasar. Dari dek atas aku segera turun ke bawah kerana bimbang jatuh. Serius ombak kuat. Aku duduk di tepi bot untuk merasakan pengalaman dipukul ombak tu. Kiranya air masuk sehingga ke tengah bot. Kak Jijah, Kak Zilla dan Zainur yang dah mula mabuk segera berlindung di bilik kecil kapal. Nanti saya uploadkan video tersebut.

Nah video yang dijanjikan.:)



Takut dan seronok. Dua-dua ada. Masa tu aku cuba bayangkan kehidupan seorang nelayan. Ini baru sedikit. Aku berdoa agar perjalanan kami dipermudahkan. Sekitar jam 6 lebih barulah kami tiba di Pulau Kalong. Ada beberapa kapal yang turut berlabuh disitu. Malam ini, disinilah kami akan merehatkan mata dan badan.

Mencari rezeki halal
Sekitar jam 6:30 petang kami dikunjungi sebuah sampan penduduk kampung berdekatan. Dalam hati aku berdetik, macam mana lah nak survive. Sudahlah jauh dari daratan. Apa ada air bersih atau sekadar air laut disuling? Bagaimana pula pendidikan mereka. Apa ada sekolah? Aku pun belilah kalung berbentuk loket komodo. Dah tu je yang ade and sesuai dengan budget. IDR 40 000 which is sekitar RM12 mcm tu. Menurut Pak Amin penduduk yang tinggal di pulau-pulau sekitar laut Flores ni memang orang Islam dan agak susah. Kalau korang datang sini peruntukanlah sedikit bajet untuk bantu mereka. Baju mereka pun sangat lusuh. Sedih aku tengok.


Malam di Lautan Flores

Alhamdulillah selesai solat jamak maghrib dan isyak di puncak tertinggi kapal. Pak Amin offer untuk solat atas bumbung bilik kapten. Tinggi. Angin kuat, tak berani nak berdiri. So aku solat duduk. Tapi masa tu perasaan aku bahagia sangat. Aku boleh tengok bulan mengambang. Besar dan cantik. Selesai solat, kami menikmati indahnya malam dengan dinner also by Ben. Lepas kenyang masing-masing cari port nak setup tempat tidur. Buruk betul perangai. Hanya Anne tidur di bilik kecil. Zainur tidur di tengah kapal. Kapten tido atas bumbung bilik kapten bersama anak buahnya. Aku, Kak Jijah and Kak Zilla memilih untuk tidur atas bilik kecil. Open space. best.

Sunset di Lautan Flores

camera murah. bulannye jadi matahari
Masa Ben offer nak turunkan kanvas supaya terlindung dari angin, kami tolak. Kononnye nanti panas. Tiba-tiba sekitar jam 2 pagi agaknya semua terjaga sebab angin kencang. Nak sangat open air kan. Tak pasal sejuk. So Ben datang tolong turnkan kanvas kiri kanan dan depan. Tidurlah kami dengan lena sambil kapal terbuai-buai mengikut arus laut. Tenang dan damai.


Bersambung ke hari ke 3...

4 comments:

  1. terima kasih utk video nya..tak sangka, betul besar ombaknya..

    pembetulan, akak tak mabuk pun time tu tapi lebih pada takut..time tu mmg fikir mati ajelah sebab terbayangkan kalau bot tu terbalik dan sebagainya..akak pejam mata, paksa diri utk tidur (wpun tak berapa nak lena) dan cuba tenangkan diri..

    ReplyDelete
  2. oo kita igt akak dah mabuk.hee. dodot suke tgk ombak2 ni.hee

    ReplyDelete
  3. salam,saya nk tanya mcm mana nk contact orang yang offer tido kat boat ye. contact number mama oden?

    ReplyDelete
  4. Hi Anonymous, haah kami totally trust kat mama tu je and make order. tapi kalau nak dengan agent boleh try cari IG @makeajourney.com mereka buat trip ke sana.

    ReplyDelete