Saturday, May 25, 2013

Umrah Day 4 : Ziarah Tambahan Madinah

Day 4 - 7 April 2013, Ahad

Alhamdulillah, kita tiba ke hari ke 4 di Kota Madinah yang penuh barokah. Hari ke-4 hanya hari yang santai. Ada ziarah tambahan yang mana para jemaah yang berminat boleh bayar SAR 25 kerana ini tidak terdapat di dalam pakej.

Pagi itu sempat saya rakamkan subuh di Madinah dan sempat lihat payung besar die luar masjid di buka. Rasa happy sangat walaupun ia sekadar machine yang di operate manusia. Tapi sebab payung itu melindungi jemaah di Masjid Nabawi, saya rasakan ia pengalaman yang teramatlah awesome! 


Sebab ia tempat suci penuh berkat, ambil gambar angle mana pun tetap indah. Subhanallah!

Subhanallah, sungguh aku rindu ke sini Ya Allah!


Subuh di Masjid Nabawi subuh yang tenang sekali. Selalunya kami datang sejam awal tak berjaya datang lebih awal kerana balik lambat dari Raudah malam tu. Tapi bila dah balik Msia, menyesal tu ada. Sepatutnya saya tidur je di Masjid tu. Datang jauh-jauh tapi tak spend good time kat masjid, tak beriqtikad lama sikit di masjid. Rugi sahabat-sahabat semua! Jangan ikut cam saya ni.




Hotel-hotel dari pandangan depan masjid

Pandangan yang aku rindu


Perkuburan Baqi'

Hanya jemaah lelaki yang dibenarkan membuat lawatan di sini. Alhamdulillah ayah dapat rakamkan gambar-gambar di sana termasuklah sebuah kubur yang baru digali, menanti penghuninya. Ya Allah beruntunglah mereka yang dikuburkan di sini.

Hadis dari Saidatina ‘Aisyah r.a. yang menceritakan; “Rasulullah s.a.w. setiap kali bermalam di rumahnya, baginda akan keluar menuju ke perkuburan al-Baqi’ pada saat hujung malam dan baginda mengucapkan;

السَّلامُ عَلَيْكُمْ دَارَ قَوْمٍ مُؤْمِنينَ، وَأتاكُمْ ما تُوعَدُونَ، غَداً مُؤَجَّلُونَ، وَإنَّا إنْ شاءَ اللَّهُ بِكُمْ لاحقُونَ؛ اللَّهُمَّ اغْفِرْ لأهْلِ بَقِيعِ الغَرْقَدِ

“Selamat sejahtera ke atas kami para penghuni kediaman kaum yang beriman. Telah datang kepada kamu apa yang dijanjikan untuk kamu. Kami –Insya Allah- akan mengekori kamu. Ya Allah! Kurniakanlah keampunan untuk para penghuni perkuburan Baqi ini” (HR Imam Muslim).


Kebetulan, rezeki ayah dapat lihat kubur yang sedia menanti di isi penghuni

Sejarah di sebalik tanah kubur yang rata


Ada kisah sejarahnya dengan Perkuburan Baqi ini yang kelihatan rata ni. Saya jumpa info di website ini untuk anda baca dan nilaikan HERE. Terdapat hadis sahih menyebutkan kelebihan mati di Madinah secara amnya;

“Sesiapa mampu untuk mati di Madinah, maka lakukanlah. Sesungguhnya aku akan memberi syafaat untuk orang yang mati di situ” (HR Imam Ahmad dari Abullah bin Umar r.a.).

Di perkuburan al-Baqi’ dikebumikan lebih 10 ribu sahabat, antaranya; Saidina Usman, isteri-isteri Nabi selain Khadijah dan Maimunah, anak-anak Nabi (Fatimah, Ruqayyah, Ummi Kaltsum dan sebagainya), cucu Nabi (al-Hasan bin Husain) dan ramai sahabat lagi. Menziarahinya merupakan suatu sunnah Nabi s.a.w. sebagaimana hadis tadi.


sumber <HERE>





Malam di Madinah

Orang kata kat sini lah tempat untuk shopping sebab faktor harga di sini yang lebih murah. Lagipun once dah ke Mekah, target utama kita tentulah ibadah umrah tu kan :)


Jalan TAR Madinah?

Menara Jam & Burung Merpati



Bukit Magnet

Kawasan rehlah ni dari bas nampak terik. Dalam hati ape benda la panas-panas ni dia buat taman permainan. Sapela nak main. Tambahan pula mutawwif bercerita ini lah kawasan rehlah warga sekitar Madinah ketika cuti. Tapi tanggapan tu berubah 100% sebab bila kami turun dari bas, kawasan ni sejuk dan view nya subhanallah! Gunung-gunung dia awesome, Allahuakhbar!


Sekali tgk macam movie Chernobyl tu pulak. Creepy.Hee


Kenapa bukit magnet. Ada sebuah kawasan di sini yang mana, kenderaan bergerak apabila enjin dimatikan kerana tarikan magnet. Namun ada juga berpendapat, situasi ini dipanggil ilusi optik. More info, boleh google ye :)


Bukit di sini berbatu


Part bestnya lori aiskrim dah sedia tunggu di sini. Rare sangat jual naik lori. Ais krim sedap yang mengalahkan McD ni mutawwif belanja. Sedap sangat :)



Pokok kat belakang tu cantik :)

Ha kat bawah ni aku fikir buah. Adik cakap telur ulat bulu. Tapi sebenarnya seperti yang diberitahu oleh seorang teman, ini adalah "manna" atau "salwa" yang pokoknya ada di negara Afrika dan digunakan untuk buat arabic gum atau pemekat dalam pemakanan. Beliau cakap pernah keluar dalam jejak rasul ketika puasa tahun lepas. Kalau anda tahu, bolehlah share info sikit ya~



manna atau salwa

Belakang tu mutawwif yang belanja ais krim :)

Kilang Quran

Tak banyak gambar atau info yang boleh share sebab hanya pelawat lelaki dibenarkan masuk. Ye lah perempuan ni takut ade yang period kan. So mereka betul-betul jaga tempat ni. Plus tempat ni sangat sibuk. Quran yang dijual di sini lebih murah. Dan hanya Quran keluaran Madinah sahaja yang dibenarkan wakaf ke Masjid Nabawi.




Hari ke 4 adalah antara hari-hari terakhir kami di Madinah. Esok kami pergi meninggalkan Rasulullah untuk meneruskan ibadah umrah. Ya Allah sedih sangat nak tinggalkan Madinah. Masa ni aku tak tahu apa yang terjadi untuk hari seterusnya. Cuma hari ni bila dah balik ke Malaysia, aku paling rindukan Madinah, Masjid Nabawi, Raudah dan tentunya rumah nabi saw yang terletak makamnya.

Ya Allah, rezekikan aku ke sini lagi, bertemu dengan Rasul Mu Ya Allah!~


Bersambung ke hari ke 5



No comments:

Post a Comment