Monday, December 12, 2011

Pusat Darah Negara

Pusat Darah Negara bukanlah satu lokasi perlancongan tetapi anda boleh membawa anak-anak, kawan-kawan serta saudara mara ke sini. Disamping dapat mendidik masyarakat tentang peri penting pendermaan darah, ia juga dpt melahirkan perasaan ingin membantu orang lain.

Waktu pembukaan adalah seperti di bawah :


One thing that I realize adalah, mana orang melayu ye.donor mostly chinese.Hmm, kemon orang-orang melayu, mohla menderma.sape tah kata menderma bole gemok la etc, karut je tu.So please come here sebab setiap kali anda derma, anda telah menyelamatkan 3 pesakit. Alhamdulillah :)


So tadi 1st time derma dekat PDN nih. After daftar dia akan check your blood type and tgk adakah kepekatan darah you sesuai untuk diderma. Later you akan masuk ke interview room. The thing yang i suka bila masuk ke hospital dan seangkatan dengannya adalah, you'll not only learn tapi turut buat lesson sharing.

Doctor pon baru grad, so she was not sure if i am allowed to donate since i ada dry skin. She was worried if my skin problem ade persamaan dgn psoriasis ke ape tah. No lah doc.Mine tak mcm tu.But its ok. At least ade lesson learn utk the doc n nurses kt sana kan.


Staff semua manis-manis dan peramah belaka.So dont worry. Jarum sakit pon tak rasa. Anddddddd paling bestttt... my bff works here. Dia yang uruskan after 450g darah siap disedut mesin. OK Kantoi berat badan yang obes melayakkan i menderma sebanyak itu.before ni 350g je. Hmm


Kalau taknak sakit, recommended mintak tolong Encik di bawah tolong uruskan.
Pasti puas hati.Haha


* * * * * * *

and macam biasa, ade treat sikit lah.nasik lemau u olls.tak pasal-pasal diet i terganggu hari ini. :)
Thanks to Nurse Farah yang comel and Encik Hana :)

Monday, December 5, 2011

Bukit Kutu 3-4 Dec 2011




Event penutup 2011 kali ini adalah menerjah Bukit Kutu yang terletak di Kuala Kubu Baru.Belakang rumah aje :) Bukit ini dikatakan sebenarnya adalah projek "Fraser Hill" kedua tetapi entah mengapa ia tiba-tiba ditinggalkan. Please go to this blog : shiekblog.blogspot.com and you will find that Bukit Kutu is a must in your mountains& hills list to hike.

On 3rd of Dec, 15 of us gathered at pekan Kuala Kubu Baru after I myself sent a list of hikers to the police station.Pesan Encik polis di sana, please please maklumkan kunjungan anda ke Bukit Kutu. Seandainya anda merasa otai lalu malas hantar list ke Balai dan nak dijadikan cerita something bad happened, anda bakal menyusahkan bukan sahaja badan polis malah pihak hospital dan pertahanan awam which we must avoid.Sometimes the parents yang akan serang2 mereka2 ni padahal at the 1st place you all tak ikut procedure kan. Tak susah mana pon. For further info bole call direct line Bilik Gerakan Balai Polis KKB @ 0360651021. Encik2 di sana pun mesra alam orangnya :)

Dari Pekan Kuala Kubu tu cari jalan menghala ke Fraser Hill/KKB Dam nanti nampak signboard Kampung Pertak.Masuk kampung tu and terus je sampai jumpe sungai dan jambatan gantung besi.Sampai starting point dalam 9.45 am, lepas bagi2 ration Guider Asrul pun berikan briefing lah.Ayat takleh blah nye adalah " trek dia biasa je". Before trekking tu pon Kak Sal dah advise trek 3 jam pacak macam angsi. Tapi bagi ai la kan trek nye bukan takat lutut ke dagu.rasanya lutut ke dahi dah.

Starting point & jambatan pertama

Tapi apedehal, jalan je selangkah selangkah jgn stop lama.sampai punye kat peak. Around 10.15 kteorang bergerak merentas sungai pertama(ada jambatan besi), sungai kedua pun jambatan besi. Sungai ketiga redah je airnye and after that ade 2 anak sungai. Jalan kebunnya mmg banyak simpang but make sure ambil side kanan sahaja.cume ade one part sahaja. To avoid confusion silalah carik guide r bcz one of my friend yg penah pegi pon sesat kan.so kita jgn cakap besar kalau tak ingat jalan.


persimpangan dilema.ambil kanan sahaja

Jambatan kedua -Second cross sungai

Cross sungai ketiga

Tiba kira-kira pukul 1 lbh kot.lupe lak sampai batu tedung,memang santai habisla.tak tipu.Bentuk batu ni memang unik kerana menyerupai kepala ular tedung. Kteorng pon mkn lunch pack yg diesediakn oleh mak dodot.ikan asam pedas dgn dayur goreng n telur masin. Around pukul 3 ptg start hiking ke peak.Agak lambat di situ atas sebab2 yg xdpt nak dielak.


Batu tedung

Tiba di campsite around kul 4 kot.lupe lagi.Terus pacak fly sebab mendung2 dan mase setup fly, gedebush.haha.memang termakbul la doa dot pasal dot cakap lam hati nk mandi ujan :) Elok2 ujan brenti ape lagi start masak.ration takleh blah banyak (pasni xleh jadik gogo dah) so start masak cengkodok bebilis.sedap tak menu ni? masa dok masak kuala tak stabil tumpah la sebekas cengkodok.tukar port kt tanah alhamdulillah laku.time ni group OGKL smpai and park sebelah fly kami :)


Master chef kutu
Kem saiteee

Malam tu menu memang heaven.Ayam kicap n tomyam campur.ade tembikai jugak.resepi terbek dari Fida dan asrul. Tapi menu breakfast lagi takleh blah.nasi goreng, bihun goreng, teh o laici, dannnnnnnn siakap tiga puluh rasa.disebabkan tamak membeli ration, siap sedekah sekor siakap kat jiran sebelah.siap dapat balasan.hehe.time kasih orang sebelah.

Cam biasa malam tu main kad.cume xbape enjoy sikit main malam tu.sebab ape? hee. takpe pasni bobob men yang senang2 sikit ye dgn dot.pastu masuk tido la apelagi nk dibuat ye tak.kul 6 dah terjaga dek alarm phone awin melalak2.thanks la awin ko tido tent alarm kasik kteorng kan.haha.dek kul 6 tu jugak aku terbaca msg berbunyi

"mummy, lan dah smpai peak pukul 4.30 ptg.esok kul 11 pagi lan turun"

Aku agak terkejat kejut la.aku cek cek perut.takde lak kesan operation beranak ke ape.Sape pulak mengaku aku ibunye ni? Haishhh Lan, agak2 la rindu aku ko siap salah anta msg kan.haha.ni mesti penangan air tgn aku masak tomyam buat orang merindu2.haha.time kasih.haha(gelak jahat)

Pas ke perigi.oh ye perigi die terbaik bersih dan sejuk.cuci2 muke, gosok2 gigi terus masak kopi.tgk2 cik matahari nak kluar.so apelagi trus la naik peak batu tu menanti cik mentari.tapi kabus tebal pagi tu, xdpt capture sgt cik mentari.Ni je ha yang dapat >>


Adik saya lokman yang comel kan :)

Model-model Kutu :)

Bekpas pagi itu

After bekpas pagi tu kteorg pegi lak tgk kubu/bangunan tinggal. Memang meriah pasal sekali dengan geng OGKL berphoto gediks di situ :)


Cam biase time trun memang aku suke shoot.sebab nak latih kaki supaya rajin dan tak malas.turun dgn lina n asrul mulanya.tapi end up dgn lokman n alan n lina.slide xyah cakap.lumpur tu memang dah kawan2 dah.Time shoot bawah tu memang aim tiruk tiruk tiruk je. Bila sampai je bawah kira2 dua jam, lega lah tidak terkata.

Sungai Kampung Pertak

Minum kat mapley KKB

***RUMUSAN***

Trip ni berjaya walaupun ada 1st timer.Tahniah kat Lan ko dah berjaya n pasni leh join trip2 lain pulak.Sesiapa pun boleh berhiking kan! Paling huge thanks untuk asrul.tanpa guider apelah trip ni dan sweeper Cham.Respect tinggi kat Cham ko memang terbahek la kawannnnn :)

Bebudak UPSM, cam besa korang memang tak penah menghampakan.Lan, cawal, Eja, Shiro, Shama. Eja sonok dapat guling2 bwh fly.Puas giler!

Awin, aku risau gak tgn ko, alhamdulillah semua selamat. To cik jururawat comel Fida n naz, thanks sebab join! Paling penting kak pah penghangat suasana.rajin gile ke dapur. Thanks semua sekali.tanpa korang apelah trip ini.

Tak dilupakan buat peminjam ground n fly, Kak sal and abam amad! Thanks juge kepada sesiapa sahaja yang tlh men loankan brg kt kteorg.

Dot memohon ampun dan maap di atas kekurangan trip ini. Kalau ade terkasar bahasa n perilaku. Sayang lah kat korang :)
*****

Enjoy lah bideo di bawah ::




Monday, November 21, 2011

The mountain

I rarely share lyrics in my blog. But I just found this beautiful song about mountain.Please listen to it! MashaAllah you'll like it



The Mountain -
Hamza Robertson ft Sami Yusuf

I gave my Salam to the mountain
And I drank from the mountain stream
And I walked upon its surface
And it all felt like a dream
And this mountain it is a Muslim
And I feel like he’s my friend
And as I climbed on to his peak
I wished it would never end

CHORUS:
Allahu Allahu Allahu (throughout)
La Ilaha Ella Allah (throughout)
We should be like the mountain
It never complains
We should be like the mountain
It praises God and never complains
We should be like the mountain
Like the mountain

I gave my Salam to the mountain
And I strive through the wind and the snow
And something caught my eye up in the sky
And I wished it would never let go
Cause this mountain it is a Muslim
And I feel like he’s my friend
And as I climbed on to his peak
I wished it would never end

Subhanaka Ya Allah
Glory be to You oh Allah

On this mountain I feel complete
And while I’m here to this mountain I will speak

Subhanaka Ya Allah
Glory be to You oh Allah

And thank God for this wonderful day
And I know the mountain feels the same way

Subhanaka Ya Allah
Glory be to You oh Allah

CHORUS

We should be like the mountain
An awe-inspiring Muslim
As it is
We should be like the mountain
Like the mountain

La Ilaha Ella Allah
There's no God but Allah
Allahu Allah

Friday, November 11, 2011

Refleksi diri

Assalamualaikum wbt

Phew! Lama tak update is equals to lama tak travel, lama tak carry haversack, lama xmasuk hutan.Dan jelas berlaku pertambahan jisim badan yang ketara. Keje 12 jam dengan gigih shift siang, shift malam, kumpul duit banyak2 boleh stand by utk sebarang trip ad hoc. I wish!

Lama xupdate posting pasal personal stuff since awal tahun ni rasa nak turn this blog into travel blog. But few days ago bila i read my previous entry rasa macam woah, a lot things happened to me. A lesson learnt here and there.Ujian tak henti-henti dan I thank Allah for that. So y not sekali sekala citer pasal hati kan.haha

So that one day boleh selak2 balik ape yg I dah lalui.Hari ini tak mudah menangis, hari ini lebih positif. Yah kadang-kadang kecundang jugak dengan sel-sel negatif dalam minda. Syukur jumpe Prof Muhaya, a very brilliant person.You shud try to listen to her.

At the age of 24, in the year of 2011 ingatkan takda dah bertembung masalah kebudak-budakan. Di hujung2 tahun ni berjodoh plak dengan masalah berjenis demikian. Positive mind please! Alhamdulillah setakat ni masih berjaya menghadapinya.

So it told myself, berhentilah mencari salah siapa tapi berusaha mencari solutionnya. Tanya diri, apa yang kurang tentang aku, apa yang harus aku lakukan. Jika ia tentang hablumminannas, maka minta maaf kepada insan-insan yang pernah kita buat salah laku. Kita mungkin tak sedar akan salah kita dan cermin diri kita adalah orang sekeliling kita.

Jika kita melihat seseorang itu seperti diri kita sendiri, pasti kita tidak akan sampai hati untuk berbuat sesuatu yang buruk ke atasnya. Bersangka baik terhadapnya and If we apply this to our life, InsyaAllah kita mampu bersikap positif setiap masa.

Ya Allah, jangan Kau tarik kemanisan iman yang Kau kurniakan kepada aku, tetapkanlah hati aku agar tetap teguh memikul beban dakwahmu.

Marilah kita sama-sama amalkan doa dari Al-Mathurat ini ~



Allahumma sihatkanlah badanku,
Allahumma sihatkanlah pendengaranku,
Allahumma sihatkanlah penglihatanku.



Allahumma, aku berlindung padaMu dari rasa sedih dan gelisah,
dan aku berlindung padaMu dari sikap kedekut dan bakhil,
dan aku berlindung padaMu dari cengkaman hutang dan penindasan orang.


I’ll be back with more travelling experiences to be shared!



Tuesday, November 1, 2011

Sungai Chilling, Kuala Kubu Bharu

Santuari Ikan Kelah Sungai Chilling yang terletak kira-kira 12km dari bandar Kuala Kubu Baru merupakan sebuah destinasi menarik untuk dilawati. Ia menawarkan pakej lengkap iaitu trekking di dalam hutan, menikmati kesejukan sungai Chilling, merasai keindahan limpahan air terjun dan mandi bersama ikan-ikan kelah yang jinak.



Bagaimana hendak ke sana?


Anda boleh menggunakan laluan menghala ke Rawang dan perhatikan papan tanda Kuala Kubu Baru. Papan tanda yang diberikan amat jelas. Anda akan melalui Hutan Lipur Templer di Rawang, Darul Quran di Ampang Pecah dan seterusnya tiba di Pekan KKB. Sejurus tiba di Pekan KKB, papan tanda ke Sungai Chilling jelas kelihatan dan anda akan melalui Empangan Kuala Kubu Baru.


Apabila anda melalui sebuah jambatan kecil tinggalan British anda telah hampir dengan pintu masuk ke Sungai Chiling. Terus park kereta anda dan pintu masuk ke Sungai Chilling adalah di sebelah kanan anda.



Anda perlu berjalan selama 10 minit sebelum tiba di kaunter pendaftaran dan bayaran masuk adalah RM1. Kaunter pendaftaran adalah seperti gambar di bawah :





Kemudahan tandas dan surau yang disediakan untuk pengunjung.







Setelah berjalan selama 20-30 minit anda akan menempuh lintasan sungai yang ke-2. Teruskan berjalan dan hanya lintas sungai apabila anda menemui papan tanda berikut.

Apabila tiba di lintasan ke -6 ini menunjukkan anda semakin hampir ke Air Terjun.






Air Terjun Sungai Chilling






Ikan Kelah yang jinak. Jangan tiru aksi di atas. Anda dilarang untuk memberi ikan makan di sini. (Gambar hiasan)

Wednesday, October 12, 2011

Big Bad Wolf Book Sale

First and foremost, total spent for below books are only RM113. Now I can see you smile :) As the tag says, this is the cheapest book sale. Enjoy 75%-90% discount. The Big Bad Wolf sale will end this 16th Oct @ MAEPS, Serdang.



Al kisahnye xpernah la aku pegi sale Big Bad Wolf ni.Skali pegi trasa amat jakun sebab buku die sangat lah murah. Bersyukur aku tak dapat pegi sale PADINI haritu sebab sale ni lagi lah puas hati. So sempat la aku grab few books, xbaper few la jugak.adela sekotak kecik mcm kat bawah ni -->>


Buku ni pulak macam berjodoh pulak. Aku xde target akan jumpe such book la kan. Firstly yg aku nampak kt buku ni adelah word "seven summit" tu. Ade satu je pulak tu.Tho ade scratch sikit aku trus grab n pegang erat buku tu.Bahagianya.Tak sabar nak melayan buku ni!



Buku ni pulak.Last min jumpa.Bace synopsis kat belakang.pang ade word Everest.Trus grab lari ke kaunter.hehe. Kesimpulannya sangat2 la puas hati dengan hasil beli belah hari ini.Berbaloi-baloi untungnya. Jom pegi bace buku nye :)




So yang lain2 jangan lepaskan peluang sampai ahad ni je.Dengar katanye buku baru sentiasa je smpai everyday.sape yang rajin pegila repeat2 lagi. Selamat bershooping kawan-kawan :)






























Wednesday, July 13, 2011

CBL Chemerong - Berembun - Lata Lansir


Update 21/5/2015. Removed some photos where my friend dah pun bertudung skrg :)

It was fara who invited me to the trip yang di organize oleh Encik Stoned. Beriaya sangat budak kecik ni ajak pegi trekking.Maklumlah trip Yong Belar awal tahun aritu dah lama sgt lepas. Since budak ni dah ajak 1 bulan awal, gigihlah diri men sign up kan diri.Dot pun mula invite kengkawan gunung lain.Sorang2 cakap busy, xleh join. Down sebentar. Minggu2 terakhir bagi confirmation, barulah dapat msg dari bff kata die setuju nak temankan. Terharu sekejap.

Seperti yang dijanjikan, mlm tu kami gather kat LRT Gombak.Ayah and mak sent me there and ayah was the one yang paling esaited.Thanks Ayah! Kat sana jumpe Fara n Napi.Esaited jumpe Fara. Start malam tu bermulalah trio Fara, Napi & Dot menawan puncak Berembun, Chemerong, Lata Lansir atau ringkasnya CBL.Two of the participants dari Singapore sampai agak lewat that day sebab flight delay. So around 1.30 am gerak ke Terengganu and we reached Hutan Lipur at 6.30am.

Sampai2 je terus sambar beg and tunaikan solat subuh. Tukar baju trekking, Fara and I terus g tolong dayang prepare breakfast. Masa ni start la ice breaking kenal2 dengan geng2 dapur Kak Dayang & Cham maskulin.hehe.Lepas briefing oleh organizer, Encik Stoned Cham trus lead stretching and bacaan doa. Rasanya 9.30 baru start trekking.

Trek mendatar sehingga berjumpa sebatang pokok besar yang berlubang dalamnye. Boleh susun org di dalamnye.


MasyaAlla, tetap utuh pokok ni wlaupun berlubang2. Lepas tu kami tiba di kaki air terjun Chemerong. Serius tinggi air terjun ni.Cantik sangat. Bersyukur dapat jejak kaki kat salah satu tempat ciptaan Allah yang maha hebat ni.Sesi berphotoshoot pun bermula lah. Time ni la kenal Kak Erin & husbandnyer yang sgt sweet :)


Selepas cross air terjun tersebut, kami proceed berjalan sehingga trek semakin lama semakin canak. Trek Bukit Dinding paling psiko. Taukeh Along memberi nasihat dan semangat.Petuanya, jalan saja kiri kanan kiri kanan habis. Kalau dah pewai pewai la jugak.haha. Stamina dot n fara ni langsung xselari.Bila sorang pewai, sorang semangat.Bila yang semangat dah pewai yang pewai semangat pulak.Pun begitu Kehadiran bff yang setia menjadi sweeper kehormat kami berdua amat menenangkan jiwa.Terima Kasih daun keladi napie :)

At 1pm lebih kurang we arrived Kem Balak. Kat situ kami makan lunch pack kami. Time2 treking ni mana nak lalu makan.so gagah kanlah nak makan.Bila xhabis tu mintak maaf banyak2 pada Allah n sedekahkan kt semut2.Packing2 sampah kami sangkut di kem balak sebab nanti masih lalu kem balak.So bolehla buang time balik nanti. Selepas solat, diteruskan ke kem Y yang terletak 45 min je dari Kem balak.Nak ke kem Y jalan die landai aje.naik trun mcm biasa. di kem Y kami take 5 sebelum meneruskan perjalanan ke Puncak Berembun


kem balak




bonsai area sebelum tiba peak




Masa ni boleh tahan la ada naik ada turun.Sebelum tiba di puncak, kami melalui Kawasan bonsai.Cantik sesangat tgk bonsai2.Dulu kecik2 pokoknye skg lebih tggi dari orang.Kata senior2 gunung lah.Kira-kira jam 6 kot kami tiba di puncak berembun.Sejuk.




Seperti yang dijanjikan Napi n Fara, diorang pun masak la 2 bungkus mee PAMA.Dekat peak bertembung geng2 terawal lain mcm kak erin n adam. Xlama lepas tu husband kak erin pun smpai. Napi yang memikul air dari bawah pun mula la bukak stove n mestin n berganding bahu dgn fara masak mee n air kopi.Dot nk bgtahu korang kopi napi always the best walopun sebenarnye 3in1 kan.haha. Berkat mi yang sedikit tu la semua dapat merasa walopun sorang sedikit.

Puncak berembun dipenuhi dengan pokok2 yang tinggi jugak.so xde view la kat sana.On the way kt area bonsai tu mmg superb view. Kami proceed ke lubuk lesung lepas makan2.Disebabkan hari dah senja, dot napi n fara trekking sambil berlari2 menuruni gunung. Tau2 je dpt kejar group depan. Masing2 target xnak bukak headlamp.Alhamdulillah selamat tiba around 7 lebih tapi lubuk lesung pack dan jem.Atas ihsan 1 group chinese ni, kami dapatlah bersesak2 kat lata lansir. Tempat sempit n nasibla napi bawak fly n ground sndrik.dlm fly kecik tulah kami bertiga melindungi diri & tidur utk 1 malam.



lubuk lesung

Sebelum masuk tidur kami masak2 dulu.Menu malam tu ayam masak merah.Settle tolong2, fara dot n kak erin amik kesempatan mandi.masa tu dah larut malam tapi sebab rimas gagahkan diri gak mandi kat kolam2 di lansir tu.Bahagia betul gelap2 tu dpt mandi puas2 syampu2 gosok gigi sabun2.lega.lepas tu solat dan terus tido.Napi kejut ajak makan tapi masing2 xmau makan pasal dah malam sgt. Rasa lawak gak mlm tu tido.dak fara smpai dah kluar2 fly dah betapa keciknye fly kan.budak2 ni tido bole tahan lasak.Dot yg xbrape nk tido sgt mlm tu layankan jela.
Esok pagi terus bangun nak tgk sunrise.Takda rezeki sebab matahari agak segan pagi tu.lepas minum2 kopi, kemas2 fly n pindah ke kem site baru yakni lubuk lesung sebab ada group yang dah balik that day.Lega sekali kat sini sebab luasssssss.cm besa fara napi n dot bertiga.Time kasih napie jaga pintu fly.hihi.Cham n Kak dayang dah siap masak tapi kami bertiga lari naik kolam private atas bawak sleeping mat, barang2 masak n makan megi n minum kopi kt atas tu sambil2 tiruk.melayan perasaan 3 org kat atas ni.seronok.dah makan mandi dan mandi lagi.tiruk tiruk dan tiruk lagi.sliding kt batu2.haish seronoknye.



Petang tu ade rojak buah, lepak atas batu lubuk lesung dgn fara, napi n asrul sampai magreb. SERONOK :).Malam tu menu istimewa cham. kurma daging tak bersantan.Ko jgn sedih cham.lauk ko tetap habis.licin.sedap.agar2 anggur kan dayang pun cara gak.sedap.semua sedapp lah.
Pagi tu lepas tlg ala kadar kak dapur sebelum kakak singapore masak mee. Dot n Kak Dayang lari ke kolam private.Line clear xde org.bertiruk lah kami berdua.puas dpt syampu n keringkan rambut kt atas tanpa gangguan.Lepas sarapan, kami pun kemas2 kem site.sedih nye nak tinggalkan kem site.
Dlm 11.30 tu dah bertolak turun.Lalu trek ke Chemerong sampai bertemu Sg Bangang.Boleh tahan pacak gak dari Lansir tu.Tapi lepas tu mendatar sebelum jumpe Sungai Yu atau Sungai Bangang.Tempat ni lubuk. org suke terjun2 kat lubuk ni.lepas lubuk tu, trek nye gak.Tapi napi dah pesan, never say never. Tak lama lepas tu menurun je.Time ni pun berlari gak trekking ke bawah.Esaited xhengat.Dot paling suke time balik sebab suke mencabar diri utk xbanyak berenti.
lubuk yu / sungai bangang


photo gediks session

Time balik ni kami cut kem Y trus tiba Kem Balak. Lunch kat sana, napi n cham buat air sirap limau.Group belakang xsmpai lagi so kami proceed dulu.Ada yang singgah lubuk tapi dot n fara xmau kesana.Kami terukan perjalanan hingga jumpa seraya besar pokoknye.
Akhirnya kami selamat tiba di Hutan Lipur sekitar pukul 4.30 petang bersama dengan guider wawa, Indera n encik doc.Kami pertama sekali smpai.Sesi berphoto gedik diteruskan dgn n napi.Nasibla cameraman ni x merungut kene amik gambar. Trip CBL ni dot bagi 10 bintang. Ramai, xsempat kenal smua.Tapi yang mana semapt tu memang syok la dpt kenal org dari diff background tp minat yang sama.Hiking! Terima Kasih semua utk pengalaman tak ternilai ni.Korang memang superstar.


Trip 3 hari ni mengikat lagi friendship dot n my bff. Napi lah sahabat dunia akhirat. Tak diduga, mcm yang Fara janji, dia teman dot smpai habis trip. Akhirnya 3 trio ni jadik kembar 3 yang sentiasa bersama-sama, kemana-mana.Fly yang kecik dan sempit tu sebenarnya yang make us closer kan! 3hari yang luar biasa.Thanks for everything!


p/s:sampah yg kami tinggal di kem balak dah ade org kutip.Thanks geng gunung yg

budiman.Klau korang treking jumpe smpah, ambik je sebab mungkin ada smpah korang yang org tlg kutip yang korang xsedar. Peace to all hikers :)


Wednesday, June 1, 2011

Tasik Chini | Chini Lake


Tasik Chini is located at 250km from Kuala Lumpur. It is accessible by road, take exit to Gambang and straightaway to Pekan, Pahang. Lake Chini has its own legend.The people there believe that there is a magical dragon that lives in the lake ( source : a pamplet).

Activities that can be done there are :
  1. Lake tour
  2. Fishing
  3. Horse Riding
  4. Fish feeding
  5. Blow pipe challenge
  6. Visting Jakun's settlement and so on.
As for us, we went for lake tour by boat.There are numbers of packages and we took a "melawat 12 lautan & melawat perkampungan orang asli" package that cost RM60. The package is for 4 pax and additional passenger will be charge extra RM15 per pax.

Antara lautan-lautan yang ada

dapatlah tengok teratai sikit2

We were a bit unlucky because it was not lotus season. August is the best month for sight seeing as the lake will be covered with bunga teratai :)

At the jetty, you can see a lot of lampan fish (if i was not mistaken). So korang bolehlah bagi makan kat ikan2 ni sebab diorang jual makanan ikan as cheap as RM2 per tupperware. awesome kan!


Kampung Tanjung Puput-rumah orang asli jakun

And oh ya! sebagai seorang almni UKM im very proud to announce that kat sane ade pusat penyelidikan UKM.Go UKM! :D

There's a resort run there namely Lake Chini Resort. The room is as cheap as RM90. If you prefer camping then RM5 will be charged per head.For more info about Lake Chini Resort, you may go tohttp://www.lakechiniresort.com.