Tuesday, November 1, 2011

Sungai Chilling, Kuala Kubu Bharu

Santuari Ikan Kelah Sungai Chilling yang terletak kira-kira 12km dari bandar Kuala Kubu Baru merupakan sebuah destinasi menarik untuk dilawati. Ia menawarkan pakej lengkap iaitu trekking di dalam hutan, menikmati kesejukan sungai Chilling, merasai keindahan limpahan air terjun dan mandi bersama ikan-ikan kelah yang jinak.



Bagaimana hendak ke sana?


Anda boleh menggunakan laluan menghala ke Rawang dan perhatikan papan tanda Kuala Kubu Baru. Papan tanda yang diberikan amat jelas. Anda akan melalui Hutan Lipur Templer di Rawang, Darul Quran di Ampang Pecah dan seterusnya tiba di Pekan KKB. Sejurus tiba di Pekan KKB, papan tanda ke Sungai Chilling jelas kelihatan dan anda akan melalui Empangan Kuala Kubu Baru.


Apabila anda melalui sebuah jambatan kecil tinggalan British anda telah hampir dengan pintu masuk ke Sungai Chiling. Terus park kereta anda dan pintu masuk ke Sungai Chilling adalah di sebelah kanan anda.



Anda perlu berjalan selama 10 minit sebelum tiba di kaunter pendaftaran dan bayaran masuk adalah RM1. Kaunter pendaftaran adalah seperti gambar di bawah :





Kemudahan tandas dan surau yang disediakan untuk pengunjung.







Setelah berjalan selama 20-30 minit anda akan menempuh lintasan sungai yang ke-2. Teruskan berjalan dan hanya lintas sungai apabila anda menemui papan tanda berikut.

Apabila tiba di lintasan ke -6 ini menunjukkan anda semakin hampir ke Air Terjun.






Air Terjun Sungai Chilling






Ikan Kelah yang jinak. Jangan tiru aksi di atas. Anda dilarang untuk memberi ikan makan di sini. (Gambar hiasan)

2 comments: