Update 21/5/2015. Removed some photos where my friend dah pun bertudung skrg :)
It was fara who invited me to the trip yang di organize oleh Encik Stoned. Beriaya sangat budak kecik ni ajak pegi trekking.Maklumlah trip Yong Belar awal tahun aritu dah lama sgt lepas. Since budak ni dah ajak 1 bulan awal, gigihlah diri men sign up kan diri.Dot pun mula invite kengkawan gunung lain.Sorang2 cakap busy, xleh join. Down sebentar. Minggu2 terakhir bagi confirmation, barulah dapat msg dari bff kata die setuju nak temankan. Terharu sekejap.
Seperti yang dijanjikan, mlm tu kami gather kat LRT Gombak.Ayah and mak sent me there and ayah was the one yang paling esaited.Thanks Ayah! Kat sana jumpe Fara n Napi.Esaited jumpe Fara. Start malam tu bermulalah trio Fara, Napi & Dot menawan puncak Berembun, Chemerong, Lata Lansir atau ringkasnya CBL.Two of the participants dari Singapore sampai agak lewat that day sebab flight delay. So around 1.30 am gerak ke Terengganu and we reached Hutan Lipur at 6.30am.
Sampai2 je terus sambar beg and tunaikan solat subuh. Tukar baju trekking, Fara and I terus g tolong dayang prepare breakfast. Masa ni start la ice breaking kenal2 dengan geng2 dapur Kak Dayang & Cham maskulin.hehe.Lepas briefing oleh organizer, Encik Stoned Cham trus lead stretching and bacaan doa. Rasanya 9.30 baru start trekking.
Trek mendatar sehingga berjumpa sebatang pokok besar yang berlubang dalamnye. Boleh susun org di dalamnye.
MasyaAlla, tetap utuh pokok ni wlaupun berlubang2. Lepas tu kami tiba di kaki air terjun Chemerong. Serius tinggi air terjun ni.Cantik sangat. Bersyukur dapat jejak kaki kat salah satu tempat ciptaan Allah yang maha hebat ni.Sesi berphotoshoot pun bermula lah. Time ni la kenal Kak Erin & husbandnyer yang sgt sweet :)
Selepas cross air terjun tersebut, kami proceed berjalan sehingga trek semakin lama semakin canak. Trek Bukit Dinding paling psiko. Taukeh Along memberi nasihat dan semangat.Petuanya, jalan saja kiri kanan kiri kanan habis. Kalau dah pewai pewai la jugak.haha. Stamina dot n fara ni langsung xselari.Bila sorang pewai, sorang semangat.Bila yang semangat dah pewai yang pewai semangat pulak.Pun begitu Kehadiran bff yang setia menjadi sweeper kehormat kami berdua amat menenangkan jiwa.Terima Kasih daun keladi napie :)
At 1pm lebih kurang we arrived Kem Balak. Kat situ kami makan lunch pack kami. Time2 treking ni mana nak lalu makan.so gagah kanlah nak makan.Bila xhabis tu mintak maaf banyak2 pada Allah n sedekahkan kt semut2.Packing2 sampah kami sangkut di kem balak sebab nanti masih lalu kem balak.So bolehla buang time balik nanti. Selepas solat, diteruskan ke kem Y yang terletak 45 min je dari Kem balak.Nak ke kem Y jalan die landai aje.naik trun mcm biasa. di kem Y kami take 5 sebelum meneruskan perjalanan ke Puncak Berembun
kem balak
bonsai area sebelum tiba peak
Masa ni boleh tahan la ada naik ada turun.Sebelum tiba di puncak, kami melalui Kawasan bonsai.Cantik sesangat tgk bonsai2.Dulu kecik2 pokoknye skg lebih tggi dari orang.Kata senior2 gunung lah.Kira-kira jam 6 kot kami tiba di puncak berembun.Sejuk.
Seperti yang dijanjikan Napi n Fara, diorang pun masak la 2 bungkus mee PAMA.Dekat peak bertembung geng2 terawal lain mcm kak erin n adam. Xlama lepas tu husband kak erin pun smpai. Napi yang memikul air dari bawah pun mula la bukak stove n mestin n berganding bahu dgn fara masak mee n air kopi.Dot nk bgtahu korang kopi napi always the best walopun sebenarnye 3in1 kan.haha. Berkat mi yang sedikit tu la semua dapat merasa walopun sorang sedikit.
Puncak berembun dipenuhi dengan pokok2 yang tinggi jugak.so xde view la kat sana.On the way kt area bonsai tu mmg superb view. Kami proceed ke lubuk lesung lepas makan2.Disebabkan hari dah senja, dot napi n fara trekking sambil berlari2 menuruni gunung. Tau2 je dpt kejar group depan. Masing2 target xnak bukak headlamp.Alhamdulillah selamat tiba around 7 lebih tapi lubuk lesung pack dan jem.Atas ihsan 1 group chinese ni, kami dapatlah bersesak2 kat lata lansir. Tempat sempit n nasibla napi bawak fly n ground sndrik.dlm fly kecik tulah kami bertiga melindungi diri & tidur utk 1 malam.
lubuk lesung
Sebelum masuk tidur kami masak2 dulu.Menu malam tu ayam masak merah.Settle tolong2, fara dot n kak erin amik kesempatan mandi.masa tu dah larut malam tapi sebab rimas gagahkan diri gak mandi kat kolam2 di lansir tu.Bahagia betul gelap2 tu dpt mandi puas2 syampu2 gosok gigi sabun2.lega.lepas tu solat dan terus tido.Napi kejut ajak makan tapi masing2 xmau makan pasal dah malam sgt. Rasa lawak gak mlm tu tido.dak fara smpai dah kluar2 fly dah betapa keciknye fly kan.budak2 ni tido bole tahan lasak.Dot yg xbrape nk tido sgt mlm tu layankan jela.
Esok pagi terus bangun nak tgk sunrise.Takda rezeki sebab matahari agak segan pagi tu.lepas minum2 kopi, kemas2 fly n pindah ke kem site baru yakni lubuk lesung sebab ada group yang dah balik that day.Lega sekali kat sini sebab luasssssss.cm besa fara napi n dot bertiga.Time kasih napie jaga pintu fly.hihi.Cham n Kak dayang dah siap masak tapi kami bertiga lari naik kolam private atas bawak sleeping mat, barang2 masak n makan megi n minum kopi kt atas tu sambil2 tiruk.melayan perasaan 3 org kat atas ni.seronok.dah makan mandi dan mandi lagi.tiruk tiruk dan tiruk lagi.sliding kt batu2.haish seronoknye.
Petang tu ade rojak buah, lepak atas batu lubuk lesung dgn fara, napi n asrul sampai magreb. SERONOK :).Malam tu menu istimewa cham. kurma daging tak bersantan.Ko jgn sedih cham.lauk ko tetap habis.licin.sedap.agar2 anggur kan dayang pun cara gak.sedap.semua sedapp lah.
Pagi tu lepas tlg ala kadar kak dapur sebelum kakak singapore masak mee. Dot n Kak Dayang lari ke kolam private.Line clear xde org.bertiruk lah kami berdua.puas dpt syampu n keringkan rambut kt atas tanpa gangguan.Lepas sarapan, kami pun kemas2 kem site.sedih nye nak tinggalkan kem site.
Dlm 11.30 tu dah bertolak turun.Lalu trek ke Chemerong sampai bertemu Sg Bangang.Boleh tahan pacak gak dari Lansir tu.Tapi lepas tu mendatar sebelum jumpe Sungai Yu atau Sungai Bangang.Tempat ni lubuk. org suke terjun2 kat lubuk ni.lepas lubuk tu, trek nye gak.Tapi napi dah pesan, never say never. Tak lama lepas tu menurun je.Time ni pun berlari gak trekking ke bawah.Esaited xhengat.Dot paling suke time balik sebab suke mencabar diri utk xbanyak berenti.
lubuk yu / sungai bangang
photo gediks session
Time balik ni kami cut kem Y trus tiba Kem Balak. Lunch kat sana, napi n cham buat air sirap limau.Group belakang xsmpai lagi so kami proceed dulu.Ada yang singgah lubuk tapi dot n fara xmau kesana.Kami terukan perjalanan hingga jumpa seraya besar pokoknye.
Akhirnya kami selamat tiba di Hutan Lipur sekitar pukul 4.30 petang bersama dengan guider wawa, Indera n encik doc.Kami pertama sekali smpai.Sesi berphoto gedik diteruskan dgn n napi.Nasibla cameraman ni x merungut kene amik gambar. Trip CBL ni dot bagi 10 bintang. Ramai, xsempat kenal smua.Tapi yang mana semapt tu memang syok la dpt kenal org dari diff background tp minat yang sama.Hiking! Terima Kasih semua utk pengalaman tak ternilai ni.Korang memang superstar.
Trip 3 hari ni mengikat lagi friendship dot n my bff. Napi lah sahabat dunia akhirat. Tak diduga, mcm yang Fara janji, dia teman dot smpai habis trip. Akhirnya 3 trio ni jadik kembar 3 yang sentiasa bersama-sama, kemana-mana.Fly yang kecik dan sempit tu sebenarnya yang make us closer kan! 3hari yang luar biasa.Thanks for everything!
bestnyer..!!!! Jelesh....!!!!!
ReplyDeletebtw, dot, ko nmpak cute ngn pakai short munger+leggings cm2. Tgelak2 aku bila tgk gmbo 2..!!
Harap2 kita leh trekking sama2 t. Nk tau gak, ko mcmana orangnya....
wah laju.hehe.maceh2.pengsan 10 hari ko kate aku cute.hehe.insyaAllah.nt kite treking same.ko mesti suke kwn dgn aku sebab aku best.haha
ReplyDeletebest kan kt sini.. dulu pernah gi sini 2org je ngan mmber.. smpai kt sane guide tu xkasi naik sbb dua org je nk panjat gunung takut ape2 jadi susah.. last2 trekking smpai air terjun je.. pastu masak2 n turun blk, last2 lepak kt pantai kemaman je.. hahhah.. xkesampaian lg nk naik puncak.. ape2 pun congratz~
ReplyDeletetuan tanah ni nama dot ye?
ReplyDeletelasak jugak aktiviti bergunung ni tp belum penah cuba sbb rasa tak fit. tp CBL ni mencabar ke utk beginner?
abg faiz : best sgt.sayang la xleh masuk ke lansir n lesung tu.tp tpt ni bole tahan gak crite2 'keras' nyer.myb sebab tu kot die xkasik masuk.huu
ReplyDeletefatt:haha.segan la backpacker otai bace belog yg update setahun sekali ni.bg dot kan fatt trek die moderate la.soal fitness kan, asalkan sebelum event tu jogging xde hal lah.okey punya.utk beginner pun oke :)
waa besh.. group kitaorang selisih dgn Chinese group tu masa kita on the way naik
ReplyDeleteramai kan org arituu
ReplyDeletegroup Latepackers 80 org lebih.. tp diaorang terus ke Lansir, kitaorang lepak Kem Balak. santai jer hu hu main air kat air terjun bawah sikit dr kem Balak
ReplyDeletekiteorg shoot lansir gak pastu sabtu tu satu hari meroyan kat lansir.mandi smpai lebam.hehe
ReplyDeletehttp://roshidayah1992.blogspot.com/2015/03/trip-santai-10-jam-chemerong-berembun.html
ReplyDeletekami baru je sampai hehe
ni next hiking =D
walaupun dah lama.
ReplyDeleteaku pun nak bagi 10/10
walaupun dah lama. masih segar di ingatan .
ReplyDeletenak bagi 10/10
Encik Adam : throwback ni. kalau pegi lagi tah cenggana stamina haha
ReplyDelete