Tuesday, May 19, 2015

Bali - Surabaya - Jogja 2015 Part 5 (Final Episode)

7 Februari 2015 - Jelajah Gunung Merapi dan Candi Borobodur

Kami bergerak sekitar jam 3:00 pagi untuk ke Gunung Merapi dan tiba ngam-ngam waktu solat subuh. Usai Subuh, kami menunggu four wheel kami. Ada yang memilih untuk menaiki motor cross. Aktiviti kami hari ini adalah menelusuri kawasan sekitar Gunung Merapi, photoshoot dan melawat muzium mini yang menempatkan tinggalan letusan Gunung Merapi.


Four Wheel Tour around Gunung Merapi

Seronok sangat! Cume mood berkecamuk hari tu. Orang lain siap berdiri bagai atas four wheel, awak leh duduk je siap nak sebak. Tak seiring betul hentakan jeep tu dengan emosi sendiri. Yang sebenarnya rasa tak sedap badan sejak cave tubing semalam lagi. Akhirnya gerak hati tu tepat. Balik dari Jogja terus buat test, alhamdulillah disahkan pregnant. Patutla emosi tah ape-ape. Orang seronok bergambar awak rasa lonely je. 





Pakej kami ambil ni lebih kepada ride motor cross or four wheel around Merapi viewpoint la. Bukan mendaki Merapi. Kami berhenti di a few spot untuk bergambar. Di satu tempat suami yang naik motor cross ajak cuba membonceng di belakang. Seronok la first time naik motor cross, hentak sana sini. Baby oh baby :). Habis ibu melasak while ibu tak tahu kamu dalam perut.







Batu Alien

Batu ini berbentuk seperti wajah manusia. Dipercayai datangnya dari letusan Merapi tahun 2010. Batu ni sangat besar. Imagine tercampak sejauh ini.




Muzium Sisa Hartaku

5 Nov 2010 adalah tarikh di mana Gunung Merapi meletus. Banyak nyawa yang terkorban. Ada yang kini telah berpindah ke tempat yang jauh sedikit dari kawasan letusan. Namun ada juga yang masih di situ. Di sini dihimpunkan beberapa benda yang tertinggal selepas letusan tersebut.






Candi Borobodur

Kami meneruskan lagi perjalanan kami untuk tour sekitar Jogja. Tapi dek faktor masa hanya sempat cover Candi Borobodur. Tiket masuk naik mendadak kali ini. Sebaiknya, ambil lah tour guide supaya anda tahu apa yang tersirat di sebalik ukiran candi ini. Saya pernah gunakan khidmat tour guide tahun 2012 dulu. Berbaloi. Tapi tiket yang naik mendadak ni, pasti menyesakkan budget traveller macam kami. Jika ada student card sila bawa. Penjimatan yang banyak.




Selesai melawat candi, kami dibawa shopping di butik yang menjual hasil batik. Harganya ok lah, tak semurah Jalan Malioboro. Tetapi bercakap dari segi kualiti, ia lebih baik. Hari itu kami free and easy. flight pulang ke Malaysia tengah hari esok.




8 Februari 2015 - Jalan Malioboro dan Pasar Beringharjo

Pagi itu usai sarapan kami sambung shopping di Pasar Beringharjo yang terletak di Jalan Malioboro. Jalan Malioboro memang meriah di hari minggu. Ramai orang. Tips untuk berbelanja murah di Pasar Beringharjo adalah datang sewal pagi. Bagi mereka customer pertama tu pembuka rezeki la macam kepercayaan Orang Cina.




Banyak lagi kawasan sekitar Jogja yang boleh dilawati. Jika anda mahukan sesuatu yang lebih dekat dengan alam bolehla ke Gunung Kidul atau Pantai Timang. Ada juga WWR sekitar Jogja, tapi saya tiada pengalaman untuk di kongsi. Di sekitar bandar Jogja sendiri, wajib untuk anda melawat Taman Sari. Ia istana lama yang kolamnnya masih utuh dan cantik.




Supir

Kami bergerak ke airport dihantar Supir yang menemani kami sejak dari Surabaya. Kami menggunakan khidmat beliau dari Surabaya hingga ke Jogja. Banyak tidur dalam van dan aktiviti padat. Berat untuk saya suggestkan khidmat beliau kerana ada rakan-rakan traveller yang tak bernasib baik, apa yang dijanjikan, tak ditepati. Isunya, saya juga tak pasti. Tapi, so far khidmat beliau yang termurah setelah kami compare 2-3 agent. Beliau adalah Fajar dari Tripjavanesia. Semoga anda juga bernasib baik seperti kami :)

Yang pegang GoPro itulah supir kami.



Tamatlah sudah entri perap Februari. Semoga saya semakin rajin nak publish entri perap yang lain :)



6 comments:

  1. dah boleh teka yang satu tu..apa pun tahniah, dot...jaga diri bebaik2...

    ReplyDelete
  2. As salam sis. saya baru jumpa blog sis ni. best la!.

    Saya pun ada plan nak travel seluruh indonesia before umur saya 30 tahun. saya cuma pernah ke bali and bandung, tu pun dengan family. Kalau boleh nak travel macam sis dengan backpackers yang lain untuk pergi tempat exotic, if dengan family cuma pergi tempat yang mainstream je.

    so sy nk tnya sis, macamna nak cari travel buddies yang nk ikut sama, sebab kawan2 saya bukan jenis kaki travel. pernah juga nk pikir travel solo , tapi takut pula hmmm. sis rasa ok tak travel solo as long as saya ikut precaution yang ada?

    Thanks for your feedback.

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. Wslm sis,

    Hopefully you'll be able to read this later. Takut lupa pernah comment kan :)

    Nak compare experience dgn org lain, kecik sgt experience sy ni. Kekangan masa, duit, dan hobi2 lain so dptlah pegi few places je. Tu pun still dalam comfort zone sebab plg jauh so far Indonesia. Belum lagi pegi negara yg ade language barrier. Tapi cuba jela jawab mana boleh kan?

    (1) Travel Buddies. Asalnya, start travel selain family dgn kawan2 study dulu. Tapi tak last forever pn klik ni sebab bukan semua ada passion kat travel. Then start travel berdua dengan buddy perempuan. Dari beliau, saya kenal traveller lain, and start join. Semuanya happened coincidentally. Ada jugak kenal dari hobi lain (eg dari hiking). And last skali, end up married with someone yg suka travel jugak. So ringkasnya mcm tu.

    Kalau travel buddy tu tak best dr segi, susah nk ajak bincang, tak jaga solat saya akan lebih prefer tak repeat dgn dia. Of course kita nak orang yg senang bincang dan jaga solat. Incase kita leka, ada yang ingatkan. Dan, seluruh trip diberkati Allah insyaAllah :)


    (2) Going solo. Mcm saya ckp, sy still in comfort zone, tak pernah terfikir nk go solo. sebab saya suka ada kawan, taknak boring. Boleh la kata saya ni xbrape adventure orgnya tapi bila ada peneman, lebih2 lagi mahram, ia memudahkan kita. Macam Islam dah gariskan. Pernah jugak tak btl2 ikut panduan dlm Islam. Tapi sekurangnya travel dgn partner perempuan. Ada sebab Allah letak garis panduan tu.

    TAPI, saya tak kondem solo traveller memana pun. Masing2 ada cara yg tersendiri, terserah anda selesa dengan cara yang mana. Yg penting capai niat nk travel tu. Niat tu mestilah lillahitaala :)

    ReplyDelete
  5. jadi panduan untuk sesiapa nak melancong ke seberang sana..

    ReplyDelete