Tuesday, May 19, 2015

Bali - Surabaya - Jogja 2015 Part 3

5 Februari 2015 - Bromo - Air Terjun Madakaripura - Jogjakarta


Bromo - Penanjakan 1

Kami tiba sekitar jam 2:00 - 3:00 pagi dan harus bangun jam 5:00 pagi. Jeep dijangka bergerak sekitar waktu itu. Pengalaman pertama saya adalah pada tahun 2012 (klik sini untuk flashback), dan ketika itu saya melihat Bromo dari puncak sebuah bukit yang perlu didaki sekitar 30 minit. Kali ini kami melihatnya dari Penanjakan 1. Homestaynya selesa dan sangat sejuk.

Kalau dulu seawal jam 5:30 pagi kami sudah mula bergerak untuk pendakian. Kali ini boleh dikatakan agak lewat memandangkan jarak homestay kali ini lebih jauh dari sebelumnya. Jika melalui Penanjakan 1 ini, segala kemudahan sudah tersedia seperti surau, tandas, kedai cenderamata dan kedai makan. Anda juga tidak perlu bersusah payah untuk mendaki, hanya perlu naik beberapa anak tangga. 

Cabarannya hanyalah nak mendapatkan spot untuk shoot gambar terbaik kerana orangnya teramat ramai. Ada benda yang anda nak kejar. Sunrise di sebelah kiri manakala view Bromo-Semeru-Batok di sebelah kanan. Dua-duanya Subhanallah cantik! Kali ini saya dan suami hanya bawa GoPro maka, tak mampu nak zoom. Kelihatan sayup dari jauh. View dari Bukit yang saya daki dahulu lebih dekat dan cantik. Maaf saya lupa nama view point itu. 


 Sunrise sebelah kiri yang saya maksudkan

  
View mount Batok, Bromo dan Semeru. 
Ia agak jauh lagi-lagi jika tak punya kamera yang boleh zoom.



Ia cabaran utama untuk mendapatkan spot terbaik. 
Lihat ramainya manusia. Ini pun selepas ramai meninggalkan viewpoint.



Bukit Cinta 

Setelah hampir sejam di situ kami meneruskan perjalanan ke Bukit Cinta. Satu lagi view point menarik untuk melihat Bromo-Semeru-Batok. Ia kelihatan lebih dekat, lebih macam lukisan. Gambar di bawah bukan dari puncak bukit, tapi dari bawah bukit.




Bromo - Pendakian Bromo

Kami meneruskan perjalanan ke starting point pendakian Bromo. Setibanya di sana kami dikerumuni pembawa kuda. Kuda ini akan ditarik oleh pemiliknya sehingga ke kaki tangga Bromo. Hampir kesemua teman menaiki kuda. Mengingatkan pengalaman lalu, selalunya upah menaiki kuda akan berkurang/semakin murah apabila mendekati puncak. Mereka akan sentiasa mengekori kita sambil berkata, "Jauh ni bu, capek nanti. Naik kuda aja". Sebabkan dah ada strategi, saya biarkan saja mereke menurunkan harga sehingga saya rasa berbaloi.

Saja saya dan adik berjalan sehingga ke kawasan berbukit, kemudian baru menerima tawaran. Kami mendapat tawaran yang terbaik pegi ke kaki Bromo dan patah balik ke jeep rasanya sekitar Rp 40,000. Ada di antara teman kami ditawarkan Rp 100,000 sehala sahaja. That's a major different. So tipsnya, jalan dlu sampai halfway and minta diskaun 50% patah balik :) Sebenarnya bukan semua pemilik kuda. Ada yang sekadar menyewa dari tuan punya kuda. Jadi, mahu tidak mahu ,untuk pulang modal sewaan kuda mereka sanggup menawarkan berapa saja asalkan tidak berhutang dengan penyewa kuda.








Bromo - Savana Teletubbies

Yang sebenarnya kami tak di bawa ke bukit teletubbies. Ia terletak ke luar sedikit dari tempat kami turun. Ia cantik, namun bukan Bukit Teletubbies yang dijanjikan. Melihatkan kawan-kawan seronok bergambar, saya biarkan saja. Kawasan ini sebenarnya sangat hijau sebelum terjadi kemarau. Ia kawasan berbukit, penuh rumput dan sepatutnya berbunga cantik.







Bromo - Pasir Berbisik

Ia seperti padang pasir tapi bezanya pasir gunung berapi, bewarna kelabu. Kesimpulannya kesemua tempat lawatan di Bromo ini terlalu indah, Wajib diabadikan dalam gambar. Sekitar jam 10:00 pagi kami terus kembali ke homestay dan bersiap-siap ke lokasi seterusnya, Madakaripura.

Gambar di Pasir Berbisik semua ihsan Rezwan Hamzah. Bateri kami habis :(



Saya suka gambar ni. Dan saya hide kan gambar rakan-rakan saya yang free hair sebab saya sayangkan mereka lillahitaala :)



Air Terjun Madakaripura

Amaran Keras : Gambar kurang memuaskan sebab tak amik tindakan awal utk avoid cover lense fogging. Lesson learnt :)

Perjalanan sangat jauh tapi ia satu laluan untuk ke Jogjakarta. Sekitar jam 2:30 petang kami tiba dan disambut dengan hujan renyai-renyai. Disebabkan dah tiba, kami tetap meneruskan perjalanan dan bersiap sedia untuk basah.

Anda perlu bersedia untuk diekori oleh penduduk setempat yang menawarkan upah guide. Walhal kami sudah mempunyai guide sendiri yang disediakan supir kami namun, mereka berkeras untuk ikut. Kami sampai meninggi suara untuk menolak mereka tapi tak berjaya. Cumanya kami memang tak bayar langsung kerana pada awalnya kami sudah pun menolak. Adalah Rp 5,000 diberi teman. Mereka kelihatan kecewa dan berlalu pergi. Bukan kejam, tapi kami juga terikat dengan budget dan kami sudah ada guide sendiri. Sepatutnya tanggungjawab supir untuk berbincang dengan mereka.


Perjalanan menuju ke penghujung air terjun, dari kejauhan boleh lihat air terjun.
Ada banyak air terjun yang akan ditemui along the way.



Air terjun dari celahan batu, dari puncak, splash everywhere! 
Seronok sangat dan bersyukur sangat dapat melihat ciptaan Allah yang maha hebat.




View memang cantik. seolah-olah kita berada di dasar gaung gunung. Ala-ala grand canyon tu. Air terjun keluar dari lubang celah-celah gunung. Kami terus berjalan hingga ke air terjun utama. Air yang jatuh dari puncak sangatlah tinggi. Berada di bawah tu memang sejuk dan tempias. Hati tak habis-habis memuji Allah, alam ciptaaNya terlalu sempurna.

We're almost there. Penghujung Air Terjun makin kelihatan.


Inilah rupanya Air Terjun Madikapura. Disebabkan punca air terjun ni sangat tinggi, memang confirm basah kuyup. Angin pulak sangat kuat.




Part tak seronoknya, kami trekking dalam keadaan rush dan hanya dibenarkan mandi seketika. Alasannya kepala air. Sedangkan, hujan itu sudah lama tinggal lagi renyai-renyai. Sempat berada dalam setengah jam sahaja di sana kerana perjalanan kami ke Jogja masih jauh. Air Terjun Madikapura memang ciptaan Dia yang sangat hebat. Tak rugi harus rush ke sini :)

Malam itu kami hanya tidur di dalam van kerana dijangka tiba di Jogja waktu pagi.

Bersambung lagi



No comments:

Post a Comment