Tuesday, May 19, 2015

Bali - Surabaya - Jogja 2015 Part 4

6 Februari 2015 - Hello Jogjakarta! 

Akhirnya kami tiba di Jogja tapi jam 6:00 pagi. Ia sudah terlalu lewat. Maka setibanya di Edu Hostel, kami terus minta izin untuk solat dahulu. Edu Hostel sentiasa menjadi pilihan saya. Biliknya selesa. 1 dorm untuk 6 orang berkongsi 1 tandas dan 2 kamar mandi. Dan harga per katil include breakfast. Sajiannya adalah menu tempatan. Sekitar jam 7:00 pagi kami masuk ke bilik dan hanya berbaring sekejap sebelum mandi dan siap-siap sarapan untuk aktiviti seterusnya hari ini. 



Gunung Kidul - Cave Tubing, Gua Kalisuci

Sekitar 2 jam dari Edu Hostel, kami tiba dia Gunung Kidul untuk aktiviti seterunya which is cave tubing. Untuk aktiviti ini, kami perlu pakai life jacket dan pad untuk lutut dan siku. Alatannya agak lusuh. Kami memulakan aktiviti dengan berdoa dan diberi sedikit taklimat sebelum memulakan aktiviti. Di pintu masuk gua, kami turun seorang demi seorang. Kemudian kami diberikan pelampung dan seorang demi seorang turun sebelum disusun oleh guide seperti kereta api.


 




Pada fikiran saya, arus deras yang akan bawa kami, rupanya ia seolah-olah tiada arus di dalam gua. Kami disusun seperti keretapi kemudian ditarik oleh guide. Keluar dari gua, arus sedikit laju apabila sungai mulai ade jeram. Ada juga yang mendajal kawan lain sampai terbalik pelampung.


 
 

Perjalanan adalah dalam 40 minit, melalui 3 gua. Sambil ditarik guide menceritakan la sikit fakta tentang gua-gua ni. Untuk menambah pengalaman, ok la. Tapi untuk repeat, tak kot. Dalam 30 minit kami tiba di penghujung. Kami pun naik dan bersiap untuk destinasi seterusnya.



Pantai Timang - Gondola

Sekitar 1 jam lebih kurang, kami tiba di Pantai Timang. Perjalanan ke sana sangat jauh ke dalam. Jalannya sempit. Kadang berbatu, kadang tanah. Apa yang menjadi tarikannya di sini adalah gondola kayu. Asalnya ia digunakan untuk penduduk setempat pergi ke Pulau Panjang yang terletak di seberang, buat memasang perangkap lobster. Sebelum kewujudan gondola, penduduk menaiki bot tapi, ia lebih merbahaya dan rugi kerana apabil hendak meletakkan sangkar lobster, ia rosak dipukul ombak yang kuat.

Batu karang yang banyak di darat. Air laut surutkah?



  
Sehingga kini ia masih digunakan untuk tujuan yang sama, tapi turut dibuka untuk umum. Harga untuk mencuba gondola ini adalah Rp 200,000 per orang. Ia menggunakan tenaga 4 orang lelaki untuk menarik tali gondola secara manual.


Pemandangannya memang sangat cantik. Tapi perlu ingat, pernah juga tali gondola ini putus semasa digunakan. No helmet of life jacket. Di bawahnya berbatu dan ombak kuat. Tiada insurans keselamatan. Maka terletak pada hemat sendiri mahu mencuba atau tidak. Hanya suami yang mencuba setelah memikirkan harganya dan safetynya :)


Pantai Timang - Dinner Lobster

Usai aktiviti, kami di bawa ke rumah penduduk tempatan yang menjual lobster. Kami memilih untuk dinner lobster di sana dengan harga Rp 350,000 sekilogram. Nasi putih dan sambal hijau disediakan untuk makan bersama lobster yang dimasak (tak pasti masak apa). Rasanya sangat manis dan sedap. Alhamdulillah, dapat juga merasa lobster fresh. Tuan rumah sangat baik. Kami tumpang solat maghrib sebelum berangkat pulang ke Edu Hostel.

*gambar lobster tak sempat ambil. Semua selamat dalam perut.


Alun-Alun Kidul

Kami tiba di Alun-alun Kidul sekitar jam 10 malam. Namun di sini masih segar. Deretan basikal yang diubahsuai menjadi kereta dan bas dihiasi lampu dan dilengkapi sistem audio. Harganya murah, sekadar 30,000 untuk setengah jam atau satu jam. Semua penumpang mesti disediakan pedal untuk kayuh. So jangan harap dapat tidur ye. Selepas puas berkayuh kami pulang ke hostel selepas makan malam.





Bersambung esok!


5 comments:

  1. Salam kak, nak tanya dari edu hostel nak ke jalan malioboro tu jauh tak? berapa minit kalau jalan kaki? Terima kasih. :)

    ReplyDelete
  2. Salam.. nak tanya, 1kg lobster dkt pantai timang tu dlm berapa ekor lobster & hidangan untuk berapa org ye 1kg tu? terima kasih.

    ReplyDelete
  3. Baru bukak blog setelah lama berhabuk. Sorry dik. berapa kg dapat tu susah nak jawab. macam beli ikan. sekilo belum tentu brp ekor :) edu hostel ke malioboro tu boleh la tahan. kala suka jalan tapi berpeluh. naik becak kalau nak jimat masa. becak banyak depan edu hostel. harap membantu :)

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum.saya nak tanya.untuk kalisuci, ada kena buat booking dulu ke sebelum datang?

    ReplyDelete
  5. Emalin,

    wslm. Kami dah prebooked semua sebelum datang dengan guide nama Fajar. So tak sure kalau walk in. Sebaiknya cuba dptkan info dari website mereka.

    TQ

    ReplyDelete