Monday, June 17, 2013

Umrah Day 9 & 10 : Umrah Ulangan

Day 9 - 12 April 2013, Jumaat

Umrah ke empat

Umrah ke 4 dan ke 5 tidak dibimbing mutawif. So kali ni kami memilih van sapu. Dekat area luar hotel, tempat para jemaah tahan teksi tiba-tiba datang ada sebuah van yang mana jemaah di dalamnya (orang Malaysia) sedang cukupkan jemaah. So dipanggilnya kami untuk turut serta.


Hadapan hotel di Mekah
taruk sliper

Umrah ke 4 berjalan dengan lancar dan berpeluang untuk solat jumaat di Masjidil haram. Pada sebelah malamnya, kami mengambil peluang untuk melawat sekitar bandar Mekah. Tipu lah kalau aku tak shopping kat Mekah. Aku dapati sejadah di Mekah ni lebih murah dan lebih banyak pilihan. Dari yang ekonomi kepada yang empuk gebu semua ada. Jubah pun lain sikit design dengan kat Madinah. Di Madinah banyak style Asia. Dah kata made in Korea jubahnya. Bukan Dubai pun.








Day 10 - 13 April 2013, Sabtu

Umrah ke lima

Memandangkan aku tak dapat sertai umrah, aku cuba habiskan masa di dalam kawasan Masjidil Haram. So aku decide nak duduk area Maasa di ruangan menghala ke tempat Saie dari kawasan tawaf. Should be dekat situ dah boleh nampak Kaabah. Alangkah sedihnya bila kawasan yang sepatutnya aku boleh lihat Kaabah untuk dapatkan 20 points pahala tu (sila lihat kawasan betanda merah) telah ditutup. Alangkah remuk redam hati ini. So aku spend time di kawasan Safa. buat ibadah mana yang termampu. Semalam aku try duduk di hotel. Tapi, laju air mata mengalir tengok Kaabah dari live TV 24jam tu. So aku pegi Masjid sendiri.

Banyak yang aku belajar dan aku dapat walaupun sekadar duduk di ruangan Saie. Selain dapat tengok cleaner bersihkan Bukit Safa, ada peristiwa yang aku masih ingat. Aku tersalah bagi arah. Sah-sah aku kat Safa, tapi aku beritahu si penanya yang ini adalah Marwah. Seminit lepas tu aku tepuk dahi dan cuba berlari dari Safa-Marwah-Safa balik untuk cari akak yang bertanya tu. Tapi dah tak jumpa -_-. Moga Allah berikan akak tu petunjuk :)


Kawasan bertanda merah tu, ditutup

Wajah-wajah bahagia jemaah yang complete umrah ke 5 


Masjidil Haram dari luar. Cantik!

bersambung di hari ke 11






No comments:

Post a Comment