Monday, June 17, 2013

Umrah Day 8 : Umrah ke tiga

Day 8 - 11 April 2013, Khamis

Umrah ke tiga

Hari ke 3 di Mekah, adalah aktiviti bebas. Cuma ada ceramah pagi itu. Selepas ceramah, kami terus ke Tanaim untuk berniat memandangkan tiada umrah bimbingan pada hari ini. Jadi sejak semalam kami dah plan untuk buat umrah sendiri. So kami tahan teksi dan berjaya bargain hingga 40 riyal. Well quite murah jugak tu sebab naik teksi kan. So jika dari Mekah, teksi atau van angkut (yang ni naik ramai-ramai. 10 riyal per head untuk 12 org per van) akan dibawa bermiqat di Masjid Tanaim atau pun Masjid Aisyah. 




Apsal la pak arab ni tak bukak plastik kete. Nak kata baru luarnye dah calar balar. Hoho. 



Ni saje nak tunjuk betapa mewahnya kereta kat sana. Semoga Kerajaan kita reti la nak turunkan tax tu. 



Masjid Tanaim
Pintu kecil tu pintu masjid Tanaim

Umrah ke tiga ni aku jadi pengganti mutawif untuk family aku. Baca doa kuat-kuat supaya ayah, emak, angah boleh keep on track dengan aku. Satu lagi kelebihan baca je doa dari buku adalah kita tak lupa berapa round dah kita tawaf sebab kita baca doa satu per satu. Tapi jgn risau, doa tu tak terlalu panjang. So sempatlah kiranya korang nak berdoa dengan doa masing-masing. Umrah kali ni agak pagi, so kalau pagi-pagi tak terlalu ramai orang. 

Sedang nak habiskan saie, azan suhur berkumandang. So kami habiskan Saie dan tahalul sebelum cari ruang untuk solat. Masa tu agak pelik sebab saf bercampur lelaki perempuan. Tapi kami yakinkan jugak untuk solat. 

Saf bercampur yang saya maksudkan


Malam di masjidil haram

Well, memang ada masanya pegawai masjid cek beg before kita masuk so camera tak boleh bawak. Tapi pandai-pandai la nak cover line. Since lelaki boleh naik sampai tingkat paling atas masjid, so mintak tolong ayah untuk capture view indah dari atas masjidil haram.








bersambung ke hari ke 9


No comments:

Post a Comment