12:00 Malam. Perjalanan pertama menyentuh jiwa dan raga.
Jujur debaran tu ada untuk umrah pertama dalam hidup aku yang 25 tahun ini. Sepanjang perjalanan malam tadi yang hampir 7-8 jam itu, sedaya upaya aku dan jemaah yang lain menjaga 13 pantang larang yang perlu dijaga itu dan sibuk refresh ilmu perjalanan umrah yang bakal ditempuh itu. Malah saat tiba di hotel Hera Palace di Mekah itu juga aku masih menyelak 'buku gantung' (buku ringkasan yg gantung kat leher kaedahnya). Terkumat-kamit mengingatkan 7 kali tawaf, bahu kene selaras dgn kaabah, jangan terpandang belakang, nanti bahu lari, bahu, bahu, bahu, 7 kali, perlu ada wuduk. Lepas tu saie pulak. Bukit safa, Bukit Marwah, 7x pusingan. Aku keluarkan para jejari membilang 7x itu nanti akhirnya di bukit mana. Kalau nk minum air zamzam nanti, jaga-jaga niat. Jangan sampai berubah niat tu kepada "minum air zamzam".
Phew! Nervous amat. Helo, menghadap Allah kot ni. Pertama kali bertemu Kaabah ni. Tempat yang sama umat terdahulu tawaf ni. Mana tak hati berdebar. Di hotel pun duduk elok-elok takut 13 pantang tu terlepas, rambut jgn gugur. Tak habis lagi tu.
Maka tepat 12:00 malam kami 35 orang jemaah bergerak bersama mutawif, ustaz Firdaus. Masing-masing pesan, "Ustaz jangan laju sangat" sebab sepanjang nk pergi umrah ni orang dok kata, tak dan nak ikut mutawif, orang ramai sesak, sempit, last-last mesti berpisah punya. Aku iyakan saja sebab tak pernah hadapi.
Ayah yg amik gambar. Aku ckp, isk ayah ni takyahla. Tapi hari ni aku appreciate. Kenangan ni. Pertama kali umrah dalam hidup punya gambar :) |
Melangkah ke Masjidil haram
Kami melangkah masuk ke perkarangan Masjidilharam. Ramai. Putih nampaknya. Putih telekung, putih kain ihram dan putih bangunan serta lantainya. Kami bergerak mengikut arus dan akhirnya tiba di pintu King Abdul Aziz yakni pintu utama. Aku panjangkan leher di celah-celah lautan manusia. Aku nk tgk kaabah! Allah, ya Allah, aku nampak kaabah. Itu dia. kata dalam hati la. Aku speechless, clueless, aku tgk keliling. Betul ke ni aku dah sampai Mekah? Betul ke?
Ustaz pun bacakan doa masuk ke masjidilharam.
"Ok haji-haji dan hajjah-hajjah, kita letak kasut kita di satu tempat. Senang nak cari"
Kemudian kami turuni anak tangga dan ustaz bacakan doa melihat kaabah pula.
**takda gambar utk hari 6 sebab aku nk fokus ibadah
Tawaf
Kami bergerak ke kawasan tawaf. di perkarangan tawaf. Aku makin dekat dengan kaabah. Serius cakap perasaan masa ni macam blur pun ada. Sebab terasa macam mimpi. Inilah dia. Inilah dia. Ya Allah, aku di rumah Mu ni Ya Allah. Sambil tu kepala dok fokus pada ibadah umrah yang pertama ni, tawaf!
Ustaz bacakan niat tawaf. dan dari mula doa di luar masjid lagi kami ikut satu persatu perkataan yang ustaz baca. (Beginilah bimbingan dari mutawif yang dimaksudkan itu). Usai berniat, kami bergerak menuju ke sudut Hajarul Aswad di sebelah kiri dan ada lampu hijau sebelah kanan. Itu penanda aras permulaan tawaf.
Masa ni tumpuan aku pada pusingan. Aku rasa mana-mana jemaah yang 1st time tawaf akan tumpu pada kiraan tawaf, doa tawaf, sebab bahaya besar kalau tak cukup pusingan. Sangat bahaya. Korang boleh baca buku tentang haji. Banyak kesan dia kalau tawaf tak sah. So perlahan-lahan kami ikut ustaz baca doa satu persatu pusingan.
Tiap kali melepasi hajarul aswad, kita perlu istilam.lambai tangan, dan kucup tangan. Saya suka sekali yang ini. Nak tahu dah boleh istilam atau tak, tgk kiri hajarul aswad, kanan lampu hijau. Ha betul dah tu.
Tiap kali melepasi hajarul aswad, kita perlu istilam.lambai tangan, dan kucup tangan. Saya suka sekali yang ini. Nak tahu dah boleh istilam atau tak, tgk kiri hajarul aswad, kanan lampu hijau. Ha betul dah tu.
Sebenarnya doa dalam buku tak wajib.optional.tapi bagus jugak baca. Nanti akan ada masa terluang time tawaf tu untuk kita doa sendiri. Asal ada peluang tu aku tenung kaabah dan berdoa pada Allah. Jauh aku datang, akhirnya aku sampai tentulah macam-macam benda nak 'cakap' dengan Allah kan :)
Ingat tak aku cakap, kebanyakan orang 'cakap' masa tawaf bimbingan tu, mesti terpisah? Alhamdulillah mutawwif kami Ustaz Firdaus buat dengan tenang dan berhati-hati. Tiada seorang pun yang terpisah. Sampai jemaah yang terlebih laju adalah. Concern ustaz pada jemaah yang berusia.
Suara ustaz kecil. Hampir tak dengar. Aku dan angah serta jemaah lelaki yang muda yang jadi speaker untuk group kami. Sesekali dikerling kumpulan jemaah lain. Aku tak pasti aurat ke ape suara tu tapi kalau aku tak baca, bimbang makcik-makcik yang dok belakang ni lost.
1 jam lebih selesai ibadah tawaf. Lalu selepas itu kami terus solat sunat di kawasan yang disediakan. Lega, syukur.
selesai tawaf :) |
antara jemaah wanita group aku. |
Saie
Selepas selesai tawaf, kami berkumpul di tempat yang dijanjikan. Di laluan nak ke tempat bersaie. Masing-masing minum air zam-zam dan kami rehat sebentar. Bermula di Safa dan berakhir di Marwah.
Aku cuba hayati kisah sirah di sebalik Bukit-bukit ini. Sekarang dah bertutup, ada aircond (masa tu sedang construction area sebelah Saie jadi tak berasa sangat aircond nya tapi still ade kipas. Tapi laluan ada air zamzam, bayangkan macam mana Siti Hajar berlari sejauh itu untuk dapatkan air buat anaknya, Ismail.
Begini lah rupanya |
Di kawasan lampu hijau, jemaah lelaki disunatkan berlari-lari anak. Macam-macam karenah orang di sini. Tak kurang juga orang yang pentingkan diri.
Bukit Safa, permulaan |
tamat saie, berdoa |
Alhamdulillah, ibadah Saie berjaya di selesaikan. Lantas di Bukit Marwah, kami bertahalul. Ini lah fungsi gunting lipat yang ayah bekalkan. Syukur sangat bila dah tahalul. Selesai sudah ibadah umrah yang dituntut Allah ini.
Subuh pertama
Kami terus stay di masjid keran waktu subuh bakal masuk dalam sejam lagi. Masa ni belum familiar dengan masjidilharam. Kawasan muslimah di aras yang boleh nampak Kaabah dah penuh. Maka kami cuma ada pilihan bawah tanah yang obviously tak nampak Kaabah. Yang penting solat. Tak kira di mana pun kita berada kan?
Selesai
Usai solat subuh kami pulang ke Hotel, dan berehat. Masing-masing sudah keletihan dek perjalanan yang panjang dari Madinah, diikuti umrah pertama kami. Hari itu, tiada aktiviti khusus. Aktiviti ziarah Kota Mekah dilakukan keesokan harinya.
Menunggu jemaah lain untuk balik ke hotel |
Alhamdulillah selesai umrah pertama dalam hidup aku |
Apabila selesai umrah pertama ni kita akan realize, tidaklah sukar sangat. Apatah lagi dilakukan bersama-sama. Yang perlu di pandang rapi adalah syarat tawaf, syarat saie dan 13 pantang larang. Tahu kan, kalau tawaf tak sah tak boleh nikah kan orang. Jika nikahkan jugak, pernikahan tu tak sah dan jatuh orang yang dinikahkan tu dah berzina! Nauzubilllah. Sebab tu kene jaga betul-betul semua ni.
One more, bahu tu. Jangan sebab nk tengok orang belakang atau apa jua possibility di saat orang ramai tu kita terlepas pandang soal bahu mesti setentang dengan kaabah. Ada jemaah yang terbabas jugak. Semoga mereka sedar semua itu.
Bersambung ke Hari ke 7
No comments:
Post a Comment