Selalunya tidur bukanlah lama pun. Cukup untuk rehatkan badan dan mata kemudian bangun awal ke masjid. Tak kira pukul berapa sekali pun, orang bertali arus pergi atau pulang dari masjid. Ada yang baru selesai umrah, ada yang baru nak mula umrah, ada yang nak qiamulail dan sebagainya.
Alhamdulillah, selesai solat subuh kami ambil kesempatan untuk ke ruangan favourite jemaah untuk melihat kaabah. Ruangan ini sentiasa penuh so kene take turn. Seronok melihat dari tingkat 2 Masjidil Haram. Boleh lihat dengan jelas para jemaah yang sedang tawaf. Tenang dan damai di sana.
Sentiasa merindui pemandangan ini |
Pada Kaabah itu ada 120 rahmat kepada pengunjungnya pada setiap hari, iaitu 60 untuk tawaf, 40 untuk solat sunat dan 20 untuk melihatnya sahaja. Imagine la melihat Kaabah pun dapat 20 points. Sapa taknak?
Nak jugak interframe blog sendiri :D |
Cenggini penuhnya |
Jabal Rahmah & Padang Arafah
Usai puas menatap kaabah, kami segera pulang ke hotel untuk sarapan dan pengurusan diri kerana pagi itu kami akan ke ziarah luar Mekah. Jabal Rahmah terletak di Padang Arafah. Jabal Rahmah dikatakan sebagai tempat yang mustajab untuk berdoa tentang hal-hal kekeluargaan. Walaupun Nabi saw tidak pernah naik ke bukit ini, namun sejarah menceritakan ia merupakan tempat di mana Nabi Adam as dan Siti Hawa dipertemukan setelah berpisah selama 200 tahun tatkala diturunkan dari Syurga.Berebut-rebut jugak orang nak memanjat Bukit ni tak kira muda belia warga emas semua sekali memeriahkan Jabal Rahmah.
Lokasinya Jabal Rahmah ini adalah 18km dari Masjidil Haram, di luar tanah Haram. Di sinilah ibadah wukuf dilakukan ketika musim haji. Sesiapa yang berada di sini disarankan untuk mengingat dan merenung semula khutbah Nabi saw pada 9 Zulhijjah tahun 10 Hijrah. Kalau direnung semula khutbah terakhir baginda memang menusuk jiwa. Sebak rasanya.
Tugu di puncak. Cat hitam tu sebenarnya nak cover vandalisme manusia pelik |
Macam aku katakan tadi, Jabal Rahmah ni terletak di Arafah. So bolehla aku cuba imagine gimana kaedahnya bila aku buat haji nanti insyaAllah. Luas terbentang, pokok sebatang dua. Kurang terurus tempat ni. Hanya bila tiba musim haji baru mereka bersihkan. Di Padang Arafah pula merupakan tempat mustajab untuk memohon keampunan.
Yang paling tak patut dan dikesalkan ni la perangai umat Islam yang tak terkecuali bangsa atau asalnya. Vandalisme -_-. Brader baju putih tu mcm tengah tegur minah 2 orang ni tapi sebab lain bahasa, di ignore je brader ni.
Semasa di sana aku saksikan seorang nenek tua rasanya dari Turki berusaha untuk mendaki Jabal Rahmah, saat aku nak turun akhirnya nenek tersebut tiba di Puncak Jabal Rahmah :) Apalah agaknya doa makcik ni ye. Sanggup beliau daki sorang-sorang
Mudzalifah - Mina
Kami turut dibawa melalui Mudzalifah, tempat untuk mengutip anak batu untuk dilontar di jamrah. Di antara Mudzalifah dan Mina sebelah di sebelah kanan terdapat satu kawasan di mana berlakunya peperangan dengan tentera bergajah untuk masuk ke Makkah dengan niat untuk menghancurkan Kaabah. Akhirnya mereka dihancurkan oleh serangan burung ababil seperti yang diceritakan di dalam surah Al-Fil.
Untuk jemaah haji yang akan bermalam di Mudzalifah-Mina kini khemah yang disediakan lebih selesa, malah ada aircond. Bayangkan ketika zaman Nabi saw dahulu. Dengan terik panasnya, tiada kenderaan. Sungguh aku tak sabar nak menjalani ibadan Haji ni. Moga Allah jemput lagi aku untuk menjadi tetamuNya.
Jamrah
Kompleks melontar jamrah memang dah baru dari ape yang aku pernah view dalam gambar. Bertingkat dan lebih terurus.

KTM Mekah
Sepanjang ke Padang Arafah hingga ke Jamrah kami dapat lihat stesen keretapi seumpama KTM kat Malaysia. Dengarnya Malaysia ada involve dalam projek ni. InsyaAllah musim haji tahun ni akan digunakan sepenuhnya. Untuk para jemaah local dan dari timur tengah untuk elak kan mereka bawa kereta. So hopefully akan less traffic jam kan. Untuk para jemaah lain, masih perlu gunakan bas. Mudah-mudahan someday kita dapat merasa la kan KTM di sana :)
Masjid Jaranah
Selesai ziarah luar Madinah lokasi terakhir kami adalah ke Masjid Jaranah untuk bermiqat. Ya Allah, ketika di sini kami diuji. Masa tu nak masuk ke tandas untuk berniat. Elok-elok tengah beratur dengan jemaah Indonesia, kami dihimpit segerombolan jemaah dari India. Mulanya aku diam cuba bersabar biar semua orang ikut flow.
Last sekali, aku terpaksa jadi pengawas, dengan menggunakan suara aku yang lantang ni, aku bagi arahan walaupun mereka tak faham bahasa aku. Pastu dengan kudrat tangan aku halang makcik-makcik yang nak rempuh. Yela, korang imagine la, orang nak keluar takleh nak keluar.stuck dek kerana ada yang tak sabar nak masuk. Haruslah tidak logik di situ. Lepas tu keadaan jadi reda. Aku perasan hero seketika.
Agak rushing di sini sebab nak kejarkan zuhur yang bakal masuk tak lama lagi.
Umrah Ke - 2 : Umrah tengah hari, matahari atas kepala
Setibanya kami di Masjidilharam, waktu tu lagi 5 minit lagi nak masuk zuhur. So mutawwif decide kami selesaikan dulu zuhur, and later berkumpul semula di ruang legar dekat pintu King Abdul Aziz. Usai zuhur, kami berkumpul. Matahari sungguh terik. Cahayanya saja menyilaukan mata. Memang terkenyit-kenyit mata masing-masing. Jadi apek :)
Mula-mula kami melangkah menuruni tangga ke kawasan tawaf. Bismillah. Terik. Mencabar ni, detik hati. Kemudian kami teruskan ibadah tawaf kami. Sampai tawaf kedua, sayup-sayup je suara jemaah mengikut bacaan doa oleh ustaz. Macam biasalah, yang muda mudi ni jadi speaker tambahan. Kering jugak tekak. Orang kata, buat la tawaf malam atau subuh kalau taknak panas. Tapi bagi aku personally rugi sangat kalau tak try umrah time matahari mencarak atas kepala.
Masa itu lah rasa iman memuncak, kehambaan yang tinggi padaNya. Sumpah terasa dekat dengan Allah. Btw, lantai tu sejuk je sebab ada sistem cooling underneath tu. Masa sujud untuk solat sunat selepas tawaf, rasa sejuk sangat. Air mata dan peluh seiring membasahi muka. Selesai tawaf, kami segera dapatkan air zam-zam. Ya Allah kenikmatannya tu memang syukur alhamdulillah. Siap siram muka dengan air zam-zam.
Seterusnya ibadah Saie. Alhamdulillah di tengah laluan saie memang ada tong air zam-zam. Memang pengubat dahaga dan panas muka. Sejuk dan damai bila air zam-zam menyentuh muka. Akhirnya ibadah umrah kami selesai. Syukur pada Allah :)
bersambung ke hari ke 8

Solat zuhur sebelum memulakan umrah ke dua |
bersambung ke hari ke 8
No comments:
Post a Comment