Saturday, June 22, 2013

Umrah Day 11 : Ziarah Ladang Unta, Umrah Hudaibiyah & Muzium Dua Masjid

Day 11 April 2013, Ahad

Hari-hari terakhir di Mekah kian menghampiri. Aku mohon Allah freeze kan masa seketika. Berangan sangat masa berlalu dengan perlahan supaya aku boleh hayati saat-saat terakhir di bumi penuh barokah ini. Di saat entri ini ditulis, terbayang-bayang setiap inci cerita/memori aku di sana. Dari sekecil-kecil membeli-belah jajan di supermarket berdekatan hotel, hinggalah menghadap Kaabah.

Macam mana agaknya nk beli-belah dalam supermarket yang takde tanda harga tu? Mudah je.Ambil je anything yang berkenan then tanye je pada staff. Murah-murah kot. Walaupun imported. Macam snickers, Loackers. Masa tu aku dah start demam. Probably sebab duduk dalam bilik. Aircond pun tak bersih. So mulut rasa tak sedap sangat. Tu nak makan macam-macam.

So hari Ahad tu kami isi dengan ziarah tambahan. Yang ini tambahan 25 SAR diperlukan sebab bukan di bawah itinerary pakej. Tak lengkaplah lawatan kalau tak jumpa unta Padang Pasir live kan :)


Artis Padang Pasir - Ladang unta

Mutawif gelarkan mereka artis Padang Pasir sebab memang mereka glamer sekali. Aku fikir ladang unta ni macam luas la. Macam pusat penternakan Unta ke. Rupa-rupanya lebih kepada kandang unta. Tepi highway tu ada banyak kandang unta. Nun jauh ke belakang baru nampak tempat diorang bela unta-unta ni. So bau die macam visit Zoo lah. Bulu mata unta cantik. Jangan rapat, kalau tak die ngap tudung/baju korang.



So aku and angah teringin la beli susu unta. 5SAR sebotol. Pastu bebetul sebelah botol susu yang secara lasngsung die packing tu, ade botol berisi air kuning. Ok sungguh la aku tak sangka ada orang beli air kencing unta. Ya Allah. aku tak pasti boleh ke tak minum walaupun dari pembacaan aku, unta ni seluruh part badan dia berguna. Tapi tak pasti la air kencing -_-




So aku cube la usha cenggana kaedahnye die dapatkan air kencing tu. Rupenye die sondol2 je botol air kosong tu kan duburnye si unta. Eww. Sungguh la geli. Huu. Bila aku try taste air susu unta tu, mungkin didorong bau unta dan air kencing unta tu buat lidah aku respon "No" untuk susu unta. Hanyir. Hee. Tak leh telan beb. Terus aku tinggalkan kan peti ais hotel. Huaa.


Masjid Hudaibiyah - berniat umrah

Disebabkan ketika itu aku sedang uzur, so dapatlah aku spend time di sekitar masjid untuk hayati seni bina masjid lama hudaibiyah ini. Yang melekat dalam minda aku tentang Hudaibiyah ni tentula perjanjian Hudaibiyah yang mana umat Islam minta genjatan senjata. Pastu telah dilanggar oleh pihak musuh. Ni pelajaran Darjah 6 sekolah rendah rasanya :)



Yang ada hari ini adalah bangunan baru. Bangunan lamanya tinggal dinding yang menyerupai pintu/arch. Sayangnya mereka tak pelihara dari dulu.


Masjid lama Hudaibiyah




And macam biasa ada peniaga di sini. Tapi memandangkan waktu tu hampir zuhur, para peniaga cepat-cepat kemas barang perniaagaan mereka. Macam ade DBKL nak serbu je gayanya. Tak pasti kalau mereka nak solat di masjid lain atau apa.

Shopping China made souvenir kan :p
Kami singgah ke muzium before gerak ke Masjidil haram dan umrah kali ini dibimbing mutawif untuk kali terakhir. So total ade lebih kurang 4x bimbingan mutawif. Tapi anda jangan risau, 2x buat, anda dah pakar dengan rukun/syarat umrah


Muzium Dua Masjid

Ini antara tarikan terbaru di Mekah. Orang Arab ni kurang appreciate sejarah. So ini kira effort terbaru mereka untuk kumpulkan item2 dari kedua2 masjid, Masjidil Nabawi dan Masjidilharam. Bahan binaan yang ditukar akan disimpan dalam Muzium ni. Kami tiba kira-kira jam 9 lebih. Terpaksa tunggu hampir 2 jam. Alasannya dibuka jam 11 pagi. Bila kami turun bas, waktu lawatan yang diberikan 15 minit. Woi memang bukan lawatan ke Muzium la ni. Ni namanya scannning muzium.





Syukur lah camera boleh bawak. Snap semua yang sempat dengan harapan later boleh baca deskripsi. So antara yang menarik adalah pengepung makam Nabi Ibrahim, Besi pengepung Hajarul Aswad, Mimbar Masjidil Haram yang kalau di tempat sebenar confirm susah nak tengok kan.

Suasana dalam muzium

mimbar lama masjid haram






OK part paling best, Air zamzam disediakan di luar muzium. Tong die sama je macam kat Masjid. Thumbs up.

Btw, wheel chair merupakan bukan saja alat pembantu untuk yang uzur atau kurang upaya di Mekah mahupun Madinah. Malah alatan untuk para peniaga bawa barang perniagaan mereka untuk menjaja di luar masjid juga sebagai kenderaan untuk bawa air zamzam yang diisi dalam botol besar. Sebelah muzium dua masjid ni ada satu kawasan lapang dan kat situ ade longgokan wheel chair yang dah rosak. Besar tu kegunaan wheel chair di sini :)

Kalau jual besi buruk ni kaya makcik :)

Ya Allah, sungguh aku merindui Mekah dan Madinah. Ya Allah, rezekikan aku untuk ke sana lagi.

Bersambung ke hari ke 12





2 comments:

Anonymous said...

Di setiap entri kisah perjalanan Tanah Haram ini,di setiap itu air mata mengalir tanpa henti. Beruntungnya dijemput menjadi tetamuNya.pergi bersama ibubapa,mahram utama.sedihnya hati. Allah,jemputlah aku jua menjadi tetamuMu...amiin...

dot,sumpah aku menangis baca setiap kalinya.sedih.

Siti Nursyahidah Mohamad Khalil said...

slm,

terharu dot baca komen ko wpun aku taktau sape ko.haha.lenkali tinggalkan nama tau.alhamdulillah, syukur posting aku beri inspirasi kat org lain. InsyaAllah, ko pasti akan sampai sini. Aku dah doakan aritu utk semua kwn2 aku smoga Allah beri jemputan pada kwn2 pulak :)