Sunday, November 11, 2012

Ringkasan kadar zakat emas dan perak



“Setiap pemilik emas dan perak yang tidak menunaikan haknya maka pada hari kiamat dijadikan kepingan lalu dibakar dalam api neraka kemudian diselar rusuk dan belakang mereka; setiap kali kepingan itu menjadi sejuk ia kembali dibakar semula pada hari yang kadarnya bersamaan dengan lima puluh ribu (50,000) tahun sehingga ia dihukum di antara hamba-hamba Allah maka dilihat jalannya sama ada ke syurga atau ke neraka”.

(Hadis Riwayat Abu Hurairah)

“Saidina Ali telah meriwayat bahawa Nabi Muhammad s.a.w telah bersabda: “Apabila kamu mempunyai 200 dirham dan telah cukup haul (genap setahun) diwajibkan zakatnya 5 dirham , dan tidak diwajibkan mengeluarkan zakat (emas) kecuali kamu mempunyai 20 dinar (salah satu matawang zaman dahulu yang digunakan di negara Arab). Apabila kamu mempunyai 20 dinar dan telah cukup haulnya diwajibkan zakatnya setengah dinar. Demikian juga kadarnya jika nilainya bertambah dan tidak diwajibkan zakat bagi sesuatu harta kecuali genap setahun.” 

Surah At-taubah (34-35)

Emas


Sabda Nabi saw, "Tiadalah ke atas engkau seseuatu (pada emas) hinggalah bagi kamu ada 20 dinar"
(Riwayat Abu Daud)

20 dinar,(85g)


Perak

Sabda Nabi saw, "Tidak diwajibkan zakat pada perak yang ebratnya kurang daripada 5 waqiah"
(Riwayat Muslim)

200 dirham, (595g)


Kadar zakat  

1/40 atau 2.5%


"Maka apabila ada bagimu 20 dinar serta genap setahun masanya, maka zakat adalah setengah dinar"
(Riwayat Abu Daud)


Emas perhiasan

Emas perhiasan yang dipakai melebihi kadar uruf (lain2 ikut negeri) cukup setahun yg wajib zakat.

Cth :
Uruf emas bagi negeri Selangor adalah 800 gram


Full reference:

http://www.e-zakat.com.my/zakat-harta/zakat-emas-perak/

No comments:

Post a Comment