Sunday, February 3, 2013

Cuai solat kerana urusan dunia

Terbaca artikel ni. Lepas tu tersentap sangat. Takut sangat. Jibril dah cakap dulu dgn Rasulullah saw :(

Selalu orang kat office (semua office yg pernah saya kerja pun macam ni trend dia) suke sgt mereka combo kan solat. Solat zuhur lambat-lambat dekat nk asar. Jadilah solat di akhir waktu.Dah nazak sgt dah tu. Alasan? Kerja banyak la, nak jaga make up la, takleh turun banyak kali sebab jaga phone la. Semua sebab dunia.

Bak kata malaikat Jibril dalam artikel di bawah, 1 dinar lebih berharga daripada solat. Lama dulu dah malaikat cakap kat Nabi saw. Dah tu kita ni dok iyakan ke? Nauzubillah! Mintak dijauhkan lah kita semua

Terus teringat hanis cakap, "Orang yang mati dalam berusaha menggantikan solatnya insya Allah dijamin syurga". Tak salah kita qada solat2 kita yang mana tahu pernah ter miss?


Cuai kerana urusan dunia
Rasulullah SAW bersabda bermaksud:
“Langit merintih dan memang ia patut merintih, kerana pada setiap tempat untuk berpijak terdapat malaikat yang bersujud atau berdiri (solat) kepada Allah Azzawajalla.” (Riwayat Tirmizi, Ibnu Majah dan Ahmad)
Orang yang meninggalkan ibadah solat kerana cuai oleh urusan dunia akan malang nasibnya, berat seksaannya, rugi perdagangannya, besar musibahnya, dan panjang penyesalannya. Firman Allah SWT bermaksud: “Sesungguhnya solat itu adalah kewajipan yang ditentukan waktunya bagi orang yang beriman.”(An-Nisa : 103)
Abu Hurairah RA meriwayatkan: “Selepas Isyak aku bersama Umar bin Khattab ra pergi ke rumah Abu Bakar as-Siddiq untuk suatu keperluan. Sewaktu melalui pintu rumah Rasulullah SAW, kami mendengar suara rintihan. Kami pun berhenti sejenak. Kami dengar beliau menangis dan meratap: “Ah…andaikan saja aku dapat hidup terus untuk melihat apa yang diperbuat oleh umatku terhadap solat. Ah…aku sungguh menyesali umatku.”
Rasulullah menangis
“Wahai Abu Hurairah, mari kita ketuk pintu ini,” kata Umar dan kemudian mengetuk pintu. “Siapa?” tanya Aisyah. “Aku bersama Abu Hurairah.” Kami meminta izin untuk masuk dan beliau mengizinkannya. Setelah masuk, kami lihat Rasulullah SAW sedang bersujud dan menangis sedih, beliau berkata dalam sujudnya: “Wahai Tuhanku, Engkau adalah pengawalku bagi umatku, maka perlakukanlah mereka sesuai dengan sifat-sifat-Mu dan jangan perlakukan mereka sesuai perbuatan mereka.”
“Ya Rasulullah, ayah dan ibuku menjadi tebusanmu. Apa gerangan yang terjadi, mengapa engkau begitu sedih?”
“Wahai Umar, dalam perjalananku ke rumah Aisyah selepas mengerjakan solat di masjid, Jibril mendatangiku dan berkata: “Wahai Muhammad, Allah Yang Maha Benar mengucapkan salam kepadamu, kemudian ia berkata, bacalah.” “Apa yang harus kubaca?” “Bacalah firman Allah yang bermaksud: “Maka datanglah sesudah mereka pengganti (yang buruk) yang mensia-siakan solat dan menurutkan hawa nafsunya, mereka kelak akan menemui kesesatan.” (Maryam : 59).
“Wahai Jibril, apakah sepeninggalanku nanti umatku akan mencuaikan solat?”
“Benar, wahai Muhammad, kelak di akhir zaman akan datang sekelompok manusia daripada umatmu yang mencuaikan solat, mengakhirkan solat (hingga keluar dari waktunya), dan menurutkan hawa nafsu. Bagi mereka satu dinar lebih berharga daripada solat.” (Hadis ini juga diriwayatkan oleh Ibnu Umar).
Abu Darda’ berkata: “Hamba Allah yang terbaik adalah yang memperhatikan matahari, bulan dan awan untuk berzikir kepada Allah, yakni untuk mengerjakan solat.” Diriwatkan pula bahawa amal yang pertama kali diperhatikan oleh Allah ialah solat. Jika solat seseorang cacat, maka semua amalnya akan ditolak.
Perintah ahli keluarga bersolat
Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Wahai Abu Hurairah, perintahkanlah keluargamu untuk solat, kerana Allah akan memberimu rezeki dari arah yang tidak pernah kamu duga.”
“Barang siapa meninggalkan solat dengan sengaja, maka ia telah kafir.” (Riwayat al-Bazzar dari Abu Darda’). Sabda Rasulullah SAW lagi bermaksud: “Barang siapa bertemu Allah sedang ia mencuaikan solat, maka Allah sama sekali tidak akan mempedulikannya.” (Riwayat Tabarani).
Sumber: http://epondok.wordpress.com/


Monday, January 28, 2013

Besarkah ujian aku ?


"Syida, mungkin salah satu tiub aku kene potong. Aku mengandung di luar rahim. 
Aku redha", ujar seorang sahabat yg baru menikah.

# Allah, kecilnya ujian aku. Besarkah ujian kalian? Fikir-fikirkan


KENAPA AKU TIDAK MENDAPATKAN APA YANG AKU IDAM-IDAMKAN?
• Surah Al-Baqarah ayat 216
• Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.
KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
• Surah Al-Baqarah ayat 286
• Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.
RASA KECEWA?
• Surah Al-Imran ayat 139
• Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (derajatnya), jika kamu orang-orang yang beriman.
BAGAIMANA AKU HARUS MENGHADAPINYA?
• Surah Al-Imran ayat 200
• Hai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap siaga (di perbatasan negerimu) dan bertaqwalah kepada Allah
supaya kamu beruntung.
BAGAIMANA AKU HARUS MENGHADAPINYA?
• Surah Al-Baqarah ayat 45
• Jadikanlah sabar dan shalat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyu',
APA YANG AKU DAPAT DARI SEMUA INI?
• Surah At-Taubah ayat 111
• Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu'min, diri dan harta mereka dengan memberikan surga untuk mereka.
KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
• Surah At-Taubah ayat 129
• Cukuplah Allah bagiku; tidak ada Ilah selain Dia. Hanya kepada-Nya aku bertawakal
AKU TAK DAPAT BERTAHAN LAGI!!!!!
• Surah Yusuf ayat 87
• dan jangan kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir.
Surah An-Nisaa' ayat 86
• Apabila kamu dihormati dengan suatu penghormatan, maka balaslah penghormatan itu dengan lebih baik, atau balaslah
(dengan yang serupa). Sesungguhnya Allah memperhitungkan segala sesuatu.


Thursday, January 10, 2013

Adab ketika mandi

Sejak aku kecil mak tak henti-henti pesan, mandi jang bogel. Pakaila kain batik ke, sua pendek ke, spender ke ( im being serious here ). Mak kata malaikat ada. Baru harini umur 25 tahun baru aku jumpa hadis ni. Wallahualam :)


Wednesday, January 9, 2013

Sigma - Kumpulan Nasyid Indonesia



Entah macam mana terjumpa dengan kumpulan Sigma ni. Rasanya lagu dia yang famous kat Malaysia ni Istikharah cinta. Aku cuba nak google lagu lain nampaknya kurang berhasil. Fanpage pun tak ada. Agak misteri di situ. Lagu-lagu pun not bad. Sedap didengar dan oh ya, mereka dari Riau :)

Yang ada cuma lirik. Tapi tak semua lagu mereka ada di Youtube

Bersaksi cinta diatas cinta
Dalam alunan tasbih ku ini
Menerka hati yang tersembunyi
Berteman dimalam sunyi penuh do'a

Sebut nama Mu terukir merdu
Tertulis dalam sajadah cinta
Tetapkan pilihan sebagai teman
Kekal abadi hingga akhir zaman

Istikharah cinta memanggilku
Memohon petunjukmu
satu nama teman setia
Naluriku berkata

Dipenantian luahan rasa
Teguh satu pilihan
Pemenuh separuh nafasku
Dalam mahabbah rindu

diistikharah cinta..



Tuesday, January 8, 2013

Shopping books online via mphonline


Since dah excited dengan buku-buku Ustaz Hasrizal, secara tak sengaja bukaklah MPH online. Tengok-tengok beli online is cheaper and for RM50 and above, dapat free postage lagi. Bayangkan berapa banyak penjimatan di situ. Tak semua buku ada diskaun, but worth to check your fav books :)



Since koleksi Ustaz Hasrizal hampir lengkap, nak cukupkan RM50 try la search buku lain. Tak sangka jumpa pulak buku travelog. Lately sangat pantang jumpa buku travelog islami. Mesti membuak-buak nak beli. Tak sabar nak baca :)






Update on 10th January 2014

8hb Jan order, 10hb dapat. Siapa ade amaran tu. I like it so much! Good Job MPH Online!





Jom bace :)