Showing posts with label Sipadan. Show all posts
Showing posts with label Sipadan. Show all posts

Saturday, April 5, 2014

Diving trip : Mabul - Sipadan - Siamil - Day 4 & Day 5

24 Februari 2014


Pagi itu Dot tak bangun terlalu awal. Destinasi terakhir utk tiga dive terakhir adalah di Pulau Siamil. Selesai light breakfast pagi itu, kami terus ke jeti. Ada 3 group dive untuk hari itu. 1 group mat salleh, 1 group 2 gadis Malaysia dan 1 group kami. Perjalanan ke Siamil tiba-tiba terhenti di tengah laut. Di hadapan ada sebuah pulau cantik bernama Denawan. Rupa-rupanya kami sedang melalui kawasan air cetek. Dot rasa bot macam dah langgar batu karang mati. Nasib baik dah mati -_-.

Struktur batu ni la yang buat aku rasa Denawan Island ni cantik

Siamil Dive 1 : Second Beach

Kami lewati pos ATM Pulau Si Amil sekitar jam 9.27 pagi untuk register atau report kedatangan kami. Sebelum jam 10 pagi kami tiba di dive site pertama, 'Second Beach'. Seorang demi seorang backflip dan berkumpul dekat dengan Dive Master Nas. Lalu kami mula descending. Tak lama kami turun, terus DM Nas menjerit-jerit di kedalaman 30 meter itu. Its Devils Ray! Nas dah super excited nak rakam dengan Go Pro nya. Tercungap-cungai nak kejar. 2-3 kali jugak jumpa School of devil ray ni. 1 school tu adela minimum 3, maximum 6 gitu.

Post ATM untuk register

Dot betul-betul tak jangka akan jumpa Devils Ray. Alhamdulillah, kami benar-benar seronok walaupun sekadar 30 minit sebab ade yang dah kehabisan gas! Kami ke pesisir pantai Siamil untuk interval surface. Betul-betul menghadap Pulau Denawan/Danawan. Cantik pasirnya. Putih. Selepas breakfast, kami terus ke bot untuk next dive.

Magnificent Siamil Island
Subhanallah. Too pretty
Depan tu lah Denawan Island

Siamil Dive 2 : Meditation Wall 

Lepas 1st dive, masing-masing sakit kepala. Mana tak, main kejar-kejar dengan Devils Ray buat breathing lebih laju, terus menangkap di kepala. Ada divers give up untuk next dive. Second dive kami pergi sekadar kedalaman 18 meter selama 61 minit. Siamil penuh dengan kejutan sebab banyak haiwan-haiwan unik kami temui. Kali ini kami jumpa pelbagai eel, sea snake, yellow boxfish yang macam sponge bob, signal goby, banded coral fish, juvenile pinnate bat fish dan banyak lagi. 61 minit tak terasa lama, macam kejap je. Rasa khayal aje di dasar laut.

Kami ke pesisir pantai lagi untuk interval surface dan lunch. Sebab kan gap lama, aku dan Pijah and Kak Yat pergila mandi pantai. Selalu kalau dive tak sempat nak mandi pantai. Lain tau menyelam terus and mandi pantai. Bagi Dot, Pulau Siamil ni sangatlah cantik. Nak pulak ada view Pulau Denawan. Di Siamil hanya ada post ATM manakala Pulau Denawan ada penempatan.

Sea shells, boat and Denawan at the back there
Dead corals

Siamil Dive 3 : First Beach


Last photo of last dive

Finally kami sampai ke dive terakhir untuk trip kali ini. Tak jauh pun dari pantai kami berehat tu. Depth terakhir ni pun sekadar 15 meter dan dive time sekitar 60 minit. First sekali kami nampak cuttle fish. A gigantic cuttle fish. Aku rasa tinggi orang tapi gemuk. Bila kita dekat je, trus warnanya berubah jadi hitam and lepas tu die terus berenang laju. Macam jet. Lepas tu jumpa pulak squid. Pon besar jugak. Happy betul sebab jumpa family sotong.

Tak lama lepas tu kami jumpa some snake eels, ornate ghostpipe fish dan barred sand conger. Then almost nak ke darat dah, jumpa pulak dancing fish @ sweetlips fish. Memang ikan tu berenang macam dancing. Comel sesangat. Lepas tu aku follow Nas rapat-rapat main dengan eel. Eel main hide and sick dalam pasir. Last sekali Nas terjumpa cengkerang kerang. Then nampak macam ada mata staring us dari dalam shell tu. Kami usik sikit, keluarla Octopus kecil. Comel sangat sebab die berubah warna dari jernih ke coklat to hitam.

Masa tu tank dah start kosong dan deep dive dah sangat cetek. Aku struggle nak turun sebab dengan lajunye aku surface. Tong dah ringan. Terapung-apung aku kat surface sambil budak-budak kat bawah pegi selfie dengan octopus. Aku cube tarik Kak Jijah, tapi ditepis beliau. Ciss time selfie masing-masing mula la lupe kawan kan. Buktinya aku terkapai-kapai kat surface ada dalam bideo di bawah.





Akhirnya, tamatlah trip dive kali ini. Memang sangat satisfy dan berbaloi-baloi sebab macam-macam kami dapat. Ilmu, experience. Big thanks to our dive master, Nas the best. Definitely will come again. At least to Sipadan barrier reef. Alhamdulillah, for the chance given. Thank You Allah :)

Nyawa

Orang Bajau

Kalau di Semporna memang ramai orang-orang yang hidup di bot / sampan / kapal. Mereka ke pekan semporna untuk menjual hasil laut yang mereka cari. Boleh nampak dalam satu-satu bot ada ramai di dalamnya. Sukar nak percaya yang mereka memang tinggal dalam bot tu. Selesa kah? Mereka lebih dikenali sebagai orang Bajau Laut. Ada juga yang memiliki rumah terapung, berdekatan mana-mana pulau. Ada juga kaum Bajau Pantai yang mendiami pulau-pulau di sekitar semporna seperti Mabul dan Denawan. Mereka ini turut dikenali sebagai "orang tanpa negara".

Pada mulanya aku turut terfikir, siapa mereka, mana asal-usulnya dan mengapa mereka seakan seperti tak daya nak ubah nasib keluarga masing-masing. Persoalan aku sedikit sebanyak terjawab oleh DM, Nas. Menurut beliau Orang Bajau ni asalnya dari perairan Filipina, Indonesia dan Malaysia. Pernah juga aku terbaca dari satu blog akan sebuah puisi nukilan orang Bajau sendiri. Asalnya mereka dari Filipina, tapi ke Sabah (ketika itu Sulu) atas sebab satu perjanjian yang aku lupa. Sudahnya, kehadiran mereka tak dikehendaki Sulu, namun kepulangan mereka ke Filipina jugak tidak disambut. Jadilah mereka hidup di lautan tanpa negara.

Macam mana mereka boleh survive dan datang ke pekan Semporna. Mereka sebenarnya dibenarkan ke daratan Semporna untuk mendapatkan keperluan asas atau untuk menjual hasil laut. Dan ada juga yang memiliki surat kebenaran dari pihak berkuasa. Aku agak sedih mengenangkan status tanpa negara menyukarkan mereka untuk dapatkan hak. Macam mana denga pendidikan mereka, adakah mereka layak memandangkan mereka bukan warganegara Malaysia?

Di Pulau Danawan memang ada sekolah. Juga di Pulau Mabul. Tapi aku tak pasti kalau yang tinggal di kampung bersebelahan resort yang aku tinggal tu layak atau tidak untuk ke sekolah. DM kami sendiri ibunya warga Filipina manakala bapanya rakyat Malaysia. Pernah beliau dihina divers yang beliau bawa. Divers tu cuba provok DM kami untuk mengaku yang die tiada kerakyatan. Pada aku, attitude diver tu macam orang tak berpendidikan. Too bad.

Untuk maklumat lebih tepat, Dot sarankan korang baca blog ini http://adrico-adricos.blogspot.com/








Wednesday, March 26, 2014

Diving trip : Mabul - Sipadan - Siamil - Day 3

24 Februari 2014


Its the day! Its Sipadan! Alhamdulillah. Malam tu tidur tak lena sebab super excited dengan Sipadan. Kami berkumpul sekitar 6.30am di cafe untuk light breakfast dan terus ke jeti. Bukan je diver, dive master pun sangat excited sebab in every dive, you wont see the same thing. Terlalu banyak kejutan di dasar laut. 

Subuh di tepian pantai Kampung Bajau. Selalunya di pesisir pantai anak-anak
membuang air besar, berderet tepi pantai selamba habis.
Jetty Scuba Junkie
Di jetty letaknya stor yang tempatkan semua equipment. Agak sepi sebab hanya trip Sipadan yang keluar awal
Open air shower. Sedapnya bilas air masin dekat sini

Each agent terhad untuk membawa diver ke Sipadan. So on that day, there were 7 diver and 2 dive master. Bila bot almost nak tiba jeti everyone was cheering sebab its Sipadan kot. Top 10 dive site! We went to the jetty and get our name registered before Lydia, the other group dive master give us a short briefing on Sipadan.

Alhamdulillah. Its Sipadan.
Read and understand

Sipadan Island



Sipadan is a volcanic island and has a mushroom shape island with the bottom of drop wall reaching 2000ft. The other side of the island has a wider mushroom heas below the water line with 40-60 foot reefs before sloping down to the steep wall. (Source here). My main concern is the current. That is what people keep telling. The island itself is just a small island. It has a small beach, not as pretty as Mataking but the underwater is magnificently awesome. Sipadan was named after Siparan, seorang lelaki yang mayatnya terdampar di Pulau ini. Ada kronologi tentang perebutan pulau ini antara Malaysia dan Indonesia.


Sipadan Dive 1 : Southern Point

Kami naik semula ke bot dan dibawa ke selatan pulau untuk ke Southern Point. Dive site ini terkenal dengan mahluk yang besar-besar. Bismilllahirrohmanirrohim. Sorang-sorang backflip. Masa dah terjun, sebelum descending kedudukan Yana dan Kak Jijah agak jauh dari Dot dengan Pijah. Masa tu dah mula terasa current yang kuat. Nas, dive master kami paling depan. Masa tu Dot flip fin laju-laju ke arah Nas sebab nak descending dekat-dekat Nas. Dari jauh Nas panggil Kak Jijah and Yana and lepas tu Nas suruh diorang descend and kicking masa kat bawah. So semua descend dengan debaran, sambil melepaskan bubble ke surface. 

Mula-mula turun nampak lagi Kak Jijah dan Yana, so kami keep kicking. Ya Allah! Subhanallah what a splendid view! Cantik sangat. Colours everywhere! Corals, fishes everywhere. Feel like dancing with them. Lepas tu Nas toleh belakang tanya mana Kak Jijah and Yana. Masa tu baru perasan Kak Jijah ada kat belakang and ada problem nak turun. Masa tu Nas arahkan Kak Yat untuk jaga Dot and Pijah since she's the only one yang ada dive computer. Current memang kuat. Siap tergelak dalam air tu sebab ikut je mana Kak Yat pegi.

Fasiliti Pulau Sipadan
Dan kesemua resort dipindahkan ke Pulau Mabul untuk memelihara Pulau Sipadan
The history

At one point, sebab current kuat sangat we decided untuk hanging dekat 1 coral keras. Three of us waiting for Nas patiently. Ada 1-2 groups lalu asking if we are okay. We showed "OK" signal and they left. Masa tu sebab bergayut dekat coral, badan dan macam buat 180 degree kot. Kejap ke kiri, kejap ke kanan. Tengok ke bawah memang kiri kanan gaung. Tengok atas, ada wall yang sangat tinggi yang dipenuhi corals yang Allahuakhbar memang cantik. Hati tak jemu-jemu memuji cantiknya ciptaan Ilahi. Memang appreciate sangat moment tu sebab dapat hayati puas-puas secara lama-lama 1 kawasan di dinding volcanic island, Sipadan.

Akhirnya Kak Jijah dan Yana arrived kami sambung eksplorasi kami. Tak tunggu lama pun sebab semua haiwan laut ni jinak dan tunjuk kan diri tanpa segan silu. Sharks are everywhere memang seronok. Grey tip, White tip dan Grey tip sharks, Unicorn fish. You name it. 55 minutes dive with max depth 25 meters that I would never ever forget. We ascending to take our interval surface and breakfast. Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah. I am a happy diver.


Sipadan Dive 2 : Mid Reef Point

Pos ATM
The army
The Jetty

We had our lunch at the island itself. Di sana terdapat Pos Sipadan yang dijaga tentera kita lengkap dengan faicilities macam toilet, shower dan open hall untuk makan-makan. Lepas 1 hour, kami ke bot dan di bawa ke timur pulau untuk ke Mid Reef point. Penting untuk tahu yang kawasan ini terbaik untuk dive di waktu pagi sebab later matahari akan naik dan probably silau dan kawasan-kawasan lain masih gelap.

Mid reef point juga memberi kejutan terbaik. Di sana kami temui green turtle, giant trevally, blue trevally, giant clamp, unicorn, giant mora eel dan banyak lagi. After 55 mins dive with max 23 meters depth, kami naik semula untuk lunch. Kali ini rehat lebih lama. 


Sipadan Dive 3 : Barracuda Point

Biru gelap means dalam. I mean, sangat-sangat dalam. Remember shape pulau ni macam ibu jari kita. Menjunam
Pantai Pulau Sipadan
As we went for 3rd dive, things get more exciting. Its Barracuda. A school of Barracuda. Macam biasa, Dot perhatikan each and every fish tu sebab suka tengok detail ikan tu. Kak Yat dengan selamba with her Go Pro pegi buat vortex dekat tengah-tengah ikan.  Lucky her. Again we met Turtles besar besar, sharks, and school of Jack fish. Ada Napoleon Wrasse yang sangat besar and Painted Spiny lobster!

Rasa khayal sangat dalam laut tu. Dot tak lupa memuji pencipta yang Maha Hebat. Tidak ada kuasa yang mampu melawan ciptaanNya. We had our tea time while dan ambil sepuas-puas gambar di Pulau Sipadan sebab selepas dive ke 4 kami akan terus pulang ke Mabul.


Sipadan Dive 4 : Turtle Cave / Drop Off Point



4th dive Dot paling tak akan lupe sebab 5 meters from the beach the wall on this side of island drops over 600 meters straight down (Source : Scuba Junkie). Ada sebuah gua yang terkenal di dive site ini which is known as Turtle cave. Difahamkan ada diver yang menjumpai bangkai turtle di dalam gua. Di pintu gua terdapat amaran supaya tak masuk ke dalam. Tapi we had a chance untuk masuk sikit la beyond the rope. Itu pun panic semacam sebab it is very dark. Tak nampak apa. Dot duduk kat tali and sign board and let others masuk. Rasa lemas bila gelap, dalam air. Ape pun hanya diver berpengalaman dibenarkan untuk cave diving even though we're licensed with Nitrox.

This time kami berjumpa lagi dengan turtle dan barracuda, jackfish, unicorn dan sharks. And we also met Dorris fish, girlfriend si Nemo. And finally we have to bid farewell to Sipadan. Semoga Allah murahkan rezeki kami untuk ke sana lagi. Sipadan, sebuah pengalaman yang tak akan dilupakan.

Disediakan untuk bilas alatan lepas digunakan
For cameras pon ada
Trip habis sekitar jam 4 petang, spend time habisan tepi pantai sambil baca buku.
Buku ini sangat best. Kirim khas dari Jakarta

Disebabkan Dot takde underwater camera, Go pro pijah terjun laut so yang ada hanya rakaman dari Nas, dive master kami. Enjoy the video :)

 * source youtube Pijah

bersambung ke hari terakhir

Monday, March 24, 2014

Diving trip : Mabul - Sipadan - Siamil - Day 1 & 2

Nampaknye blog akan di update hanya bila ada trip. Kalau setahun satu trip, setahun sekali la agaknya. Anyway lepas balik dari trip diving September tahun lepas, kami terus decide untuk booking trip ke Sipadan 2014. Since Sipadan memerlukan permit dan ianya terhad untuk dimasuki dalam sehari. So 6 bulan awal kami terus confirmkan booking dan menunggu sampai tiba waktunya


22 Februari 2014

Akhirnya waktu ditunggu tiba. Sebab puas hati dengan service tahun lepas (even though seriously mahal) kami repeat utk pegi dengan Scuba Junkie lagi. Yang paling penting kami nak Dive Master kami yang dulu which is Nas sebab mata beliau sangatlah tajam. Micro? Macro? Low visibility? semua tu takde masalah bagi dia. Pantas je dia nampak. So pakej untuk 5h 4m which is 2 malam di Mabul dan 2 malam di Semporna meleburkan wang sebanyak hampir RM2000.

So mengikut itinerary, kami akan bermalam di Semporna untuk malam pertama dan ke-empat. Malam ke-dua dan ke-tiga di Pulau Mabul. Unlike first time tido kat semporna, bilik VIP kalini aircond and astro dekat living room rosak. Hopefully they really did mend it by now. Malam pertama kami hanya berehat sebab esok akan check in ke Pulau Mabul dan mulakan dive di sekitar Pulau Mabul.


23 Februari 2014

Seawal jam 7.30 pagi kami berkumpul di office Scuba Junkie siap terus dengan baju nak terjun laut. Difahamkan kami perlu terus check in dan tinggalkan barang di satu sudut cafe dan hanya akan check in selepas 1st dive. Satu pemandangan biasa di awal pagi office akan sesak dan masing-masing sedang tunggu giliran untuk ke Pulau masing-masing. Ada yang trus dive, ada yang check in ke pulau. Kami group yang terakhir pagi itu sebab menunggu sorang guest yang terlewat bangun agaknya. 

Kami tiba di jeti Scuba Junkie Pulau Mabul dan terus check in beg and leave bags dekat satu sudut cafe. Ada ruang check in, ada ruang check out. Jangan salah letak. Kang untuk check out depa bawa ke jeti. Resort ni memang sangat cantik. Kecil dan privasi. Bersebelahan dengan perkampungan Bajau Pantai. Dari jeti ke Resort anda akan lihat perkampungan Bajau Pantai di sebelah kiri dan Resort mewah di sebelah kanan. 2 view yang sangat berbeza.

Scuba Junkie Mabul Beach Resort Jetty
Presenting, Kampung Bajau Pantai on your left side and Resort Mewah on your right side.
Feel like 2 different world in an island :(
Subhanallah, pretty view!
There is an old oil rig that had been transformed into a hotel. Nak dive lompat je :)

The Dive!



Mabul Dive 1 : String Ray City

Selesai check in kami terus ke jeti untuk naik bot ke First Dive kami which is String Ray City. Dah 3 bulan tak dive memang merapu la masuk laut aritu. Masing-masing tak komen sebab masing-masing menggelupur kecuali Kak Yat sebab dia memang diver tegar. So 1st dive Dot jumpe Blue spotted String Ray, Orang Utan crab, Spotted Porcelain crab, Few types of Nudi Branch, Peacock Mantis Shrimp dan some other corals macam table top coral. Dive time around 53 minutes, maximum depth 20 meters. Then balik ke Resort untuk breakfast break dalam 1 hour plus surface interval, kami headed back to jetty for second dive.

Mabul Dive 2 : Artificial Reef

Second site ni dekat sangat. Dekat floating resort sebelah Scuba Junkie. Bawah tu memang syurga ikan. Paling best dapat dive dengan a school of Jack fish. Selalu kalau dive, mesti akan tenung ikan tu tengok apa ikan tu buat. Follow je ikan tu. Selain tu ada jugak trompet fish, Ornate ghost pipe fish and reeftop pipefish.

Kami dapat spot a few types of shrimp jugak macam Peacock Mantis shrimp, Anker Whip Coral shrimp dan dancing shrimp. Ok jangan salah sangka, tidaklah dot hafal nama haiwan-haiwan ni. Dan tentulah salin dari logbook. 50 mins with max 18 meters deep dive end successfully sebelum kami menerjah cafe untuk lunch.

Mabul Dive 3 : Panglima

Bergaya betul nama last site dive ni. Untuk 3rd dive kami dapat jumpa Pikachu Nudi Branch. Mostly dapat nampak ikan macam Razor fish, Scorpian fish, Crododile fish & Stone fish yang terer menyamar, Peanut Bat fish dan Fire Duck fish. Hopefully bekalan 3 dive ni dapat membantu untuk dive yang paling dinanti esok. Dive site esok ni terkenal dengan current kuat sebab kedudukan di Laut Celebes, lautan lepas.

After completed our final dive, Pijah was climbing the boat ladder while Dot masih kt air, hanging dekat tali bot, tiba-tiba tali Go Pro Pijah sort of putus tak pasti, yang pasti Go Pro terus meluncur jatuh. "Alamak! Go Pro jatuh!" tu je yang mampu Pijah cakap. Nas cuba untuk kejar Go Pro tu tapi below us dah 40 meter deep. Boleh kena deco kalau terjun jugak. Pijah redha apabila Go Pro bersemadi di dasar lautan Panglima Point.

Selesai 3rd dive, kami masuk ke bilik masing-masing. Resort kecil dan private ini memang sangat cantik. Each room ada 1 queen bed and 1 single bed. Dot share room dengan Pijah. Kak Jijah, Kak Yat and Yana in another room. In front of our chalet dekat balkoni ada hammock. Santai sekali. Interior wise, okey cantik, ada bunga raya on the bed to welcome us.


Mabul Island Resort

Jika anda stay di hostel Scuba Junkie di Semporna, anda boleh lihat karya fotografi Tino Herrmann. On our previous visit, tak tertanya pulak staff siapa Tino ni. Tapi karya underwater beliau memang awesome. Bila tiba di Pulau Mabul baru lah kami tahu beliau ni owner scuba junkie. Sebab dah lama duduk Malaysia, beliau boleh cakap Melayu dan beliau agak friendly. Nama macam orang Indonesia aka artis terkenal Herman Tino tu tak budget la dia owner Scuba Junkie. Hehe.

To the jetty
Welcome everyone
This is spacious for 2 pax :)
I love it
Remind me of my kampung :)

Walk around Mabul Island

Petang itu while waiting for dinner time, Pijah ajak photo shoot dan keliling pulau. This is second time Pijah went to Mabul. Same to the other dive mates. So jus jalan-jalan ke Perkampungan Bajau Pantai dan ke Sipadan Mabul Resort. Perkampungan yang di sebelah Mabul Resort ni sangat basic. Rumah kecil tapi seisi rumahnya ramai. Anak-anak ni tak bersekolah dan bermain bersama rakan-rakan. Banyak kedai runcit menjual makanan ringan dibuka di depan rumah masing-masing. Ada juga kedai cenderamata corals dan sea shell cantik-cantik. Kelihatan kumpulan ibu-ibu berkumpul seperti membakar ikan untuk makan malam.

The kids would make anything to become their toys :) They're happy in their own world. Give them some cookies, they would happily take it from you. And they loved to be photographed. 
Small kampung
The happy kids
Kampung Mabul
Souvenir shop

Kami ke belakang Sipadan Island Resort yang memiliki chalet di atas pulau dan floating chalet. Ada swimming pool dan resort ini sangat luas. Landscape dan rekaletak yang cantik, Dot jangka tentu wayyy expensive. Kami shoot sunset dari bar tepi pantai. Memang cantik subhanallah. As sun disappeared, kami terus pulang ke resort untuk makan malam. The dinner was awesome. Kenyang perut :)



This is genius kan! Nak satu letak kat bilik. Haha.
Resort ni quite besar
The sunset of Mabul Island

bersambung ke Hari Ke-2, Pulau Sipadan...