Saturday, April 22, 2017

Jelajah Aceh - Banda Aceh Day 4

6 Feb 2017

Jelajah Banda Aceh 

Kapal di atas rumah

Pagi itu selepas sarapan di Hotel Siwah, kami mulakan jelajah 3 tempat sebelum ke airport. Kami masih gunakan supir pada hari pertama sebab harganya murah dan layanan yang bagus. Destinasi pertama kami adalah kapal di atas rumah yang terletak di Desa Lampulo. Ketika kami sampai di sana (kawasan perumahan tanah lot) ada sekumpulan ibu-ibu sedang duduk berbual sesama mereka. Dan salah seorang daripada mereka adalah penjaga kapal dia atas rumah. Beliau yang memegang kunci rumah ini. Selama ni dengar kat TV, Youtube kali ini dapat tengok real keadaan kapal, sambil dengar cerita dari ibu penjaga. Seluruh keluarganya terkorban dalam tsunami tersebut.



Masjid Rahmatullah

Seterusnya kami ke Masjid Rahmatullah yang tak terjejas langsung ketika tsunami berlaku. Satu-satunya yang utuh di Pantai Lampuuk. Cuma susulan tsunami, berlaku gempa bumi dan menyebabkan beberapa struktur masjid yang rosak. Dapatlah kami lihat tinggalan kemusnahan yang sengaja dibiarkan sebagai peringatan. Kelihatan dah tak ada rumah berpenghuni sekitar masjid. Di kawasan sekitar sebenarnya kerajaan Turki pernah memberikan sejumlah bantuan untuk bangunkan semula tempat ini. Ada rumah, pejabat dan beberapa bangunan lain telah dibina. Tapi kini ia kosong, tak berpenghuni. Mungkin penduduk masih trauma dan decide untuk tak tinggal di situ? Wallahualam





Kapal Apung PLTD 

Dalam banyak-banyak muzium, saya paling suka muzium ini. Bahkan Muzium Tsunami yang nampak gah pada architecure nya pun tak berjaya menambat hati saya. Kerana apa, maklumat dalam Kapal Apung PLTD yang dijadikan muzium ini lebih detail. Lengkap animasi 3D bagaimana kapal ini terseret jauh.

Turut dikongsi bahawa sejak zaman dulu, orang dahulu dah pun kaji tanda-tanda tsunami dan siap dibuat sebuah lagu/puisi yang menerangkan tanda-tandanya. Menarik kajian orang dulu yang diinterpretasikan menjadi sebuah puisi lagenda sebagai peringatan kepada anak cucu.


Muzium Tsunami

Architecture dan konsep muzium ini memang hebat. Di permulaan pengunjung akan melalui satu lorong "Space of fear" yang mana ada air mengalir di dinding kiri dan kanan sambil kedengaran bunyi ayat al quran dan angin yang membuat bulu roma berdiri tegak. Takut, sedih semua ada. Sampaikan 2 kali Dot melalui lorong tu untuk dapatkan "feel" dan cuba merasai tanda kekuasaan Allah itu.




Kemudian kami lalui "Space of Memory" yang mana ada banyak lcd yang menayangkan gambar dan video kejadian tsunami itu. Seterusnya, kami masuk ke sebuah gua kecil di mana di dindingnya penuh nama mangsa kejadian dan di bahagian atas gua ada nama Allah ditulis. Gua tersebut gelap, dan satu-satunya yang memancar adalah cahaya di balik nama Allah itu. Memang sangat hebat senibinanya.


Mee Razali

Usai jelajah, kami ke destinasi terakhir, Mee Razali. Sebenarnya mee goreng aje. Tapi sangatlah sedap. Banjir dengan seafood. Udang dan sotong besar.  Di seluruh Banda Aceh ni anda boleh dapatkan Mee Aceh. Yang membezakan adalah nama restoren. So kalau Kedai Razali, jadilah Mee Razali. Gitu. Selain dikenali sebagai serambi Mekah, Aceh juga dikenali sebagi Negeri Seribu Kopi. Penduduk Aceh memang penggemar kopi. Di mana-mana ada kedai kopi dan ada juga kedai kopi 24 jam.



Berakhirlah trip Dot yang hold bertahun-tahun ni. Syukur sangat akhirnya dapat jejak Aceh. Sambil lagu Wani, Alhamdulillah mengiringi trip, memang feel lah suasana tu. Semoga kita berada di dalam jagaan Dia, dan sentiasa disayangi Allah swt.


Until next trip!



Nota kaki:

Shafira Rental Car - +620 8526 2383 881
Kos tour Banda Aceh dan Airport Transfer - IDR 400,000 Avanza



No comments:

Post a Comment