Saturday, September 20, 2014

Jakarta Bandung - Day 5

19 Jun 2014, Khamis - Eksplorasi Alam Bandung part 2

Pagi tu kami breakfast di Indomaret. Yang bestnya indomaret ni dia ada semuanya. You name it. Nak 3in1 ada hot water, nak makan sandwich or apa-apa saja ada microwave. Kami suka beli 3in1 drink Indonesia ni sebab ada banyak sangat variety. 

Braga Walk





Kawah Putih

Kawah putih jauh dan mostly ramai pergi Tangkuban Perahu saja dan tak pegi Kawah Putih. Rugi sikit sebab Kawah Putih ni cantik. Untuk ke Kawah putih ada tambahan bayaran Rp 50,000 dari Hayuka Bandoeng untuk duit minyak. Masih murah. Sekitar 2 jam baru kami tiba di sana. Pembelian tiket dibuat di pejabat betul-betul di pintu masuk. Anda diberikan pilihan Jus Strawberry atau pun Teh tradisional sebagai "welcome drink". Suasana dia memang sangat sejuk. Kawasan hutan dengan pokok yang tinggi memang memukau. Tak puas nak shoot gambar.



Register and beli tiket di sini dahulu
Welcome drink
Kawah putih

Kawah Putih
Kawah Putih
Kawah Putih
Kawah Putih
Amazing view
Berdekatan Kawah Putih adalah Tasik Situ Patenggang di mana pembelian tiket juga boleh dibuat di sini. Ia sebuah taman tasik tapi kami tak pergi memandangkan masa yang singkat. Nanti akan ada ramai seller jual mask. Katanya nanti bau busuk sulfur. Time aku pergi pagi tu tak teruk sangat bau tapi memang ada pedih mata sikit. Agak-agak mata takleh tahan silakan cover skt muka dgn tudung or mask yang dijual. Air kawah ni hijau keputihan dek kerana warna sulfur. Eh yeke. Google lah :)


Ladang Teh

Semalam di Tangkuban Perahu pun ada Ladang Teh. Cuma di area Kawah putih / Cidiwey ni lebih kemas teratur dan cantik. Nah layan gambar. Benti tepi jalan gitu-gitu je utk photo doang. Soalnya masa ga' cukup sih!.




Kebun Strawberry

Supir bawa kami ke Kebun Strawberry milik penduduk kampung di sana. Makanya tak perlu bayar tiket bagai. Kami diberi bakul da topi petani dan sebilah gunting (eh bilah ek?). Lepas tu harvest la strawberry yang besar dan cantik tu. Strawbery dia Sekilo dlm RM15. Kalau Cameron highland 100G je dah RM8 gitu.

Cantik sangat perkampungan ni. Sebab seluas mata memandang kau cuma nampak ladang ladang ladang. So green! Tenang tak terkata! :) For a second mari menjadi petani strawberry. Yeay!


Look at this sexy strawberry
Besar sangat
Petani terlajak excited
Petani terlajak excited 
Murah sangat 
Petani bandar 
Ayah pun nak juga
View sangat breathtaking!

Ayam Brengset


Amboi kasar nau tajuk? Itulah menu famous di kawasan kami lunch ni. Ayam Brengset ni kononnye sebab tahap kepedasan dia amat brengset la. Walaupun pedas, kami tak sakit perut langsung sebab menurut supir, cili kat sini dimasak fresh. Takkan ade reheat semalam punya. Sebab tu tak sakit perut.


Konsep kat sini memang kau macam raja sebab pelayan-pelayan dia sangatla melayan kau dengan baik. Berbaloi dengan apa kau bayar . Untuk 6 orang makan range sekitar RM100 which is quite cheap compare ko makan kat kedai tah apa-apa di Bandar Bandung tapi mencecah RM150.


D' Fashion, House of Lace

Sebenarnya kami ada pergi ke a few Factory Outlet dan area barangan kulit. Tapi malas nak review sebab tak beli apa. Tapi Kedai kain lace nama D' Fashion ni wajib review. Yang sebenarnya dia dulu ada shoplot dekat Pasar Baru. Tapi sekarang dah ade bangunan sendiri, 3 tingkat. So lebih banyak pilihan kain. Kami sampai kedai tu dalam sebelum asar lajak sampai ke isyak xsedar. Mana tak, diorang serve customer dengan air dan cakes yang sedap-sedap. Mula-mula beli kain cotton, lepas tu naik floor atas untuk beli lace.



Dari segi harga memang tak tipu murah. Sayangnya masa dekat Pasar Baru dan shopping sikit dekat kedai Bombay. Masa tu tak tahu akan ke D' Fashion ni. Lepas ni tahu dah kan. Korang minta je supir bawak ke kedai D' Fashion. Kalau pandai bodek macam penulis blog ni bolehla dapat harga murah yang sampai boss dia kene edit sistem supaya boleh scan price. Hehe :)


Ais Krim Durian

Sebab semua orang sibuk review pasal ais krim durian maka kami pun turut mencubanya. Yes memang sedap. Jangan lupa cuba ok. Siap letak durian seketul.

Ada durian dlm ais krim durian. Yummy!
Sedap tak tipu


bersambung ke hari ke 6




2 comments:

  1. day 5 paling best !! nak repeat day 5!!
    ayam brengset and dfashion is highly recommended !!!
    murah2 sangat berkali ganda haha
    p/s: jahatnya tulis petani excited haha

    ReplyDelete
  2. Kat d fashion kain lace mmg murah2..dlm 70rm rasanya dah dpt kain lace n lining sekali...klu kat KL...kain lace cmtu semeter je dah 50rm lebih...��

    ReplyDelete