Friday, September 19, 2014

Jakarta Bandung - Day 3

17 Jun 2014, Selasa - Goodbye Jakarta and Hello Bandung!

Pagi itu selesai urusan check out, kami ambil bajaj untuk ke stasiun keretapi Gambir. Keretapi ke Bandung sepatutnya bertolak jam 8.30 pagi ternyata sedikit lewat hari itu. Selamat tinggal Jakarta yang sibuk! Untuk ke Bandung kami ambil seat kelas Eksekutif. Ruang duduk yang luas selain disediakan bantal kecil, plug charger untuk penumpang. Perjalanan mengambil masa kira-kira 2-3 jam. Selepas 1 jam, akan ada jualan makanan ala-ala Air Asia. Dek kerana masih full, kami tak beli apa-apa.



Lepas lalu 2 security check, naik ke atas



Interior Keretapi

Few times jugak keretapi lalu jambatan tinggi


Kenapa kami naik keretapi? Sebab view dia SubhanAllah! Memang hebat. Cantik. Kami melalui kampung-kampung, sawah padi, jambatan yang super tinggi. Memang sangat tinggi. Sungai terlihat sangat kecil dari keretapi. Tertinggal cinta di pemandangan indah Sang Maha Pencipta. Hilang keributan Jakarta, terbang menuju ke Bandung.

Bumi milik Allah ni tak pernah sekali pun jemu untuk dipandang. Aku cuba hadam sebaiknya nikmat pemandangan yang indah ini sambil membaca novel yang baru dibeli di Gramedia malam tadi. Hijau. Alhamdulillah atas rezeki yang diberikan.


Hotel Kenangan

Setibanya di Bandung, kami berjalan kaki ke Hotel Kenangan as per direction given by Natalie, dari Hotel Kenangan. Cukup mudah nak buat booking di Hotel Kenangan. Tak perlu deposit pun dan hanya through email. Hotel kenangan ni one of the nearest hotel to Pasar Baru Trade Centre dan antara yang termurah. 

Satu je kelemahan hotel di Indonesia. Lampu kuning malap. Even dekat Maxone Jakarta. pun malap. Sakit mata dibuatnya. Nasiblah ade toilet, takla kau tersapu blusher pekat kan. Nampak jugak muka sendiri.


Pasar Baru Trade Centre

Selepas check in dan solat, kami berjalan kaki menuju ke Pasar Baru. Sebab di Jakarta dah cari telekung, aim kali ni nak cari kain lace. We had our lunch there dekat foodcourt. Lebih mahal dari makan pizza. Tak tahu nak cut macam mana bab makan di Jakarta, Bandung ni. Barangkali harus ke lesehan aja kot. 

Lunch with adik's friend and family yang stay sana

Selepas tawaf for a while, kami pilih kedai Bombay. Price wise not bad, choice wise not bad jugak. Plus selalu dengar good review jugak kat sini. Tapi sebenarnya ada kedai yang wayyyy better dari Bombay. Sebenarnya itu pun driver bawa kami ke sana on our 2nd last day. So bersabarlah ke entry seterusnya nanti ya.





This is a normal view spjg vacation shopping kali ini

Ketika kami keluar dari Pasar Baru, waktu sudah hampir maghrib. Sekitar jam 6 petang. Kesemua gerai sedang terburu-buru menutup kedai masing-masing. Peniaga di tepi jalan juga begitu. Makanya Bandung sepi di waktu malam ? Nanti akan saya jawab di hari yang ke -4


Makan Malam

Kalau di sekitar Hotel Kenangan tu, menurut saya makan agak susah. Kalau maju ke depan sedikit, di sekitar depan stasiun keretapi Bandung, ya ada lesehan. Kalau resto hanya ada Resto Padang. oh di area itu ada jugak macam sebuah bistro yang saya yakin juga mahal. Lalu kami decide untuk makan di Resto Sederhana, masakan padang sahaja. Oh betul-betul di sebelah kiri Resto Sederhana, ada satu money changer yang sangat murah. 

Esok hari yang panjang. Dan esok baru kami mula gunakan khidmat supir. Maka malam itu kami tidur cepat agar punya energi esok hari.

Bersambung ke hari ke - 4

No comments:

Post a Comment