Tuesday, May 6, 2014

Gunung Kinabalu - Part 3

1 Mei 2014


Selamat hari pekerja! Tiba-tiba je kan. Dalam 11:45 pagi mata dah takmau tidur dah. Macam-macam sound effect kedengaran. Menigau ada, dengkur ada, letih sungguh roomate Dot. Pukul 1 lebih kurang Intan dah bangun, bukak lampu. Mandi. Sebab semalam tak mandi lagi. Dot pun terus bangun kemas beg apa yang patut. Disarankan terus kemas beg. Sebab takut turun dari peak nanti lambat. Jam 10:30 pagi wajib check out, otherwise 1 jam lewat denda RM100.

Siap sedia dengan headlamp, glove, sweater Dot turun ke cafe untuk supper. Makan makanan yang kenyang supaya beri tenaga. Alan dan Napie tak selera katanya makan sikit je. Rugi betul. Selepas taklimat ringkas, kami memulakan pendakian ke puncak. Sejuk, high altitude melambatkan sikit pergerakan. Tapi suasana gelap memberikan effect mental positive sebab kita tak nampak trek.


Summit Attempt - Dataran batu

Rasanya lah pukul 3 pagi kami mula mendaki. Tak save log pulak. Kami melalui pintu pertama yang hanya dibuka jam 3 pagi di Gunting Ladagan. Guider dah pesan, tak perlu tunggu kawan sebab kita ada timing masa. Kawan-kawan guider akan handle. So Napie dan Alan memang jalan dulu sebab tak ingat dah mana diorang. Mula gunakan tali di KM 7.0 dan akhirnya tiba di Sayat-sayat checkpoint dalam jam 4:30 pagi. By 5:00am mereka ada hak untuk halang pendakian sebab mengambil kira waktu untuk turun kembali.

Masa ni Dot dah mula cek timing sebab taknak lewat sangat Subuh. Target nak Subuh jam 5 pagi tapi tersasar. Pendakian masa ni memang layan trek batu je. Jalan - stop - jalan - stop - duduk - jalan balik. Masa ni berganding dengan Intan. Lepas tu berjaya kejar group Dolce and other girls. Nampak je signboard KM 8.0, nampak pulak Alan and ke belakang sikit ada mcam kepungan batu, tempat Guide selalu berlindung untuk tidur/rest, di situ Dot solat. Nak sampai ke KM 8.0 berganding dengan Anis dan kami sama-sama menunaikan solat subuh kira-kira jam 5.30 pagi.

Tu la puncak yang ada kat duit singgit

Wuduk of course batal. Kentut sana-sini. Memang beku kaki time berwuduk. Sempat sujud syukur, Teruja sebab dah sampai dataran batu. KM 8 ke puncak tak jauh sangat. So kami rest, nikmati sunrise, bervideo, berselfie, phootoshot and then barulah meneruskan perjalanan ke Puncak.

PS: Gambar time dah cerah je ade. Time gelap gelita tak koser nak kluarkan camera. Hehe

View atas dataran batu
Tu puncak Low 's Peak


Summit Attempt - Puncak Low's Peak

Kami tiba di KM 8.5 pada jam 6:21 pagi dan kemudiannya menuju ke Puncak Low's Peak. Jam 6:50am agaknya kami tiba dan tunggu giliran untuk bergambar. Puncak hanya mampu memuatkan sekitar 20 orang atau kurang. Batuannya juga loose. So memang kena give and take sangat-sangat. Plan asal nak bergambar ramai-ramai dengan baju raya tapi at last tak jadi. Alan je sempat bertukar. Dot memang malas sangatlah.




Jam 7 pagi kami mula turun ke Laban Rata. Stop lagi di KM 8.0 untuk bergambar kemudian terserempak dengan Guider. Dapat pujian sikit dari guider. Katanya kaki Dodot kuat walaupun tunggu kawan. Mesti Guider ni sebenarnya nak cakap Dodot gemuk tapi kuat. Cis sangat. Time turun ni part febret sebab suke test kaki. Memang melaju bagai sebab ikut kaki Napie dan Alan. Kami follow betul-betul belakang guide jalan mode zigzag supaya tak penat.


Kami tiba di sayat-sayat checkpoint sekitar jam 8:06 pagi sebelum bertemu trek bertali jam 8:13 pagi. Masa ni dah mula traffic jam sebab kawasan bertali. Melepasi trek bertali, kami melaju trekking dan tiba di Laban Rata jam 9:04 pagi. 



Kami terus breakfast before kemas beg etc etc sebab jam 10:30am wajib checkout. Sebabkan badan dah panas dan cafe terasa hangat kami breakfast di balkoni Laban Rata. Masa tu baru tahu yang Alan dan Napie kena AMS. Napie agak kritikal so Dot bagi napi pil dizziness yang doctor bekalkan.



Laban Rata - Timpohon Gate 


Jam 10:39 pagi kami bermula pendakian turun ke Timphon gate. 1 Jam kemudian kami tiba di Persimpangan Timpohon - Mersilau - Laban Rata. Di depan sikit rupa-rupanya Layang-layang hut yang terletak di laluan trek Timpohon. Masa turun ni agak kelakar sebab kami macam berlumba dengan Taha dan wife. Sama-sama laju tapi at last dapat potong Taha. Sorry guys! Kami stop sekejap di KM 4.0 untuk rest before teruskan perjalanan.







Sambil turun ni jumpa ramai yang on the way naik. Exactly dekat KM 3.0 terserempak dengan cuzin Dot, Abang Jai yang bawak trip Jab Perbendaharaan Putarajaya. Ambil gambar untuk jeleskan cuzin lain, kemudian Kami teruskan lafi sehingga jumpa Pndok Lowii jam 12:38 tengah hari yang terletak sebelum KM 2.5. Then kami decide taknak break dan teruskan perjalanan.





Seterusnya kami bertemu Pondok Ubah jam, 1:11pm dan Pondok Kandis jam 1:22pm. Sebab dah semakin dekat, memang masing-masing takmau break. At last surrender dekat tengah trek, kawasan bertangga. Melepasi KM 0.5 dari puncak, kami berjumpa dengan Carson Fall dan akhirnya tiba di Timpohon Gate jam 1:48pm.


Log summary 

Laban Rata -  Puncak > 3 hours
Puncak - Laban Rata > 1 hour 20 minutes
Laban Rata - Timpohon Gate > 3 hours 8 minutes

Jarak pendakian around 11km


Balsam Cafe

Ending di Timpohon Gate anda harus terus menuju ke pintu gerbang. Ada banyak van transfer yang memang dah include dalam package. So tunjuk sahaja tag dan mereka akan bawa ke office. Tiba di sana terus turun ke Balsam Cafe untuk lunch. Last buffet time adalah jam 4:30 petang. Selesai makan dan solat, kami terus bawa barang ke bas dan tunggu rakan-rakan yang lain. Sekitar 5 petang bas bergerak ke Kota Kinabalu.


Kesimpulan

Rasa macam buat esei pulak ade kesimpulan kan. Walaupun ada yang berkata "Gunung Kinabalu je kan" atau nak merujuk kepada tak sesusah Gunung G7 lain, namun Dot kurang bersetuju. Trek tak sama, dan never underestimate gunung ni. Sekali pun kita dah repeat berapa kali pun. Struktur bumi sentiasa berubah bahkan stamina masing-masing pun ada naik turunnnya. Mungkin anda hikers kental, tapi kalah dengan AMS, tak siapa tahu. Sebaiknya, kembali kepada yang maha Pencipta kerana Dia turunkan kita di muka bumi ini untuk diuji dan tugas kita pula adalah sebagai khalifah, itu jangan lupa.

Dakwah. Di mana-mana harus dakwah. Apatah lagi di perjalanan yang 100% bergantung kepada Allah setelah usaha training sana-sini. Jangan angkuh dan riak selepas mencapai apa yang kita nak. Akhir kata, jika ada niat untuk mendaki, sesiapa pun ada peluang. Stamina boleh dibina, mental boleh dicipta. Kan sukan itu juga ibadan :)


Bersambung kepada tips pendakian...


9 comments:

  1. Subhanallah.... tahniah sebab berjaya... teringin nak kesana..

    ReplyDelete
  2. Thank share pengalaman ni.. membkar semangat nak naik hujung tahun nie huhuuu.. harap2 manage sampai atas la huhuuu :D

    Pape pun terbaik la respect sebab sampai atas :D

    http://timetravelafif.blogspot.com/2014/05/kembara-england-part-7-natural-history.html

    ReplyDelete
  3. agreed with the conclusion. Again, congratulation!

    ReplyDelete
  4. Aboy punye : Terima kasih! Cubalah ke sana. Memang tak ternilai pengalaman :)

    Time Traveller : Hopefully membantu! InsyaAllah semua boleh asalkan training dan jgn lupa doa pada Allah. Dia sahaja yang membolehkan apa yg kita inginkan :)

    ReplyDelete
  5. Ish jeles nyaa Syida dah smpi puncak! Dah berzaman plan tapi masih x tercapai. Hihi. One day hopefully. :)

    ReplyDelete
  6. Syahrina : Thanks Sya :)
    Nydia : Alhamdulillah. InsyaAllah next turn Nydia pulak :)

    ReplyDelete
  7. berapa kos naik ke puncak kinabalu ya??

    ReplyDelete
  8. kos setiap tahun berubah. boleh call/email sutera sanctuary resort. diorang yg manage kinabalu.

    ReplyDelete