It was a family trip. But definitely this time, its not really a budget trip. Keep on reading, I'll tell you why :). Since everyone need to wait for Hanis's final exam end date, we end up buying a not so cheap air flight ticket. It was Kuala Lumpur - Jakarta and Bandung - Kuala Lumpur route. It cost us around RM350 per person for the routes.
14 Jun 2014, Sabtu - Mangga Dua, Jakarta
Flight kami ke Jakarta jam 10.30 malam. Saja ambil malam, selain murah kami plan early morning dah boleh start jelajah kota tua. Tiba di airport Jakarta, supir dari Angelita Car Rental menyambut Dot and family. Untuk airport transfer, sebuah avanza untuk 6 pax harganya IDR 350,000.
Twins Hotel Mangga Dua, Jakarta
Since dua malam di Jakarta, Dot choose to stay Mangga Dua and then relocate ke Sabang (Pusat Bandar Jakarta). Dot suka sangat Twins Hotel ni. Tak jumpa pun review pasal hotel ni dari blogger lain. Tapi sebab gambar bilik super cantik dengan wallpaper dekat keseluruhan hotel, I choose Twins Hotel. Price wise memang murah. Antara ter murah la dekat booking.com.
Family room consist of 4 pax - IDR 550,00
Double bed room of 2 pax - IDR 350, 000
That's include breakfast dan Twins Hotel serve Indonesian cuisine yang menarik dan sedap. Not only that, interior dia memang cantik, they provide you towels. Yes towelsss. Kecik dan besar and toiletries too. I am a happy customer. Staffs are very friendly and polite. Dan ia within walking distance ke segala mala muzium di Jakarta atau pun Jakarta Tua.
15 Jun 2014, Ahad - Jelajah Kota Fatahillah dan sekitar Kota Tua
Sebab ada satu hari untuk cover area Mangga Dua, specifically area Jakarta Tua so Dot dah list kan at least wajib cover Muzium Bank Mandiri dan Muzium Indonesia. Hari ini bergantung pada map and google semata-mata. Tak susah pun. Dari hotel kami, belok ke kanan dan jalan terus dan akan melalui Stasiun kereta-api Jakartakota. Untuk cross ke Bank Mandiri, boleh guna underground tunnel depan Stasiun Jakartakota.
Muzium Bank Mandiri
Jika anda pemegang kad ATM Bank Mandiri masuk adalah percuma. Jika tidak, tiket masuk adalah IDR 5000 per person. Muzium ni yang paling dot nantikan dan excited sebab kita boleh masuk ke the whole muzium sampai ke lower ground yang ada safety deposit box. Ada calculator manual, komputer lama, kita boleh nampak how technology dalam bank ni berkembang. Lama jugak kami dalam ni sebab everything dalam tu worth to stop, stare, read and of course taking photos.
I am actually get pretty excited sebab evrything inside you can touch. Well not really tapi takda orang care much, takde guard, you can take photos here and there and touch some antique machine there. Im just loving it here.
Sambutan Hari Muzium, Taman Fatahillah
Selesai jelajah Muzium Mandiri, kami belok ke kiri untuk ke next muzium. Dekat sini memang nampak jelas architecture Belanda yang telah lama menjajah Indonesia. Kami ada melalui Muzium Bank Indonesia, but we skipped that dan terus ke depan. We're lucky alhamdulillah sebab masa kami ke sana, ada sambutan Hari Muzium. So sort of ada pesta di dataran yang kelilingnya ada Muzium Wayang, Muzium Indonesia, Muzium Seramik, Kantor Pos dan macam-macam lagi.
Ada banyak gerai dibuka selain daripada khidmat sewa basikal. Ada jugak mereka yang mencari rezeki dengan memakai kostum, dan berlagak seperti tugu. Cuaca kadang-kadang panas, kadang-kadang macam nak mendung. Rasa kasihan jugak lihat orang yang susah-payah bekerja. Rezeki kami jugak ada perfomance gamelan dan wayang kulit.
Muzium Indonesia
Muzium tu terasa hambar, panas. Macam takda circulation sebab pintu tingkap tertutup. Hanya ada perabot-perabot besar dan bila lampu pun takda, gelap dan panas, kau rasa nak laju-laju je keluar. Ada la a few part menarik macam suasana penjara wanita. Tu pun penjara tu dah tenggelam dengan air. Dengarnya barang-barang dalam ni dah move ke somewhere else yang dot pun dah lupa.
Elok je keluar muzium, hujan selebat-lebatnya. Kami redah hujan tu sampai ke Stasiun Jakartakota sekitar jam 12:34. Dengan baju hujan menuju ke hotel. Memang kuyup jugak tapi aim masa tu nak balik hotel je. Sampai di hotel kami berehat dan solat untuk ke nearest mall untuk lunch. Kami tak jumpa pun ape-ape kedai makan kat sini. Yang ada hanya lesehan yang tak menaikkan selera. Memandangkan ini hari pertama, kami taknak take risk untuk makan di lesehan. Kang perut tak power, tak pasal duduk dalam toilet.
Banjir, Macet - Mangga Dua Mall
Dari Hotel kami naik angkutan ke Mangga Dua Mall untuk lunch dekat food court. Dapur laris namanya. Memang betul makan kat Indonesia ni ko akan suspicious saja. Sebab kau tak tahu siapa muslim, kalau katanya halal, kau tengok ayam display tu ada kepalanya. sembelih ke tak tu? Aku cuba yakin kedai aku makan ni halal sebab aku tak nampak kepala ayam.
"Halal mas?", tanya aku.
"Ya halal mbak. Kalau tidak ditanggung dosa sama saya", mas dapur laris.
Tawakal pada Allah, kami order makanan. Aku rasa ni lah lunch / dinner paling murah dlm trip 1 minggu ni. Untuk 6 orang, kami kena sekitar IDR 220,000. To be honest, that still a lot sebab food court dia bkn ala-ala KLCC pun.
Selepas makan, jalan-jalan sikit dalam mall yang kurang menarik tu kami cari bajaj untuk balik ke hotel. Dan jalan utamanya banjir, macet (jem) dan hectic.
ANCOL - Dunia fantasi, fantasi tak menjadi
Usai solat dan mandi, ternyata masih tersisa malam untuk kami gunakan. Cadangnya ke ANCOL sebab malam minggu ada bazar seni. Tapi website yang tak lengkap tak beritahu waktu dan harinya. Sekadar terjumpa entah mana-mana je dalam google. Maka kami decide untuk redah.
Dekat dengan hotel (harus jalan sedikit) ada port angkutan biru, jalur 15 rasanya melepak untuk bawa penumpang ke Ancol. Tapi ayah decide nak tunggu depan hotel sebab malas nak jalan. Dot rasa a bit uneasy sebab kalau tahan-tahan angkutan ni takut dapat angkutan lain yang tak sama jalur (laluan). Tup berhenti angkutan merah.
"Bisa ke Ancol pak?", tanya saya.
Kelihatan driver dan assistant berborak-borak sebelum akhirnya memberitahu,"bisa".
Dot rasa uneasy habisla tapi tawakal jela. Malam dah mula melabuhkan tirai. Tiba-tiba entah di satu lorong, angkutan berhenti.
"Di sini mbak. Mbak melintas jalan itu", sambil menunjukkan jalan besar gelap yang cahaya hanya dari cahaya oren lampu jalan. Rasa nak menyumpah tapi buat-buat tenang suruh family turun. Kami ke depan dan... Sah menipu. Memanglah melintas je tapi Ancol tu besar, jauh gila menapak dengan bahayanya meniti laluan pejalan kaki yang gelap.
Kami terus berjalan sampai ke kaunter tiket. Dan, moment of truth.. bazar seni takde malam tu. Kalau nak masuk mall je masih operate. Yang lain-lain dah tutup. Sekian terima kasih. Disebabkan tiket pricey dan setakat nak masuk mall kene bayar macam tu, kami batalkan hasrat. Kami berjalan sedikit ke hadapan dan mujur ada angkutan yang memang berhenti di sekitar mangga dua.
Dengan keletihan, kami mengisi perut masing-masing di KFC yang almost nak tutup. Suatu malam yang menyedihkan di Jakarta.
Bersambung ke hari ke-2
Syok tengok gambar ! :)
ReplyDelete@hazwan hafiz : thank you !
ReplyDeletehaha hanis baru baca ! best
ReplyDelete