Alhamdulillah berjaya menawan Gunung Kinabalu dengan bff Dot. Even tho tak semua dapat join, only 3 of us it feels like everyone's spirit dibawa sepanjang perjalanan melengkapkan misi. First time ke Sabah masa Uni life dulu around 2009 kot. Masa tu lah kami berjanji nak tawan sama-sama. End up, Pijah dan Jejen tawan dulu, then followed by us, Dot Napi dan Alan. Kami join trip organized by Mad Mountain, Tehcnip JB. Thanks Rezuwan Hamzah dan gang.
Actually it was a last minute decision sebab, rezeki kalau Allah nak beri, last minute pon jadi. Lepas settle post pasal pendakian Dot akan update tentang tips and preparation.
Perjalanan
Be it diving or hiking, lately mesti akan rasa takut dalam hati. Takut ada rasa riak. So before any trip Dot akan make it clear dengan diri sendiri, mengadu pada Allah, bahawa apa yang Dot buat semata-mata kerana Allah, mintak dijauhkan rasa riak sebab "Aku berjaya buat ni". Jika datang riak, terhapuslah pahala ibadah. Bukankah apa-apa yang kita buat jika diniatkan kepada Allah menjadi ibadah. Dan along the activity kita buat tu, ringankanlah mulut berzikir, memuji kebesaran Allah. Ingat, tanpa Allah kita hamba yang teramat lemah. Lalu apabila ia menjadi ibadah tentulah kita berjaya menjaga adab kita. Tak mungkin orang tak beradab tika beribadah. Semata-mata kerana Allah. Semata-mata kerana Allah.
28 April 2014 - KUL -BKI
Around 4.30 am Dot bergerak dari Rawang untuk park kereta dekat ERL Putrajaya/Cyberjaya. Covered parking dari 28 April - 2 Mei cost hanya RM30. Tiket ERL pula RM6.20 one way. Way cheaper daripada park dekat TBS tapi ERL ticket almost RM30. Tak sure kenapa huge different, rasanya dekat je.
First time fly dengan pesawat Malindo air, dibekalkan air osmosis dengan cracker munchies. Sumpah lapar, tak breakfast lagi so cracker kering tu selamat dalam perut. And jangan lupa bring your own earphone utk in flight entertainment. Or else kene beli around RM15 rasanya. Lepas pilih movie Sang Pemimpi, rasa macam dah tengok sebab lepas tu terus tertidur sampailah KK. Depart jam 7.45 pagi, arrive dalam 10.30 pagi.
Airport Bus
Keluar dari departure akan nampak kaunter Airport Bus. Cost RM5 sahaja untuk ke bandar KK. Bayar tiket dan keluar akan nampak depan je pintu airport bus. Kalau agak-agak rushing better naik teksi, RM30. Sebab dari Terminal 1 route dia :
Terminal 1 - Terminal 2 - Kota Kinabalu ( Ada few checkpoint) - Padang Merdeka
Sebab Padang Merdeka dekat dengan Hostel kat Jalan Gaya, so Dot pilih untuk stop di Padang Merdeka. Di sini memang banyak bas dan teksi untuk ke pelbagai destinasi. Untuk route dari Padang Merdeka pula,
Padang Merdeka - Terminal 2 - Terminal 1
Perkhidmatan bas ni agak baru sebab dari research Dot, mungkin dlm 2-3 tahun baru ada. Murah dan mudah sebab lokasi sangat near dengan backpacker hostel yang rata-ratanya terletak di Jalan Gaya.
Xplorer Backpacker Hostel
Hostel ni terletak dekat dengan Guardian dan Public Bank. Rate boleh refer dekat website Xplorer Backpacker. Dekat KK ni Dot pernah stay dekat Borneo Backpackers dengan Marina Court Apartment. So to compare hostel yang pernah Dot stay, let review Xplorer Backpacker dulu.
Xplorer Backpacker ni sebenarnya terletak di tingkat atas. Di tingkat bawah hanya ada reception dan some small office sebab ia sebenarnya berkongsi dengan sebuah kedai makan. So tingkat atas ada few dorms and private room. Some ada attached bathroom, some kena shared. Day 1 Dot dapat dorm. Agak kurang memuaskan dorm tu sebab aircond macam tak kuat, dan takda pengudaraaan (no window). On last day, Dot dapat macam Deluxe room of 5. Sangat luas dan selesa. So boleh puas hati kat situ.
Pantri, Common Area, TV semua tu dekat balkoni dia. Agak kecil and shared bathroom ada empat. Dekat KK ni memang well known dengan tekanan air kecil atau takde air. Sebab pernah terkena sekali masa visit last year, nasibla stay dekat Marina Court so, mereka provide dozens of Water bottle. For breakfast, ada hot drink (3 in 1 Coffea) dan bread and jam.
Entrance door |
Exploring Kota Kinabalu
Sebab kan airport bus yang take time tu, Dot tiba di hostel dalam tengah hari. Check in sekejap and terus ke KFC untuk lunch. Memandangkan Dot akan terus balik lepas turun Gunung Kinabalu, Dot setelkan awal-awal segala kiriman dari KL. Cuaca agak panas di KK. By 4 pm dah balik ke hostel dan rest, tidur. Berkenalan dengan roomates, Erin, Yaya dan Dolce, malam tu kami dinner ramai-ramai dekat waterfront selepas melayan sunset yang sangat cantik.
Malam tu baru 10 malam lebih sikit Napi dan Alan sampai ke backpacker hostel ajak teman dinner. Masa tu rasa collapse sangat dah sbb dari 4 pagi dah start travel. Terpaksa say goodnight
29 April 2014 - Kota Kinabalu - Kundasang
Pagi tu tak ada apa sangat, breakfast, cari final item yang tak cukup then dalam 12pm kami naik bas untuk pickup participants yang baru tiba today dekat airport. Then kami terus ke Kundasang. Tiba di Pekan Nabalu dalam 2-3 pm kami lunch di sana kemudian teruskan perjalanan ke Kinabalu Park (Timpohon). Di sana kami proceed dengan registration, dapatkan name tag.
Bus berhenti di seberang jalan |
Board wajib bergambar |
Registration peserta |
Mine is 007. Napie No 015, Alan no 034 |
Roomates in sequence number. Yeay. Kak Ila, Me and Yaya |
While waiting for every process settle, dapatlah tengok wajah-wajah orang yang baru turun dari Mount Kinabalu. Tak sabar nak tunggu waktu kami pula. Selesai urusan kami naik van transfer ke Mersilau Nature Resort. Perjalanan melalui perkampungan, Kiram Village, Desa Cattle Farm, Mersilau Golf Club and finally tiba di Mersilau Nature Resort.
Mersilau Nature Resort
Tak sangka penginapan kami kat sini. Well to be truth not much info received pasal trip ni. Ni lah 1st time join trip, bayar then info tak lengkap. Tapi end up trip ni super ohsem. Yang paling best sebab tak kesejukan dek kerana ada heater dalam each bilik. Makan sedap dan memuaskan. Cuma sedikit cabaran masa tiba di Resort sebab admin bagi kunci salah, end up kunci patah dalam tu. Office dengan bilik takla dekat tapi nak ke bilik kami yang last ni sungguh la memacak. Trek Kinabalu pun tak memacak macam ni. Betul tak tipu!
Taklimat ringkas
Selesai makan malam di Renanthera Restaurant kami bertemu dengan para guiders kami dan ketua guide memberi taklimat ringkas of Do's and Dont's. From all of the tips, ada 1 part yang buat Dot suka sangat dengan pesanan beliau. And Napi pun perasan benda yang sama tentang guider ini.
"Setiap orang ada kepercayaan masing-masing. Tapi majoriti kita sebagai seorang Islam haruslah beriman/percaya kepada perkara-perkara ghaib".. The way he remind us all agak menyentap Dot. Yes, kita adalah orang Islam. So pesanan beliau tentang mahluk ghaib adalah, biar mereka buat kerja mereka, kita buat kerja kita. Jika ternampak let them be.
Malam tu juga kami uruskan jika ada sesiapa yang memerlukan special guide one to one. Cost RM180 per person dan guide tu akan teman sampai ke puncak. Untuk mountain taxi pula, (didukung oleh porter) kos sekitar RM300 per KM dan depends kepada berat dan trek yang dilalui. Khidmat porter pula RM12 per kg untuk trek Mersilau manakala untuk Timpohon RM10 per kg.
Malam tu juga kami uruskan jika ada sesiapa yang memerlukan special guide one to one. Cost RM180 per person dan guide tu akan teman sampai ke puncak. Untuk mountain taxi pula, (didukung oleh porter) kos sekitar RM300 per KM dan depends kepada berat dan trek yang dilalui. Khidmat porter pula RM12 per kg untuk trek Mersilau manakala untuk Timpohon RM10 per kg.
Eat healthy gittew |
Makan sedap |
bersambung ke hari pertama pendakian...
congratulation! dapat tawan puncak tertinggi di asia tenggara!
ReplyDeletetahniah Dot dah berjaya tawan puncak...
ReplyDeleteCongrats buddy! Jom buat trip santai lak dgn Batch 20.
ReplyDeletePM : Thanks! :)
ReplyDeleteKak Zila : Thanks Kak Zilla. Good luck utk next project akak!
Pijah : Tenkiuuu buddy. Jom sarawak pulakk. asyik sabah jee :)