Tuesday, May 6, 2014

Gunung Kinabalu - Part 2

30 April 2014

Pagi itu untuk breakfast, disarankan makan makanan berat sebab perjalanan hari itu sehingga ke Laban Rata. Lunch pack hanyalah sandwich, epal dan air. Memang macam tak lalu, bukan suruh makan smpai bloated, pastikan food yang diambil mengenyangkan, baik untuk tenaga korang dan hiking nanti. Sebelum pendakian bermula, kami adakan sekali lagi taklimat dan timbangan beg untuk porter. Dot, Napi dan Alan tak gunakan khidmat porter. Lagi pun tak banyak barang. Cuma Dot tumpang kat napi sandel and 1 plastik berisi jubah, beanie and glove. Itu menjadikan beg napi 12kg. Entah ape dibawaknya. What is in my bag akan direview on last post of Gunung Kinabalu.


Selepas tu kita boleh tinggalkan beg untuk disimpan di pejabat Mersilau. Jangan risau jika kita turun di Timpohon sekali pun, beg akan dibawa ke office Timpohon dengan charge RM10 per beg, Andai kata tak ramai yang tinggal beg, less than 10 bags mereka akan charge RM85 per trip which is quite impossible sebab ramai je hike Kinabalu kan. Sebelum bermula di pintu masuk Mersilau, peserta akan sign buku dan letak kan waktu masuk. 

Dari Mersilau Nature Resort dah nampak gunung

From Left to Right, clockwise  : (1) Registration checkpoint, (2) Porter timbang beg (3) Log waktu masuk (4) Pintu masuk

Pendakian bermula

Dot mark waktu masuk kami pada 8:52am. Bergerak sama sekali dengan Napi, Alan dan Kak Ila. After beberapa minit, Dot tersedar yang Napi dan Alan di belakang sebab menunggu Kak Ila. 17 minit kemudian Dot tiba di KM 0.5. Masa tu dah totally berpisah dengan Napi. Sekali dengan Dot time tu Pokde dan Irwan kalau tak silap. Jam 9:33am Dot tiba di KM 1. Masa tu trek mula bertangga dan menaik, view pun dah mula best. Berhampiran KM 1 kami berjumpa dengan pondok pertama dan perjalanan diteruskan.

First 4 KM dengan Pokde dan Irwan
KM 1

Kedudukan pondok selalunya selepas KM yang ade .5 cth 1.5, 2.5, 3.5 and so on. Distance sign tu bagus sebab kita boleh mark jarak and target masa kita. Nanti Dot buat summary log. Nasib baik Alan dan Napie sweep Kak Ila. Kalau tak takde can nak rasa paling laju. Diorang tu satu nafas je sampai peak. Hee. Melepasi Pondok Bambu jam 9:58am masih awal untuk rest. Tapi dah mula try rasa air free dekat situ. Ok sedap. Takleh minum banyak, kene keep going. Melepasi KM 2, ada air terjun kecil sebelum berjumpa dengan Pondok Nepenthes sekitar jam 10:34am.

KM 1.5 & Pondok Bambu. Ada tupai dekat pondok rehat
KM 2, KM 2.5 keep going

Di KM 3 kami bertemu Jambatan Gantung, Air terjun Kipuyut. Masa tu ahli jemaah bertambah sorang, iaitu Sabah. Kami ambil peluang bergambar dekat sana. Air jernih memang menggoda untuk mandi, tapi hasrat dipendam jelah. Berhampiran KM 3 kami bertemu Pondok Tikalod. Masa ni Dot berhenti for a break sambil main-main dengan Tupai gendut. Masa tu dah 11:13am, target untuk lunch break di Pondok Lompoyou. Sempat seorang guide/porter pesan, kalau dah lapar, break je. 

Dalam perjalanan Dot tak lupa untuk beri salam pada pokok-pokok, batu, semuanya lah sekali. Bukankah mereka mahluk tuhan yang tak henti berzikir kepadanya. Sambil tu Dot cakap, korang mahluk Allah yang tak henti berzikir, doakan perjalanan aku ya :)


Pondok Nenphentes & Jambatan Gantung Kipuyut
KM 3.5 & Pondok Tikalod.

Lunch Break @ Pondok Lompoyou


Lepas short break, Dot teruskan ke KM 4 untuk ke Pondok Lompoyou. Masa tu tak ingat dah ada siapa. Yang pastinya trek dah mula memacak. Dalam 30 minit je dah tiba di Pondok Lompoyou. Kawasannya dan pndok itself lebih luas, ada toilet yang selesa. Kalau membuang boleh flush dan air sangat sejuk. Sampai-sampai basuh epal dan ngap. Terus kenyang. Pokde, Irwan, Sabah dah mula gerak dulu. Dot decide nak tunggu Alan dan Napie. Dot dah half way, kalau teruskan tanpa diorang apa la maknanya trip ni. Kata trip bersama. Sejam berlalu kelibat masih tak kelihatan. Kemudian tak lama kemudian nampak Napie macam berlari-lari. "Napie dah sampai!" Dot cakap. Tapi dia tak layan, terus turun balik. Masa tu fikir die nak sweep Kak Ila kot. Tunggu punya tunggu akhirnya mereka bertiga sampai. Pengunjung Pondok Lompoyou dah mula bertukar orang.

First sekali makan epal. Toilet kat sini bersih

Sementara mereka berehat dot amik peluang untuk solat. Senang solat awal-awal, nanti tak perlu fikir apa dah. Hujan rintik-rintik mula turun. Kami prepare poncho di luar beg. Kami kembali on track jam 2:17pm  dan tiba di satu puncak yang tiada pokok dan lapang. Tapi kabus tebal sangat so tak dapat nak imagine apa ade di luar puncak tu. Curam ke tak ke. Sempat bervideo dengan Alan. Masa ni dah mula santai gila trekking sebab Kak Ila banyak stop. Tapi takde masalah, dah dekat pun.

From Left to Right, clockwise  : (1) Puncak lapang (2) , (3), (4) Mossy trees
From Left to Right, clockwise  : (1) Porter (2) Pondok Magnolia (3), (4) Trek Mersilau yg cantik

Jam 3:13pm tengah hari kami tiba di Pondok Magnolia. Masa tu ada beberapa porter sedang rest. Ada Wan dan Erin jugak. Rehat kejap, kami teruskan perjalanan. Dalam nak menunggu Napie and Kak Ila sempatla Dot bervideo dengan Alan. Masa ni view dah teramat superb. Ada satu point tu nampak RTM punya building. Pokok bonsai cantik-cantik dengan lumutnya lagi

Bonsai kat sini memang cantik Subhanallah

Kembali melaju 

Tak lama kemudian jam 3:51 petang kami tiba di Persimpangan Timpohon - Mersilau - Laban Rata. Sambil berphotoshoot, Erin dengan Wan pun sampai. Kami dah nak mula gerak tapi Erin dan Kak Ila sibuk bergambar, last-last kami tinggalkan Kak Ila dengan Erin dan Wan. Sorry Kak Ila. Selepas tu, trekking kembali rancak dan laju. Napie dan Alan tentula memendam tenaga diorang.






Jam 4:26 petang kami dah berada di KM 4.5 dan tak jauh lepas tu kawasan berbatu putih mula menampak kan wajah mereka. Kami berehat di Pondok Villosa jap 4:43 petang. View sangat cantik so kami berselfie, photosoot dan video sebelum meneruskan perjalanan ke KM seterusnya. Jam 5:22pm kami tiba di Pondok Paka dan masa tu trek dah gelap. Ke hadapan sedikit trek dah sangat cerah hanya ada pokok bonsai. Kelibat Laban Rata mula kelihatan dan yang paling takleh blah, di KM 5.5 tu dah boleh bau food Laban Rata boleh?? Finally alhamdulillah jam 6:09 petang kami tiba di Laban Rata








Laban Rata

Waktu dinner di Laban Rata jam berakhir jam 7:30 petang. Alhamdulillah tiba awal. Tapi organizer sempat tapau untuk mereka yang belum tiba. Berselera sangat makan petang tu. Bilik dorm selesa. Dalam Laban Rata ni hangat so jangan risau. Malam tu pun Dot tidur selesa, taklah kebekuan. Barangkali lemak ni mampu menampung kesejukan.




Mandi ke tak? mestilah mandi. Air sejuk bagus untuk badan tau. Bahkan perubatan Islam menggunakan ais dalam kaedah perubatan. Segar sangat lepas mandi, solat dan masuk tidur. Sebab jam 3 pagi harus mula mendaki dan makanan supper mula terhidang jam 2 pagi.

Log summary 

Mersilau -  Pondok Lompoyou > 4 hours 45 minutes
Pondok Lompoyou - Persimpangan > 1 hour 30 minutes
Persimpangan - Laban Rata > 2 hours

Jarak pendakian around 8km



bersambung ke hari ke 3

No comments:

Post a Comment