Sunday, January 6, 2013

North Trip - Sungai Sedim & Gua Tempurung

Sungai Sedim : Tree Top Walk 

Entri 2012 tapi pemalas punya pasal jadilah entri 2013.

This time around kami ronda-ronda utara and our main plan was Sungai Sedim, nak naik top tree walk yang besi tu. Ayah sedaya upaya suruh booking hotel dekat Pekan Kulim. I said, taknaklah dok Kulim. Jauh-jauh datang baik tido lam Sedim kan. So syukur call hotel-hotel Kulim semua penuh. I convince kan ayah dalam Sungai Sedim ada resort. So sampai ke Sungai Sedim ni dah tengah hari, pepanas ni lah naik tree top walk ni. Punyalah laju jalan pasal tak tahan panas. Macam saja cari pasal tengah hari buta ni.

Dikatakan sebagai worlds longest tree top walk, dan uniknya bukan jambatan gantung macam kat Taman Negara Pahang or Sabah. It is made from besi. Letaknya di Hutan Simpan Gunung Inas, Kulim, Kedah. Panjangnya 950 meter dan setinggi 50 meter dari tanah. (Berbeza info dari web berbeza). So details of fee adalah seperti berikut :

Entrance Fee
Adult : RM 10
Kids : RM 6




Tak berapa nak nampak view hutan sebab tree top ni tinggi. Paras-paras pokok je. Boleh nampak lubuk yang kelihatan sangat dalam dari atas.




Tamat je eksplorasi di Sungai Sedim ni kami cubalah tanya penginapan. Terdapat 2 penginapan di dalam Hutan Sungai Sedim ni. Satu terletak di pintu masuk canopy walk, dan perlu jalan sikit untuk berjumpa sungai. Tapi tak sesuai dan kurang selesa untuk kami yang berkeluarga. Untuk satu bilik berharga around RM120++ tak berapa ingat tapi tgk keadaan dia tak berselera makcik walaupun makcik sekeluarga ni backpacker style. Tempat ni more untuk camp/team building.


Sungai Sedim : Sungai Sedim Resort

So kami try pergi ke another resort.Dari jauh tgk resort cantik dlm mind dah set ni mesti RM180 plg murah. Selalu resort dlm hutan lah yang paling mahal.Sungguh dot tak faham. Try pergi reception, seorang brader umur sekitar 30 an jawab, "RM130 per night, free breakfast for 2. Additional breakfast RM 8, Dinner pulak RM15 (lupa)" 

Tambahan berapa untuk lebih 2 orang ni? Oh takde.Free. Ok korang. ni sangat murah. Korang nak gaduh ape, bilik punyalah besar, toilet besar, tu sungai depan chalet je. OK deal. Dah lama dot tak masuk hutan, dapat tido kat Sedim ni lebih kurang pengubat rindu lahh :)


Private place : Only for us. Ade Astro kat reception

Tak ingat lah time kami datang tu cuti ape, tapi we're the only guest je masa tu. Most of our time kat cafe ditemani owner. Alamak lupalah name brader ni. Guess what? dia orang gunung jugak. Hai ni bertemu orang kampung la ni. Dot tau brade ni bukan calang-calang la. Mesti otai punya layang trans inas-bintang. Awak amatur, so banyak la share stories, infos. Beriya-iya brader ni ajak night walk, tapi awak malas terpaksa tolak. Rugi memang rugi tapi haha. Ape leh buat.  

Okay tido sini rafting die offer RM160 je.Murah sangat ni. Dot ade kwn buat bisnes rafting kat Sedim. Tapi sikit diskon pon die taknak bagi. But then, limited time terpaksa la tolak. Pasni konpem nak datang lagi. Best gila layanan owner dia. Anak-anak brader ni kecik2 lagi and comel comel belaka.




Brader ni bukaklah cerita, macam mana dia boleh take over resort ni start 2012. Masa resort ni siap, takde orang usahakan, terbengkalai camtu je. Haish Rugi. So rezeki brader ni, dapat resort ni mula buat balik. Bayangkan semua wire2 berharga tu dah kne jual dengan orang-orang yg suke cari duit lebih cara haram ni. So die mula dengan basic la nk repair the whole resort. Sudahlah murah penginapan, makan die pun heaven. Berbaloi ape korang bayar :)

OK ni website Sedim Rainforest Resort : http://www.sedimrainforest.com.my/ 


Gua Tempurung, Perak

Yang ini trip unplanned. I were sleeping, tau tau ayah kejut, "Jom dah sampai Gua Tempurung". Whattt??? Mamai-mamai Dot masuk caving.Haha.

Ade banyak pakej. Memandangkan datang tak prepare, kami pilih pakej Golden Flowstone. Yang ni takyah risau takde nak basahnye. Kome cume perlu panjat tangga je. 

Entrance Fee : Refer to the photo below


Kalau nak main yang basah tu guider pesan mai awal. Kalau datang satu bus kne bgtau awai jugak.

Pintu masuk gua

Ni bukan vandalism ye. Tu tengok lukisan kereta tu, komunis lukis.strategi tu. 

Hebat kan ciptaan Allah :)
Maha suci Allah, maha hebat dalam penciptaanNya. Sepanjang dalam gua ni memang panas. And if luar hujan, gua akn panas sengat dan penah jugak jadi kepala air dalam gua ni. Dalam gua kan ade sungai jugak. Bayangkan ruang masuk yang kecil tu, angin pun sama-sama masuk tapi sikit pun kami tak rasa, tetapi melepasi Flowstone, almost atas sekali, kat situ jalan dah mula kecil, haa kat atas tu lah segala angin yang tak terasa tadi, sungguh terasa kat situ. Macam aircond :)


Atas, kiri tu guider suluh. Ade penampakan wajah kan.hehe

Trip utara ni lah buat camera Nikon Waterproof i ni fogging. Nasibla ade warranty. Fogging ni known issue utk model ni. So tak minat dah model ni. Nanti la ade duit lebih amik lain. Tengoklah bukti fogging kat gambo-gambo di atas. kekaburan tu dek fogging lah tu.

Sekian, trips north kami. Jumpa lagi :)


3 comments:

dzuchan said...

tree top walk tu dekat je ngan rumah saya, tapi baru sekali pegi hehe. best gak situ..rilex je

dekat2 situ ada restoran nasi ayam periuk besar yg best

Farafiqa Jeff said...

sis, i pon suka tempat yg mcm ada aircond dlm gua tu!! bes sangat!! :D

Siti Nursyahidah Mohamad Khalil said...

Dzuchan : Time kami p tutup plak.kecewa habis xdpt mkn nasik ayam.huu

Farafiqa : rasa kagum dengan ciptaan Allah kan! sejukkk