Day 4# 19/10/2012
Around 8am, kami tiba di Jogja. Kami terus cari masjid untuk tumpang mandi. Masjid Nurul Huda namanya. Kami tumpang mandi di sini. Letaknya di Jalan Malioboro. Flight kami jam 12 tengah hari so kami perlu gunakan masa sebaik mungkin. Target hari ini adalah berjalan ke sekitar Jogjakarta dan beli souvenir sebelum pulang ke Malaysia.
Selesai mandi kami terus bergerak ke Pasar Beringharjo untuk memulakan perjalanan pada hari itu. Dari sana, kami menuju ke Kantor Pos Jogja untuk pos poskad Bromo kami ke alamat sendiri di Malaysia.
Lorong-lorong di Jalan Malioboro.Banyak backpacker hostel di sini |
Selesai di sini kami cari beca untuk ke Taman Sari dan Istana Kraton untuk menjimatkan masa. Nah di sini anda perlu berhati-hati. Diorang akan offer IDK 5,000 untuk pegi ke 5 tempat (Tempat perusahaan batik, Taman Sari, Istana Kraton bla3) Mulanya kami sangsi tapi sebab rushing, kami setuju je dengan becak-becak ni.
Taman Sari
Tiket masuk IDK 7,000
Camera IDK 1,000
Perusahaan batik lukisan. Diusahakan dari rumah |
Kami mula pelik bila pakcik becak ni bawa kami ke tempat yang kami taknak pun. Cthnya butik batik yang mahal-mahal. Bila kami tak beli apa-apa pakcik ni tarik muka masam. Bila ajak ke Istana Kraton dikatanya xsempat. Bila disuruh bawak balik ke point permulaan iaitu Jalan Malioboro, banyak cekdaknye. Tapi kami tegas nak stop di Jalan Malioboro. Turun je becak, dari IDK 5,000 terus mereka minta IDK 50,000. Dah tua tapi sayang cari rezeki dengan menipu. Pakej IDK 5,000 tu hanya terpakai bila kita beli di setiap kedai yang kita bawa. Sebab kedai akan bagi komisen pada mereka. Klau tak, babaila. Satu becak IDK 50,000. Takpelah.terdesak agaknye kan.
Pakcik pandai pandang tempat lain kan.dah menipu punya pasal :) |
Inilah trip backpack pertama kami, pegi sendiri. Kata orang Kota Jogja ni paling aman untuk tourist. Sangat tepat dan sesuai untuk first timer yang baru nak mula berjinak-jinak dengan backpacking ni.
# Jangan habiskan matawang Indonesia tu sebab perlu bayar tax sekitar IDK 100,000 kalau tak silap :)
No comments:
Post a Comment