Monday, January 7, 2013

Sebuah Buku Pengubat Emosi


Sesungguhnya aku rasa buku tulisan Ustaz Hasrizal Abdul Jamil ni dah berhantu untuk aku. Macam dadah. Aku ketagih untuk baca, bayang dan siap berangan dalam setiap travelog tarbiah beliau. Makin meronta-ronta aku dibuatnya untuk menjejak ke Tanah Arab, Jordan, Turki mahupun Eropah. Terinspirasi aku. 


Berbaik sangka dengan Allah - Satu keajaiban



Mata aku terpaku pada satu muka surat tulisan Ustaz. Tajuknya "Keajaiban Berbaik Sangka Dengan Allah". Terpana aku pada subjek ni. Terkena sangat dengan situasi semasa aku.

Aku perasan setiap perkara yang aku minta padaNya sentiasa dimakbulkan. Hanya cepat atau lambat. Perkara yang terdetik, terlintas dalam hati pun Allah makbulkan. Bilamana rasa tak syukur tu datang, cepat-cepat aku alihkan fikiran kepada rezeki Allah yang melimpah ruah. Alhamdulillah.

Bukan senang aku nak dapat saat intimate dengan Allah. Maksud aku, saat yang mana perasaan aku tu hanya pada Yang Esa, seluruh jiwa raga serah pada Yang Maha Berkuasa. Aku tak nampak apa selain Dia. Masa tu segala yang terbuku dalam hati terkeluar, mengadu penat dan sakitKu, meminta diberikan kekuatan untuk menjadi redha pada setiap ketentuanNya.

Alhamdulillah, apabila aku bersangka baik pada Allah swt, hati aku menjadi lapang, fikiranku tenteram. Bila terasa jauh, bingkas aku capai Al-Quran, paling tidak al-matsurat buat penguat hati, pelapang dada, penajam ingatan pada Allah. 

Allah, aku tahu dan percaya pada janji Mu. Perempuan baik untuk lelaki baik. Dan kerana manusia menjadi penghalang antara Kau dan aku, maka kau pisahkan kami agar aku lebih dekat dengan Mu. Aku minta kau izinkan aku jadi muslimah yang teguh berjuang di jalan Mu tapi, kau rawat aku dari akarnya. Dan atas ketentuan Mu itulah, aku semakin percaya diri, dan semakin pandai menjaga diri.

Akan aku perbetulkan diriku untukMu

:) Wallahualam



2 comments:

  1. best ek buku ni? ade sorang ofismet pon beli gak. mcm nak try. hehe :)

    ReplyDelete
  2. aku addicted dgn tulisan ustaz hasrizal ni.try la.penulisan dia ringan tapi padatttt

    ReplyDelete