Saturday, April 7, 2012

Apam polkadot

Haritu order apam polka dot dari Nano. Sedap Ano buat.Gebu.Then one fine day ni saje la nak test skills kedapuran gitu.So google resipi and mostly sama je resepi.


So here are the full recipe (Source) :

Bahan-bahan:

275 gm tepung gandum
220 gm gula halus
150 ml susu segar atau susu cair
3 sudu teh baking powder = diayak sekali
3 biji telur sejuk dari peti ais
1 sudu kecil ovelette
1 sudu esen vanilla
Filling/perasa adalah mengikut citarasa masing =)
Pewarna adalah terpulang, janji yang dibenarkan =)

Langkah-langkah:

1. Pukul telur putih sehingga kembang elok.
2. Kemudian masukkan ovelette, kuning telur dan esen vanilla, pukul sampai kembang lagi.
3. Masukkan gula, pukul sampai kembang lagi.
4. Masukkan tepung dan baking powder diselang seli dengan susu kemudian gaulkan.
5. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan titiskan pewarna.
6. Masukkan setiap warna dlm piping bag atau plastik bersih.
7. Picit adunan ke dalam mangkuk kertas.
8. Letakkan filling yang digemari, untuk lebih mudah masukan ke dalam plastik kemudian picit.
9. Picitkan lagi adunan yang sama sehingga penuh dan kemudian dot-dot kan dengan warna pilihan.
10. Kukus 10-15 minit sehingga masak.


Nak membancuh adunan die senang.Yang cabaran tak terkata tu time nak kukus die.Kene pandai-pandai adjust time n api.Sakit gak pinggang ni.hasilnya beberapa yang cantik dan sebanyaknye yang jadik apam mekar :)




No comments: