Friday, October 27, 2017

Singapore in 2D 1N

Balik dari Penang minggu depannya kami ke Singapore pulak. Motifnya sama, attend wedding sambil berjalan-jalan. Ikut kan ayah, dia nak naik public transport aja. Dia tak konfiden sangat drive luar negara ni walaupun dah drive dekat Singapore. Tapi memikirkan ada baby kecik finally we decided untuk drive je sendiri. Malah kalau ramai, lebih murah dan mudah naik kereta berbanding ambil tourist pass $10 per day. Lepas tu puaslah google tanya member-member keje sana and ada relative sana, tanya relative semua sebab takut law sana ketat ke ape kan.

Dari Rawang, kami bergerak ke Pasir Gudang, tidur semalam di rumah Dot dan kemudiannya keesokan hari masuk ke Singapore melalui Woodlands. Kalau nak ke Tuas tu amat jauh. Kami decide sarapan dulu di rumah supaya boleh terus ke SEA Aquarium.Mula-mula pastikan lesen memandu, roadtax, insurans masih hidup. Lepas tu steps adalah seperti berikut


Steps drive ke Singapore dan tips lain-lain

1. Dari Johor, ikut je papan tanda masuk ke Singapore. Lepas tu checkpoint pertama adalah kastam Malaysia. Dekat sini dia cuma check je passport kita. Kemudian teruskan perjalanan sampai cross jambatan tu. Masa ni line telefon akan start tak ada.

2. Masa nak cross jambatan ambik lah lane paling kanan atau tengah. Hari tu kami ambil lane paling kiri, dekat lane motor tu lepas tu krik krik lambat betul gerak. Laju pulak lane tengah. 

3. Kastam Singapore - Dekat sini kita serahkan passport dan kad putih. Masa tu kami dah ada siap-siap kad putih mintak tolong kawan ambil. Kalau tak ada bagitahu je pegawai. Lepas tu turun kereta untuk check bonet. Kalau kereta spesies mpv tak payah turun. Dia tengok aja. Lepas tu dia pun akan panggil nama sorang-sorang.

4. Autopass - Lepas checkpoint 1st, anda akan nampak signboard Autopass dan kawasan parking sebelah kanan. Park di situ lepas tu selesaikan urusan Autopass. Harga $10. Tapi nilai dalamnya cuma ada $10. Most parking guna autopass. Make sure sampai tempat destinasi, topup card dekat 7E. Biasanya mall, tempat lawatan dan rumah flat guna kad ini untuk parking

5. Parking kupon - Kalau area Masjid Sultan, Jalan Aliwal mereka guna kupon. Sekitar $0.60 setengah jam. Pun ada jual di 7E.

6. ERP (Toll) dan Vehicle Entry Permit (VEP) ni semua tak perlu risau. ERP weekend free. So sebelum nak balik, pastikan ada baki $20 anda dah selamat untuk keluar tanpa penalti.

7. Sign board banyak tapi mostly tulis nombor contoh 3A, 3B etc. So download lah offline maps untuk kemudahan. Lagi-lagi kalau konvoi banyak kereta, potensi tertinggal tu tinggi. Setiap kereta download jelah sendiri.

8. Tak wajibkan car seat tapi pastikan tak kongsi tempat duduk. Means semua orang termasuk toddler ada tempat duduk sendiri. Kami asalnya nak naik 1 kereta innova. Takut tak lepas. Sekali tengok kereta sebelah lagi pack, elok je masuk.



Day 1

SEA Aquarium

Ada cara nak berjimat masuk ke Sentosa Island tanpa perlu bayar kos masuk ke Sentosa Island ( Jimat $7).  Caranya, bila anda lalu jambatan yang nak masuk ke Sentosa tu, anda akan nampak susur kiri ke Resort World. Kalau terus akan ke Sentosa Island. So ambil susur kiri dan park dalam tu. Dari carpark, naik escalator terus sampai depan globe Universal Studio. Masa keluar make sure cari laluan keluar bukan ke Sentosa Island. Kami silap, masuk dapat escape tapi masa balik termasuk pulak Sentosa Island. Anyway, more details nak ke Resort World boleh tengok je link ini > http://www.rwsentosa.com/Homepage/HowToGetHere



Tiket SEA pulak kami dah purchased melalui icosmos (boleh cari FB dia). Walaupun rate website tawarkan percuma $5 food voucher dan $5 souvenir voucher tapi perhatikan syarat-syarat voucher. Mesti spend $25 min untuk souvenir. Kami fikir, tak perlu kot sampai $25 untuk souvenir so kami beli dengan icosmos. Cuma RM88 untuk adult. Kanak-kanak bawah 4 tahun percuma.





Memang kagum dengan aquarium yang sangat besar, lepas tu ada aquarium on top of us macam Pusat Sains Negara lepas tu ada Ocean Dome yang sangat besar. Sharks sangat banyak. Coral, Eel yang gigantic macam besar peha orang, corals yang sangat cantik, obor-obor, manta ray pun ada. Mula-mula memang teruja, lam-lama mula boring sebab ada kawasan yang tiba-tiba kosong, and then ada aquarium kecik. Bila 3-4 orang kerumun, tak nampaklah apa ada. Tapi aquarium besar yang lain memang dipuji lah. Semua benda yang ko nampak masa dive, ada dalam ni. Terubat la rindu diving sikit-sikit.









Almost 3 jam dalam tu, kami terus ke food court namely "Malaysian Street". Sebab dah lapar sangat, kami decide makan je dekat situ. Hanya ada 2 kedai halal di sana. Cutlery pun pakai plastik pakai buang aje. Pastikan ada logo halal MUIS ya. Kedai nasi biryani dan kedai nasi lemak. Sekitar $7-$10 per meal.



Aliwal Park Hotel

Inilah hotel paling sendu aku nak review. Kalau nak hotel yang private toilet, not sharing memang range RM300 ajalah. Klau RM200 macam tu ade dekat Geylang nun. Kata member kerja sana, kawasan Geylang tu area macam lorong haji taib. Dan Aliwal Park Hotel ni ajelah yang murah with private bathroom dan lokasi betul-betul sebelah Malay Heritage Centre. Dekat sangat dengan masjid sultan dan Arab Street. Tapi, kami dah bersedia mental dan dengan tahap keselesaan. Kami dapat RM175 selepas diskaun dengan Agoda. Seperti diduga, biliknya kecil, tilam rosak, toilet nya berbau kepam dan kotor. Lantai pun tak selesa. Pasrah je lah nak. Nasib lah memang sekadar nak tidur je. Pun begitu, lobinya cantik dan bersih. Cuma bilik sangat sendu sebab bangunan lama. You get what you pay huhu.

Tu tengok Ammar asal ada family Ali, ade la dia menyelit dekat situ.


Sebelum menunggu malam, boleh jalan-jalan sebelah hotel aje kawasan Malay Heritage, Masjid Sultan dan Arab Street



Masjid Sultan - Dinner at Delimoroccan Muscat Street - Souvenir Murah

Masa kami tiba di depan masjid, waktu dah isyak. Sempatlah dengar azan berkumandang. Cantik sangat senibina Masjid Sultan ni. Malam tu kami decide nak makan mediterranean cuisine sebab siang tu dah makan nasi biryani. Syarat dia jangan convert. Kalau tak convert harga dia nampak macam harga dekat KL aje. 



Kami pilih kedai betul betul depan Masjid Sultan, di Muscat Street. Di depan kedai makan ada kedai souvenir serendah $1. Owner adalah Moroccan married to Singaporean local. Alhamdulillah semuanya sedap. Oh ya air jus dekat Singapore ni tak bergula tau. Bagus jugak macam tu kan.

Pide chicken (macam pizza) $17
Kebab set (1 chic, 4 beef, pita bread, tahini, salad) $25
Set for 2 pax (1 mutton, 2 chic, 3 types of rice- mandi,bukhara,biryani) $35 
*mkn 3 org pn full dah
Juices $6-$7

Malam tu sempat family buat birthday surprise dekat kita dan anak, komplot dengan owner kedai. Kek beli dekat area situ jugak. Julie Bakes. Sedap sangat kek dia. Nutella Milo. Ada sebuah kedai betul betul depan kedai makan tadi (lupa nama jugak) harga serendah $1. Keychain $1, Fridge magnet cantik-cantik rasa nak beli semua $2 je satu. T-shirt kain biasa pun baru $2.50 sehelai. Tamatlah aktiviti hari itu.






Day 2

Breakfast at Mihrimah

Kami breakfast di kedai berhampiran hotel. Milik Al-Ikhwan Singapore. Mee bandung nya sedap kata emak. Bihun nye kosong tak ada apa. Tapi menu lain sedap jugak. Owner satu keluarga peramah. Breakfast 7 orang pagi tu cuma $30. 



Gardens by the bay

Semalam seharian kepenatan tak sempat pun nak tengok show light dekat Marina Bays. So today check out awal dan sebelum ke kenduri kami singgah Gardens by the bay dulu. Lagipun, untuk masuk ke Dome tu perlukan sehari baru berbaloi. Disebabkan ada kenduri yang nak dituju, maka kami cuma singgah di luar taman.





Kenduri di Tampines 22

Hajat nak ke Mustafa Centre tapi round 2x pun tak dapat parking. Al maklumlah deepavali ni memang sibuk. Mustafa Centre ni ala-ala Mydin, buka 24 jam dan ada barang branded yang tak ada di Malaysia dan harga juga murah. Maybe next time.

Kami teruskan perjalana ke Kenduri Kahwin saudara kami. Menariknya, sepanjang majlis ada persembahan lagu lama dan juga persembahan kompang depan pengantin. Menarik juga attend wedding di sini. Makanan macam Malaysia jugak. Pilihan air je macam Johor Style. Ade 4-5 jenis air untuk dipilih. Kenduri sepupu di Johor pun macam tu. Jarang-jarang ada di KL macam tu :)



Sehingga berjumpa lagi Singapore. Banyak lagi kawasan tak jelajah :)



Monday, October 23, 2017

Pulau Pinang in 2D 1N


Recently we attended a wedding in Pulau Pinang so we decided to have a night stay at Northam All Suites hotel. Memandangkan masing-masing tak boleh cuti satu malam pun jadi lah. So after the wedding and makan-makan we straight away went to the hotel


Ferry ride to the Island

Sebab rumah pengantin very near dengan pelabuhan feri plus Ammar and papa tak pernah naik feri cross pulau so kita bawaklah naik. Ammar was so excited with the sea, ships and everything. Kos cross almost harga toll jugak. RM7.80 kalau tak silap. Charge dikenakan setiap kali masuk pulau, melalui jambatan atau feri. Balik nanti free je.



Northam All Suites Hotel, Penang.

We had a good experience during our honeymoon last 3 years ago so we decided to visit again. To be honest, this hotel is quite old and if you are not lucky, you may get some problem with the air cond and such. But alhamdulillah kami dapat bilik yang okay. Our Junior Suite pun dah cukup besar and bathroom dia pun sangat luas, with a huge jacuzzi. Silapnya that day kami lupa nak request sea view sebab last time pergi request sea view. Memang teramat cantik tengok laut yang luas. Bila ada jacuzzi mestilah tak boleh tinggal bubble bath. Baru seronok!




Avatar Secret Garden

Lepas check in, rest kejap, mandi bubbles dengan Ammar, selepas maghrib kami dinner dekat Restoran Kapitan cawangan Gurney. I highly recommend you untuk pergi main branch which is dekat Kapitan sebab 24 hours bukak so food sentiasa ada, nampak lebih lively. Cawangan Gurney ni macam dull, boring nasi kandar pun tak banyak pilihan. 

So lepas dinner we went to Avatar Secret Garden. Dot baru tahu yang sebenarnya ia sebuah tokong (lokasi pun dekat Tanjung Tokong) and gambar dekat bawah tu je lah yang main attraction dia. Memang cantik lah the LED semua. Free je masuk. After all its a temple. Cuma bayaran parking RM5.



Complimentary breakfast dan kolam renang

Kalau anda menginap di sini, tak perlu risau nak breakfast kat mana walaupun Pulau Pinang ni syurga makanan. Memandangkan kami datang untuk berehat dan dah banyak kawasan di Pulau Pinang yang kami dah jelajah, pagi itu kami cuma bermalas-malasan. Bangun awal untuk breakfast. Pilihannya tak banyak tapi kesemuanya sedap. Selesai sarapan, Ammar dan papa berenang di kolam infiniti. View memang cantik. Sebab hanya ada 1 bangunan yang menghalang view laut. Tapi bear in mind, cuaca panas di pulau memang tak menipu!




Bangkok Lane dan  Bukit Bendera

Tepat jam 12, kami check out. Disebabkan masih kenyang sebab sarapan yang berat kami singgah ke Bangkok Lane untuk mencuba roti goyang. Dulunya roti dibakar guna tempayan yang digunakan untuk masak air. Sekarang mereka cuma guna grill BBQ saja. Lebih mudah barangkali.

Selesai mini lunch, kami terus ke Bukit Bendera. Saja bawa Ammar tengok Bukit Bendera. Berbanding 2-3 tahun lepas, pilihan kedai makan tak banyak untuk muslim. Kali ini, lebih banyak dengan pilihan ais krim dan buah potong. Kami juga pusing-pusing Bukit Bendera menaiki buggy ride dengan harga RM30 per buggy. Muat untuk 5 orang. Sambil dengar cerita driver buggy pasal owner rumah, tak kurang jugak pasal cerita hantu. Seronok kalau visit sesuatu tempat dengan tour guide tempatan walaupun bayaran agak mahal sebab kita dapat cerita rakyat atau fakta yang kadang-kadang tak ada dalam internet.



Restoran Hameediyah, Masjid Kapitan

Sekitar jam 4 petang, perut terasa lapar. Daripada Bukit Bendera kami meneruskan perjalanan ke Restoran Hameediyah. Yang famous di sini adalah nasi beriyani nya dan murtabak. Kami tak beli pun murtabak so tak dapat nak review kesedapannya. Tapi kari nasi kandar nya memang terbaik. Ayam goreng pun dah sedap. Hati-hati kalau ambil daging itik. RM18 per piece. Hehe. Tapi memang mahal la harganya. Maaf tak simpan resit untuk dikongsi :)


Selesai lunch+dinner kami solat di Masjid Kapitan, mandikan Ammar dan kemudian meneruskan perjalanan pulang ke Rawang melalui jambatan kedua. Jambatan kedua ni sangat panjang dan mendebarkan. Rasa macam tak sampai-sampai penghujungnya. Tambah pulak cuaca mendung macam nak hujan. Overall, Pulau Pinang tak pernah menghampakan. Ada rezeki jumpa lagi!







Wednesday, October 4, 2017

Hotel Review : Cyberview Resort and Spa

Hotel Review : Cyberview Resort and Spa 

Last April had the chance to stay at Cyberview Resort and Spa, Cyberjaya. It was a last minute plan since we really wanted to relax and chill our mind but we didn't want to get out of KL/Selangor. So I googled a few and come across this resort. It was my 2nd-3rd time checked on the review. I was skeptical at first because the photo doesn't do the justice of how lovely this place were. Based on good reviews on the internet, I decided to booked 1 night stay.  

It was Friday and after my husband performed the friday prayer we had our lunch at the Manhattan Fish Market, DPulze Cyberjaya. It was years after my last visit. But I regretted my decision. I guess i'm just not a fan of Manhattan Fish Market. 



Check In Cyberview Resort and Spa. 

The lobby was huge the pool can be seen from there. The lobby floor, wall and ceiling were made from wood and there's even a little a little water fountain. That made you felt like 'resort-ish' feeling.  They have chalets surrounded a lake which is cheaper but not too far from the pool access. 




The room

I booked a Superior Chalet cause it have a bath tub. I had some lush bath bomb left and I thought  better use it before its expired (when you kept it longer, the burst effect will be gone and it will just immerse in the water). Sadly the room was not available so they gave us a Deluxe Chalet instead which had no bath tub but there are 2 king bed. The room was very large however you were not able to see the pool as the view is blocked by a cafe building. Nevertheless, the bed was super comfy and literally munched you in!

Some other room which I believe is a Junior Suite has balcony that have a direct access and direct view to the pool. I would want to try it someday!



The pool

I love the pool. Superbly unique and beautiful. It was large and divided into three sections that connected to each other. The higher part of pool were for kids and babies which was larger than the other two pools. And the water from kids pool beautifully falls in the adult pool like a waterfall. So thanks to mommies who put on swim diaper for their kids (you know what I mean lol). 



The adult pool was quite deep and is attached with another waterfall (like a grotto but you can't climb on it) and the water from the adult pool flows into a small river that lead to another pool. The final pool wasn't too deep but not too shallow. Suitable for your young adult or toddler. 


  



The breakfast

There were many choices of food. It was school holiday so the Verandah Restaurant were packed. The staff were very friendly. They even apologized to us as we had difficulties to find a table. One can also walk in to the restaurant for breakfast buffet with RM30 charge. 




The ambience 

The resort was very calm like you were in a forest with a hidden waterfall and river. The staff were very friendly and very much a family friendly resort. It was a good place to stay especially with kids. I would definitely recommend you to come here.  


Disclaimer : This is not a paid review. Everything that I wrote is based on my own experience.