Monday, March 24, 2014

Diving trip : Mabul - Sipadan - Siamil - Day 1 & 2

Nampaknye blog akan di update hanya bila ada trip. Kalau setahun satu trip, setahun sekali la agaknya. Anyway lepas balik dari trip diving September tahun lepas, kami terus decide untuk booking trip ke Sipadan 2014. Since Sipadan memerlukan permit dan ianya terhad untuk dimasuki dalam sehari. So 6 bulan awal kami terus confirmkan booking dan menunggu sampai tiba waktunya


22 Februari 2014

Akhirnya waktu ditunggu tiba. Sebab puas hati dengan service tahun lepas (even though seriously mahal) kami repeat utk pegi dengan Scuba Junkie lagi. Yang paling penting kami nak Dive Master kami yang dulu which is Nas sebab mata beliau sangatlah tajam. Micro? Macro? Low visibility? semua tu takde masalah bagi dia. Pantas je dia nampak. So pakej untuk 5h 4m which is 2 malam di Mabul dan 2 malam di Semporna meleburkan wang sebanyak hampir RM2000.

So mengikut itinerary, kami akan bermalam di Semporna untuk malam pertama dan ke-empat. Malam ke-dua dan ke-tiga di Pulau Mabul. Unlike first time tido kat semporna, bilik VIP kalini aircond and astro dekat living room rosak. Hopefully they really did mend it by now. Malam pertama kami hanya berehat sebab esok akan check in ke Pulau Mabul dan mulakan dive di sekitar Pulau Mabul.


23 Februari 2014

Seawal jam 7.30 pagi kami berkumpul di office Scuba Junkie siap terus dengan baju nak terjun laut. Difahamkan kami perlu terus check in dan tinggalkan barang di satu sudut cafe dan hanya akan check in selepas 1st dive. Satu pemandangan biasa di awal pagi office akan sesak dan masing-masing sedang tunggu giliran untuk ke Pulau masing-masing. Ada yang trus dive, ada yang check in ke pulau. Kami group yang terakhir pagi itu sebab menunggu sorang guest yang terlewat bangun agaknya. 

Kami tiba di jeti Scuba Junkie Pulau Mabul dan terus check in beg and leave bags dekat satu sudut cafe. Ada ruang check in, ada ruang check out. Jangan salah letak. Kang untuk check out depa bawa ke jeti. Resort ni memang sangat cantik. Kecil dan privasi. Bersebelahan dengan perkampungan Bajau Pantai. Dari jeti ke Resort anda akan lihat perkampungan Bajau Pantai di sebelah kiri dan Resort mewah di sebelah kanan. 2 view yang sangat berbeza.

Scuba Junkie Mabul Beach Resort Jetty
Presenting, Kampung Bajau Pantai on your left side and Resort Mewah on your right side.
Feel like 2 different world in an island :(
Subhanallah, pretty view!
There is an old oil rig that had been transformed into a hotel. Nak dive lompat je :)

The Dive!



Mabul Dive 1 : String Ray City

Selesai check in kami terus ke jeti untuk naik bot ke First Dive kami which is String Ray City. Dah 3 bulan tak dive memang merapu la masuk laut aritu. Masing-masing tak komen sebab masing-masing menggelupur kecuali Kak Yat sebab dia memang diver tegar. So 1st dive Dot jumpe Blue spotted String Ray, Orang Utan crab, Spotted Porcelain crab, Few types of Nudi Branch, Peacock Mantis Shrimp dan some other corals macam table top coral. Dive time around 53 minutes, maximum depth 20 meters. Then balik ke Resort untuk breakfast break dalam 1 hour plus surface interval, kami headed back to jetty for second dive.

Mabul Dive 2 : Artificial Reef

Second site ni dekat sangat. Dekat floating resort sebelah Scuba Junkie. Bawah tu memang syurga ikan. Paling best dapat dive dengan a school of Jack fish. Selalu kalau dive, mesti akan tenung ikan tu tengok apa ikan tu buat. Follow je ikan tu. Selain tu ada jugak trompet fish, Ornate ghost pipe fish and reeftop pipefish.

Kami dapat spot a few types of shrimp jugak macam Peacock Mantis shrimp, Anker Whip Coral shrimp dan dancing shrimp. Ok jangan salah sangka, tidaklah dot hafal nama haiwan-haiwan ni. Dan tentulah salin dari logbook. 50 mins with max 18 meters deep dive end successfully sebelum kami menerjah cafe untuk lunch.

Mabul Dive 3 : Panglima

Bergaya betul nama last site dive ni. Untuk 3rd dive kami dapat jumpa Pikachu Nudi Branch. Mostly dapat nampak ikan macam Razor fish, Scorpian fish, Crododile fish & Stone fish yang terer menyamar, Peanut Bat fish dan Fire Duck fish. Hopefully bekalan 3 dive ni dapat membantu untuk dive yang paling dinanti esok. Dive site esok ni terkenal dengan current kuat sebab kedudukan di Laut Celebes, lautan lepas.

After completed our final dive, Pijah was climbing the boat ladder while Dot masih kt air, hanging dekat tali bot, tiba-tiba tali Go Pro Pijah sort of putus tak pasti, yang pasti Go Pro terus meluncur jatuh. "Alamak! Go Pro jatuh!" tu je yang mampu Pijah cakap. Nas cuba untuk kejar Go Pro tu tapi below us dah 40 meter deep. Boleh kena deco kalau terjun jugak. Pijah redha apabila Go Pro bersemadi di dasar lautan Panglima Point.

Selesai 3rd dive, kami masuk ke bilik masing-masing. Resort kecil dan private ini memang sangat cantik. Each room ada 1 queen bed and 1 single bed. Dot share room dengan Pijah. Kak Jijah, Kak Yat and Yana in another room. In front of our chalet dekat balkoni ada hammock. Santai sekali. Interior wise, okey cantik, ada bunga raya on the bed to welcome us.


Mabul Island Resort

Jika anda stay di hostel Scuba Junkie di Semporna, anda boleh lihat karya fotografi Tino Herrmann. On our previous visit, tak tertanya pulak staff siapa Tino ni. Tapi karya underwater beliau memang awesome. Bila tiba di Pulau Mabul baru lah kami tahu beliau ni owner scuba junkie. Sebab dah lama duduk Malaysia, beliau boleh cakap Melayu dan beliau agak friendly. Nama macam orang Indonesia aka artis terkenal Herman Tino tu tak budget la dia owner Scuba Junkie. Hehe.

To the jetty
Welcome everyone
This is spacious for 2 pax :)
I love it
Remind me of my kampung :)

Walk around Mabul Island

Petang itu while waiting for dinner time, Pijah ajak photo shoot dan keliling pulau. This is second time Pijah went to Mabul. Same to the other dive mates. So jus jalan-jalan ke Perkampungan Bajau Pantai dan ke Sipadan Mabul Resort. Perkampungan yang di sebelah Mabul Resort ni sangat basic. Rumah kecil tapi seisi rumahnya ramai. Anak-anak ni tak bersekolah dan bermain bersama rakan-rakan. Banyak kedai runcit menjual makanan ringan dibuka di depan rumah masing-masing. Ada juga kedai cenderamata corals dan sea shell cantik-cantik. Kelihatan kumpulan ibu-ibu berkumpul seperti membakar ikan untuk makan malam.

The kids would make anything to become their toys :) They're happy in their own world. Give them some cookies, they would happily take it from you. And they loved to be photographed. 
Small kampung
The happy kids
Kampung Mabul
Souvenir shop

Kami ke belakang Sipadan Island Resort yang memiliki chalet di atas pulau dan floating chalet. Ada swimming pool dan resort ini sangat luas. Landscape dan rekaletak yang cantik, Dot jangka tentu wayyy expensive. Kami shoot sunset dari bar tepi pantai. Memang cantik subhanallah. As sun disappeared, kami terus pulang ke resort untuk makan malam. The dinner was awesome. Kenyang perut :)



This is genius kan! Nak satu letak kat bilik. Haha.
Resort ni quite besar
The sunset of Mabul Island

bersambung ke Hari Ke-2, Pulau Sipadan...




4 comments: