Cerita satu
Saya sedar jika sesuatu itu saya minta dengan bersungguh-sungguh pada Allah, insyaAllah Allah makbulkan. Satu hari saya terpaksa bekerja dari rumah. Masalah utamanya, internet connection tidak berapa bagus di waktu malam. Pasti putus-putus dan paling teruk, tak boleh connect langsung. Lalu saya solat hajat dan berdoa dengan bersungguh-sungguh.Alhamdulillah, internet baik walaupun putus beberapa kali.
Minggu hadapannya, saya terpaksa lagi bekerja dari rumah. Ketika itu saya berasa malu untuk meminta lagi pada Allah. Saya berasa terlalu meminta-minta sedangkan banyak hak Dia yang saya abaikan. Namun pada siapa lagi saya harus harapkan. Dengan perasaan yang amat malu, saya menghadap Allah, bersolat hajat dan berdoa.
Doanya lebih kurang begini :
"Ya Allah, aku minta maaf kerana aku meminta-minta lagi pada hari ini. Tapi aku hanya ada Kau ya Allah. Pada malam ini aku perlu bekerja. Dan aku bekerja semata-mata kerana Mu ya Allah. Aku nak cari rezeki yang halal. Kau permudahkanlah pekerjaan aku. Berikan aku connection internet yang baik supaya VPN connection tak putus. Kalau putus juga, dan tak boleh connect, aku redha untuk datang ke ofis malam ini juga"
Guess what? Malam itu internet connection saya jauh lebih baik dari minggu lepas. Hanya sekali terputus, kemudian laju yang amat.
Cerita dua
Diizinkan Allah, saya merancang untuk dive di Pulau Sipadan. Setelah selesai booking, saya tersedar tarikh itu selalunya saya akan datang bulan. Gusarnya hati saya kerana tak dapat membayangkan yang saya harus dive dengan keadaan yang kurang selesa. Saya mula terfikir untuk mengambil ubat penahan period yang selalu digunakan untuk wanita yang hendak menunaikan haji atau umrah.
Saya sungguh berbelah bagi. Lalu saya doa kepada Allah yang bunyinya lebih kurang :
"Ya Allah, aku nak ke Sipadan. Aku nak dive. Aku nak lihat ciptaan dasar laut-Mu. Izinkan aku melihat dan memuji ke atas Mu kecantikan dasar laut-Mu. Aku ingin dive dengan rasa syukur. Dan aku dive hanya kerana-Mu Allah. Sepatutnya, aku akan datang bulan pada tarikh itu. Kau tunjukkan lah aku jalan dan permudahkanlah aku menjalaniNya"
Saya berdoa dan terus berdoa. Lalu saya tetapkan pada diri saya, jika 4 hari sebelum ke Sipadan saya masih belum datang bulan, tandanya saya akan ambil pil penahan itu. Tepat 4 hari sebelum ke Sipadan, saya datang bulan. Saya berlari kepada emak saya dan melompat tiga kali. Kemudian sujud syukur.
"Kenapa?", tanya emak.
"Datang bulan", balas saya dengan gembira.
Pelik ya. Gembira kerana datang bulan.
Sengaja
Pertama, sengaja saya kongsikan 2 cerita tentang doa. Permintaan tu nampak simple atau tah apa-apa tapi besar impaknya untuk memudahkan kehidupan saya. Lantas saya terfikir, doa kita itu sentiasa saja Allah makbulkan. Hanya kita yang kurang bijak menyedari dan mentafsir dengan cara bagaimana Allah memakbulkan doa kita.
Kedua, sengaja saya kongsikan cebisan doa saya kepada-Nya. Doa nya terlalu simple dan straight forward. Yang penting beritahu jelas-jelas point anda, apa yang anda mahu. Benar Allah maha mengetahui tapi apabila permintaan anda itu jelas, itu menunjukkan anda bersungguh! Dan harus diingatkan, iringlah doa dengan pujian kepada Nya. Biarlah it sound membodek pun.
* * *
Jelas sekali Allah itu sentiasa mendengar doa hambaNya. Firman Allah dalam surah Al Baqarah, ayat 186 :
Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah) Ku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran (al-Baqarah 2:186).
Sumber : Al-Quran
* * *
Sabda Rasulullah SAW bahawa Allah SWT telah berfirman:
“Aku adalah seperti sangkaan hambaKu terhadap Aku. Dan Aku bersamanya tatkala Dia mengingatiKu. Sekiranya dia mengingatiKu dalam dirinya, maka Aku akan mengingatinya dalam diriKu.
Sekiranya dia mengingatiKu di khalayak ramai, maka Aku akan mengingatinya di depan khalayak ramai yang lebih mulia(para malaikat dan nabi-nabi). Jika hambaKu mendekatiKu sejengkal, Aku akan mendekatinya sehasta. Jika hambaKu mendekatiKu sehasta, Aku akan mendekatinya sedepa. Jika hambaKu mendekatiKu dalam keadaan berjalan, Aku akan mendekatiNya dalam keadaan berlari(cepat).”
Hadith Qudsi Riwayat Bukhari dan Muslim. Hadith nombor 59 dalam Kitab Al-Wafi karangan Imam An-Nawawi.
Sumber : FB Ustaz Zamri Mantop
As-salam
ReplyDeletetertarik dengan cerita awak ni
yep, saya pernah dengar satu kuliah pasal doa ni.ajaibnya doa yang diminta dengan bersungguh2 dan yakin
antara pengalaman saya pulak
dulu pernah kereta saya tak boleh start di seremban, masa tu tak putus2 doa "rabbi yassir " dalam hati, then ada ayah kawan datang tolong dan akhirnya kereta ok.
kan Allah suka pada hambanya yang meninta :-)
Hi Dzuchan. Kadang2 kita sendiri rasa ragu2 nk berdoa sedangkan Allah dah janji, siapa berusaha pasti Allah tlg kan :)
ReplyDeletethe power of du'a.. (=
ReplyDelete-TheGirl
Indeed :)
ReplyDelete