Sunday, November 24, 2013

Diving trip : Tun Sakaran Marine Park, Semporna - Day 1

Alhamdulillah Dot baru lepas balik diving kat Celebes Sea. Sebenarnya Dot pun baru sedar yang lautan aound Tun Sakaran Marina Park, Sipadan, Mabul and all ni terletak di Celebes Sea. Or hanya Sipadan yang Celebes Sea. Correct me if im wrong ya. Ini adalah pertama kali Dot sampai ke Tawau dan Semporna. Pakej yang kami ambil adalah 6x Dive di sekitar Tun Sakaran Marine Park. 2x di Sibuan Island, 1 di Timba-timba Island dan 3x di Mataking Island. Kos pakej beserta 10% own equipment, yang lain rent adalah RM540 per pax. Since kami ambil pakej dengan Scuba Junkie, kami dapat special price for staying at Scuba Junkie Lodge. RM80/night (ensuite room) and RM125/night (VIP acc room).


19 September 2013

So 19hb tu Dot baru habis kerja then terus minta ayah hantar ke KL Sentral untuk naik bas ke LCCT. Di LCCT jumpe Pijah, Kakak, Kak Jijah dan Jill. Flight gerak lambat dan kami tiba di sana pun agak lewat. Setibanya di airport Tawau, memang akan ada van persiaran untuk transfer ke Semporna which is a lot cheaper daripada teksi. RM20/head dan perjalanan ambil masa 1 jam. 

Kami tiba di Scuba Junkie lepas lunch hour macam tu dan Dot agak culture shock. Semua yang jaga kaunter bukan orang tempatan. Aku dah pelik. Patutlah masa MIDE haritu yang jaga booth pun omputih. Dah memang depa conquer bisnes kat sini. Of course la ada share dengan local tapi mostly diorang yang run bisnes tu. Sayang la bagi aku. Tapi apa boleh buat, review tentang service agent-agent local pun tak bagus. After settle registration kami dibawa ke store room equipment diving. Ada board dalam bilik tu untuk jote down our name, our rack number, equipment yang kami rent mcm wetsuit, weight, bcd and all.

Lets Explore! Lets Dive!

Badan memang letih sangat sebab after 12 jam kerja, terus naik flight and sampai pukul 3 petang perut pon minta diisi. Kami dibawa ke bilik. Aku dan Pijah share ensuite room. OK la. Kak Jijah, Kakak n Jill VIP Room. OK bilik diorang super cool. Ada seperate room, living room, pantry. Siap ade astro. Mau tak melepak je kat bilik Kak Jijah. 

Haritu kami santai-santai je. Lepas lunch yang tak berapa nak lunch tu, kami ke pasar basah untuk beli seafood yang fresh. Harga dia amatlah murah. Dalam RM10 dapat 3 ekor kerapu. Tak pasal tiap-tiap malam layan seafood. Kami hantar ke Restoren Seri Melaka dan upah masak adalah RM6/100g. Malam pertama rasa sedap je dia masak. Masuk malam ke 3 hambar. Dah tiap-tiap malam, mana tak hambar.


20 September 2013 - First day dive

Pagi tu lepas lunch, kami menunggu di pejabat Scuba Junkie. Ada banyak group yang pergi ke pulau-pulau berlainan bersama DM berlainan. Kami bersyukur sangat sebab DM kami adalah penduduk tempatan. Di Scuba Junkie selalunya kalau diver adalah local or orang Melayu mereka akan assign kan DM local. Dulu Scuba Junkie ni dapat bad review tentang racism. Diorang nak layan non local je. Tapi sekarang dah OK sikit. 

Sedikit tips untuk divers semua, pastikan korang dapatkan DM local sebab mata mereka lebih 'cun' atau dapat nampak mahluk-mahluk mikro ni. Sebab DM omputih ni tak teliti mata mcm DM local. Ni menurut pekerja di sana la. Even kalau crew National Geographic datang nak cari micro creature memang mereka akan assign local DM. DM kami pada trip hari pertama ni adalah Edgar dan Taufiq. Selepas naik ke bot, kami diberi taklimat ringkas. Pemandangan pulau-pulau di sini memang cantik. Terasa macam dalam gambar. Apatah lagi Pulau yang pertama kami tiba, Pulau Sibuan. Memang cantik. Air memang jernih. Sekejap hijau, sekejap biru.

Presenting, Sibuan Island


Dive #1 - Pulau Sibuan
Kami berlabuh ke tapi and start dive. Diving pertama ni selalunya memang ke laut. Tapi kali ini aku rasa ok sikit la sebab mungkin baru lepas ambil lesen advance aritu. Selalunya bila tinggal 50 bar, kami akan start naik ke surface. Selepas selesai dive pertama, kami rehat dalam 45 minit, makan pisang, minum teh. Dot pantang la rehat in between dive ni. Mesti gatal nak mandi manda or sight seeing pulau. So Dot turun dari bot dah berjalan ke pulau untuk ambil gambar buat kenang-kenangan. Ada perkampungan kecil di situ. Tapi Dot tak sempat nak explore. Baru-baru ni di TV Alhijrah beritahu, mereka tak tahu berbahasa Melayu. Bajau Laut barangkali.

 



Dive #2 - Pulau Sibuan
Bot bergerak ke sisi sebelah lain Pulau Sibuan. Untuk dive seterusnya kami back-flip ke dalam laut dan meneruskan dive trip kami. Usai dive kedua, kami naik ke bot dan kami dihidangkan makan tengah hari. Nasi goreng dan mee goreng.




Dive #3 - Pulau Timba-timba
20-30 minit dari Pulau Sibuan kami menuju ke Pulau Timba-timba. Sebuah pulau kecil. Tapi tak ambil gambar. Sorry :)

DM yang sediakan semua gear korang. Berbaloi-baloi dengan Scuba Junkie punya service

Untuk diving hari pertama ni memang rasa kagum sangat. Pulaunya cantik, airnya jernih tapi panas sikit. Dapat jumpa banyak nudi branch and turtle jugak. Di sini banyak mahluk mikro kene dive tanpa gelojoh supaya tak terlepas mahluk-mahluk comel. Gambar underwater tak banyak sebab tuan punya kamera tak charge extra baterinya. Simpan memori jela.

Balik dari dive terus serbu pasar sebab nak beli fresh seafood. Pasar ada 2 sebenarnya. Untuk malam 1-2 kami pegi ke pasar area Dragon Inn tepi jeti nelayan. Harga lebih kurang dengan pasar di pekan dekat dengan giant tu cuma kalau lambat tak banyak pilihan. Settle membeli terus hantar kat Restoran dan janji pukul berapa untuk datang balik.



Inilah Restoran Sri Melaka. Hari pertama sedap, masuk hari ke 2, 3 makin hambar. Agaknye kteorang yang dah muak ? :) Alhamdulillah kenyang perut masing-masing. Upah masak pulak rasanya ikut berapa gram. Regardless berapa jenis masakan sekali pun. So and so la harganya. So lebih untung kalau order macam2 jenis masakan utk satu jenis seafood tu. 


 
4 hari ulang menu ni. Kalau kat KL, jangan harap la. Mahal amat

bersambung ke hari ke 3 dan 4...



4 comments:

  1. erk, upah masak lagi mahal dari rege seafood? lg murah tu, kat labuan bajo ari tu pun mahal..

    ReplyDelete
  2. labuan bajo tu mmg melampauuuuu.hahaha. tapi dot rasa mcm kat KK lagi murah n sedap je.wallahualam.hee

    ReplyDelete
  3. 4 hari ulang menu sama.. fuh tak muak ker? hahhaa.. tapi kalau dah murah makan ler smpai muak.. kat KL mahal seafood :P

    ReplyDelete
  4. sebenarnya..... sangat muak! tapi mengenangkan KL sgt la susah nk makan mewah cmni. So alhamdulillah

    ReplyDelete