Sunday, November 24, 2013

Diving trip : Tun Sakaran Marine Park, Semporna - Day 2

21 September 2013 - Final Dive

Dive 4# Pulau Mataking
Hari ini 1st dive kami adalah Post Box & Ship Wreck Mataking. So kami turun di antara Mataking besar dengan Mataking kecil. DM cakap klau ada 4 juta boleh la beli Mataking kecik tu. Haha. Tak sangka, dulu tengok dalam majalah Libur, hari ini dah tengok sendiri. Kapal agak besar dan di deck depan kapal, di situlah terdapat post box Mataking. Too bad aku tak prepare postcard pun nak anta surat. Rugi.

Ready to dive
The ladies divers

Pulau Mataking Kecil, pasir, Mataking Besar. Bila air pasang pasir kat tengah ni tenggelam. Ya ia bersambung tapi Dot lupa nak shoot panaroma view. Jadikla puzzle mcm ni



Sebenarnya ada peristiwa kelakar bagi aku dan Pijah tapi menyusahkan bagi DM. Masa semua orang beredar dari ship wreck ke temapt explorasi lain, surat dalam post box tu terlepas terbang ke surface tanpa Pijah sedari. Aku tak pasti masa tu aku sedar atau buat-buat sedar, yang pasti aku terus join DM Nas dengan kawan-kawan lain. DM Edgar yang pergi rescue surat tu. Imagine la 20meter deep tu naik naik surface, turun balik, lepas tu menurut DM Edgar, ada satu lagi surat terlepas so dia naik balik. Bayangkan la tak sempat bendalir kat telinga tu nak seimbang, ko naik turun berkali-kali. Akibatnya, gambo memang takde la dive 1st tu, lepas ship wreck. Kesian kat Edgar. Tapi nak buat mcm mana, ladies diver ni buas sangat.

Dive 5# Pulau Mataking
Lepas rehat sekejap, makan pisang, minum teh kami teruskan dengan dive ke 5, berhadapan dengan jeti utama Pulau Mataking. Resortnye mahal kemain. Tengok dari jauh jela. Benar lah kata orang save the last for the best. Pulau Mataking wrap up everything. Memang cantik sangat-sangat and banyak kali dapat jumpe penyu. DM Nas mata dia memang terbaik la. Di sini memang kawasan mahluk micro. Kalau harap mata Dot memang tak nampak la micro-micro ni.

Pulau Mataking Resort

Gambar-gambar ni semua courtesy by Kak Jijah and DM yang shoot. Enjoy the photos :)




Dive 6# Pulau Mataking
Final dive kami masih di Mataking. Before that kami lunch dulu. Menu semalam, and lepak tepi post PDRM-ATM Pulau Mataking. Settle makan, rehat baru kami go to the next dive. Tapi masa ni current teramatlah kuat. Selalu je aku tersasar sorang-sorang kat depan. Kadang-kadang dengan pijah. Bukan masalah kicking laju. Tapi arus tolak (ceh tak ngaku salah kan). Kejap-kejap kene patah balik cari DM. Alhamdulillah, dive kali ni memang terbaik dalam hidup. Tak sabar nak tunggu next dive.



Parking bot jap
 



22 September 2013

Sekurang-kurangnya sebelum naik flight, seseorang diver mesti berada di darat lebih kurang 18 jam sebab bila dive kan kita masuk ke dalam laut. Naik kapal terbang pula naik ke langit. Kedua-duanya itu melibatkan tekanan pada bendalir yang menyeimbangkan badan kita.

Since aku tak reti nak tidur sampai ke siang, pagi tu aku jalan-jalan sorang-sorang sekitar pekan Semporna, beli poskad, pos poskad, breakfast, tengok gelagat orang, tengok gelagat orang Bajau Laut, orang Filipina yang mendiami jeti Semporna. Sekitar Pekan Semporna ni ramai kanak-kanak tak sekolah. Kerja mereka mencari botol kosong untuk dijual. Aku fikirkan untuk buat makan, tapi rupanya digunakan untuk berjudi. Jadi sebaiknya, jangan beri mereka duit. Kalau nak bantu mungkin boleh belikan makanan. Kanak-kanak ini barangkali tak punya IC untuk bersekolah. 

Perkampungan di Pekan Semporna

Aku perhatikan betapa laut itu umpama jalan raya untuk mereka. Ada yang guna bot laju, ada guna sampan bocor. Mendayung sekali dua kemudian harus buang air dari sampan. Bila ada bot laju lalu, ombak kuat, mereka hanyut kembali. Betapa bersyukurnya aku walaupun tak mewah tapi aku cukup dari mereka. Rumah-rumah penduduk di sekitar juga kotor. Bagaimanalah agaknya mereka boleh hidup dalam situasi begini. Kadang-kadang aku tertanya tiada ke tindakan dari pemerintah untuk bantu orang-orang ni. Tapi tanda tanya tu hanya tinggal di dalam kotak minda aku jelah.


Anhar datang tengah hari tu dan bawa kami pusing-pusing Semporna. Singgah beli keropok di pertengahan jalan nak ke Airport Tawau then masa check in beg, yes! Flight delay 2jam xsilapnya. Stress mak. Kalau airport Tawau mcm KLIA boleh jugak la kan. Sampai KL pukul 2 pagi agaknya sian parent kene jemput. Alhamdulillah settle trip dive ni. Mudah-mudahan trip tahun depan sukses! 




11 comments:

anne said...

Dot, next trip siap2 bwk poskad.. jgn lupa taruk ballast kot2 terbang..
*btw, view memang cun lah!

Siti Nursyahidah Mohamad Khalil said...

tula pasal. problemnye baru tau nk g mataking ari kejadian.haha.sbb plan pulau2 area semporna tapi xdecide awal.

farel said...

Salam Syahidah,
Thanks follow my blog. Im done following yours too. Ermm.. menarik dan adventure gak your trip! By the way, nice photo. hehehe..

Siti Nursyahidah Mohamad Khalil said...

Salam farel,
Blh panggil Dot je :) Thanks, keep on posting too. Blh share info :)

Time Traveller said...

Terbaik trip dive nie.. tak tahu la bila ada rezeki nak dive di area semporna ni..

Salam Kenal.. :D

Siti Nursyahidah Mohamad Khalil said...

btul tak nafikan dive area sini menarik sgt.dgn current kuat. orang kata klau dah g sipadan tak heran dah pulau lain. try la sipadan.hehe

Time Traveller said...

Jangan kata sipadan.. sabah pun baru jejak Kota Kinabalu dengan Kundasang.. area lahat datu dengan semporna ntah bila ada peluang nak jejak :D hehehee...

Mohd Fazli bin Abdullah said...

Salam

Saya baru terjumpa blog ini dan tertarik. Syabas. Kebetulan juga, artikel ini ada menyebut satu frasa yang menarik untuk saya komen. Ia tentang kemungkinan anak-anak kecil di Pulau Mataking yang tak ada IC.

Saya ada ulas hal serupa ketika lawatan saya ke perkampungan Bajau di Sandakan dulu. Ia boleh dibaca di sini: http://ilzafmenulis.blogspot.com/2013/04/seminggu-di-perkampungan-bajau.html

Siti Nursyahidah Mohamad Khalil said...

InsyaAllah! thanks for sharing the info!

CT Humairah said...

subhanallah jernihnya. kalau saya berendam dah cukup. snorkelling pun dah seram apatah lagi diving. tabik tabik..

Siti Nursyahidah Mohamad Khalil said...

Salam CT Humairah. Kalau snorkeling seram sebab gayat.tinggi kat surface. Kalau dive dah masuk dalam kurang gayatnye.hehe