Sunday, December 2, 2012

Trans Java - Day 3

Day 3# 18/10/2012

As early as 5am macam tu dah ready luar hotel. Ada banyak jeep tengah tunggu. Diorang ni kira satu agent yang sama, combine together sebab diorang akan pickup semua tourist dari hotel area yoschi hostel sampailah yang paling atas sekali, then we headed to Penanjakan View. Jeep berhenti kira-kira di kaki Gunung Penanjakan tu and kami perlu trekking sikit. Better bawak headlamp sebab cuaca gelap. Kami pakai sweater sebab sejuk tapi bila hiking tu jadi panas jugak. Agak semput sebab dengan suhu yang rendah, oksigen jadi terhad. And perkara psikonye adalah, dari mula jeep drop anda sampailah tangga View penanjakan ni akan ada kuda yang ikut je you all. Tapi syukur me and Pijah berjaya cabar diri sendiri untuk tak guna kuda :)

Tiba di atas, matahari dah mula keluar but sun rise bukan dari area gunung merapi/bromo tapi kat area kampung. So tunggu matahari naik sikit baru sinaran die memancar dari sisi Gunung merapi/bromo dan batok ni. Seolah-olah ada spot light. Subhanallah, Allahuakhbar! sangatlah cantik viewnya. Yang sampai hari ini masih rindu view di penanjakan.Nak dapatkan best shot, kami naik lagi tinggi. Memang puas hati!


Penanjakan View. Kami panjat lagi tinggi tu get the best shot

Hati sapa tak cair.tell me ? Alhamdulillah dpt tengok semua ni

The kampungs.Nampak tak orang kecik-kecik tu, tu lah treknya

And makcik-makcik ni akan datang time uolls turun, minta diambil photonya, lepas tu die mintak upah.haha.rela paksa namanya ni. 

Kaler asal kasut ni purple and grey
Selesai View Penanjakan, dalam 8am kami dah mula turun sebab seterusnya adalah naik kawah Bromo. FYI, diorang tak explain pun pegi mana, pukul brapa, limit time etc. So ada tourist yang terpinga-pinga. Dalam jeep kami ada pasangan Belgium, jejaka England dan Mamat US. Turun dari Penanjakan View, punya kami tunggu mamat US ni. Jeep lain semua dah blah.Sangat lama kami tunggu. Takut-takut dia belum turun. Lepas  tu kami decide untuk gerak ke kawah Bromo, di pertengahan jalan tu nampak mamat US tu tengah jalan kaki. Jeep berhenti and bagitahu nak pegi kawah Bromo. Dengan tak mintak maafnya dia ckp, oh no, thanks. Padahal kami tunggu dia lama sangat. Pasangan Belgium tu geram je, and kutuk mamat US takda courtesy tu. Nasib ko lah Mat, datang jauh-jauh tak tengok kawah. Rugi ler.

The jeeps

Jauh mata memandang 
Trek nak panjat Bromo
Dari tempat jeep drop kami, nak ke kaki Bromo ni sangatlah jauh. Kenapa cakap jauh, bayangkan, dari jeep drop tu orang semua nmpak mcm semut cenggini. Ni kira lagi suku perjalanan tapi orang masih kecik. Pasir Gunung berapi ni dua kali step forward, ko menurun satu step. Macam biasa, psiko-psiko kuda menemani kita sampai tangga Bromo.

"Naik kudanya mbak.nanti kecapekan"

Ceh sungguh tak bagi semangat. Serius dengan stamina ala-ala ni tercungap jugakla.Tapi no worries, korang mesti boleh buat punyaaa.


Ni lah kuda-kuda dan tuannya

Curam

Keliling Kawah Bromo ni camni la trek dia. Kalau rajin boleh jalan kelilingnya :)


Kat puncak kawah ni akan ada orang jual bunga. Katanya baling bunga ke kawah dan buat wish. Ececey ingat ni fairy tale ke ape. Baguslah sorang tourist dari Malaysia ni bagitahu si penjual, ni semua syirik. Turun Bromo, kami beli makanan sebab dalam gelap tadi tak nampak kedai makan. Nak makan kat hotel? Cukup-cukuplah bazir duit kat Pak Eko cekik darah tu. Kami pun beli lah sebungkus nasik sebab ada ramai penjual air, makanan, meggi. Alhamdulillah makan tak sakit perut. Pakcik yang jual ni bekas chef hotel di Bromo jugakla

Tu dia. Murah sangat IDK 15,000. Tercekik sebab tak ada kuah.Kering kontang

Sekejap je semua trip ni, dan sempat je klau kami nak catch minibus pukul 10.30 am untuk balik ke Jogja. Teringat semalam tu Pak Eko cakap, tengah hari baru siap. Agak-agak la nak menipu kan. Disebabkan bayar dah mahal, sempat tido kat Hotel pun sekejap sangat, kami plan untuk rehat dulu sebelum sambung trip ke Savannah dan Pasir Berbisik. Kami pelik apasal takda langsung orang yang pegi tempat yang sama macam kami. Semua tourist dah balik untuk next destination diorang.

Akhirnya segala-galanya terjawab. Time tu, adalah musim kemarau so takda bunga-bunga pun yang hidup. Rumput-rumput pun kering kekuningan. Kat situ dah terasa ditipu. Apa salahnya si Pak Eko bgtahu pada kami, bunga-bunga takda.Yang ada cuma rumput kering. Savannah ni terletak di belakang area Gunung Bromo dan Batok. Wpun musim kemarau tapi berada di Savannah ni terasa seperti berada di sebuah dunia lain. Kawasan ini juga digelar Savannah Teletubies sebab ada bukit-bukit yang menyerupai padang kartun Teletubbies tu


Kering kontang



Selesai cuci mata di Savannah, kami terus ke Pasir Berbisik. Dari rumput hijau ke padang pasir gunung berapi. Kalau angin tiup, memang dengar seperti orang berbisik. Benda-benda ni takda di Malaysia jadi aku jadi sangat kagum, terpana dan bersyukur dapat lihat ciptaan Allah yang Esa ni.




Sebenarnya, untuk trip ke Savannah dan Pasir Berbisik ni, kene tambah satu amount yang agak banyak.  (Kalau booking dengan hotel) Nak jimat, selain dari ambil pakej penuh dengan travel agent, korang boleh juga deal dengan driver jeep yang bawak anda ke Gunung Bromo.Boleh bargain untuk dapat harga murah :)




Tak nafi, hotel ni memang cantik. Yang tak cantik cuma budi bahasa Pak Eko tu je

This is our room :)
Minibus yang dijanjikan lewat sejam. Nasiblah kami tak keseorangan, ada tourist dari Thailand yang sedang sama-sama tunggu minibus tersebut yang akan bawa kami ke Probolinggo, transit di sana dan seterusnya ke Jogja. Gunung Bromo memang sejuk. Penduduk tempatan pun pakai swater or kain batik untuk elak sejuk.


Rumah-rumah penduduk

Pekerjaan utama sudah tentu petani


Kami tiba di Probolinggo sekitar maghrib. Sementara menunggu minibus (van) ke Jogja, kami berdua cari kedai makan dan alhamdulillah kami dipertemukan dengan sebuah kedai bakso tulang. Ya Allah, sedapnye soto ni smpai menambah 2 mangkuk masing-masing. Sup panas, perah dengan limau. Terbaik!


Van yang dijanjikan tiba. kami bersama beberapa tourist lain naik van tersebut untuk ke Jogja. Perjalanan penat selama 12 jam pun bermula dengan sebuah drama.

Driver minta kami duduk di depan memandangkan seat 1 row mat salleh duduk, manakala row belakang sekali ada kotak-kotak.

Driver : mbak, duduk di depan dulu ya. Saya harus ke kantor, hantar kotak-kotak ini, kemudian baru ke Jogja

Aku agak clueless time ni.So aku follow jela. Sebab die kata sejam dua je aku n pijah berhimpit kat depan (sangat tak selesa). Lepas turunkan barang kami boleh duduk belakang. Lepas sejam dua yang memenatkan, kami tiba di kantor si driver. Barang diturunkan tetapi kemudiannya ada barang lain yang naik. Kami kene duduk depan lagi. Masa tu aku terasa agak tak fair la.Kami sempit-sempit kat depan, mat salleh tu rileks je selesa kat belakang.Kejam sangat dah ni.So aku pun bersuara...

Last2 mamat driver bgtahu, die bukan kerja dengan travel agent ni, tapi bos mereka kawan-kawan jadi bos travel agent (nama agent bas ke Jogja ni Cakerawala wpun asalnya kami bayar pakej dengan Bromo Travel and Tours). And mulalah dia cerita isu antara bos nye dan Cakerawala. Aku sangat tak faham konflik ape yg diorang ni hadapi tapi aku cuma dpt tangkap, Cakerawal "kirimkan" customers diorang ni pada company driver ni sebab kebetulan mereka memang ada trip utk bawa kotak ke Jogja.

Ni lah kelemahannya pakai travel agent Indonesia agaknya. Taktau lah cmne diorang operate bisnes. Slamber mamber kirim customer. Alhamdulillah kami selamat smpai Jogja kira-kira jam 8 pagi keesokan hari. Its either korang terkena atau x macam kteorang ni itu rezeki masing-masing. Ape pun benda ni utk pengajaran hidup jugak. Lepas-lepas ni dah tau kan


Pakej Gunung Bromo di Cafe Lava.
(Korang boleh compare harga ni dengan harga travel agent dlm entri lepas disini)

Bilik(twin sharing, tandas luar)                 IDK 200,000/room
Pakej Sunrise Bromo+Penanjakan View    IDK 200,000/2pax (combine dgn guest lain)
Pakej Savannah + Pasir Berbisik                IDK 300,000/2pax (1jeep kami berdua je)
Item di atas +10% tax

Permit masuk ke Taman Negara                IDK 25,000


Pakej Bas dari Jogja - Probolinggo - Bromo (return)
IDK 320,000

Bersambung ke hari terakhir...

6 comments:

dzuchan said...

thanks bebanyak for this entry..lengkap :-)

Siti Nursyahidah Mohamad Khalil said...

sesame :) semoga bg manfaat :)

dzuchan said...

haa...rasa x sabar nak pergi..tapi lagi 3 bulan..lambat lagi,
harap2 ada kesempatan & takde halangan..:-)

tapi cam challenging jugak nak panjat sampai ke kawah kan

Siti Nursyahidah Mohamad Khalil said...

seronokk.dah rindu rinduan ni.tapi klau teringin rasa kuda bromo, ape salahnye naik.makin dah nk dekat smpai kaki bromo, atau view penanjakan, harga kuda dia makin murah.hehe

Zara AB said...

I do think that your pakej sunrise bromo + penanjakan view tu macam mahal jek. We got IDR 250,000 per jeep (6 of us can fit in). So, sorang baru je average dalam IDR 42,000. Was there last Nov'12.

Siti Nursyahidah Mohamad Khalil said...

Hi Zara.Haah.memang mahal.klau ikutkan pegi travel agent kt malioboro tu way cheaper.ni faktor sbb kteorg direct booking dgn cafe lava.tak sangka Pak Eko hentam harga baik punya. plus kteorg just 2 org, kongsi hrga jip utk 2 org lah.(katenye Pak Eko)

lesson learnt :)